Anda di halaman 1dari 15

PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP GOLONGAN

MAHASISWA :

TUMPUAN KAJIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA


MUDA USULUDDIN DENGAN KEPUJIAN

DKP6313 GROUP A / METODOLOGI PENYELIDIKAN

NAMA NO.MATRIK

1 Nur Syamila binti Shabahuddin M192017401

2 Nurul Farhana Binti Mahadzir M192068101

3 Husnun Naja Binti Mohamed M192003601


Hafiz

4 Nurul Hannani Fatini Binti Mohd M192077701


Hadzli

5 Nur Aziemah Binti Awang Puteh M194001401

PENSYARAH : DR. MOHD SHOLEH BIN SHEH YUSUFF


SESI 2021/ DIS
ABSTRAK

Dalam era Revolusi Industri 4.0, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
memainkan peranan penting kepada kemajuan dan inovasi sesebuah organisasi.
Penggunaan media sosial kini merupakan sesuatu perkara yang tidak asing lagi
semenjak pendemik covid -19 melanda Malaysia antaranya Facebook, Instagram,
Tiktok, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Dengan itu, setelah kerajaan telah
mengambil keputusan menutup pusat pengajian tinggi dan seumpamanya, maka para
pelajar sepenuhnya menumpukan pengajian melalui atas talian. Hal ini kerana,
terdapat pelbagai cabaran dalam menggunakan media sosial. Juga, memberikan faktor
pengaruh media sosial yang sangat hebat. Seterusnya, para penyelidik ingin membuat
kajian ini terhadap mahasiswa Kuliyah Usuluddin dan Sains Al-Quran tentang
pengaruh media sosial menggunakan kaedah metode campuran kuantitatif dari
kalangan mahasiswa di UniShams. Kaedah pertama dikenali sebagai kajian
perpustakaan, bagi mendapatkan maklumat mengenai konsep media sosial dan
pembahagiannya. Kemudian, dengan cara kaedah temu bual yang akan dilakukan
melalui aplikasi video call, google meet, zoom dan sebagainya. Akhir sekali, kaedah
soal selidik dengan menggunakan google form bagi tujuan untuk mengutip data dan
maklumat .

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Media dan komunikasi adalah dua perkara yang sangat berkait rapat antara satu
sama lain bagi tujuan menyebarkan dan menyalurkan maklumat. Setiap individu
memerlukan media sebagai perantara untuk berkomunikasi dan mendapatkan
maklumat tidak kira sama ada melalui media cetak atau media elektronik. komunikasi
awal manusia melalui pelbagai peringkat dan perkembangan bermula daripada sistem
media tradisional sehingga kepada teknologi terkini seperti kemunculan Internet yang
menawarkan pelbagai aplikasi antaranya laman web sosial, blogs dan lain-lain. Ini
adalah dianggap sebagai perubahan terbesar di dalam komunikasi selepas empat puluh
tahun sejak kewujudan televisyen dengan kemunculan dan. perkembangan Internet. 1

Perkembangan yang berlaku dengan pesat dalam teknologi komunikasi


maklumat berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas
dalam komunikasi seharian khususnya dalam aspek penglibatan pengguna dalam
berinteraksi melalui dalam talian (online interaction). Kini, peningkatan penggunaan

1
Media Sosial : Kajian Tentang Penglibatan Dan Kepuasan Dalam Kalangan Mahasiswa: Faradillah
Iqmar Omar & Iza Sharina Sallehuddin : Jabatan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor

1
dan aplikasi Internet secara global yang pantas menyebabkan anjakan psikologikal
yang jelas dalam aspek berkomunikasi. Bertitik tolak daripada itu, media dan interaksi
pada mas kini lebih menggunakan Internet dan satelit sebagai alat perhubungan dan
penyebaran maklumat atau dikenali sebagai "cyber communication" yang merupakan
suatu dimensi baru di dalam komunikasi.2

Dalam meniti arus kemodenan ini, penggunaan media sosial adalah dominan
dalam kalangan masyarakat di seluruh pelosok dunia. Hal ini demikian kerana, media
sosial merupakan satu platform secara atas talian yang membolehkan pengguna
berkongsi, menyertai, dan mencipta isi melalui rangkaian sosial, wiki blog, dan dunia
virtual. Media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, blog dan wiki dikenali
sebagai platform yang digunakan oleh manusia secara global. Media sosial
didefinisikan sebagai sebuah aplikasi yang berasaskan internet. Media sosial dilihat
semakin menular dalam perkembangannya yang membolehkan pengguna mengakses
aplikasi atau web dan juga berinteraksi dengan sahabat untuk berkongsi dan
bertukar maklumat menerusi media sosial. Instagram, Facebook, Twitter dan
seumpamanya adalah antara platform yang popular dalam kalangan pengguna di
Malaysia. Oleh itu, media sosial memainkan peranan dan tanggungjawab serta
amanah yang sangat besar dalam menyebarkan maklumat yang tepat, benar, dan
berfaedah kepada masyarakat di sekeliling.

Tambahan pula, maklumat yang disebarkan melalui media sosial hendaklah


mengambil kira kepentingan tanggungjawab untuk mendidik dan membawa
masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Media sosial memainkan
peranan yang penting terutama dalam proses komunikasi Islam sebagai medium
menyampaikan idea, mesej, dan maklumat. Media dan komunikasi saling
berkaitantara satu sama lain dalam menyampaikan sesuatu gambaran maklumat.
Namun, ia mengalami transformasi dan pertambahan peranan sebagai sumber hiburan
selain menyampaikan maklumat. Berdasarkan kajian dalam sudut keagamaan pula,
penggunaan media sosial dapat membantu dalam penyebaran mesej secara mudah
dan pantas dari sudut proses pendakwahan.

Media sosial merupakan dua perkataan yang terbahagi kepada media dan
sosial. Media ditakrifkan sebagai alat komunikasi atau alat perhubungan seperti siaran
radio, akhbar dan televisyen secara amnya 3. Manakala, secara keseluruhannya adalah
seperti majalah, surat khabar dan lain-lain lagi.Sosial juga ditakrifkan sebagaisegala
bentuk hal yang berkaitan dengan masyarakat iaitu sifat masyarakat yang suka
mengambil berat tentang hal-hal masyarakat, suka bercampur dengan masyarakat dan
bersosial4. Keseluruhannya, media sosial didefinasikan sebagai satu kumpulan
aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web
2
Media Sosial : Kajian Tentang Penglibatan Dan Kepuasan Dalam Kalangan Mahasiswa: Faradillah
Iqmar Omar & Iza Sharina Sallehuddin : Jabatan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor
3
Kamus Dewan Edisi Keempat
4
Kamus Dewan Edisi Kedua

2
2.05, yang merupakan gagasan baharu untuk membolehkan penciptaan dan pertukaran
kandungan atau fail yang dibuat oleh penggunanya.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Media Sosial merupakan satu saluran yang membenarkan kita berkomunikasi


antara satu sama lain dengan jarak yang jauh. Penggunaan Media Sosial juga adalah
sesuatu perkara yang tidak aneh kepada para penggunanya. Manakala pada era
teknologi sekarang pelbagai aplikasi yang mudah dimuat turun melalui peranti
masing-masing seperti Instagram, Facebook, Tiktok, Twitter dan pelbagai lagi. Hal ini
mengakibatkan terjadinya perubahan sosial secara positif mahupun negatif. Kajian ini
membincangkan tentang pengaruh penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek
yang merangkumi aspek kesan teknologi kepada golongan mahasiswa, pembelajaran,
dan hubungan sosial. Penggunaan dan pengaruh media sosial mampu menjejaskan
kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu
akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai
bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa amat
membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin
meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan golongan mahasiswa dari
aspek kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak,
diluah mati bapak.

Seterusnya, penggunaan media sosial yang berterusan akan memberi impak


negatif dari aspek akademik mahasiswa tersebut. Ia akan melahirkan mahasiswa yang
lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti
permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat penggunanya.
Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk
menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan media sosial juga
memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota
mahasiswa. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk
meningkatkan prestasi negara. Golongan mahasiswa yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan
mahasiswa. Oleh itu, penggunaan media sosial akan melahirkan tenaga kerja yang
kurang berkualiti.

5
https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-sosial.html , April 2020.

3
Akhir sekali, pengaruh media sosial juga mampu memberi efek yang negatif
terhadap keruntuhan Akhlak dalam golongan mahasiwa Era globalisasi kini. Media
sosial berperanan penting dan menjadi tarikan utama dalam kehidupan mahasiswa
sejak pandemik lagi. Namun, impak penggunaan media sosial dalam kalangan
mahasiswa tanpa kawalan atau secara bebas dan berterusan akan memberi kesan
negatif terhadap keruntuhan akhlak. Antaranya ialah penggunaan kata kesat,
keganasan dan pornografik, ikutan fesyen yang menjolok mata, hubungan
sillaturrahim semakin renggang, serta hilang tumpuan dan kecuaian semasa
memandu. Oleh hal yang demikian, penggunaan media sosial memainkan peranan
penting terhadap mahasiswa kini agar dapat melahirkan mahasiswa yang berkualiti.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini akan memaparkan tahap pengaruh para pelajar UniSHAMS
dalam media sosial. Kepentingan kajian merujuk kepada sesuatu pendekatan yang
digunakan untuk mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang
hendak dikaji. Media sosial telah menjadi satu platform atau medium yang mudah
digunakan serta mesra pengguna untuk sesiapa sahaja berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat kepada pelbagai pengguna yang mempunyai akses kepada
internet. Sebagai contoh, interaksi pihak pengurusan universiti menjadi pantas, cekap,
mudah dan telus dalam urusan penyampaian maklumat dengan adanya media
sosial pada masa kini. Ini memberi ruang dan peluang kepada sesebuah
organisasi untuk menjadikannya sebagai satu medium penting untuk membina dan
memperbaiki hubungan dengan pengguna. Juga mengklasifikasikan media sosial
kepada empat kategori iaitu rangkaian talian dan ekosistem (online networks and
ecosystem) seperti Whatsapp, Facebook, Tiktok, Instagram dan Twitter. Selain
itu, penerbitan dalam talian (online publications) seperti YouTube, Flickers dan
SlideShare. Terdapat juga kategori media sosial yang menjadi platform
kolaborasi secara dalam talian (online collaboration platforms) seperti MediaWiki
dan blog. Antara kategori media sosial yang lain ialah sistem berasaskan maklum
balas dalam talian (online-based feedback system) untuk tujuan interaksi,
mengemukakan ulasan, kaji selidik dan lain-lain.

Media sosial mendatangkan pelbagai manfaat bukan sahaja dari aspek sistem
penyampaian maklumat, malah ia dapat mempertingkatkan perkhidmatan sesebuah
organisasi kepada pengguna dengan lebih baik, menambahbaik interaksi dengan
pemegang taruh, akses kepada maklumat yang lebih luas dan pengurusan
maklumat organisasi menjadi yang lebih cekap. Penggunaan media sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram oleh universiti merupakan era baharu dalam
untuk mempertingkatkan kecekapan tadbir urus secara elektronik dalam memperbaiki
sistem penyampaian maklumat kepada mahasiswa dan pihak lain tentang
pencapaian, pengurusan, kemudahan, aktiviti mahasiswa dan sebagainya. Selain itu,

4
media sosial juga dapat meningkatkan ketelusan, memperbaiki kualiti kemudahan
komuniksi yang lebih selesa, meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan
penjanaan melalui kos promosi/publisiti yang rendah serta dapat mengurangkan
kos urusan pentadbiran sesebuah kolej kediaman juga dalam kajiannya menyatakan
aplikasi yang berasaskan internet telah banyak mengurangkan kos untuk
mengumpul, mengedar, dan mengakses maklumat, menjimatkan sumber, dan
mewujudkan mekanisme baru dalam menyatupadukan organisasi dengan
pengguna secara bersama. Media sosial menjadi saluran utama untuk
meningkatkan sistem penyampaian maklumat dengan penglibatan pengguna
seperti mahasiswa secara aktif dalam hal ehwal pembangunan dan aktiviti
mahasiswa diperingkat universiti. Dalam hal ini, penggunaan media sosial dalam
kalangan pelajar dan pengurusan universiti wajar dipertingkatkan bagi mencapai
kepuasan dalam memberi perkhidmatan kepada mahasiswa, ibubapa, alumni dan
pihak yang lain. Penggunaan media sosial sebagai platform komunikasi masa
kini dapat mewujudkan komuniti dalam talian (online community) untuk
melakukan pelbagai aktiviti sosial seperti berinteraksi dengan orang lain, menjalin
persahabatan, dan berkomunikasi dengan pihak yang lain.

Kelebihan dan ciri-ciri yang ada pada media sosial memainkan peranan
penting untuk pengguna seperti pemimpin mahasiswa atau pihak pengurusan
universiti sebagai penyedia atau sumber kepada kandungan maklumat dalam
mempertingkat proses penyampaian maklumat. Antara ciri-ciri seperti mudah untuk
memuat naik video, gambar dan komen menjadi satu faktor yang mendorong
kepada penggunaan media sosial dalam mentransformasi sistem penyampaian
maklumat secara elektronik. Media sosial menjadi salah satu medium yang
menyokong pihak pengurusan universiti dalam menyampaikan maklumat kepada
mahasiswa selain kaedah lain seperti email, surat dan hebahan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan penyelidikan ini, terdapat tiga objektif kajian seperti berikut :

I. Menjelaskan Konsep Media Sosial dan pembahagiannya.

II. Menyatakan Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin.

III. Menganalisis Pengaruh Media Sosial terhadap Mahasiswa Program Ijazah


Sarjana Muda Usuluddin dengan kepujian.

5
1.5 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan membincangkan dengan terperinci kaedah yang akan


dilakukan oleh pengkaji, antaranya seperti berikut :

1.5.1 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikan beberapa


kaedah kajian dalam mengumpulkan dan mendapatkan maklumat serta sumber yang
mencukupi, antaranya :

I) Kajian Perpustakaan

Rujukan Perpustakaan menjadi pilihan pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.


Pengkaji membaca pelbagai sumber seperti kamus, buku, internet untuk mendapatkan
maklumat mengenai konsep media sosial dan pembahagiannya. Natijahnya, bahan-
bahan tersebut banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan tugasan kajian ini.

II) Kaedah Temubual

Bagi mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini antaranya ialah
melalui kaedah temubual. Beberapa sesi temubual yang akan dilakukan melalui
aplikasi video call, google meet, zoom dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci mengenai Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin.
Pengkaji menemubual pihak yang berautoriti dalam menjelaskan dan membincangkan
tentang isu tersebut. Metode yang secara formal ini digunakan terus untuk
mendapatkan maklumat yang sahih.

III) Kaedah Soal Selidik

Soal selidik ini dijalankan oleh pengkaji ke atas responden bagi mendapatkan data
dan maklumat berkaitan pengaruh media sosial terhadap Mahasiswa Ijazah Sarjana
Muda Usuluddin. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik dalam
bentuk "google form" yang akan diedarkan kepada responden. Menurut Gillham
(2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik ini menjadi pilihan bagi
pengkaji kerana untuk membina borang soal selidik tidak memerlukan kos dan masa
yang diperuntukan adalah singkat. Pengkaji boleh memperolehi data serta maklumat
dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.

6
1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini akan memberikan tumpuan khusus kepada mahasiswa Program


Ijazah Sarjana Muda Usuluddin UniSHAMS sahaja, manakala pelajar kuliyyah lain
seperti Syariah, Bahasa Arab, Muamalat dan sebagainya tidak dibahaskan oleh
pengkaji. Para pengkaji bersepakat memilih tumpuan hanya kepada pelajar Usuluddin
kerana pengkaji sendiri merupakan pelajar kuliyah Usuluddin dan Sains al-Quran.
Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa ia akan lebih mudah untuk menjalankan kajian
tersebut.

Selain itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada mahasiswa lelaki dan
perempuan dari kuliyyah Usuluddin dan Sains al-Quran. Ini kerana tajuk kajian yang
membincang tentang pengaruh media sosial sesuai untuk dijalankan kepada
mahasiswa lelaki dan juga perempuan. Justeru itu, para pengkaji akan mendapati hasil
kajian ini daripada sudut pandangan mahasiswa lelaki dan perempuan, bukan hanya
dari pendapat satu jantina sahaja.

Seterusnya, pengkaji juga telah membuat skop kajian dari aspek tempat iaitu
di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah (UniSHAMS).
Universiti ini terletak di daerah Kuala Ketil, Kedah. Para pengkaji akan menjalankan
soal selidik dan temubual yang melibatkan mahasiswa dan kakitangan di Universiti
tersebut. Pengkaji juga amat berbangga kerana berpeluang mengenali sedikit
sebanyak mengenai latar belakang Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di
UniSHAMS.

1.7 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Jurnal ini yang telah diterbitkan mengenai Impak Media Sosial Terhadap
Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar oleh Nurul Izzah Noor Zainan,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan. Kajian berikut yang menggunakan
pendekatan kualitatif iaitu kaedah penyelidikan ilmiah mengatakan wujudnya media
massa pada masa kini adalah untuk menyediakan informasi ke arah memacu
perubahan serta banyak membawa pengaruh pada pola kehidupan masyarakat kini.
Media massa berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan
dan penyebaran maklumat daripada mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata
yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak.6 Selain itu juga, media sosial
merupakan salah satu alat untuk menyebarkan informasi, pesanan, pendapat, rumor,
gosip, propaganda dan sebagainya kepada masyarakat secara keseluruhannya. Media
sosial di zaman era globalisasi ini dengan adanya televisyen, radio, majalah, telefon
6
Sohana Abdul Hamid (October, 2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial
Masyarakat. In Special Issues: Islamic Studies In Malaysia, 13(4), 214-226.

7
bimbit yang canggih (smart phone) mengakibatkan berita yang tersebar semakin tidak
berkualiti bahkan kadang- kadang berita tersebut belum dikenal pasti atau merupakan
satu fitnah.

Bahkan pengaruh media sosial terhadap tingkah laku telah dibuktikan oleh
banyak pengkaji. Menurut sumber iaitu dari Mohd Fadhil Aziz, Mardzelah Makhsin
(2021). Pengaruh Media Sosial Terhadap Penampilan Akhlak, The Influence Of
Social Media On Student Moral Performance. International Journal Of Education,
Psychology And Counseling (IJEPC), mendapati kebanyakan mahasiswa/pelajar
menyatakan terdapat banyak video yang tidak bermoral didedahkan di media sosial. 7
Perkara ini perlu diambil berat kerana video yang tidak bermoral ini dapat
merosakkan akhlak dan moral mahasiswa/pelajar.Antara kajian yang dijalankan
mendapati penggunaan teknologi secara berlebihan atau tidak terkawal akan
menyebabkan kesan negatif kepada perkembangan fizikal dan otot, kemahiran
interpersonal serta kemerosotan prestasi akademik terhadap golongan kanak-kanak
dan remaja.Penggunaan gajet dalam kalangan pelajar secara tidak terkawal, secara
berlebihan ataupun gajet digunakan bagi tujuan yang tidak berfaedah akan mendorong
kepada tingkah laku yang negatif dan boleh menjejaskan prestasi pelajar8. Kajian
yang lain mendapati tahap pendedahan yang tinggi terhadap media sosial, iaitu
pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna
media melalui komunikasi adalah faktor yang sangat mempengaruhi pegangan nilai
akhlak remaja sehingga menyebabkan penularan masalah sosial. Penglibatan remaja
dalam pelbagai gejala sosial ini adalah berpunca daripada faktor dalaman diri remaja
itu sendiri disebabkan banyak masa dihabiskan dengan media sosial.Malah, kaijan
juga mendapati bahawa mereka yang terlibat dengan masalah sosial ialah
mahasiswa/pelajar yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu
yang baharu termasuk menggunakan aplikasi dalam media sosial yang tidak pernah
mereka lakukan.9

Seterusnya impak negatif media sosial dari jurnal Razali, Nurul Afiza; Hera,
Noor; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media Sosial dan Impak Negatif Menurut
Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti
Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam,
FSSK, UTM, p. juga memberi kesan tersebut terhadap akademik anak muda masa
kini. Remaja yang menghabiskan masa lapang mereka dengan media sosial secara

7
Fazlinda, A. H. & Mohammad, S. M. M. (2018). Impak Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Sosial
Pelajar Di Kolej Vokasional. Online jurnal for TVET Practitioners 3(1), 27-37.
8
Awang, N. A. Ali, Normadiana, M. H., Mohd M. M. K., & Sunardi, S. (2016). Kesan dan pengaruh gajet
terhadap akhlak dan tingkah laku pelajar. Prosiding Konferensi Akademik, 1(2), 269-273.
9
Zainudin, S. & Norazmah, M. R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam
Masalah Sosial. Johor. Universiti Teknologi Mara

8
berlebihan akan menyebabkan ketagihan.10 Dalam masa yang sama, pembelajaran di
sekolah/universiti menjadi semakin bosan dan tidak menarik bagi mereka sehingga
menyebabkan mereka sanggup ponteng kelas semata-mata untuk menggunakan media
sosial.11 Hal ini menyebabkan prestasi mereka dalam akademik semakin merosot dan
ketinggalan dalam pelajaran. Konsentrasi pelajar akan terganggu apabila
menggunakan sosial media sebagai tempat hiburan dan juga tempat menghilang stress
terhadap pelajaran. Malah, menyebabkan kemerosotan prestasi pelajaran seseorang
pelajar itu. Sedangkan Allah SWT berfirman menjelaskan tentang kepentingan ilmu
dan menyebarkan ilmu:

‫ٓ ا َٰيُّيه َا ذ ِاَّلي ْ َن ٓا َمن ْوْٓا ِا َذا ِقيْ َل َل ُْك تَ َف ذسح ْوا ِِف ا ْل َم ٓج ِل ِس فَا ْف َسح ْوا ي َ ْف َسحِ ٓ ٰاّلل َل ُْْۚك َو ِا َذا ِقيْ َل انُْش ْوا فَانُْش ْوا‬
‫ي َ ْرفَع ِ ٓ ٰاّلل ذ ِاَّلي ْ َن ٓا َمن ْوا ِمنْ ُْْۙك َو ذ ِاَّلي ْ َن ا ْوتوا ا ْل ِع ْ َْل َد َر ٓج ٍۗت َو ٓ ٰاّلل ِب َما تَ ْع َمل ْو َن َخب ْ رِي‬
(Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Maksud: Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang
daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-
bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila kamu
diminta bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang
beriman antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada
kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan .

Ayat ini menerangkan tentang kepentingan orang yang berilmu dalam Islam. Agama
Islam sangat mementingkan ilmu dan orang yang menuntut ilmu serta mengajar ilmu
yang baik duniawi maupun ilmu akhirat akan mendapat pahala di sisi Allah SWT.

Menurut Fazlinda Ab Halim dan Mohammad Siraj Munir Bin Muslaini,


“Impak Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Sosial Pelajar Di Kolej Vokasional”
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM, telah menunjukan impak
negatif media sosial telah mengakibatkan kecenderungan golongan remaja terhadap
media sosial amat membimbangkan. Akibat obses terhadap media sosial, dunia hari
ini telah menunjukkan 76 peratus individu yang mendapatkan rawatan untuk masalah
ketagihan media telah mengalami masalah kemurungan. Manakala 24 peratus
selebihnya pula mengalami masalah gangguan kebimbangan. Hal ini membuktikan,
kesan dari media sosial mampu untuk mengubah corak kehidupan seseorang kearah
yang negatif. Selain itu, isu ketagihan media sosial juga turut mengakibatkan cara
pengurusan masa yang tidak efisyen akan menyebabkan kekurangan interaksi sosial
bersama keluarga dan rakan. Perkara ini sekaligus menyebabkan golongan remaja
menjadi golongan antisosial. Tambahan pula, penggunaan media sosial yang
10
Al-Qorni, ’Aidh Abdullah. (2010). Mendidik Remaja Muslim Menjadi Orang Beriman & Bertakwa
(Mujahidin Muryadi, Trans.). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.
11
Abdul Razak, Ahmad Zabidi. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasi Terhadap Motivasi
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Islam, 31:, 3-19.

9
berlebihan akan mengurangi disiplin diri seseorang hingga berlakunya punca
keruntuhan akhlak akibat terlalu obses terhadap penggunaan media sosial yang
berlebihan.

Kajian yang dijalankan oleh Mazulizam Ismail tentang “Pengaruh


Penyalahgunaan Media Sosial Terhadap Perubahan Sikap” Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, mengatakan beberapa pengkaji
tempatan mendapati bahawa remaja Islam yang terlalu taksub kepada penggunaan
media sosial dalam kehidupan mereka sehingga boleh menyebabkan berlakunya
perubahan sikap dan berkecenderungan kepada masalah keruntuhan akhlak kerana
terlalu leka dengan pelbagai aplikasi sosial yang menyajikan hiburan melampau dan
lucah, yang akhirnya membawa kepada peningkatan perbuatan zina, ponteng sekolah
serta melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak dan juga pelajar. Akibat
terhadap penyalahgunaan media sosial dan terpengaruh dengan rakan sembang dan
alam maya juga adalah penyumbang kepada berlakunya kes-kes remaja perempuan
lari dari rumah mengikut lelaki yang baru dikenali melalui media sosial. Ini kerana
pelajar berumur 13hingga 20 tahun merupakan individu yang mudah percaya kepada
seseorang. Disamping itu juga ketagihan yang melampau kepada penggunaan media
sosial dalam kalangan remaja boleh mengundang kepada personaliti murung dan
kesan yang lebih teruk lagi kerana sesetengahnya pula mengalami masalah tekanan
jiwa yang teruk serta penurunan fungsional aktiviti harian kerana banyak
menghabiskan masa hanya kerana bersosial melalui laman sosial.12

Disamping itu, antara kebaikan media sosial dari jurnal Muhammad Azrin,
Muhammad Fiqri; Moorthy, Vishnukumar Krishna; Jasmi, Kamarul Azmi (2019).
“Media Sosial Dan Perhubungan Sesama Manusia Menurut Islam” in Jasmi,
Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan
Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 49-60.
Kewujudan media sosial memberikan pelbagai kesan yang baik dalam kehidupan
masyarakat hari ini. Antara contohnya ialah ia dapat mengeratkan semula hubungan
yang lama terputus. Apabila seseorang itu menamatkan sesi persekolahan,
menyebabkan mereka putus hubungan antara kawan yang lain. Hal ini disebabkan
setiap dari mereka memilih haluan masing-masing sama ada menyambung pelajaran
ataupun terus bekerja. Dengan kewujudan penggunaan media sosial, menolong
mereka untuk mencari kawan-kawan yang terputus hubungan. Media sosial
membolehkan mereka mengetahui kerjaya yang diceburi oleh rakan dan dapat
berkomunikasi seperti biasa secara mudah antara satu sama lain. Tambahan pula,
mereka dapat berkongsi maklumat seperti perjumpaan dengan rakan-rakan. Melalui
perhubungan melalui media sosial ini, pelbagai segi dapat dijimatkan sama ada dari
segi masa, tenaga dan kos. Tambahan pula, maklumat akan sampai dengan cepat dan
mudah. Di samping itu, maklumat bantuan cemas dapat disebarkan dengan cepat.

12
Mazulizam Ismail tentang “Pengaruh Penyalahgunaan Media Sosial Terhadap Perubahan Sikap”
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

10
Sebagai contoh, situasi cemas seperti keperluan darah oleh pesakit dapat membantu
pesakit untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Selain daripada itu, kes-kes
jenayah dapat disebarkan dengan cepat supaya masyarakat dapat membantu
mengambil tindakan dengan segera. Hal ini secara tidak langsung perhubungan antara
manusia dapat dirapatkan. Dengan wujudnya teknologi seperti media sosial ini,
perkongsian maklumat antara individu dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Pensyarah universiti dapat menggunakan media sosial sebagai medium perkongsian
maklumat kepada pelajar. Jika kelas pada hari itu tidak dapat dihadiri oleh pensyarah
tersebut, beliau akan memberitahu kepada mahasiswa dan mahasiswi melalui group di
media sosial seperti „Whatsapp group‟. Sementara itu, nota dan latihan juga dapat
dikongsikan dalam group itu untuk menyenangkan mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini
membenarkan pelajar mengakses nota dan latihan tersebut pada bila-bila masa dan di
mana jua. Secara tidak langsung perkara ini menyenangkan pensyarah dan mahasiswa
di universiti di samping silaturrahim antara pensyarah dan pelajar juga dapat
dipelihara dengan baik.13

Seterusnya, menurut Siti Ezaleila Binti Mustafa (2016), “Penggunaan Laman


Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian” di dalam
Malaysian Journal of Communication, Universiti Malaya, kesan positif dari
penggunaan media sosial mengakibatkan hubungan yang dibina melalui media sosial
lebih cenderung kepada terbinanya hubungan sosial yang lebih kukuh berbanding
alam nyata. Hal ini kerana, melalui media sosial manusia dapat mengenali sesama
mereka melalui perkongsian yang sama seperti umur, agama, pendidikan dan
pekerjaan. Tambahan pula, ikatan yang terbina melalui media sosial juga dapat ditapis
agar kualiti persahabatan yang dibina hanya bersama dengan yang diinginkan sahaja
dan menyingkirkan rakan atau kenalan yang tidak diperlukan oleh mereka sendiri.
Oleh yang demikian, kualiti persahabatan yang lebih baik dapat dilahirkan dan dijaga
oleh seseorang dengan penuh perasaan kasih dan sayang. Melalui terbinanya
hubungan di alam maya telah mengubah konsep persahabatan, pengenalan peribadi,
serta pembentukan komuniti. Laman sosial juga dapat membuktikan dan
meningkatkan kebolehpercayaan seseorang terhadap kenalannya kerana mereka dapat
melihat dengan sendiri bagaimana mereka dilayani melalui tanda atau pemberian
maklumat penting terhadap mereka. 14

13
Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri; Moorthy, Vishnukumar Krishna; Jasmi, Kamarul Azmi (2019).
“Media Sosial Dan Perhubungan Sesama Manusia Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.),
Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK,
UTM, p. 49-60
14
Siti Ezaleila Binti Mustafa (2016), “Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan
Persahabatan Dalam Talian” di dalam Malaysian Journal of Communication, Universiti Malaya

11
Menurut Muhammad Fiqri Muhammad Azrin, Vishnukumar Krishna
Moorthy dan Kamarul Azmi Jasmi tentang “Media Sosial Dan Perhubungan Sesama
Manusia Menurut Islam” Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. Antara kebaikan media sosial juga
adalah dapat mengeratkan semula hubungan yang lama terputus. Dengan kewujudan
penggunaan media sosial juga dapat menolong mereka untuk mencari kawan-kawan
yang terputus hubungan. Media sosial juga membolehkan mereka megetahui kerjaya
yang diceburi oleh rakan dan dapat berkomunikasi seperti biasa secara mudah antara
satu sama lain. Seterusnya, media sosial memberi kemudahan dalam menyebarkan
maklumat. Sepuluh tahun yang lalu, kita perlu mencari alamat rakan kita untuk
menghantar pos kad perkahwinan untuk jemput mereka tetapi sekarang dengan
kewujudan media sosial kita boleh menghantar melalui medium ini. Selain daripada
itu, kes-kes jenayah dapat disebarkan dengan cepat supaya masyarakat dapat
membantu mengambil tindakan dengan segera. Hal ini secara tidak langsung
perhubungan antara manusia dapat mengeratkan silaturrahim. Dengan wujudnya
teknologi seperti media sosial ini, perkongsian maklumat antara individu dapat
dijalankan dengan lebih efektif. Pensyarah universiti dapat menggunakan media sosial
sebagai medium perkongsian maklumat kepada pelajar. Jika kelas pada hari itu tidak
dapat dihadiri oleh pensyarah tersebut, beliau akan memberitahu kepada mahasiswa
dan mahasiswi melalui group di media sosial seperti „Whatsapp group‟. Sementara
itu, nota dan latihan juga dapat dikongsikan dalam group itu untuk menyenangkan
mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini membenarkan pelajar mengakses nota dan latihan
tersebut pada bila-bila masa dan di mana jua. Secara tidak langsung perkara ini
menyenangkan pensyarah dan mahasiswa di universiti di samping silaturrahim antara
pensyarah dan pelajar juga dapat dipelihara dengan baik. 15

15
Muhammad Fiqri Muhammad Azrin, Vishnukumar Krishna Moorthy dan Kamarul Azmi Jasmi
tentang “Media Sosial Dan Perhubungan Sesama Manusia Menurut Islam” Akademi Tamadun Islam,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

12
BIBLIOGRAFI

[1] Sohana Abdul Hamid (October, 2016). Pengaruh Media Massa Terhadap
Perubahan Sosial Masyarakat. In Special Issues: Islamic Studies In Malaysia, 13(4),
214-226.

[2] Fazlinda, A. H. & Mohammad, S. M. M. (2018). Impak Media Sosial Terhadap


Tingkah Laku Sosial Pelajar Di Kolej Vokasional. Online jurnal for TVET
Practitioners 3(1), 27-37.

[3] Awang, N. A. Ali, Normadiana, M. H., Mohd M. M. K., & Sunardi, S. (2016).
Kesan dan pengaruh gajet terhadap akhlak dan tingkah laku pelajar. Prosiding
Konferensi Akademik, 1(2), 269-273.

[4] Zainudin, S. & Norazmah, M. R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi


Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial. Johor. Universiti Teknologi Mara

[5] Al-Qorni, ‟Aidh Abdullah. (2010). Mendidik Remaja Muslim Menjadi Orang
Beriman & Bertakwa (Mujahidin Muryadi, Trans.). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

[6] Abdul Razak, Ahmad Zabidi. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasi
Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Islam, 31:, 3-19.

[7] Mohd Fadhil Aziz, Mardzelah Makhsin (2021). Pengaruh Media Sosial Terhadap
Penampilan Akhlak, The Influence Of Social Media On Student Moral Performance.
International Journal Of Education, Psychology And Counseling (IJEPC), (77-78).

[8] Razali, Nurul Afiza; Hera, Noor; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media Sosial
dan Impak Negatif Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar
Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM‟19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi
Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 33-48.

[9] Sherlyanita, Astrid Kurnia, & Rakhmawati, Nur Aini. (2016). Pengaruh dan pola
aktivitas penggunaan internet serta media sosial pada siswa SMPN 52 Surabaya.
Journal of Information Systems Engineering and Business Intelligence, 2(1), 17-22.

[10] Media Sosial : Kajian Tentang Penglibatan Dan Kepuasan Dalam Kalangan
Mahasiswa: Faradillah Iqmar Omar & Iza Sharina Sallehuddin : Jabatan Komunikasi
Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

13
[11] Muhammad Fiqri Muhammad Azrin, Vishnukumar Krishna Moorthy dan
Kamarul Azmi Jasmi tentang “Media Sosial Dan Perhubungan Sesama Manusia
Menurut Islam” Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia.

[12] Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri; Moorthy, Vishnukumar Krishna; Jasmi,


Kamarul Azmi (2019). “Media Sosial Dan Perhubungan Sesama Manusia Menurut
Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM‟19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti
Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam,
FSSK, UTM, p. 49-60

[13] Siti Ezaleila Binti Mustafa (2016), “Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya
Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian” di dalam Malaysian Journal of
Communication, Universiti Malaya.

[14] Mazulizam Ismail tentang “Pengaruh Penyalahgunaan Media Sosial Terhadap


Perubahan Sikap” Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal
Abidin.

[15] https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-sosial.html , April 2020.

[16] Kamus Dewan Edisi Kedua.

[17] Kamus Dewan Edisi Keempat.

14

Anda mungkin juga menyukai