Anda di halaman 1dari 17

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT)

WITH HONOURS

JANUARI 2023

ABCC1103

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN…………………………………………

1
…………………………1

2.0 DUA KELEBIHAN MEDIA SOSIAL……………………………………………2

2.1 SEBAGAI PLATFORM PENDIDIKAN………………………………2-3

2.2 SEBAGAI PEMUPUK PERSAHABATAN……………………………3-4

3.0 DUA KEBURUKAN MEDIA SOSIAL…………………………………………4

3.1 TERDEDAH KEADA BAHAYA……………………………………….4-5

3.2 MENGGANGGU PEMBELAJARAN………………………………….5-6

4.0 BAGAIMANA MEDIA SOSIAL MEMPENGARUHI KOMUNIKASI…….6-7

4.1 SEBAGI PEMBERI MAKLUMAT…………………………………….7-8

4.2 SEBAGAI MENGERATKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN……8-9

5.0 PANDANGAN TERHAAP BULI SIBER………………………………………9-11

6.0 CADANGAN KERAJAAN MENYELESAIKAN MASALAH BULI SIBER..11

7.0 RUMUSAN………………………………………………………………………..12

8.0 RUJUKAN………………………………………………………………………...13

9.0PENYERTAAN DALAM TALIAN…………………………………….. 14-16

1.0 PENGENALAN

2
Menurut definisi Colin Cherry (1985), komunikasi merupakan satu usaha untuk
membuat satuan sosial dari individu dengan menggunakan bahasa atau tanda, memiliki
serangkaian peraturan bersama untuk berbagai kegiatan bagi mencapai sesuatu tujuan. 1
Berkomunikasi merupakan kegiatan rutin manusia sejak mereka dilahirkan iaitu dari
mula tangisan bayi. Seiring dengan perkembangan teknologi zaman sekarang, interaksi
antara manusia boleh dilakukan tanpa bertemu secara langsung hanya melalui
penggunaan telefon, sistem komunikasi dan lain-lain alat komunikasi. Masyarakat
merupakan satu organisasi yang saling berhubung antara satu dengan lain serta
berkomunikasi untuk bertukar-tukar pendapat dan menjalani kehidupan dengan lebih
baik.

Dalam semua lapisan masyarakat dan juga organisasi, komunikasi memainkan


peranan yang sangat penting kerana ia dapat membentuk koordinasi antara anggota atau
kumpulan yang boleh menyampaikan idea dan gagasan. Namun, dalam zaman teknologi
komunikasi dalam media sosial menjadi satu bentuk medium yang sangat penting dalam
membentuk hubungan antara manusia dengan yang lain. Komunikasi yang berkesan
apabila maklumat yang disampaikan kepada penerima dapat diterima dengan jelas dan
baik serta membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana komunikasi
banyak mempengaruhi persepsi dan pemikiran kedua-duannya.

Media sosial juga banyak merubah dunia dimana manusia menggunakan media
sosial untuk berkongsi maklumat atau halaman hiburan, idea-idea, mesej peribadi atau
kandungan-kandungan lainnya. Menurut Nasrullah (2015) media sosial sebagai satu
kumpulan perangkat lunak yang memungkinkan satu individu atau kumpulan berkumpul,
berkongsi maklumat dan idea, serta saling berkolaborasi. Dalam erti kata lain, media
sosial adalah satu rangkaian komunikasi diatas talian yang dapat menghubungkan para
pengguna dari serata dunia. Bermulanya pada tahun 1978 dengan penemuan papan
buletin berfungsi untuk muat turun maklumat dan komunikasi melalui surat eletronik.
Media sosial teru berkembang sehingga perkhidmatan penerbitan blog atau Blogger
pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs.
1
Norazalinda Binti haji Mohammad Dan Raha. Komunikasi Dalam Masyarakat :media Sosial Dan Kesannya Di Alaf
Baru.

3
Pada awalnya media sosial merupakan sebuat alat perantara seperti radio,
televisyen atau surat khabar dan pada asalnya ia mempunyai limitasi yang terhad namun
dengan peredaran zaman yang semakin cangguh fungsinya telah ditambah maju dengan
penambahan jaringan sosial yang lain, serta dapat berkembang pesat dan menjadi alat
komunikasi yang penting masa kini. Antara contoh media sosial masa kini ialah
Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram dan lain-lain.

2.0 DUA KELEBIHAN MEDIA SOSIAL DALAM SEKTOR PENDIDIKAN

Media sosial kini menjadi satu platform komunikasi yang semakin meluas kini
dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua. Ia menjadi satu trend dalam
masyarakat dan maklumat boleh dicapai di hujung jari. Aplikasi-aplikasi moden ini,
sejajar dengan perkembangn teknologi kini serta berubah mengikut peredaran zaman dan
perkembangan teknologi. Dalam sistem pendidikan media sosial sudah menjadi satu
keperluan bagi pelajar juga pendidikan di seluruh negara. Tanggungajawab media sosial
dalam pendidikan perlulah menyebarkan makluamt yang tepat , benar dan berfaedah
kepada pelajar dan masyarakat sekeliling. Maklumat yang disebarkan melalui media
sosial hendaklah mengambil kira kepentingan tanggungjawab untuk mendidik dan
membawa masyarakat ke arah kebaikan dan manjauihi kemungkaran.2

2.1 MEDIA SOSIAL SEBAGAI PLATFORM PENDIDIKAN

Penggunaan media sosial kini menjadi satu platform pendidikan yang penting
kerana ia mampu menjadi pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
lestari. Kemajuan ini penting bagi membolehkan negara mencapai status negara maju dan
berdaya saing dengan nilai modal insan yang cemerlang, berpengetahuan tinggi dalam
teknologi moden, dan akhirnya dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan
pendidikan dan sosio ekonomi negara. Ini daat dilihat, pada zaman kini pendidikan boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan jarak jauh dan pendidikan jarak dekat.
2
Kaplan, Andreas M.; Michael Haenlein (2010) “Users of the world, unite! The challenges and Opportunities of Social Media”.
Business Horizons 53(1): 59–68.

4
Pendidikan jarak jauh ialah teknik pembelajaran verbal di mana tenaga pengajar tidak
berada dihadapat pelajar atau tidak bersemuka dengan pelajar sebagaimana pembelajaran
yang digunakan oleh Universiti Terbuka Malaysia yang pembelajarannya dilakukan
secara maya sepenuhnya. Jaringan sosial misalnya internet memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan sistem pembelajaran ini bagi membolehkan pelajar dan
pengajar dapat berhubung dan berinteraksi secara atas talian. Sistem e-Learning dalam
MyInspire digunakan bagi memudahkan pelajar dan tenaga pengajar mendapatkan
maklumat berkaitan dengan pengajian. Selain daripada itu, WhatApp dan Email juga
digunakan sebagai medium ynag menghubungkan antar dua pengguna dalam perkongsian
maklumat.

Menurut Chang,2001 laman sosial mempunyai latar belakang dalam


meningkatkan produktiviti dan media sosial juga berkemampuan dalam menghasilkan
pelajar yang berkaliber dan mempunyai IQ yang tinggi. Ini kerana penglibatan mereka
menggunakan medi sosial dalam pembelajaran melalui internet dapat meningkatkan
prestasi seseorang pelajar.

2.2 MEDIA SOSIAL SEBAGAI PLATFORM MEMUPUK


PERSAHABATAN

Fitrah manusia dalam kehidupan perlukan sahabat. Persahabatn merupakan


hubungan atau ikatan kasih sayang yang terlahir di antara dua orang individu atau lebih
atas pelbagai faktor. Kepesatan teknologi persahabatan bukan sahaj boleh terjalin di
dunia fizikal malahan secara maya juga melalui media sosial. Laman jaringan seperti
Facebook, Instagram, Twitter, Youtube adalah trend terkini yang digunakan oleh
pengguna terutamanya di Malaysia. Ia sudah menjadi satu kemestian bagi pengguna
untuk melayari bagi tujuan komunikasi, bertukar-tukar pandangan , berkongsi pendapat
dan minat, memuat naik dan memuat turun video atau gambar di samping dapat
berbincang isu semasa secara santai dan terbuka. Hal ini sekaligus dapat mewujudkan
satu sillaturrahim dan tali persahabatan dengan orang lain walau di mana mereka berada.

5
Sebagai contoh Facebook merupakan satu aplikasi sosial yang sudah lama
diwujudkan dan telah digunakan secara meluas seluruh dunia. Melalui aplikasi facebook
ini, pengguna boleh menambah rakan baru melalui butang “add friend” seterusnya dapat
berkomunikasi melalui ruangan sembang yang disediakan. Pencarian kawan yang sudah
lama tidak berjumpa juga boleh dicari dalam aplikasi tersebut dengan lebih mudah
melalui cara menaip nama penuh atau timangan rakan. Dapat dilihat jaringan media
sosial bukan sahaja dapat menghubungkan sillaturrahim malahan juga dapat
mengetemukan ahli keluarga yang terpisah atau saudara mara yang sudah lama tidak
berhubung. Menurut Siti Ezaleila,2016 teknologi dilihat membantu penggunanya
memelihara ikatan dan interaksi dalam kalangan mereka. Namun kebanyakkannya
generasi muda yang banyak memperuntukan masa harian mereka di laman sosial bagi
tujuan persahabatan.3

3.0 DUA KEBURUKAN MEDIA SOSIAL DALAM PENDIDIKAN

3.1 TERDEDAH KEPADA BAHAYA

Menurut Micheal Cross dalam buku media pembelajaran oleh Azlan


Arsyad(2013) bahawa media sosial adalah istilah yang digunakan untuk menggabungkan,
bertukar informasi dan menggunakan pesanan berdasarkan web. 4 Perkembangan internet
semakin mendapat perhatian dan semakin banyak aplikasi -aplikasi muncul serta semakin
berkembang. Media sosial adalah sebuah konten yang menggunakan teknologi penerbitan
yang dapat diperolehi dengan cara yang mudah. Namun, ia sedikit sebanyak
menimbulkan kerisauan mengenani pengaruhnya terhadap penggunanya. Kerisauan ini
apabila media sosial tersebut disalahgunakan terutama di kalangan kanak-kanak,pelajar
dan mahasiswa. Contohnya, kini aplikasi Tik Tok, Instagram dan Facebook boleh diakses
dengan mudah oleh remaja. Walaupun terdapat pembelajaran yang menggunakan aplikasi
tersebut, ia mendedahkan pelajar kepada bahaya pengaruh dunia teknologi dan internet
tanpa sempadan.

3
Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan Laman Sosial dan Impaknya Terhadap HubunganPersahabatan Dalam
Talian. Jurnal Komunikasi. 32 (2): 65-81.
4
Arsyad, Azhar(2013).Media Pembelajaran. Jakarta. PT Raja Grafindo.

6
Kebelakangan ini memang banyak pembelajaran menggunakan aplikasi media
sosial, ramai juga pelajar yang menggunakan peluang tersebut bermain game, menonton
video lucah,chatting dengan lawan jenis dan bermain game atas talian yang pengaruhnya
boleh melekakan dan melalaikan penggunanya. Ia akan mendorong pelajar leka dan lupa
akan pelajaran. Laporan dalam laman web SC bertarikh 7 Julai 2010 “ laporan Keluarga
Norton Online 2010 mendedahkan bahawa kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa
11 jam melayari media sosial sedangkan ibu bapa menyangka anak-anak mereka belajar
secara online”.5 Selain daripada itu, kebimbanga terhadap bahaya media sosial timbul
apabila kes pembulian siber mula menular dan boleh menyebabkan mangsa mengalami
taruma dan mendapat gangguan psikologi seperti kurang kenyakinan diri, menjadi anti
sosial dan boleh mendorong seseorang cenderung untuk membunuh diri.

3.2 MENGGANGGU PEMBELAJARAN

Antara faktor yang menyumbang kepada isu ponteng di kalangan pelajar adalah
kurang minat belajar di sekolah kerana lebih suka aktiviti yang mudah ditiru dari laman-
laman media sosial. Keadaan ini telah mendedahkan pelajar kepada pengalaman yng
negatif semasa melayari internet dan media sosial. Penggunaan telefon pintar tanpa
kawalan dan tidak dimanfaatkan dengan panduan yang betul menyebabkan penularan
pengaruh teknologi dalam kehidupan dan persekitaran sosial sesebuah keluarga. Banyak
lagi masalah yang timbul sekiranya penggunanan media sosial secara tidak terkawal.
Prestasi pelajar akan terjejas dan menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan
dalam pelajaran kerana seronok dengan aplikasi internet dan media.

Terlalu banyak masa dihabiskan dengan melayari media sosial akan menyebabkan
kurang masa untuk belajar dan ada sahaja maklumat atau trend terkini menjadi ikutan. Ini
menyebabkan pembelajaran terhalang dan pelajar akan ketinggalan pelajaran. Harian
Metro melaporkan bahawa Malaysia muncul sebagai negara ketiga tertinggi untuk
penggunaan internet selepas singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruhan
5
Symantic Corporation,(2010). Nortone online family report 2010: Reveals 87 percent of Malaysian kidshave had a
negative online experience. Norton Online Family Report.

7
pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara. Laporan ini menjelaskan tahap penggunaan
yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.6

Selain daripada itu, ketagihan penggunaan sosial media akan mnyebabkan berlaku
perubahan perasaan individu, berdasarkan apa yang berlaku di alam maya. Pengguna
aplikasi media sosial akan menghabiskan masa di alam maya berbanding dunia sebenar.
Dalam kajian tinjauan dibuat bagi rakyat Malaysia pada tahun 2019, 48% responden
menyatakan masa yang dihabiskan di media sosial dapat memberikan perasaan
kegembiraan dan kebanyakkan individu menghabiskan waktu rehat di malam hari dengan
melayari media sosial dari peranti masing-masing. Hal ini disahkan sendiri oleh Sean
Parker yang menyatakan bahawa platform Facebook direka untuk membuatkan
seseorang individu menghabiskan banyak masa, dan memberikan perhatian lebih kepada
apa yang berlaku dalam media sosial( https://youtu.be/h6SxFnpBEEM).

4.0 BAGAIMANA MEDIA SOSIAL MEMPENGARUHI CARA ANDA


BERKOMUNIKASI.

Terdapat kajian berkaitan dengan penggunaan media sosial dapat memberikan


kepuasan kepada pengguna kerana penggunaan media sosial dapat mengelakkan dari
kesunyian, mendapat hiburan dan maklumat , mengeratkan sillaturrahim dalam hubungan
serta menghilangkan kebosanan di waktu lapang. Dengan kemajuan teknologi kini,
aplikasi wujud seperti cendawan timbul selepas hujan yang mana setiap masa ada sahaja
aplikasi baru atau teknologi baru menggantikan teknologi tradisional dalam penggunaan
sistem maklumat. Kini aplikasi komunikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram
misalnya sangat popular dan digemari kerana aplikasi ini boleh diakses di mana-mana
sahaja dan pada bola-bila masa dengan hanya menggunakan telefon dan mudah dicapai.

Internet adalah satu media komunikasi moden yang merupakan platform baru
untuk penggemar media sosial dalam interaksi dan menyebarkan maklumat. Bagi penulis
sendiri, internet bukan sahaja digunakan dalam komunikasi malahan dalam

6
Harian Metro, “ Penggunaan Internet di Malaysia ketiga tertinggi’., bertarikh 30 November 2015.

8
menyelesaikan tugasan harian juga seperti membuat laporan dan juga menggunakan
internet sebagai sumber pencarian maklumat. Pengaruh media sosial adalah berbeza-beza
mengikut individu. Ini kerana terdapat perbezaan antara pola pemikiran , perbezaan sifat,
hubungan sosial dan juga perbezaan budaya.

4.1 MEDIA SOSIAL SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT

Tidak dinafikan media sosial seperti aplikasi Facebook, Tik Tok, Instagram
menjadi satu platform yang penting dalam kehidupan seharian kita. Pada hari ini, medium
tersebut banyak membekalkan maklumat berkenaan isu semasa, maklumat perkembangan
kemajuan terkini, pendidikan, kesihatan, dan juga hiburan untuk semua. Dahulu
komunikasi adalah hanya melalui telefon dan email. Era globalisasi berubah dan kita
digalakkan untuk mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan teknologi yang lebih
baik dalam komunikasi. Contohnya seperti Facebook, aplikasi ini membuka ruang kepada
semua untuk lebih mengenali perkembangan luar dan boleh menghubungkan rakan
walaupun berbatu jarakknya dari tempat tinggal kita. Menurut Mansor, 1984:51 semua
jenis komunikasi melalui media memungkinkan penyebaran maklumat yang sama dengan
meluas kepada penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat dan pada bila-
bila masa.7 Bagi diri penulis sendiri, penulis menggunakan aplikasi Facebook sebagai
satu aplikasi yang membantu penulis mendapatkan maklumat atau idea-idea berkaitan
dengan pendidikan. Terdapat banyak maklumat dari Group Facebook seperti
TcerCollection -TC yang mengandungi lebih dari 1000 ahli yang sama-sama berkongsi
bahan pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, penulis juga agak menggemari aplikasi Tik Tok untuk
mendapatkan maklumat tentang kesihatan , kecantikan dan juga aplikasi Tik Tok sebagai
perantaraan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana terdapat individu yang mewujudkan
kelas bacaan Al-Quran secara live pada waktu pagi dan juga malam. Selain daripada
melayari media sosial untuk mendapatkan hiburan, kita juga boleh memnfaatkan masa
dengan membaca atau mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Semestinya kita ketahui
7
Mansor, A.,S.(10984). Satu Kumpulan Esei:Media di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Masterman. 1985

9
bahawa media sosial sepatutnya menjadi medium dakwah yang paling berkesan kerana
media inilah yang menjadi tumpuan generasi muda dalam mencari hiburan dan juga
maklumat.

4.2 MENGERATKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN

Menurut Rahmat (2017) ciri-ciri utama media sosial adalah sebagai


kesalinghubungan8. Ini dapat dibuktikan lagi dengan kenyataan daripada Khairuddin
(2014), yang menyatakan antara kesan positif pengunaan media sosial terhadap hubungan
persahabatan ialah memudahkan sesuatu perhubungan terbentuk kerana masa untuk
berinteraksi di media sosial lebih feksibel, kos yang murah dan mapu mendapat jawapan
dengan kadar yang segera. Ia menjadikan hubungan yang tersedia terjalin mampu untuk
dibentuk dan dikekalkan sperti aplikasi WhatsApp yang berfungsi sebagai agen
penghubungan antara seorang individu dengan individu yang lain pada tempat yang
berbeza. Penggunaan WhatsApp pada masa kini menjadi satu keperluan kepada semua
orang bukan sahaja untuk berhubung malahan untuk perkongsian maklumat. Bukan
sahaja mesj boleh dihantar , pengguna juga boleh membuat panggilan secara video call
dengan sahabat dari jarak yang jauh tanpa halangan.

Bagi penulis, aplikasi whatApp penulis manfaatkan dengan membuat Group


Whatsapp untuk ibu bapa di sekolah supaya maklumat tentang sesi persekolahan dapat
disalurkan terus kepada ibu bapa. Pengalaman semasa Pendamik Covid 19 banyak
mengajar kita tentang pentingnya keperluan internet untuk setiap orang. Tanpa bersua
muka, maklumat dapat disampaikan melalui media sosial.

5.0 PANDANGAN TERHADAP KES BULI SIBER

8
Rahmat Ayyub. (2017). Interaksi Sosial Dalam Dunia Maya. Ilmu Komunikasi. Fakultas Dakwah Dan Komunikasi. Uin Alauddin
Makassar

10
Buli siber adalah satu amalan komunikasi yang bertujuan untuk mengancam,
memberi gangguan atau sebarang penghinaan yang berterusan yang dilakukan melalui
media eletronik seperti laman sosial, telefon pintar, email, mesej teks , chatting atau
permainan di internet melalui individu atau secara kumpulan. Menurut Wikipedia Bahasa
Melayu, ‘buli’ bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Buli merupakan perbuatan negatif
yang dikenakan oleh seseorang yang lebih kuat atau berkuasa terhadap seseorang yang
lebih lemah atau kurang berkuasa secara berulang-ulang kali. 9 Pada era globalisasi
sekarang perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi semakin canggih dan mencabar.
Kepesatan teknologi moden telah membawa kepada penggunaan pelbagai peralatan
canggih secara meluas oleh setiap generasi.

Perbuatan buli siber melibatkan penyalahgunaan alat teknologi seperti


telefon bimbit dan komuper. Contohnya seperti pembulian secara siber termasuklah
penyebaran fitnah melalui mel eletronik dan laman sosial. Perbuatan buli adalah amalan
yang sukar dikawal kerana penyebarannya meliputi seluruh dubia dan boleh diakses oleh
sesiapa pun.10Seseorang yang menjadi mangsa buli siber ini akan mengalami taruma ,
menjadi resah,murung serta berasa stress sehingga sukar untuk tidur. Ada juga sesetengan
individu yang berpotensi untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan ancaman,
kecaman yang dihadapinya. Pada pendapat penulis, buli siber adalah satu jenayah yang
serius dan tidak sepatutnya berlaku pada generasi muda kini. Media sosial pula pada hari
ini memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan disukai oleh semua orang.
Pengguna media sosial semakin hari semakin bertambah kerana munculnya pelbagai
aplikasi yang menawarkan keunikan dan keseronokan kepada pengguna. Namun tidak
semua pengguna dapat mengawal akuan media sosial peribadi untuk memberika kebaikan
kepada orang lain. Menurut laporan dari Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu(UNICEF) mnyatakan bahawa Malaysia menduduki tempat kedua di Asia
bagi isu buli siber yang berlaku dalam kalangan remaja pada tahun 2021.

9
. Olwes, D. (978) Aggression in the schools:Bullies and whipping boys. Washington DC
10
Storey , K, Slaby, R, Adler., Minotti,J. & Katz R(2008). Eyes on Bullying. Newton; Education Development Center.

11
Sebagai contoh apa yang telah dialami oleh Cikgu Zack Kirana, niatnya untuk
menegur kesalahan penggunaan perkataan “denyut” dalam lirik lagu “Casablanca’
mendapat kecaman dari seorang individu yang mencercanya dan menghinanya dengan
menggunakan perkataan kesat di laman media sosial. Sebagai seorang pendidik beliau
amat terhina dengan tindakan individu tersebut dan ia menjatuhkan maruah seorang
pendidik anak bangsa dan pendukung Bahasa Melayu. Penggunaan teknologi tanpa
sempadan ini telah menyebabkan pembuli siber semakin berani membuat deraan emosi
dan mental kepada mangsa kerana pembuli menggunakan kata-kata yang kasar, negatif
dan kesat kepada mangsa. Pembuli lebih berana kerana pada kebiasaanya pembuli akan
menggunakan akaun palsu supaya tidak mudah dikesan. Bagi mangsa, buli siber amat
memberikan kesan yang mendalam kepada emosi merangkumi perasaan, selera makan,
tidur serta prestai dalam pelajaran. Hal ini mendorong mangsa menjadi kemurungan,
ketakutan dan tidak berupaya menangani jenayah buli siber ini.
https://ohbulan.com/cikgu-zack-kirana-buat-laporan-polis-terhadap-kaki-buli-siber.

Contoh lain berkaitan dengan kes buli siber ialah yang melibatkan murid-murid
sekolah menengah khususnya. Ini berlaku kepada murid sekolah yang mempunyai akaun
media sosial. Generasi celik IT kini cenderung berkongsi aktiviti harian mereka di laman
media sosial seperti Tik Tok, Instagram, Faceebook dan Youtube yang suka untuk
memuat naik gambar serta video peribadi.

Selain

mempunyai sebab tersendiri cenderung ke arah perbuatan jenayah sebegini, Antara


penyebabnya adalah berkemungkinan pembuli kurang perhatian dan kasih sayang

12
daripada ibu bapa , sering tidak dipedulikan menyebabkan pembuli cuba mencari
keseronokan dengan menyaiti hati orang lain. Fenomena jenayah siber yang menggangu
masyarakat ini kebiasaanya dilakukan oleh golongan remaja dan kurang didikan agama
dan yang lebih menyedihkan kebanyyakannya dari kalangan yang sangat mahir dengan
teknologi dan disalahgunaak kepakaran tersebut kepada perkara yang tidak berfaedah.

6.0 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH BULI SIBER OLEH


KERAJAAN MALAYSIA.

Keseriusan masalah buli siber di Malaysia mendapat perhatian kerajaan dimana


beberapa akta terhadap komunikasi diwujudkan bagi menangani jenayah buli siber iaitu
antaranya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 998 memperuntukan adalah
satu kesalahan menghnatar suatu mesej dalam talian yang mengandungi unsur-unsur
lucah, sumbang, palsu,mengancam serta jelik termasuk perbuatan mengapi-apikan.
Semua akta tersebut ialah bagi melindungi hak-hak masyarakat dan melindungi mangsa-
mangsa buli siber. Pihak Suruhanjaya Komunikasi mempunyai kuasa tangkapan seperti
polis untuk menjalankan siasatan serta pendakwaan sekiranya sabit kesalahan. Pengguna
media sosial perlu mengetahui dan faham terhadap undang-undang yang sedemikian. Jika
pengguna gagal, pengguna boleh didakwa.

Selain daripada itu, kerajaan atau badan bukan kerajaan juga perlu mengkaji dan
mewujudkan satu pendidikan etika dalam penggunaan siber. Ini kerana golongan yang
banyak terlibat dalam jenayah siber adalah daripada golongan muda yang masih
bersekolah. Hampir setiap individu dari semua golongan mempunyai telefon pintar
sebagai kegunaan harian. Namun, pengetahuan tentang etika penggunaan teknologi perlu
diberikan keutamaan kerana jenayahsiber adalah jenayah yang bahaya. Sekiranya
pendidikan etika berjaya dilaksanakan, ia akan dapat mengurangkan jenayah siber ini
sedikit demi sedikit.

7.0 RUMUSAN

13
Kepesatan teknologi akan terus berkembang dengan peredaran zaman. Pelbagai
aplikasi baru akan muncul dengan kecanggihan teknologi. Sehubungan dengan itu, maka
sokongan dan kerjasama semua amatlah perlu bagi menyokong perkembangan teknologi
dan memastikan teknologi berkembang dalam persekitaran yang sihat.

Penulis percaya Malaysia dalam usaha untuk menangani masalah yang ada akibat
penyalahgunaan media sosial. Secara keseluruhannya, media sosial adalah satu platform
yang penting dalam kehidupan seharian namun penggunaanya masih perlu dikawal dan
dipantau supaya tiada jenayah atau perkara yang buruk berlaku. Oleh kerana itu, setiap
individu pengguna teknologi perlulah lebih bertanggungjawab dan berperanan dalam
menangani masalah dan bersama-sama menghalang jenayah siber yang semakin
berleluasa. Semua pihak perlu menggalas tanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak
terutamanya memperolehi manfaat daripada teknologi dengan persekitaran yang sihat.

8.0 RUJUKAN
Arsyad, Azhar(2013).Media Pembelajaran. Jakarta. PT Raja Grafindo.

14
Kaplan, Andreas M.; Michael Haenlein (2010) “Users of the world, unite! The challenges
and Opportunities of Social Media”. Business Horizons 53(1): 59–68

Norazalinda Binti haji Mohammad Dan Raha. Komunikasi Dalam Masyarakat :media
Sosial Dan Kesannya Di Alaf Baru
Mansor, A.,S.(10984). Satu Kumpulan Esei:Media di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Masterman. 1985

Olwes, D. (978) Aggression in the schools:Bullies and whipping boys. Washington DC

Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan Laman Sosial dan Impaknya Terhadap
HubunganPersahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi. 32 (2): 65-81.

Symantic Corporation,(2010). Nortone online family report 2010: Reveals 87 percent of


Malaysian kidshave had a negative online experience. Norton Online Family Report.

Storey , K, Slaby, R, Adler., Minotti,J. & Katz R(2008). Eyes on Bullying. Newton;
Education Development Center

https://ohbulan.com/cikgu-zack-kirana-buat-laporan-polis-terhadap-kaki-buli-siber.

8.0 PENYERTAAN DALAM TALIAN

15
Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

16
Rajah 4

Rajah 5

17

Anda mungkin juga menyukai