Anda di halaman 1dari 11

Kewujudan media sosial memberikan implikasi

positif dan negatif terhadap interaksi sosial


dalam kalangan masyarakat.
ISI KANDUNGAN

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan
1.2 Peranan Media Sosial Dalam Kehidupan Masyarakat Moden
1.2.1 Internet sebagai media komunikasi
1.2.2 Peranan media sosial dalam aspek pendidikan
1.2.3 Peranan media sosial dalam aspek ekonomi – ‘marketing’
1.2.4 Peranan media sosial dalam aspek politik

BAB 2 : KESAN POSITIF DAN NEGATIF DALAM KALANGAN MASYARAKAT

2.1 Kesan Positif Media Sosial


2.1.1 Mudah untuk membuat hubungan
2.1.2 Berfikiran positif dan berkeyakinan
2.1.3 Kenaikan semangat dan motivasi
2.1.4 Punca penambahan pendapatan
2.1.5 Medium untuk bersuara
2.2 Kesan Negatif Media Sosial
2.2.1 Terdedah dengan dosa, maksiat dan zina
2.2.2 Timbul sifat hasad dengki
2.2.3 Menjadi mangsa penipuan
2.2.4 Menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan

BAB 3 : ANALISIS DATA

3.1 Dapatan Kajian


3.2 Kesimpulan

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


PENGHARGAAN

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


ABSTRAK
Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya
menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi
seharian. Terutamanya, dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam
talian ‘online interaction’ menerusi media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter dan
MySpace dan sebagainya. Secara umumnya, penglibatan dalam media sosial adalah satu
fenomena baru yang dialami oleh masyarakat yang dilihat mempunyai implikasi terhadap
proses komunikasi dan interaksi serta memberikan kepuasan terhadap mereka.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan media sosial terhadap individu-individu
yang sedang aktif menggunakan media sosial sebagai bahan berinteraksi. Teori Kegunaan
dan Kepuasan digunakan sebagai panduan penyelidikan yang menerangkan bahawa manusia
mencapai tahap kepuasan tertentu dalam menggunakan media. Hasil kajian menunjukkan
bahawa terdapat pelbagai tujuan penggunaan media sosial untuk mecapai kepuasan seperti
kepuasan untuk mengelakkan kesunyian, mencari hiburan dan maklumat, mengeratkan
hubungan dan permainan dalam talian. Selain itu, terdapat juga implikasi yang positif
terhadap komunikasi dalam mewujudkan kemahiran berinteraksi serta perkongsian maklumat
yang pantas dan mudah mahupun kesan negatif yang telah membawa padah kepada pengguna
yang menyalahgunakan media sosial ini.
BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa pada era yang moden ini, media sosial telah mendapat
sambutan yang hangat sekali di negara kita. Ini kerana media sosial merupakan sejenis media
yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk
menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia
virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki juga merupakan bentuk media sosial yang paling
umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Definisi telah diberi oleh Andreas Kaplan dan Michael Haenlein sebagai "sebuah
kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi
Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran. Disamping itu juga, jaringan
sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi,
kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi.
Antara jaringan sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Myspace, Twitter dan
sebagainya. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka
media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat
untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi
komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit media sosial pun ikut
berkembang dengan pesat. Kini untuk melayari facebook atau twitter misalnya, boleh
dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah
telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh melayari media sosial mengakibatkan
terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju,
bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan
peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


Media sosial kini berkembang dengan pesat kerana semua orang mampu memiliki
media sendiri. Jika dibandingkan dengan media tradisional seperti televisyen, radio, atau
akhbar dimana ia memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak. Seorang
pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial iaitu rangkaian internet.
Jika dalam kehidupan seharian kita tidak boleh menyampaikan pendapat secara terbuka
kerana satu dan lain hal, maka pilihan alternatif yang akan digunakan adalah media sosial.
Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak mengulas apapun yang ditulis atau
disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua arah. Komunikasi ini
kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu
perkara.

1.2 Peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat moden

1.2.1 Internet sebagai media komunikasi


Internet merupakan media komunikasi moden yang kini digemari oleh masyarakat.
Hal ini kerana sifat internet yang mudah diakses dan dianggap sebagai jendela dunia baru.
Pada masa kini, dengan adanya media sosial proses komunikasi akan lebih mudah dan
cepat.Internet adalah saluran komunikasi moden dan merupakan platform baru untuk
penggemar sosial dalam berinteraksi dan menyebarkan maklumat. Berbagai forum dan
komuniti terbentuk dan berkembang melalui kehadiran internet. Hal ini menunjukan betapa
besarnya pengaruh internet dalam kehidupan manusia pada masa ini.
Internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektif dan efisen untuk
melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Dalam masyarakat yang moden ini,
internet menjadi pilihan sebagai alat komunikasi seperti media elektronik (e-mail),
perbincangan dan perbualan secara berkumpulan (chatting). Di samping itu, internet juga
digunakan sebagai bahan untuk mencari dan menambahkan kenalan di seluruh dunia serta
bertukar-tukar fikiran serta idea-idea dalam minat yang sama.dengan itu, terjebak kepada
penukaran maklumat budaya Negara masing-masing serta sejarah dan geografi antara rakan
siber. Justeru, penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan
lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaannya amat meluas. Selain
berkomunikasi dengan teks, terdapat jugak penggunaan suara dan video dimana kita boleh
berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing dengan
menggunakan video Conferencing ataupun Tele-conference.
1.2.2 Peranan media sosial dalam aspek pendidikan
Sosial media merupakan sebuah media untuk bersosialisasi antara satu sama lain dan
dilakukan secara online dimana membolehkan manusia untuk saling berinteraksi tanpa
batasan. Internet adalah gabungan dari jaringan-jaringan komputer dalam skala luas dan
besar, masing-masing pengguna dari computer dapat saling berkomunikasi dengan orang lain

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


hanya dengan menggunakan sebuah bahasa jaringan. Tidak dapat dinafikan bahawa Internet
juga menjadi sumber informasi yang penting di dalam pendidikan. Dengan adanya internet,
berbagai informasi dapat diperoleh secara mudah dan cepat.

 Sistem Pendidikan Jarak Jauh.

Secara umumnya, pendidikan jarak jauh merupakan sistem pembelajaran secara


terpisah diantara siswa dan tenaga pengajar dalam ruang dan waktu. Salah satu peranan yang
penting media sosial dalam aspek pendidikan adalah kesempatan untuk belajar secara jarak
jauh. Dengan adanya media sosial masalah pembelajaran secara langsung atau bertatap muka
dengan tenaga pengajar dapat diatasi. Media sosial telah membantu dalam menyediakan
komunikasi dua arah sehingga siswa dapat mengambil manfaat dan mengambil inisiatif untuk
berkomunikasi secara tidak langsung dengan tenaga pengajar. Dengan adanya penggunan
beragam seperti media audio, video, computer, atau multi media yang lain telah
menghubungkan diantara siswa dan pengajar dalam suatu interaksi pembelajaran. Melalui e-
learing juga, dapat membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau tutorsiber yang berkesan.

Teknologi telah memainkan peranan yang amat penting di dalam dunia pen. Ia
merupakan sumber untuk melancarkan lagi kegiatan pembelajaran dan untuk menimba ilmu
pengetahuan.. Potensi penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah untuk meningkatkan
produktiviti dalam sistem pendidikan. Internet adalah salah satu contoh teknologi yang sangat
bermanfaat untuk mempermudah dan memperlancarkan lagi kegiatan system pendidikan di
negara kita.

1.2.3 Peranan media sosial dalam aspek ekonomi – ‘Marketing’


Media sosial merupakan bahan yang amat efektif dalam kegiatan marketing
communication, periklanan, promosi dan public relation. Peluang perniagaan melalui internet
kini semakin berleluasa dikalangan peminat perniagaan dengan adanya pelbagai bentuk
media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, whatsapp, Youtube dan sebagainya telah
memberi peluang kepada masyarakat untuk membuat perniagaan secara online. Cara ini lebih
memudahkan kerana para peniaga boleh membuat perniagaan secara tidak langsung dari
rumah.

 Kos pemasaran yang rendah ‘Low Cost’


Pengiklanan secara tradisional adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan
media social, terutamanya dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Media social merupakan
satu-satunya bahan media yang boleh digunakan secara percuma. Ia hanya memerlukan masa
untuk mengemaskini profil dan berinteraksi dengan kenalan. Pada masa kini, media social ini
amat mendapat sambutan di kalangan pemilik perniagaan dan merupakan jalan permulaan
yang menjadi pilihan kerana tiada halangan dalam kos pendaftaran atau melanggan.
Perniagaan boleh menggunakan media social untuk membuat promosi seperti artikel, video
dan audio untuk

 Kesederhanaan ‘Simplicity’
Pemasaran dalam media tradisional memerlukan peralatan yang canggih dan
kemahiran yang tinggi jika dibandingkan dengan media social. Saluran media social adalah

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


amat mudah digunakan walaupun tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam IT,
apa yang diperlukan hanyalah sebuah computer dan sambungan internet.

 Akses tanpa had ‘unlimited access’


Media social boleh dilayari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira saiz syarikat, perolehan atau
kenalan. Alat media social adalah terbuka kepada sesiapa sahaja.
1.2.4 Peranan media sosial dalam aspek politik
Dalam konteks politik, media sosial berperanan sebagai ‘alat kuasa’ yang paling
berpengaruh. Ia menyediakan ruang umum bagi rakyat untuk melibatkan diri dalam
penyertaan politik mereka secara bebas dan tanpa sebarang tekanan. Ruang umum ini,
merujuk kepada ruang atau kawasan khas dalam masyarakat di mana setiap individu boleh
bebas berinteraksi dan seterusnya mempengaruhi sesuatu tindakan politik. Secara umumnya,
ruang umum ini adalah sangat sesuai dengan praktik sistem demokrasi yang diamalkan oleh
kebanyakan negara di seluruh dunia pada hari ini kerana ia memberi hak dan kebebasan
untuk bersuara. Bagaimanapun, ruang umum ini juga menyebabkan berlakunya konflik di
antara rakyat dan pemerintah. Dalam konteks media sosial, rakyat mahukan kebebasan media
sosial tanpa kawalan sementara pemerintah pula lebih cenderung kepada dasar media sosial
dengan kawalan dalam beberapa aspek tertentu.
Contohnya, Amerika Syarikat (AS) adalah antara negara maju yang mempunyai
jumlah pengguna media sosial yang terbanyak di dunia. Walaupun secara prinsipnya, wujud
kebebasan dalam aktiviti media sosial di negara ini, namun begitu, apabila diteliti secara
mendalam mengenai hal ini, kita akan dapati bahawa tindakan kawal selia media sosial oleh
kerajaan di mana-mana negara pun termasuk di negara-negara maju ialah satu tindakan yang
biasa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadi moral dan etika para pengguna media
sosial yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat dalam masyarakat di negara tersebut.
Walaupun isu kebebasan media sosial ini secara umumnya selari dengan prinsip
demokrasi, aktiviti dan penggunaan media sosial tanpa sebarang kawalan boleh memberikan
impak negatif untuk jangka masa panjang kepada negara dan masyarakat. Fenomena Arab
Spring adalah antara contoh terbaik bagaimana aplikasi media sosial yang tidak terkawal
boleh memberikan impak positif dan negatif kepada sesebuah negara. Secara positifnya,
media sosial telah membantu secara tidak langsung dalam usaha ‘mencelikkan’ minda
masyarakat Arab di negara-negara yang terkesan dengan fenomena Arab Spring untuk
bangun membebaskan diri mereka daripada sebarang bentuk penindasan oleh pemimpin dan
kerajaan di negara mereka sendiri.
Sementara itu, dari aspek negatif pula, penggunaan media sosial yang tidak terkawal
bukan sahaja men-yumbang kepada keadaan ketidakstabilan dalam negara malah turut
membuka ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang berkepentingan di luar negara untuk
membuat percaturan tertentu di negara tersebut bagi kepentingan mereka sendiri. Dalam
konteks isu terrorisme global, misalnya, media sosial se-ringkali digunakan sebagai satu cara
untuk menyebarkan ideologi dan fahaman ekstremisme, menagih simpati umum,
menyebarkan fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan, serta merekrut ahli baharu dan calon-
calon pengebom berani mati.
Dalam hal ini, kerajaan Malaysia turut memandang serius mengenai penggunaan
aplikasi media sosial dalam kalangan rakyatnya. Setakat ini, tiada sebarang cadangan
daripada kerajaan untuk mengawal aktiviti media sosial. Bagaimana pun, kerajaan akan

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


sentiasa memantau aktiviti ini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya perkara-
perkara negatif yang wujud hasil daripada penggunaan media sosial yang tidak terkawal ini.
Sementara itu, aktiviti media sosial di Malaysia masih lagi bebas, usaha juga perlu
dilakukan oleh kerajaan bertujuan mendidik pengguna dan pengendali aplikasi media sosial
supaya mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menggunakan aplikasi
tersebut. Tanpa tanggungjawab dan etika ini, media sosial boleh disalahguna secara negatif
sebagai alat kuasa yang boleh menjejaskan ketidakstabilan negara. Penggunaan media sosial
yang tidak terkawal boleh membuka peluang kepada pihak-pihak luar yang berkepentingan
untuk membuat percaturan mereka di negara ini dan seterusnya bakal menyaksikan negara ini
terjerumus dalam satu konflik dalam yang serius.

BAB 2 : KESAN POSITIF DAN NEGATIF DALAM KALANGAN MASYARAKAT


2.1 Kesan Positif
Pada era modenisasi ini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian sudah
menjadi satu trend pada masa kini. Perkembangannya bagai cendawan tunbuh selepas hujan.
Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua peringkat usia
manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia, pemimpin negara, golongan
profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak. Penggunaannya bertambah hangat
apabila terdapat komputer riba dan telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan
kepelbagaian fungsi untuk tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan
penggunaan media sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman sesawang
sosial yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah Telegram, Facebook,
Twitter, YouTube dan sebagainya. Persoalannya apakah kepentingan media sosial kepada
kita sehingga jutaan masyarakat mengilainya? Di bawah ini saya akan perjelaskan
kepentingannya secara terperinci.
2.1.1 Mudah untuk membuat hubungan
Malah, masyarakat yang sering melayari laman sosial akan memiliki kenalan yang
banyak tanpa disedari oleh mereka itu. Laman sosial menerima pendaftaran semua ahli
masyarakat di dunia ini tanpa ada sebarang sekatan yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh
menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki itu. Situasi inilah yang
menyebabkan pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu sahabat dengan satu sentuhan
jari sahaja. Ringkasnya, laman sosial boleh digunakan sebagai alat untuk memperoleh lebih
banyak kenalan di dunia ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan
yang baru dari seluruh dunia di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan
semula. Aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan yang sesuai untuk
senario ini. Kita boleh memilih rakan baru pada setiap masa baik atas permintaan kita
ataupun permintaan dari pemilik akaun rakan yang lain. Komen-komen terhadap gambar
aktiviti individu yang dimuat naik secara berterusan akan mengeratkan hubungan sesama

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


rakan. Bagi seseorang yang telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah, kolej atau
universiti menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial
ini boleh digunakan sebagai suatu wahana utama untuk mencari kenalan lama yang telah
terputus. Melalui media sosial mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh
rakan dan dapat berinteraksi antara satu sama lain seterusnya mengikat hubungan mereka
bagai aur dengan tebing. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan
satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan rakan-rakan sebagai aktiviti
'reunion'. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara
menggunakan kemudahan yang berada di depan mata. Jelaslah bahawa selain dapat
menemukan semula rakan lama, media sosial juga boleh menambahkan kenalan baru yang
jauh dan yang dekat.
2.1.2 Berfikiran Positif dan berkeyakinan
Sejurusnya, laman sosial turut memberi ruang dan peluang untuk pengguna berkongsi
suara fikiran masing-masing bergantung kepada isu-isu semasa yang mahu diketengahkan.
Hal ini dapat dilakukan sesama rakan, antara guru dan murid, media massa dan orang awam,
artis dan peminat, malah antara pemimpin dan rakyat sebagai medan komunikasi. Dengan
adanya medium komunikasi baharu ini seperti aplikasi Twitter, secara tidak langsung
membolehkan para peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila
mereka berpeluang membaca apa-apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis. Malah,
sebagai pemimpin negara nombor satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak turut gemar melayari web sosial Facebook dan Twitter. Selain beliau, Presiden AS,
Barack Obama, dan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy antara pemimpin yang turut
menggunakan Facebook. Mereka ini merupakan antara jutaan manusia di seluruh dunia
terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubungan dengan orang
ramai terutama rakyat Malaysia yang ingin merapatkan jurang politik antara golongan muda
dan lama. Tegasnya, dengan jaringannya yang begitu meluas menjadikan hubungan antara
insan semakin mesra, rapat dan dekat seperti diwarkan-warkan – “Rakyat Didahulukan;
Pencapaian Diutamakan”.
2.1.3 Kenaikan semangat dan motivasi
Namun, kajian juga membuktikan bahawa laman sosial ini memiliki impak positif
seperti menjadi persada masyarakat meluahkan perasaan mereka itu. Kehidupan zaman
moden ini banyak tekanan seperti tekanan kehidupan kebendaan dan tekanan untuk berjaya di
sekolah yang menjejaskan kesihatan perasaan individu tersebut. Kewujudan laman sebegini
memudahkan masyarakat untuk menulis tentang keresahan jiwa mereka lalu mengubati
kemurungan tersebut. Jadi, masyarakat boleh mendapat ketenangan jiwa apabila meluahkan
perasaan mereka menerusi penulisan di laman sosial tersebut.
2.1.4 Punca penambahan pendapatan
Seterusnya, penggunaan laman sosial tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai
wahana untuk menjana pendapatan yang lumayan. Melalui Facebook, Blog, Twittwe dan
sebagainya, kita boleh mengembangkan perniagaan atau memasarkan produk secara percuma
tanpa memerlukan seseorang itu bersemuka secara empat mata. Orang ramai dapat membeli
sesuatu barangan seperti tudung, jubah, kasut, barangan perhiasan, kosmetik, buku, barangan
elektronik seperti kamera digital dan komputer dengan menggunakan laman sosial tersebut.
Mereka juga dapat menjadikan laman sosial tersebut sebagai alternatif menambahkan sumber
pendapatan bulanan mereka. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi dan petang seseorang
itu terlibat secara langsung dengan kerjaya masing-masing. Pada waktu lapang, mereka dapat

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


memasarkan sesuatu barangan yang dapat menarik perhatian orang ramai seperti kata
peribahasa sambil menyelam minum air. Harga dan kualiti barang yang ditawarkan adalah
berbaloi dengan harga pasaran semasa. Proses pembelian adalah mudah iaitu membuat
tempahan, bayaran dibuat melalui akaun bank penjual yang dipaparkan dan barangan dihantar
melalui pos laju. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat
beli-belah. Tegasnya laman sosial dapat mewujudkan perniagaan di hujung jari tanpa had
masa dan mampu melahirkan ramai usahawan yang berjaya.
2.1.5 Medium untuk bersuara
Akhirnya, kebaikan media sosial yang lain ialah dapat digunakan sebagai medium
untuk rakyat bersuara. Segala aduan boleh terus diadukan kepada saluran yang betul seperti
laman sesawang Facebook Perdana Menteri atau stesyen-stesyen televisyen yang menjadi
penyalur maklumat kepada pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan
berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani
masalah yang sedang berlaku. Cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil
rakyat mula menggunakan media sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan
rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat di kawasan mereka. Melalui media
sosial, seseorang pemimpin boleh berkongsi pendapat, meminta pandangan pelan tindakan
yang dirancangnya.. Melalui media sosial juga, individu yang tidak mempunyai keberanian
untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat
cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan
pihak tertentu. Namun kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk
menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk
membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak
pentadbiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru,
terbukti media sosial mampu menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara
bangsa tercinta
Kesimpulannya, media sosial mampu membawa kepada kebaikan yang ketara kepada
pengguna jika digunakan secara bijak. Justeru, ibu bapa mahupun penjaga haruslah
memantau anak mereka ketika mereka menggunakan media sosial untuk memastikan mereka
tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah yang mampu merosakkan minda
si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memasang aplikasi untuk menyekat akses kepada
laman sesawang yang tidak mempunyai moral untuk melindungi mereka daripada agen
propaganda barat yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh dunia melalui muzik dan
fesyen yang keterlaluan yang semakin mendapat tempat di hati remaja di Malaysia. Pengguna
juga harus lebih berhati-hati ketika berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat
diri anda sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat sejak akhir-
akhir ini yang telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan semua pihak tampil untuk
bekerjasama dalam memastikan media sosial sentiasa digunakan di jalan yang betul. Gutu
juga boleh memainkan peranan mendedahkan laman-laman sesawang pendidikan serta
menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk
menggunakan media sosial bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan iaitu pemimpin dalam menyebarkan kebaikan media sosial kepada rakyat supaya
kebaikan ini dapat memberikan kesan postif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti
hidup kearah yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


2.2 Kesan Negatif
Isu-isu yang berkaitan dengan media sosial menjadi bahan perbincangan dalam
masyarakat. Penggunaan media sosial secara meluas dan berpengaruh telah membawa faedah
tetapi juga disalahgunakan di kalangan masyarakat. Ini telah membawa kepada berlakunya
pelbagai masalah yang tidak dijangkakan.
2.2.1 Terdedah dengan dosa, maksiat dan zina
Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk
mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca
daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan
lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah
disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga
menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan
dengan kekasih menerusi laman web sosial.
2.2.2 Timbul sifat hasad dengki
Selain itu, keburukan laman ini juga dikaitkan dengan amalan pendedahan hal
peribadi seseorang tersebut. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain telah
mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang dibenci itu dengan tujuan untuk memalukan
mereka. Tindakan negatif sebegini telah menjadi satu kebiasaan dan membawa kes jenayah
apabila mangsa yang dimalukan itu membuat laporan polis pula. Lantaran itu, ada pihak yang
mahu supaya laman sosial dikawal dengan lebih ketat supaya amalan mendedahkan hal
peribadi tidak menjadi kebiasaan pula.
2.2.4 Menjadi mangsa penipuan
Terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja
perempuan. Perkara ini berlaku kerana mereka terlalu mempercayai orang yang baru sahaja
dikenali melalui laman social dan terlalu mengikut kemahuan yang diminta oleh rakan dalam
laman social tersebut. Perkara ini sering berlaku apabila rakan dalam laman social
menghantar mesej dan membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masa untuk
bertemu. Justeru, jika terikut dengan permintaan tersebut, mereka mungkin telah ditipu dan
menjadi mangsa rogol.
2.2.5 Menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan
Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini mencetuskan isu sensitif yang
berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk. Sudah
banyak tulisan berunsur perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang disiarkan menerusi
laman sosial ini lalu menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita
yang berbilang kaum begitu mudah terganggu dengan kritikan yang berunsur perkauman itu
lalu membawa pergaduhan besar pula. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan
sesuatu isu sensitif itu sehingga sukar dikawal dan membawa kemusnahan yang besar.

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com


BAB 3 :ANALISIS DATA
3.1 Dapatan kajian
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat di negara kita turut menggunakan
kemudahan media sosial untuk pelbagai tujuan dan kemahuan masing-masing dan
dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penggunaan laman sosial dalam masyarakat
adalah untuk tujuan mengikuti perkembangan semasa, berhubung dengan ahli keluarga,
megeratkan silaturahim, pekerjaan, akademik dan sebagainya. Ini kerana media sosial
merupakan salah satu jalan alternatif yang paling cepat dan mudah diakses.
3.2 Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet banyak memberi kesan
terhadap corak kehidupan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Media sosial merupakan
salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam
maya. Sehinggakan pada masa ini, sesiapa yang tidak memiliki akaun laman media sosial
dianggap ketinggalan zaman. Perkara ini telah banyak mempengaruhi masyarakat sekeliling
dan telah mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan memberi kesan yang positif mahupun
negatif. Bagaimana pun, ia bergantung kepada bagaimana pengguna memanfaatkan
kemudahan yang diberikan. Oleh itu, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu memainkan
peranan yang penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat juga perlu
mempunyai disiplin dan ketahanan diri dalam mengubah corak hidup dengan menggunakan
laman sosial ini untuk kegunaan yang baik disamping melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih
bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat menjadi minda kelas pertama.
Di samping itu, masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat
diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasi dalam kehidupan masyarakat.

Sharing by : cLassiFied8322 rmich@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai