Anda di halaman 1dari 11

AA20103 METODOLOGI PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA

NAMA PENSYARAH BADARIAH BINTI SAIBEH

NAMA AHLI KUMPULAN 1. FADHILAH RAHMAN BIN MOHD


SAHIDIN (BA22160772)
2. PRANCER PETER (BA22160798)
3. MUHAMMAD TAUFIQ BIN HAIRUDDIN
( BA22110634)
4. AARON HILLARY RONI (BA22110358)
5. EASTER JOEL (BA22110644)
6. O'NEAL VALENTINE (BA22110466)

PROGRAM SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL

TAJUK TUJUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM


KALANGAN REMAJA DI TAMAN SRI
PANGLIMA, BEAUFORT
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 1.0 PENGENALAN 1

2 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 1-2

3 3.0 ISU DAN PERNYATAAN MASALAH 2

4 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

5 5.0 PERSOALAN KAJIAN 3

6 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN 3

7 7.0 METODOLOGI KAJIAN 4

8 8.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 4-5

9 9.0 SOROTAN LITERATUR 5-7

10 10.0 SKOP KAJIAN 7

10 11.0 RUJUKAN 8
1.0 PENGENALAN

Teknologi merujuk kepada aplikasi pengetahuan saintifik untuk tujuan praktikal,


terutamanya dalam industri. Ia merangkumi pelbagai jenis alatan, sistem dan kaedah yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah, menambah baik proses dan mencapai matlamat
tertentu. Teknologi telah memainkan peranan penting dalam membentuk tamadun manusia dan
telah memberi kesan yang ketara kepada pelbagai aspek kehidupan manusia, termasuk
komunikasi, pengangkutan, penjagaan kesihatan, pendidikan, dan hiburan. Menurut Langdon
Winner dalam bukunya “The Whale and the Reactor: A Search for Limits in an Age of
High Technology” menyatakan bahwa teknologi tidak hanya merupakan alat atau
mesin, tetapi teknologi juga memiliki kesan politik dan sosial yang mendalam. Winner
menekankan bahwa teknologi tidak neutral dan memiliki akibat yang ketara terhadap
masyarakat. Selain itu menurut Andrew Feenberg dalam bukunya "Questioning
Technology" menyatakan perspektif kritikal tentang teknologi dengan menekankan
kepentingan mempersoalkan andaian yang mendasari pembangunan dan aplikasi
teknologi. Feenberg juga menonjolkan peranan teknologi dalam membentuk hubungan
sosial dan politik. Manakala menurut Muhamad Danuri dalam kajiannya yang bertajuk
“PERKEMBANGAN DAN TRANSFORMASI TEKNOLOGI DIGITAL” menyatakan bahawa
perkembangan teknologi dalam kehidupan bermula daripada proses yang mudah dalam
kehidupan seharian sehingga ke tahap memenuhi kepuasan sebagai individu dan makhluk
sosial.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengaruh teknologi yang semakin meningkat dalam kehidupan remaja masa kini telah
menjadikan generasi muda menikmati kehidupan moden dan maju. Remaja adalah golongan
yang terdedah kepada pelbagai teknologi seperti telefon pintar, komputer, Internet, dan media
sosial. Penggunaan teknologi ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap perkembangan
mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Teknologi telah mengubah cara remaja berinteraksi
dan berkomunikasi. Perubahan ini boleh mempengaruhi cara remaja membentuk identiti, nilai,
dan norma sosial. Sehubungan dengan itu, teknologi juga memainkan peranan penting dalam
kehidupan remaja untuk memenuhi keperluan sosial. Remaja menggunakan teknologi,
terutamanya media sosial, untuk berhubung dan berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.

1
Media sosial memberi mereka peluang untuk membina dan mengekalkan hubungan
sosial, berkongsi pengalaman, idea, dan minat dengan orang lain. Bagi remaja yang mungkin
menghadapi kesukaran dalam berinteraksi secara langsung, teknologi memberi mereka platform
untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial. teknologi digital hari ini telah menjadi alat penting
dalam kehidupan seharian. Generasi muda pada masa kini sangat bijak menggunakan teknologi
digital. Adalah penting untuk menerapkan kemahiran kewarganegaraan digital dalam
menyediakan mereka yang juga pengguna teknologi untuk masyarakat digital hari ini. (Maon et
al., 2023). Remaja juga menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat dan
pengetahuan. Mereka menggunakan komputer dan Internet untuk mencari rujukan pendidikan,
membaca berita, atau meneroka minat mereka. Akses kepada teknologi membolehkan mereka
mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah, yang membantu dalam pembelajaran formal
dan tidak formal. Teknologi juga memungkinkan remaja untuk mengakses pelbagai bahan
pembelajaran dalam bentuk video, tutorial, atau aplikasi pendidikan.

3.0 ISU DAN PERNYATAAN MASALAH

Era kemodenan ini telah menimbulkan kerisauan terhadap penggunaan teknologi dalam
kalangan remaja. Hal ini kerana perbincangan mengenai penggunaan teknologi dalam kalangan
remaja masih mengundang pelbagai pandangan dan pendapat. Hal ini dikatakan demikian
kerana penggunaan teknologi dalam kalangan remaja mengundang bahaya sekiranya tidak
mempunyai didikan yang mencukupi tentang teknologi. Sebagai contoh, penggunaan teknologi
yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental pada remaja. Sehubungan
dengan itu, remaja mudah terdedah kepada kandungan berbahaya yang tidak sesuai ditonton
dalam media sosial seperti keganasan, pornografi dan buli. Menurut Sh, W. dalam artikel Sinar
harian pada tahun 2019 yang bertajuk ‘Kesan buruk gajet kepada remaja’ mengatakan bahawa
statistik menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemerosotan psikologi remaja selari dengan
peningkatan penggunaan telefon pintar. (Sinar Harian,2019).

2
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji tujuan penggunaan teknologi dalam kalangan remaja.
2. Menganalisis kesan penggunaan teknologi terhadap kesejahteraan remaja.

5.0 PERSOALAN KAJIAN


1. Bagaimana remaja menggunakan teknologi dalam kehidupan harian remaja ?
2. Apakah kesan penggunaan teknologi terhadap aspek kesejahteraan remaja ?

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Remaja adalah kumpulan yang terus berkembang dan berubah. Menganalisis corak
penggunaan teknologi dalam kalangan remaja dapat membantu kita memahami bagaimana
teknologi mempengaruhi cara remaja berinteraksi, belajar, berkomunikasi, dan menghabiskan
masa lapang mereka. Ini memberi wawasan tentang perubahan budaya dan sosial yang
berkaitan dengan perkembangan teknologi. Mempelajari corak penggunaan teknologi boleh
membantu mengenalpasti potensi ketidaksamaan digital dalam kalangan remaja. Ia
membolehkan penyelidik dan penggubal dasar memahami jurang dalam akses kepada
teknologi, kemahiran digital dan peluang untuk pembelajaran dan penglibatan. Dengan
mengiktiraf ketidaksamaan ini, usaha boleh dibuat untuk merapatkan jurang digital dan
memastikan semua remaja mempunyai akses yang saksama kepada sumber dan peluang
teknologi. Dengan menganalisis corak penggunaan teknologi, kita dapat mengenal pasti risiko
dan manfaat yang berkaitan dengan penggunaan teknologi oleh remaja. Ini dapat membantu
kita mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko seperti kecanduan,
penyalahgunaan, dan masalah kesihatan mental yang berkaitan dengan penggunaan teknologi.
Selain itu, kita juga dapat mengenali manfaat yang mungkin terjadi, seperti peningkatan akses
kepada maklumat, pembelajaran dalam talian, dan hubungan sosial yang lebih luas.
Penyelidikan tentang corak penggunaan teknologi memberikan pandangan yang berharga untuk
penggubal dasar dan pengawal selia. Ia membantu mereka memahami landskap teknologi yang
berkembang dan kesannya terhadap remaja. Pengetahuan ini boleh memaklumkan
pembangunan dasar dan peraturan yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi
yang bertanggungjawab dan selamat.

3
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan pelbagai teknik penyelidikan yang diperlukan oleh kajian untuk
memastikan kajian ini mempunyai data yang benar dan sahih.

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk Google Form. Pengkaji akan mengumpul dan mendapatkan
data melalui pertanyaan set soalan untuk sampel. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah
mengumpul dan menganalisis data dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Rozmi Ismail
(2013) menyatakan bahawa tujuan menggunakan kaedah kuantitatif adalah untuk menguji
teori, mendapatkan maklumat, dan menunjukkan hubungan antara pembolehubah kajian. Oleh
itu, untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai tentang sampel yang telah
dipilih, pengkaji telah menggunakan kaedah ini.

7.2 Populasi dan Persampelan

Dalam menjalankan kajian ini, sampel yang dipilih terdiri daripada 30 orang remaja di Taman
Sri Panglima, Beaufort. Sebagai sampel, pengkaji akan mengambil 15 wanita dan 15 lelaki dari
Taman Sri Panglima, Beaufort. Remaja di taman tersebut sahaja boleh mengambil bahagian
dalam sampel dan mereka harus mengisi borang soal selidik sepenuhnya pada hari kejadian.
Kajian ini menggunakan persampelan secara rawak. Teknik ini merupakan teknik yang sangat
mudah kerana hampir keseluruhan remaja di taman tersebut menggunakan teknologi.

8.0 Kaedah Pengumpulan Data

i) Kaedah Soal Selidik

Penyebaran borang soal selidik adalah salah satu cara pengkaji mendapatkan data. Pengkaji
telah menggunakan borang soal selidik yang sesuai untuk mendapatkan data yang tepat dan
sesuai. Pada hari kejadian, perisian Google Form digunakan untuk menghantar borang soal
selidik secara rawak kepada responden melalui internet. Bahagian A dan B ialah nama dua
bahagian soal selidik. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden, manakala
bahagian B terdiri daripada soalan yang bertujuan untuk menjawab kedua-dua objektif kajian.
Kajian ini menggunakan pemarkahan likert 3 mata, di mana 1 menunjukkan setuju, 2
menunjukkan ketidakpastian, dan 3 menunjukkan ketidaksetujuan.

4
ii) Sumber Kepustakaan

Selain itu, semasa menjalankan penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan bahan
kepustakaan. Pengkaji juga telah melawat Perpustakaan Negeri Sabah untuk mendapatkan
maklumat tambahan. Jurnal, artikel dan buku ilmiah adalah antara sumber rujukan yang
digunakan oleh pengkaji.

9.0 SOROTAN LITERATUR

Sebelum melaksanakan kajian “tujuan penggunaan teknologi dalam kalangan remaja di


Taman Sri Panglima Beaufort”, pengkaji telah merujuk beberapa kajian lepas yang akan
dijadikan garis panduan kepada kajian. Menurut David Booth, kajian lepas atau sorotan literatur
ini amat penting kerana dapat membantu penyelidik untuk membentuk rangka kerja konsep
bagi penyelidikan mereka melalui hubung kait kajian sedia ada dengan kajian yang akan
dilaksanakan. Oleh itu, dengan adanya rujukan dan panduan membolehkan kajian dapat
dilaksanakan dengan tepat dan cekap.

Melalui kajian lepas Lenhart, A., Madden, M., & Smith, A. (2007) iaitu “Teens and Social
Media”, yang merupakan sebuah kajian untuk mengenalpasti bagaimana remaja di Amerika
Syarikat menggunakan media sosial. Didapati bahawa remaja memiliki kecenderungan dalam
menggunakan sosial media sebagai alat untuk berkomunikasi juga berhibur. Dalam pelaksanaan
kajian ini, para penyelidik telah memperoleh 935 responden remaja melalui soal selidik yang
dilakukan secara dalam talian dengan bantuan dari pihak the Pew Internet & American Life
Project. Daripada kajian lepas ini, ianya membantu pengkaji dalam melaksanakan penyelidikan
yang akan dilaksanakan terhadap remaja di Taman Sri Panglima Beaufort disebabkan memiliki
tumpuan kajian yang sama iaitu kepada golongan remaja.

Seterusnya kajian lepas daripada Subrahmanyam, K., Smahel,D (2020) yang bertajuk
“The Digital Lives of Adolescents: Exploring the Role of Technology in Identity Formation”.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana remaja menggunakan teknologi, termasuk
media sosial dalam membentuk identiti mereka. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa
identiti sosial remaja tidak sepenuhnya dipengaruhi oleh teknologi semata, disokong dengan
bukti yang kurang diperoleh oleh beliau sepanjang tempoh pelaksanaan kajian. Dapatan kajian

5
ini secara langsung dapat memberi sedikit maklumat yang terkini memandangkan kajian terkait
antara satu dengan yang lain dan hasil kajian yang baru sahaja dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, Sifat teknologi ini membolehkan remaja melayari dunia digital
tanpa batasan lokasi, masa atau tujuan, menurut kajian lepas Mohd Hassan (2021) bertajuk “
Tahap Kesediaan Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan
Tingkah Laku Murid Prasekolah." Terutama di bilik tidur mereka sendiri, remaja bebas
menggunakan teknologi moden sendiri. Oleh itu, remaja boleh terdedah kepada pelbagai
masalah, termasuk kandungan yang tidak sesuai untuk umur dan kematangan mental mereka
serta kurangnya kesedaran tentang kebimbangan privasi dalam talian. Golongan muda yang
terlibat mendapat kesan negatif daripada keadaan ini, yang juga memberi kesan negatif kepada
keluarga, masyarakat dan negara mereka. (Hassan, Mohd, dan lain-lain, 2021).

Menurut dapatan kajian Aina’ Rasyidah dan Hapsah (2020), penggunaan gajet secara
berlebihan boleh menyebabkan kecederaan saraf tunjang, menurut kajian terdahulu Umar
(2022) bertajuk “Digital Parenting and Parental Mediation Against Teenagers’ Internet Use in
Malaysia. ". Penggunaan teknologi yang tidak terkawal mengakibatkan kemudaratan pada
tulang belakang kanak-kanak itu. Ketagihan alat adalah fenomena yang meluas tidak hanya
berlaku di negara Malaysia. Malahan, isu ketagihan teknologi turut berlaku di peringkat global.
Menurut Suhaniya dan Mohamad Fauzi (2019). Di Korea Selatan, seseorang ditemui mati akibat
kegagalan jantung yang disebabkan oleh penggunaan peranti tanpa henti selama 50 jam.
Tambahan pula, selepas menggunakan peranti secara berterusan selama 20 jam, seorang lelaki
di China mengalami strok di pinggangnya (Suhaniya & Mohamad Fauzi, 2019). Sehubungan
dengan itu, isu yang sama telah berlaku di Jepun. Hal ini kerana masalah interaksi sosial moden
iaitu, keinginan untuk bersosial semata-mata melalui media sosial dan bukannya secara peribadi
telah menimbulkan budaya yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat . (Umar dan lain-lain,
2022).

Dalam kajian yang bertajuk “Kesan Teknologi Media Sosial terhadap Kesejahteraan
Psikologi Remaja: Satu Tinjauan Literatur Bersistematik (SLR), telah dinyatakan bahawa
penggunaan media sosial yang aktif akan menyebabkan kemurungan kepada golongan remaja
(Rahaman et al., 2022). Penggunaan media sosial boleh mempengaruhi psikologi remaja
berdasarkan cara penggunaan mereka. Remaja yang banyak meluangkan masa di dalam media
sosial mempunyai tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding remaja yang lebih banyak

6
melakukan aktiviti fizikal (Rahaman et al., 2022). Remaja Hong Kong yang telah dikenal pasti
ketagihan dengan media sosial didapati mengalami kesunyian serta tekanan (Cheung et al.,
2018). Remaja yang terdedah dan ketagihan dengan media sosial mempunyai kemungkinan
besar terlibat dengan buli siber yang membawa kepada kemudaratan psikologi mereka.

10.0 SKOP KAJIAN


Kajian ini membincangkan bidang Sosiologi serta Skop kajian ini hanya akan berfokus
terhadap tujuan penggunaan teknologi dalam kalangan remaja di Taman, Sri Panglima,
Beaufort. Tujuan penggunaan teknologi dalam kalangan remaja ini dipilih oleh pengkaji sebagai
topik kajian kerana pengkaji mendapati bahawa terdapat ramai remaja yang kerap
menggunakan teknologi dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui
jenis-jenis teknologi yang biasa digunakan oleh remaja, seperti telefon pintar, komputer, media
sosial, aplikasi, dan permainan video. Ia dapat menjelaskan tujuan-tujuan penggunaan
teknologi ini dalam kehidupan remaja. Seterusnya, bagi skop kajian pula kajian ini akan
tertumpu di sekitar kawasan Taman Sri Panglima, Beaufort serta responden yang dipilih adalah
terdiri daripada remaja di taman tersebut. Hal ini kerana penggunaan teknologi dalam kalangan
remaja telah mempengaruhi kehidupan harian mereka, hal ini akan memberi kesan terhadap
kesihatan mental, kesejahteraan emosi, tidur, aktiviti fizikal disebabkan oleh kebergantungan
kepada teknologi. Tempoh masa kajian adalah selama tiga hari dan dua malam serta
dilaksanakan secara 3 fasa. Fasa pertama ialah mengenai perbincangan tajuk dan mencari
kajian lepas berkaitan tajuk. Seterusnya pada fasa kedua pengkaji akan membuat sorotan
literatur melalui rujukan pelbagai jenis sumber. Kemudian, pada fasa terakhir, pengkaji akan
melaksanakan keseluruhan kajian.

7
11.0 RUJUKAN

Bennett, J. (1987). [Review of The Whale and the Reactor: A Search for Limits in an Age of
High Technology, by L. Winner]. Political Theory, 15(4), 662–664.

Feenberg, A. (2012). Questioning technology. Routledge.

Izzah, N. (2023). Transformasi Perguruan Tinggi Berbasis Bisnis Digital Dan Teknologi
Informasi.

Lenhart, A., Madden, M., Smith, A., & Macgill, A. (2020, September 17). Teens and Social
Media.
Policy Commons.

Mohd Hassan, H., Mohamad Salleh, M. A., & Ahmad, A. L. (2021). Keibubapaan Digital dan
Mediasi Ibu Bapa Terhadap Penggunaan Internet Remaja di Malaysia. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8).

Rahaman, N. H., Abdullah, A. N., Saidi, L. A., & Yusof, W., S., E., Y., W. (2022). Kesan
Teknologi
Media Sosial terhadap Kesejahteraan Psikologi Remaja: Satu Tinjauan Literatur
Bersistematik
(SLR). 14th International Conference on Humanities and Social Sciences, 14th ICHiSS
2022,
241-240.

Sh, W. (2019). Kesan buruk gajet kepada remaja. Sinar Harian.

Subrahmanyam, K., & Smahel, D. (2011). Digital Youth. Advancing Responsible Adolescent
Development.

Umar, M. F. H., Surat, S., & Rahman, S. (2022). Gaya Keibubapaan dan Tahap
Ketagihan dalam kalangan Remaja di Daerah Mersing. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7).

8
Veak, T. (2000). Whose Technology? Whose Modernity? Questioning Feenberg’s
Questioning Technology. Science, Technology, & Human Values, 25(2), 226–237.

Anda mungkin juga menyukai