Anda di halaman 1dari 15

KANDUNGAN

Kandungan I

Abstrak II

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Sorotan Kajian 5

2.0 Kerangka Teori 6

3.0 Kerangka Konseptual Kajian 7

4.0 Kaedah Penyelidikan 8

5.0 Pelaksanaan Projek Dan Laporan (Carta Gantt) 9

6.0 Tinjauan Kaji Selidik 10

7.0 Rumusan Cadangan 12

RUJUKAN 13

.
ABSTRAK

Kajian ini memberi fokus kepada tahap penggunaan media sosial dalam
kalangan kakitangan imigresen ketika bekerja di Negeri Pulau Pinang. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan media sosial dalam
kalangan kakitangan imigresen Negeri Pulau Pinang, menganalisis kesan tahap
penggunaan media sosial dalam kalangan kakitangan imigresen Negeri Pulau Pinang
dan juga mengenalpasti media sosial yang paling kerap digunakan oleh kakitangan
imigresen Negeri Pulau Pinang. Dalam literatur kajian pula, teori modernisasi yang
digunakan oleh Ibnu Khaldun adalah di aplikasikan dalam kajian ini. Instrumen
kajian terdiri daripada borang soal selidik yang mengandungi 10 item dan juga
kaedah temu bual yang digunakan. Peratusan adalah cara untuk menganalisis data.
Hasil dapatan dalam kajian ini adalah digunakan dalam melihat kesan negatif yang
dibawa oleh media sosial ini. Kesan negatif tersebut akan memberikan hasil kerja
yang berbeza untuk setiap kakitangan imigresen. Oleh itu, kajian ini akan mengupas
kesan negatif hasil dari penggunaan media sosial dalam kalangan kakitangan
imigresen di Negeri Pulau Pinang dan pengkaji berharap kajian ini akan membantu
pengkaji yang akan datang untuk mengupas tajuk yang sama dengan lebih terperinci
lagi.

Kata kunci: Media sosial, Kesan Negatif, Imigresen, Pulau Pinang.


TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN
KAKITANGAN IMIGRESEN KETIKA BEKERJA DI NEGERI PULAU
PINANG

PENGENALAN

Media teknologi, media massa ataupun media cetak adalah mengalami


pembaharuan dalam setiap saat kerana pembangunan pesat dalam satu teknologi
yang dipanggil media (Normaliza Abd Rahim, 2014). Dunia virtual, wiki forum,
rangkaian sosial dan juga blog adalah isi yang dicipta, perkongsian dan juga
adalah mudah untuk disertai oleh para pengguna secara terus atas talian yang juga
dikenali sebagai media sosial. Masyarakat di seluruh dunia juga menggunakan
media sosial yang paling umum dalam pelbagai bentuk seperti wiki, rangkaian
sosial dan juga blog (Ahlqvist et al., 2008). Manakala, pertukaran dan juga
penciptaan boleh dilakukan dengan adanya kewujudan teknologi Web 2.0 dan
juga dasar ideologi adalah dibangunkan atas dasar sebagai sebuah kumpulan
aplikasi berasaskan internet yang juga merupakan definisi kepada media sosial
(Kaplan Andreas et al.,2010).

Sementara itu, secara peribadi laman web dibuat melalui jaringan sosial
kemudiannya, untuk berkomunikasi dan juga berkongsi maklumat dengan rakan-
rakan. Instagram, Twitter, Plurk, Myspace dan juga Facebook adalah jaringan
sosial yang paling terbesar. Internet adalah digunakan untuk melakukan penyiaran
media sosial yang sebelum ini menggunakan media cetak yang juga merupakan
media tradisional. Perkongsian maklumat tidak terhad dan dalam masa yang cepat
pantas dan dengan cara yang terbuka semua kebebasan untuk melihat,
mendengar, menyumbang dan memberi maklum balas kepada sesiapa juga dalam
media sosial. Berikut adalah kebebasan yang boleh didapati dengan adanya
penggunaan sosial. Dalam pada itu, media sosial juga mempunyai kebaikan dan
juga keburukan yang boleh membawa kepada kesan negatif terhadap
penggunanya. Dalam kajian ini, pengguna yang disasarkan adalah kakitangan
imegresen di Negeri Pulau Pinang.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Kepopularan Facebook di seluruh dunia, dimana dahulunya digunakan
untuk saling berkongsi maklumat, saling mengenal dan juga saling berkomunikasi
adalah cara media yang telah diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg dan juga telah
dilancarkan 4 Februari 2004 dan di situ bermula asalnya populariti Facebook.
Ketiga besar didunia adalah andaian kepada Facebook sekiranya ia dikira sebagai
sebuah negara (Mohd. Hamdan 2011). Generasi muda telah mendominasi Twitter
yang digunakan untuk menyampaikan 350 juta Tweets per hari dan juga menjadi
microblogging perkongsian maklumat terbesar di dunia yang sekarang ini telah
berlaku, berkomunikasi dalam kumpulan kecil dan juga sebagai aplikasi
pendukung dalam pekerjaan adalah rancangan awal yang digunakan dalam
Twitter. Media sosial adalah cepat didapati, sangat mudah untuk mencapai
maklumat mengenai isu semasa, suka, hiburan, ekonomi, politik dan juga
teknologi. Budaya popular disebarkan melalui media sosial yang kadang kala
tidak tersiar dalam kaca televisyen mahupun surat khabar. Dari tahun ke tahun,
pengguna media sosial adalah meledak dan juga akaun media sosial mudah untuk
di akses dengan pelbagai kemudahan yang lainnya.

Di samping itu, secara dalam talian, masyarakat telah melakukan


penyertaan yang juga telah membawa perubahan kerana berlakunya kehadiran
media sosial. Dunia maya juga adalah dimana penyertaan masyarakat ini terjadi
dan bukan hanya di dunia nyata sahaja (Ali & Samsudin 2012). Malah, dalam isu
semasa penglibatan masyarakat juga telah mendapat impak dari media sosial ini.
Semua berita yang berkaitan dengan isu semasa disebar dan dimuat turun,
mengambil bahagian dalam online discussion, artikel/blog, memberi komen
dalam berita online, membuat blog tentang isu semasa, membentuk online group
untuk menyampaikan aspirasi dan meliputi aktif mengikuti perkembangan isu
semasa menerusi blog adalah cara dalam penglibatan ini berlaku.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN


Kehidupan sosial adalah berkaitan dengan perbincangan mahupun kritikan
yang pelbagai yang telah dilakukan dalam kehidupan dan yang kini banyak
dipengaruhi oleh media sosial khususnya dalam kalangan kakitangan imegresen
di Negeri Pulau Pinang yang juga adalah permasalah utama dalam kajian ini.
Dalam kehidupan masa kini, medium perbincangan seperti media sosial
terutamanya adalah sangat penting dan juga sebagai penghubungan dengan kadar
masa yang cepat dan juga menjimatkan tenaga. Oleh itu, perubahan sosial ini
adalah impak dari penggunaan media sosial yang sangat memainkan peranan
penting dalam masa ini khususnya dalam perbincangan umum. Masyarakat
manusia adalah tercabar dengan adanya komunikasi yang berterusan dan juga
kemajuan teknologi maklumat yang semakin tersebar luar di dunia ini. Perubahan
dalam kehidupan manusia juga adalah ikut berubah dengan adanya komunikasi
yang juga turut mengubah landskap teknologi global.

Media sosial sebagai salah satu media baharu pada era moden ini,
tentunya boleh menjadi sesebuah media yang bertindak dalam menjalankan
aktiviti demokrasi. Media sosial merupakan media yang bebas untuk melakukan
segala bentuk perbincangan awam. Media sosial juga tidak dipengaruhi oleh
kerajaan mahupun pemerintah yang berkuasa. Oleh itu segala bentuk
perbincangan kritikal, perkongsian maklumat, komunikasi dengan orang lain,
boleh dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan
media sosial dalam kalangan kakitangan imigresen ketika bekerja di Negeri Pulau
Pinang dan juga kesan buruknya. Kakitangan imegresen adalah kakitangan
kerajaan yang mana banyak menggunakan gadjet untuk bekerja dan penggunaan
media sosial adalah tidak dapat dielakkan lagi. Namun begitu, penggunaan media
sosial mempunyai kesan buruk yang akan menganggu prestasi pekerjaan sebagai
seorang kakitangan imegresen dan ini adalah masalah utama menyebabkan kajian
ini dijalankan.

1.3 PERSOALAN KAJIAN


Tahap dan kesan penggunaan media sosial dalam kalangan kakitangan
imigresen di Negeri Pulau Pinang adalah skop kajian ini. Oleh kerana itu,
perubahan dalam media tradisional dan juga media sosial yang memberi kesan
terhadap pekerjaan kakitangan imigresen di Negeri Pulau Pinang juga akan dilihat
dan sorotannya juga akan dikaji. Di samping itu, tumpuan juga akan diberikan
kepada perkara-perkara berikut;

a. Kajian ini tertumpu jenis media sosial manakah yang selalu digunakan oleh
kakitangan imigresen di Negeri Pulau Pinang?

b. Jenis media sosial dan kesannya hendaklah dipastikan kerana peranan media
sosial adalah sangat penting dalam mengubah kemodenan sosial dalam kalangan
kakitangan imigresen di Negeri Pulau Pinang.

c. Kaitan antara teori modernisasi oleh Ibnu Khaldun dengan situasi penggunaan
media sosial dalam kalangan kakitangan imigresen di Negeri Pulau Pinang dan
juga kesannya.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut;

I. Mengenalpasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan kakitangan


imigresen Negeri Pulau Pinang

II. Menganalisis kesan tahap penggunaan media sosial dalam kalangan


kakitangan imigresen Negeri Pulau Pinang

III. Mengenalpasti media sosial yang paling kerap digunakan oleh kakitangan
imigresen Negeri Pulau Pinang

1.5 SOROTAN KAJIAN

Kajian terhadap media sosial adalah dihuraikan dalam sub-bahagian ini.


Pelbagai aspek kajian telah dijalankan yang mana telah dijalankan oleh Noor
Azlinda Zainal Abidin (2014) yang mana kesan buruk dalam penggunaan sosial
adalah seperti putusnya tali persahabatan dan kekeluargaan. Dalam kajian yang
dijalankan, pertelingkahan terjadi apabila ada salah faham berlaku ketika
menggunakan media sosial tersebut. Peribadi seseorang itu adalah tidak dapat di
ukur dan juga di cerminkan melalui perbuatan itu namun kelantangan
menyuarakan pendapat ini telah menarik perhatian masyarakat. Emosi dalam
menggunakan media sosial telah menjadikan sikap dan pemikiran seseorang
berubah, kemodenan dalam media sosial telah banyak mengubah sikap
penggunanya. Emosi melangkau segalanya adalah kata-kata yang sangat banyak
memberi maksud dalam kajian yang dijalankan oleh beliau. Pendapat dan
kematangan adalah tidak ditunjukkan sebenar kerana media sosial adalah banyak
mempengaruhi sikap pengguna. Penggunaan kata kesat menjadi pilihan dan
menyebabkan pertelingkahan sering berlaku. Selain itu, pendapat ini juga
disokong oleh Normaliza Abd Rahim (2014) yang mengatakan keburukan
daripada media sosial apabila individu menggunakan teknologi dan media tanpa
batasan.

Seterusnya, Siti Ezaleila Mustafa (2015) dalam kajiannya menjelaskan


bahawa kerana sebab tertentu senarai sahabat dalam media sosial dikeluarkan dan
menjadi pengakhiran kepada persahabatan mereka biarpun telah lama terjalin
diluar talian. Gangguan seksual, pengaruh buruk dan juga penggunaan bahasa
yang tidak senonoh adalah kurang menyenangkan menjadi akibat kepada
kebanyakan pengakhiran persahabatan ini. Hubungan yang lemah ditunjukkan
dalam persahabatan di laman rangkaian sosial. Namun begitu, biarpun dari
persektif negatif dan juga positif masyarakat boleh dihubungkan dan kenyataan
ini adalah hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Siti Ezaleila Mustafa
(2015). Berpandukan sorotan kajian di atas, kajian ini mempunyai dua objektif
iaitu mengenal pasti dan menghuraikan kesan buruk yang berlaku ke atas
kakitangan Imigresen di Negeri Pulau Pinang ketika menggunakan media sosial.

2.0 KERANGKA TEORI

Kerangka teori dalam kajian akan menjelaskan tentang penggunaan teori yang
digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini. dalam kehidupan masyarakat. Suatu
arah perubahan ke arah yang lebih maju atau meningkat dalam berbagai aspek
suatu proses transformasi dikenali sebagai modernisasi. Untuk meningkatkan
kesejahteraan masyarakat proses perubahan dari cara-cara tradisional ke cara-cara
baru yang lebih maju adalah dikenali sebagai modernisasi. Melihat kepada
modernisasi dalam kalangan masyarakat salah satunya teori modernisasi sosial
oleh Ibn Khaldun adalah yang paling sesuai digunakan oleh penyelidik.
kedudukan tinggi di bidang ilmu dan intelektual dimiliki oleh Ibn Khaidun.
Kehebatan genius yang dimiliki oleh tokoh ini akan diperolehi sekiranya kita
mendalami kitab yang dibincangkan oleh beliau mengenai teori modernisasi
sosial masyarakat. Dalam kitab beliau ada pelbagai jenis persoalan yang
dibincangkan khususnya mengenai sosial seperti bangsa, pembangunan manusia
dan juga kegiatan ekonomi. Dalam kajian ini, teori boleh digunakan untuk
mengenal pasti kegiatan sosial kakitangan Imigresen khususnya dalam
penggunaan media sosial mereka bekerja.

Ilmu

Kemajuan dan
Bahasa Pembangunan Sebuah
Negara

Kerjaya

Rajah 1.0: Kerangka Konseptual Kajian tentang demografik, faktor penggunaan,


dan juga tahap penggunaan Media Sosial

3.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Pemboleh Ubah Tidak Bersandar Pemboleh Ubah


Bersandar

Demografik

1. Umur
2. Jantina
3. Gred
Tahap dan Kesan
Penggunaan
Media Sosial
Faktor Penggunaan Media
Sosial

1. Motif
2. Masa lapang

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian tentang demografik, faktor penggunaan,


dan juga tahap penggunaan Media Sosial

Rajah di atas menunjukkan hubungan dalam kerangka konseptual kajian


dalam kajian mengenai tahap dan kesan penggunaan media sosial dalam kalangan
kakitangan Imigresen yang mana pemboleh ubah tidak bersandar diwakili oleh
demografik (umur, jantina dan gred) serta faktor penggunaan (motif dan masa
lapang) serta pemboleh ubah bersandar pula diwakili oleh tahap dan kesan
penggunaan media sosial.

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam kajian ini, soal selidik dijalankan dengan menggunakan Google Form
Questionnaire dan responden diminta untuk mengisi Google Form Questionnaire
tersebut semasa waktu rehat kerja mereka. Tempoh purata masa yang diperlukan
untuk mengisi kaji selidik adalah antara 10 - 15 minit. Dalam kajian ini, kaedah
kuantitatif digunakan oleh penyelidik. Secara umumnya, kajian kuantitatif
berbentuk deskriptif digunakan dalam kajian ini adalah untuk mengkaji secara
empirikal dan mengenalpasti secara sistematik mengenai Tahap dan Kesan
Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan Kakitangan Imigresen Ketika Bekerja
Di Negeri Pulau Pinang. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini.
Dalam penyelidikan deskriptif, salah satu jenis kajian yang digunakan adalah
termasuk kajian tinjauan seperti yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting
(1998) dalam Hamidah (2007). Menurut Creswell (2005) satu tinjauan terhadap
sampel atau keseluruhan populasi dijalankan oleh penyelidik sebagai prosedur
dalam penyelidikan yang juga dinamakan sebagai reka bentuk kajian tinjauan.

Kira-kira 100 Google Form Questionnaire akan diedarkan kepada Kalangan


Kakitangan Imigresen tersebut. Questionnaire merangkumi tiga bahagian soalan.
Semua soalan adalah perlu dijawab oleh responden. Setelah responden menjawab
kesemua soalan, data akan di analisis menggunakan statistical package for social
science (SPSS Ver. 20). Data yang telah di analisis kemudian akan digunakan
untuk melihat signifikan bersama objektif dan hipotesis dalam kajian. Data yang
digunakan adalah sepenuhnya dari data kaji selidik yang telah dijawab oleh
responden iaitu kakitangan Imigresen yang bekerja di negeri Pulau Pinang.

5.0 PELAKSANAAN PROJEK DAN LAPORAN (CARTA GANTT)


Mula

Tahap dan Kesan penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Kakitangan


Imigresen

Objektif

Instrumen dan Responden

Bina Soal Selidik

Edar Borang Kaji Seldiik

Kumpul Borang dan Analisis Data

Keputusan Analisis Data dan Laporan

Tamat

6.0 TINJAUAN KAJI SELIDIK

6.1 lokasi kajian


Kajian ini dijalankan dalam Kalangan Kakitangan Imigresen yang Bekerja di
Pulau Pinang. Penyelidik telah memilih lokasi ini kerana lokasi berdekatan
dengan tempat tinggal penyelidik maka adalah lebih mudah untuk melakukan
pengedaran dan pemerhatian Google Form Questionnaire tersebut.

6.2 Persampelan dan Populasi

Dalam kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada Kalangan Kakitangan
Imigresen yang Bekerja di Pulau Pinang.

6.2.1 Populasi

Dalam sesuatu penyelidikan, kumpulan sasaran yang ingin dikaji adalah


dinamakan sebagai populasi. Dalam penyelidikan yang dijalankan, populasi juga
boleh menjadi subjek seperti sekumpulan objek samada yang bernyawa ataupun
tidak (Uma & Roger, 2009). Bagi penyelidikan yang dijalankan ini seramai 100
orang kakitangan imigresen dijadikan sebagai populasi kajian.

6.2.2 Responden kajian

Daripada jumlah populasi iaitu 100 orang kakitangan Imigresen di Pulau


Pinang yang dipilih sebagai sampel kajian yang akan digunakan dalam
penyelidikan ini. Jenis persampelan rawak mudah adalah prosedur persampelan
yang digunakan dalam kajian ini. Menurut Sekaran (2003), persampelan rawak
mudah menawarkan tahap generalisasi yang paling tinggi dan mempunyai tahap
bias yang terendah. Secara rawak sebanyak 100 Google Form Questionnaire
telah diedarkan oleh penyelidik kepada kakitangan Imigresen di Pulau Pinang.
Hanya Google Form Questionnaire yang mempunyai data yang tepat sahaja akan
digunakan dan dikeluarkan untuk tujuan analisis data.

Soal selidik adalah salah satu alat utama untuk mengumpul data daripada
responden. Menurut Sekaran (2009) soal selidik adalah satu set bertulis pra yang
dirumuskan daripada soalan-soalan yang merekodkan jawapan daripada
responden. Soal selidik merupakan mekanisma pengumpulan data yang tepat
apabila penyelidik tahu apa yang diperlukan dan bagaimana mengukur
kepentingan pembolehubah.
Maklumbalas responden pada setiap soalan yang ditanya dalam soal selidik
adalah mengikut Skala Likert Lima Mata seperti jadual di bawah:

Kenyataan Mata
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Jadual 1.0: Petunjuk Skala Likert Lima Mata

7.0 RUMUSAN CADANGAN

Secara kesimpulannya, kesan buruk terhadap penggunaan media sosial


kepada kakitangan Imigresen di Negeri Pulau Pinang adalah objektif utama
mengapa kajian ini dijalankan. Hal ini dilihat memberikan banyak kesan buruk
jika terus diamalkan tanpa batasan namun begitu jika melihat dari segi lain
kemajuan dalam penggunaan media sosial dapat memberikan satu kepuasan dan
juga menjadi sumber penyebaran maklumat yang cepat pantas. Kemodenan yang
dibawa oleh media sosial menjadikan perubahan sosial masa kini berlaku dengan
cepat dan sangat jauh berbeza dengan sosial tradisional masa dahulu. Teori
modernisasi oleh Ibnu Khaldun akan menghuraikan segala perbincangan
mengenai kemodenan yang berlaku dan dari situ pengkaji dapat melihat sejauh
mana kemodenan yang dibawa oleh media sosial telah mengubah kehidupan
sosial masyarakat khususnya kepada kakitangan Imigresen di Negeri Pulau
Pinang.

Dalam kertas cadangan ini, pengenalan kajian, latar belakang, penyataan


masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan juga sorotan kajian adalah dihurai
dan dijelaskan. Seterusnya bab dua akan dijelaskan mengenai teori modernisasi
oleh Ibnu Khaldun dan juga mengenai literatur yang berkaitan. Seterusnya bab
tiga mengenai metodologi iaitu cara kajian ini dilakukan, cara borang kaji selidik
di agihkan ke tapak lokasi dan pemilihan data juga akan dijelaskan. Dalam bab
empat, huraian mengenai dapatan kajian akan dilakukan yang mana kesan buruk
yang terjadi kepada kakitangan Imigresen di Negeri Pulau Pinang adalah
diketahui serta dalam bab ini juga objektif kajian terjawab. Dalam bab lima,
semua bab akan dirumuskan secara ringkas dan kemudian beberapa cadangan
penambahbaikkan akan diberikan untuk kegunaan pengkaji di masa akan datang.
Pengkaji mengharap kajian ini akan dapat memberikan manfaat untuk kegunaan
pengkaji lain dimasa akan datang.

RUJUKAN

Ahlqvist, Toni; Back, A., Halonen, & M., Heinonen, S. (2008). "Jejak Media
Sosial Menerajui Masa Hadapan yang Dipicu oleh Media Sosial". VTT
Tiedotteita - Valtion Teknilin Tutkimuskeskus (2454): 13.
Al-Bahrani, A., & D. Patel. (2015). Menggabungkan Twitter, Instagram, dan
Facebook dalam Ekonomi Kelas. Jurnal Pendidikan Ekonomi, 46 (1): 56-
67.
Andreas M, K. & Michael, H. (2010). Pengguna dunia, bersatu! Cabaran dan
peluang media sosial, Business Horizons, 53 (1): 61.
Hu, Y., Mankikonda, L., & Kambhamati, S. (2014). Apa yang Kami Instagram:
Analisis Pertama Jenis Pengguna Kandungan Foto Instagram.
Ika Destina, Ali Salam. & Helmi Abd Rahim. (2013). Penerimaan Media Sosial:
Kajian Dalam Kalangan Pelajar di Universiti Palembang. Jurnal
Komunikasi, Malaysia Jurnal Komunikasi, 29 (2): 125-140. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Katz, E., Blumler, J. G., & Gurevitch, M. (1973-1974). Penggunaan dan
penyelidikan kepuasan. Pendapat Awam Suku Tahun, 37 (40): 509-523.
Diterbitkan oleh: Oxford University Press bagi pihak Persatuan Amerika
untuk Penyelidikan Pendapat Awam.
Landers, R. N. & Callan, R. C. (2014). Pengesahan taksonomi tingkah laku
media sosial yang berkaitan dengan pekerjaan yang bermanfaat dan
berbahaya: Pembangunan Soal Selidik Media Sosial yang berkaitan
dengan Pekerjaan (WSMQ). Kajian Komputer Sains Sosial, 32, 628
Lee Hui Er, Normah Mustaffa & Ali Salman. (2014). Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Remaja Lembah Klang untuk Terus Membaca dan
Membeli Melalui Pengiklanan Facebook. Jurnal Komunikasi, Jilid 30 (1):
229-250.
Noor Azlinda Zainal Abidin. (2014). Kelantangan di laman media sosial bukti
emosi atasi ilmu. Berita Harian bertarikh 21 November 2014 (Jumaat)
ruang RENCANA.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Wacana Ditulis dalam Cerita
Rakyat Digital Audio. Lelaki di India. 97 (2): 491-499.
Normaliza Abd Rahim. (2014a). Wacana Bahasa. Universiti Malaysia
Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2011). Analisis Wacana Tulisan di laman Twitter dalam
Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Sains Sosial dan Pengurusan
Teknologi UMP. 3: 1-11.
Normaliza Abd Rahim. (2014b). Belajar menerusi Blog Writing: Merangkul
Teknologi Baru. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Awang Azman
Awang Pawi. (2017). Penyebaran Nilai dan Kebudayaan melalui E-
Folklore. Jurnal Teknologi Pendidikan Jurnal Turki. 16 (1): 32-36
Siti Ezaleila Mustafa. (2015). Rakan dan Unfriend ": Persahabatan di Laman
Sosial. Prosiding Persidangan Antarabangsa ke atas Media dan
Masyarakat. Kota Samarahan: UNIMAS
Uma Sekaran. (2000). Kaedah Penyelidikan untuk Perniagaan: Pendekatan
kemahiran pembinaan. New York, NT: Wiley.

Anda mungkin juga menyukai