Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI SAINS GUNAAN

UiTM CAWANGAN SABAH, KAMPUS KOTA KINABALU

AS120 (SEMESTER 1 OKT2022/FEB2023)


KAJIAN LAPANGAN: CTU1011A7
TAJUK : KETAGIHAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

PENSYARAH SITI SAIDATULAKMAL ARISHIN


saidatul1862@uitm.edu.my

AHLI KUMPULAN 1. EUSSOFF AIMAN BIN ABU 1. 2022459544


DAN NOMBOR BAKAR
MATRIKS 2. YASMIN BINTI WONG VOO 2. 2022839214
YUNG
3. SITI SYAHZANI BINTI SARA 3. 2022661416
4. NUR SYARFA NAZIRAH
4. 2022863558
BINTI ROSLI
5. DAYANG NURAISYAH BINTI 5. 2022845422
ARIFFIN

TARIKH KERJA 03 NOVEMBER 2022


LAPANGAN DIBERI
TARIKH
PENGHANTARAN 21 NOVEMBER 2022

PENGENALAN
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, teknologi moden telah
meluaskan sayapnya di Malaysia dan juga negara lain diseluruh pelusuk dunia ini. Setiap
negara berlumba lumba dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi yang dimiliki serta
pengeluaran produk yang pelbagai berteraskan teknologi yang mendapat permintaan tinggi
dipasaran dapat membantu dan memudahkan pekerjaan seseorang. Selain itu, terdapat banyak
manfaat dan kebaikkan yang diperolehi daripada produk yang dikeluarkan oleh syarikat dan
kilang-kilang yang berusaha untuk menjulang nama negara agar dijunjung dipersada dunia
serta mampu mengharumkan nama negara. Tidak dinafikan pada masa kini kanak-kanak,
remaja, dewasa atau warga emas sudah memiliki lebih daripada satu peralatan dan gajet yang
berteraskan teknologi moden antaranya telefon pintar, tablet, computer riba, mesin basuh
automatik, vakum pembersih, televisyen, penghawa dingin dan lain-lain kini berada disetiap
rumah kita. Semakin bertambah zaman semakin banyak produk yang dikeluarkan mengikut
kesesuaian untuk menyelesaikan masalah, dengan perkembangan semasa walaupun terdapat
banyak kebaikkan perkara ini tidak terlepas daripada keburukkan sebagai contoh pengunaan
telefon pintar yang berlebihan akan menjejaskan aktiviti seseorang dan akan menimbulkan
rasa ingin bertangguh, ketagihan untuk menggunakan telefon pintar semakin meningkat
mengikut peredaran masa. Di samping itu, ibubapa berperanan untuk mengawal, menasihat
dan memantau penggunaan telefon pintar anak-anak mereka, telefon pintar kini boleh
mengakses pelbagai laman sesawang, memuat turun aplikasi semasa sebagai contoh Tiktok,
Instagram, Twitter, Facebook dan boleh mencari maklumat dengan pantas seperti kata orang
“semua sekarang dihujung jari”. Perilaku ini amat membimbangkan kerana mampu
mengubah dan merosakkan sistem produktif seseorang sehinggahkan berlakunya kesan
sampingan oleh remaja diusia yang begitu muda rata-rata kini kanak-kanak yang berusia 5
tahun juga telah memiliki gajet yang diberikan kepada mereka, ketagihan telefon pintar dan
sosial media bukan satu perkara baharu yang dibahaskan di seluruh dunia namun perkara ini
telah berlaku sejak beberapa dekad yang lalu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bahwa terdapat peningkatan peratusan
penggunaan internet dari 76.9 peratus pada tahun 2016 menjadi 87.4 peratus pada tahun
2018. Tinjauan tersebut mendapati bahawa rata-rata, pengguna menghabiskan 6.6 jam dalam
talian sehari untuk melayari internet antaranya melalui medium telefon pintar. Akhir sekali,
terdapat kajian yang membuktikan bahawa sekiranya pengguna kerap kerap menggunakan
telefon pintar lebih daripada satu jam sehari dan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan
psikologi, maka ia dianggap sebagai satu ketagihan.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji kesan yang disebabkan oleh penggunaan teknologi yang berlebihan.

2. Menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan ketagihan media sosial.

3. Mengenal pasti cara-cara untuk mengelakkan ketagihan media sosial.

4. Membincangkan keburukkan-keburukkan ketagihan media sosial

KAJIAN LITERATUR

Menurut Filyntiana Tenge Andrew, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Ahmad
Rizal Mohd. Yusof dalam penulisan mereka yang bertajuk Ketagihan Penggunaan Media
Sosial Terhadap Gaya, dunia telah mencipta banyak teknologi canggih untuk memudahkan
para pengguna untuk mengakses maklumat dengan menggunakan pelbagai medium jaringan
mengikut kehendak masing-masing. Media sosial merupakan media elektronik seperti
internet dan juga merupakan saluran paling banyak digunakan oleh masyarakat untuk
menyampaikan atau menerima maklumat (Sohana, 2016). Namun, dengan kebaikan yang
disediakan, media sosial juga turut memberi keburukan sekiranya tidak digunakan dengan
bijak. Pelajar yang banyak menghabiskan masa dengan media sosial menyebabkan mereka
mengalami ketagihan untuk mengakses media sosial sepanjang masa (Che Su & Nan Zakiah,
2014)

Ida Nadiera & Ratna Roshida Ab Razak turut menegaskan bahawa kelekaan dalam
menggunakan media sosial menyebabkan para pelajar hilang fokus dan tidak dapat memberi
tumpuan kepada pelajaran mereka. Kelekaan dan ketaasuban pelajar kepada media sosial
boleh menyebabkan pencapaian akademik mereka merosot. Pencapaian akademik merupakan
perkara penting bagi menentukan keupayaan menguasai sesuatu bidang ilmu. Ia juga penting
untuk menentukan masa depan yang lebih baik (Mohadir, Rashidi & Nashad, 2011).

Daripada suatu kajian mengenai Impak Media Sosial Terhadap Keruntuhan Akhlak
Dalam Kalangan Pelajar, tulisan Nurul Hidayah Awang, Mohd Khairul Anuar, Nor Asmirah,
Zanirah Mustafa & Zulkarnain Yusoff, mereka menyatakan aplikasi media sosial juga telah
menjadi satu platfom kepada pengguna yang tidak bermoral untuk menyebar maklumat
negatif seperti kandungan seksual yang eksplisit (Lofgren-Martenson & Mansson, 2010).
Media cetak dan elektronik yang pesat berkembang masa kini mempunyai pengaruh yang
besar terhadap tingkah laku dan keperibadian pelajar. Ini kerana pelajar mudah terpengaruh
serta mencuba perkara baru bertujuan untuk membentuk identiti diri tersendiri. Hasil darpada
ujian yang dijalankan, didapati tahap pendedahan media massa mempunyai hubungan negatif
yang signifikan dengan pegangan akhlak pelajar. Semakin banyak masa yang diluangkan
untuk media massa semakin rendah tahap pegangan akhlak pelajar (Ab. Halim & Zarin,
2009)

Selain itu, Terdapat banyak kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa penggunaan
media sosial secara pasif memberi kesan negatif kepada salah satu aspek kesihatan mental
iaitu kesejahteraan pengguna. Ini termasuklah kajian yang dijalankan oleh Verduyn et al.
(2017) mendapati bahawa penggunaan aktif dan pasif pada laman dan rangkaian sosial
memberikan kesan yang berbeza. Membuat hantaran di media sosial Twitter atau memuat
naik gambar di Instagram atau Facebook dianggap sebagai satu cara penggunaan yang aktif.
Manakala penggunaan pasif merujuk kepada memantau kehidupan orang lain di media sosial
tanpa sebarang penukaran maklumat. Misalnya, dengan hanya melihat profil, gambar dan
sebagainya. Kajian menyimpulkan bahawa penggunaan media sosial secara pasif dikaitkan
dengan tahap kesejahteraan subjektif yang rendah (Krasnova et al., 2016; Verduyn et al.,
2017).

Kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


mendapati kenaikan sebanyak dua kali ganda dalam isu melibatkan kesihatan mental di
Malaysia. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan atau National Health and Morbidity
Survey (NHMS) yang dijalankan pada 2015 dan 2017 juga mendapati berlaku peningkatan
dalam masalah kesihatan mental setiap tahun, bahkan remaja dalam lingkungan usia 16-19
tahun mencatat kenaikan sehingga 34.7 peratus, manakala individu berusia 16-24 tahun pula
dilaporkan mempunyai keinginan bunuh diri (suicidal ideation).
METODOLOGI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi merupakan system yang


merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Metodologi kajian membuatkan sesuatu kajian itu lebih bersistematik dan
perjalanan kajian lebih tearah dalam mencapai objektif. Tujuan metodologi ini ialah untuk
membant memahami lebih luas dan lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian

a) Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, kami menggunakan Kaedah Kuantitatif yang berbentuk deskriptif
bagi mengenalpasti dan mengkaji secara terperinci dan sistematik berkaintan ketagihan media
sosial. Penyelidikan tinjauan adalah kaedah di mana maklumat dikumpul dengan bertanyakan
satu set soalan kepada satu individu dalam satu masa yang di pilih daripada sekelompok
kumpulan yang hendak di kaji. Pesoalan yang ada pada set soalan biasanya mengenai
pandangan, personaliti, tingkah laku atau sikap orang secara meluas dari satu kumpulan orng
yang hendak dikaji. Kaedah ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada responden
tentang perkara yang di kaji iaitu ketagihan media sosial.

b) Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah yang kami gunakan untuk mengumpul maklumat adalah kaedah soal selidik.
Kami menggukan platfom ‘google form’ sebagai medium kami untuk mengumpul maklumat
kajian kami. Dengan ini, ia dapat memudahkan kami untuk memberi boring soal selidik kami
kepada responden-responden dengan hanya memberi mereka ‘link’ ke forum soal selidik
kami dan menjawabnya secara atas talian. Soal selidik tersebut telah dijawab oleh seramai 60
orang responden yang terdiri daripada orang berumur 13 hingga 19 tahun ke atas. Responden
hanya perlu menjawab soalan dengan memilih ‘YA’, ‘TIDAK’, atau ‘TIDAK PASTI’ di
dalam soal selidik itu dan memberi pendapat mereka tengah ketagihan telefon pintar dalam
kalangan remaja di akhir soal selidik. Dalam forum soal selidik itu responden diminta untuk
menjawa dengan jujur berdasarkan ilmu pengatahuan sendiri. Bahagian pertama soal selidik
itu adalah berkaitan latar belakang responden seperti umur. Seterusnya, soalan berikutnya
diikuti dengan soalan berkaintan ketagihan telefon pintar yang mengandungi lebih kurang 8
soalan. Kemudian, diikuti pada akhir soalan tentang pendapat responden berkaitan ketagihan
telefon pintar.

c) Kaedah Analisis Data

Dalam kajian kami ini, kami menggunakan platfom ‘google form’ itu sendiri untuk
menganalisis maklumat yang diperolehi daripada responden-responden yang menjawab
forum soal selidik yang diberikan. Kami menggunakan carta pai yang ada pada platfom itu
sendiri untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci bagi setiap maklum balas
responden. Dengan menggunakan carta pai yang lengkap tersedia dengan peratus jawapan
responden bagi setiap soalan, secara tidak langsung dapat membantu dan meringankan beban
kami untuk menganalisis data yang diperolehi daripada hasil dapatan soal selidik.

Dapatan Kajian

Ketagihan Media Sosial

Dalam bahagian ini, kami memberi soalan mengenai ketagian media sosial kepada
para responden dan mereka hanya perlu memilih jawapab. Dapatan hasil kajian ini akan
dikaji melalui maklum balas respondes pada ‘google form’. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji pengetahuan para responden tentang ketagihan media sosial.

1) Umur
Bagi soalan pertama, soalan yang ditanya adalah berkaitan umur responden. Di sini
kita dapati umur responden yang memberi maklum balas kepada soal selidik ini adalah 18
tahun sebagai mejoroti iaitu sebanyak 44.4%.

2) Penggunaan Telefon Pintar


Soalan kedua, soalan yang ditanyakan adalah berkaitan berapa lama penggunaan
telefon pintar. Menurut dapatan ini sejumlah besar responden kami menggukan telefon pintar
mereka selama 5-8 jam sehari iaitu sebanyak 74.5%.

3) Aplikasi Kegemaran
Soalan ketiga, soalan yang ditanyakan berkaitan aplikasi kegemaran responden yang
meraka gunakan semasa menggunakan telefon pintar. Peratus jawapan bagi ‘tiktok’ adalah
peratus yang paling tinggi bebanding pilihan jawapan ‘instagram’, ‘facebook’ dan ‘twitter’.
Di sini kita dapat lihat yang kebanyakan responden gemar untuk menggunakan aplikasi
‘tiktok’ semasa menggunakan telefon pintar.

4) Remaja Kini
Soalan empat, di soalan ini kami bertanyakan tentang remaja masa kini adakah
ketagih dengan telefon pintar. Sekelompok besar responden telah memilih ‘YA’ yang
sebanyak 94.5%. Ini bermaksud mereka peka yang remaja masa kini ketagih dengan telefon
pintar. Tetapi masih ada yang tidak sedar dengar perkara itu.

5) Definisi Ketagihan Telefon Pintar


Soalan kelima, di soalan ini kami bertanyakan berkaitan adakah responden tahu
tengtang definisi ketagihan telefon pintar. Peratus bagi jawapan ‘YA’ (83.6%) iaitu jawapan
yang paling tinggi menunjukkan kebanyakkan responden tahu definisi ketagihan telefon
pintar tetapi masi ada responden yang sebaliknya yang tidak tahu definisi tersebut iaitu
seramai 12.7% yang memilih ‘TIDAK PASTI’

6) Tanggungjawab Ibubapa
Soalan keenam, soalan ini bertanyakan tentang tanggungjawab ibubapa dalam
penggunaan telefon pintar anak mereka. Hasil dapatan menunjukkan responden merasakan
ibubapa bertanggungjawab untuk memantau penggunaan telefon pintar kerana seramai 90.9%
bersetuju manakala 9.1% tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

7) Umur Yang Sesuai


Soalan ketujuh, soalan yang ditanyakan berkaitan tentang umur yang sesuai untuk
memiliki telefon pintar sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan sebilangan responden
memilih 15 tahun adalah umur yang sesuai untuk memiliki telefon pintar sendiri iaitu
sebanyak 58.2% manakala yang lain memilih 12 tahun (25.5%) dan 17 tahun (16.4%) untuk
memilik telefon pintar sendiri.

8) Tingkah Laku Berubah


Soalan kelapan, soalan yang ditanyakan adalah berkaitan dengan adakah tinigkah laku
seseorang berubah disebabkan ketagihan telefon pintar. Mejoriti responden memilih ‘YA’
sebagai maklum balas mereka yang berjumlah sebanyak 92.7% manakala responden yang
lain berfikir sebaliknya dan memilih ‘TIDAK’ (7.3%).

9) Menjejaskan Kesihatan
Soalan kesembilan, soalan yang ditanyakan berkaitan dengan kesiahatan pengguna
telefon pintar yang ketagih. Sejumlah besar responden telah memilih ‘YA’ iaitu sebanyak
89.1% bersetuju bahawa ketagih menggunakan telefon pintar boleh menjejaskan kesihatan
manakala ada responden yang memilih ‘TIDAK’ iaitu sebanyak 10.9% yang berfikir ianya
tidak menjejaskan kesihatan.

10) Remaja Masa Kini

Soalan terakhir soalan kesepuluh, disini kami bertanyakan soalan pendapat kepada responden
untuk mereka berikan pendapat mereka berkaitan ketagihan telefon pintar dikalangan remaja
masa kini. Berikut merupakan beberapa maklum balas daripada responden yang menjawab

soal selidik ini.


RUMUSAN

Berdasarkan huraian yang telah kami berikan, sudah terang lagi bersuluh bahawa ketagihan
media sosial di Malaysia merupakan sesuatu yang tidak boleh dihindari lagi . Hal ini
dikatakan demikian kerana, kehidupan seharian rakyat Malaysia adalah bergantung kepada
media sosial dan teknologi. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat segelintir rakyat Malaysia
mengalami ketagihan media sosial ini.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam di Malaysia hendaklah mengambil berat tentang
ketagihan media sosial ini. Hal ini agar mengelakkan sahabat mahupun keluarga kita lalai
dengan media sosial dan melupakan perintah Allah SWT. Contohnya, tidak menunaikan solat
atau sengaja untuk melambat-lambatkan solat. Selain itu, kita hendaklah mencari inisiatif
untuk mengurangkan ketagihan media sosial di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini bertujuan
untuk membendung daripada menularnya ketagihan media sosial ini terutamanya terhadap
generasi akan datang. Misalnya, ibu bapa hendaklah memantau masa dan aktiviti anak-anak
mereka dalam bermain media sosial. Seterusnya, kita hendaklah bekerjasama untuk
memastikan ketagihan media sosial dapat dielakkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Akhir
sekali, sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa mengingati Allah SWT. Hal ini untuk
membuatkan kita mendekatkan diri dengan Allah dan memantapkan lagi akidah kita sebagai
seorang muslim agar tidak mudah terlalai dengan nikmat duniawi.

Dengan ini, marilah kita bersama-sama mengurangkan ketagihan media sosial di


Malaysia untuk melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia.

RUJUKAN

1. Tasnim Rosli, Yogenathan Muniandy, & Kamarul Azmi Jasmi. (2019, December 15). Media Sosial
dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/339400953_Media_Sosial_dan_Impak_Tingkah_Lak
u_Menurut_Islam
2. Kunci: Media, K., Sosial, I., Negatif, P., Individu, Masyarakat, N., Abd Rahman, S., Nur Husna,
M., Kashim, M., Izhar Ariff, Pitchan, M., Adnan; Abd Razak, S., Rashidah, Hamzah, Haslina,
Rashed, Z., Nurzuliana ; Abdul Halim, Z., Zakirah, Azmi, D., Salsabila, & Marni. (2017).
Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar
Sains Teknologi dan Manusia. Journal of Social Ad Humanities, Special Issue, 12(3), 3–19.
http://eprints.utm.my/id/eprint/85046/1/3%20NurulAfizaRazali2019_MediaSosialdanimpakneg
atif.33-48.pdf
3. Zaid Adhar. (2020, August 5). Islam dan penggunaan media sosial. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/05/islam-dan-penggunaan-media-sosial/
4. 45207 - IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN
PELAJAR: SATU. (2021). Studocu; Studocu.
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/prinsip-asas-islam/45207-
impak-media-sosial-terhadap-keruntuhan-akhlak-dalam-kalangan-pelajar-satu/20022710
5. Andrew, F., Tahir, Z., Malek, A., Rizal, A., & Yusof, M. (2020). KETAGIHAN PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL TERHADAP GAYA HIDUP BELIA (Social Media Addiction Affecting the
Lifestyles of Youths). 17(9), 1823–1884. http://journalarticle.ukm.my/17021/1/44758-144052-
1-SM.pdf
6. Ida Nadiera Ngahdiman, & Ab, R. (2021, July 10). Hubungan antara Ketagihan Media Sosial
dengan Pencapaian Akademik: Kajian di Fakulti Ekologi Manusia... ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/353154688_Hubungan_antara_Ketagihan_Media_So
sial_dengan_Pencapaian_Akademik_Kajian_di_Fakulti_Ekologi_Manusia_Universiti_Putra_
Malaysia_UPM
7. Rashid, A., Mohd, & Nor. (2021). Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental
Remaja Semasa Pandemik Covid-19. Usim.edu.my. https://doi.org/1823-884X
8. Izzah, N., Zainan, N., Hidayah, N., Rahman, A., Khairul, M., Ismail, A., Asmira, N., Jusoh, M.,
Mustafa, Z., Busu, Yusoff, Z., Teknologi, U., Kelantan, M., Ab, S., Pejabat, R., Daerah, P.,
Bharu, K., & Kelantan. (2021). IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP KERUNTUHAN
AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR: SATU TINJAUAN AWAL.
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf
9. NAQIAH ABDUL MALIK. (2022, May 12). KETAGIHAN MEDIA SOSIAL. Laman Web MKN;
Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/05/12/ketagihan-media-sosial/
10. suaraswk. (2020, October 13). Kesan media sosial ke atas kesihatan mental. Suara Sarawak.
https://suarasarawak.my/2020/10/kesan-media-sosial-ke-atas-kesihatan-mental/

‌LAMPIRAN






Format Penulisan

a) Margin 2.54cm ( Top, Left, Right And Bottom)


b) Align : Justify ( All Text)
c) Title : Upper Case, Align Centre, Times New Roman, Size 12
d) Text / Content Not Including Title And Abstract : Times New Roman, Size 12, Spacing 1.5
e) Topic : Title Case, Bold, Numbered.
f) Sub-Topic :Title Case, Bold, Numbered.
g) Table Or Figure : Times New Roman, Size 11, Single Spacing, Title Top.
h) References : Alphabet, Times New Roman, Size 11, Single Spacing
i) Appendix : Title Bottom
j) Pages : Top Of Pages, Left. Total : 15 – 20 Pages
k) Number Of References : Minimum 10 (Authentic Sources Including Books, Articles, Journals,
Cyclopedia, Thesis, Newspaper Etc.)
l) Plagiarism Not Allowed.

Anda mungkin juga menyukai