Anda di halaman 1dari 11

KESAN PENGGUNAAN MEDIA TERHADAP AKIDAH MASYARAKAT DI

MALAYSIA

PENDAHULUAN

Dalam meniti arus kemodenan pada hari ini, media merupakan sebuah medium
perhubungan dan penyampaian yang tidak lagi asing dalam kehidupan seharian manusia di
Malaysia. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, media didefiniskan sebagai alat
atau perantara komunikasi (perhubungan) seperti radio, televisyen dan akhbar.

Menurut akhbar Bernama setakat Januari 2021, Malaysia mempunyai 27 Juta


pengguna yang memiliki akses kepada internet. Ianya memawakili 86% populasi penduduk di
Malaysia. Melalui kajian ini kita dapat melihat penduduk di Malaysia amat ghairah
menggunakan media iaitu media sosial, media massa dan lain lain platform. Trend ini dapat
dilihat melalui Malaysia dilanda pandemik dan ramai orang membuka akaun media sosial
sekurang kurang Facebook dan Whatsapp untuk memudahkan mereka berhubung dengan
keluarga dan rakan rakan. Ada juga yang menggunakan media sebagai medium untuk mereka
menjalankan aktiviti perniagaan atas talian dan mampu menambah pendapatan. Tidak lupa
media massa kini telah pun menjadi dalam bentuk digital dan boleh diakses di hujung jari.
Memudahkan kita untuk mendapat berita terkini.

Ramai pengguna menjadikan media sebagai medium untuk menyebarkan dakwah dan
kebaikkan dengan cara memuat naik video dan gambar di Facebook dan juga Youtube.
Seperti contoh, pendakwah bebas Ebit Lew yang mempromosikan misi keamanan di Palestin
dan juga membantu ramai rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.
Disebabkan hal ini nama beliau mendapat tempat di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Lalu
mendorong lebih ramai untuk melakukan kebaikan seperti beliau.

Namun tiada yang sempurna, media juga memiliki sisi gelap yang tersendiri. Sukar
untuk dinafikan apabila media kini kerap dijadikan sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah,
menyalakan api perkauman dan lain lain sisi gelap yang mampu menyebabkan akidah
sesorang itu terpesong.

Oleh itu kajian ini akan merungkai dengan lebih mendalam mengenai kesan
penggunaan media terhadap akidah masyarakat di Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN KESAN PENGGUNAAN MEDIA TERHADAP AKIDAH
MASYARAKAT DI MALAYSIA

KAJIAN KAMI MERANGKUMI OBJEKTIK-OBJEKTIF YANG BERIKUT:

1) Kajian ini secara amnya ialah untuk mengenal pasti kesan baik dan buruk
penggunaan media terhadap akidah masyarakat di Malaysia berdasarkan sumber
sumber yang sahih. Melalui sumber yang sahih kami mampu melakukan satu kajian
ilmiah dengan tatacara yang betul jelas dan tepat.

2) Kajian ini juga akan mengenal pasti punca kepada masalah penggunaan media
terhadap akidah di Malaysia dan menjelaskan akibat daripada penggunaan media
yang tidak betul. Apabila kami mengenal pasti punca kepada masalah penggunaan
media, kita mampu mengelakkan hal hal ini agar tidak berulang pada masa hadapan.

3) Pada akhir kajian ini kami akan menerangkan dan memahami cara menggunakan
media dengan betul agar semua rakyat Malaysia tidak terpesong akidah. Akidah yang
terpesong atau yang tidak baik akan menganggu gugat keharmonian rakyat berbilang
bangsa di Malaysia.
LITERATURE REVIEW

Pengenalan

Dewasa ini, masyarakat lebih terdedah kepada penggunaan media sosial sebagai
medium untuk berkomunikasi dan memperolehi maklumat sama ada melalui media cetak atau
media elektronik. Media sosial telah menyediakan ruang kepada semua manusia di dunia ini
untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang paling mudah dan pantas. Media
sosial juga menyediakan manfaat besar dalam masyarakat termasuk akses kepada maklumat
dan hal-hal semasa tidak kisah topik. Walau bagaimanapun,penggunaan media sosial yang
berlebihan telah membawa kepada hasil negatif seperti masyarakat muda mudah terpengaruh
dengan perilaku yang tidak patut dilihat.

Pengunaan media sosial terhadap akidah masyarakat boleh diulas dengan beberapa
perkara memandangkan betapa kompleks hal tersebut. Sesetengah pandangan menyatakan
bahawa ia membawa seribu satu kebaikan dan sesetengah pandangan juga menyatakan
bahawa ia adalah sesuatu yang boleh dijadikan faktor kejatuhan akhlak dan akidah sesebuah
masyarakat. Ini menunjukkan pengaruh media sosial mampu mempengaruhi perubahan
akhalak anak muda. Pada masa kini, media sosial mempunyai daya tarikan yang dasyat
sehingga dapat mempengaruhi akhlak dewasa, remaja serta pelajar pada masa kini. Terdapat
banyak rancangan televisyen berbentuk hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan anak-anak
muda masa kini. Rancangan seperti ini tidak memberi manfaat atau ilmu malah tidak mampu
merangsang perkembangan minda dan kemahiran dalam masyarakat.

Kajian Lepas

Menurut Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah (2010), media sosial merupakan
satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau
masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan
dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di
peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan
dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin
penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Selain itu,
mereka juga berpendapat bahawa media sosial bukan sahaja merupakan saluran maklumat
bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai tingkah laku
sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasa kendiri individu sama
ada ke arah positif ataupun sebaliknya. Oleh itu, pengaruh negatif media massa yang terdiri
daripada media cetak dan media elekronik ini sebenarnya secara tidak langsung
mempengaruhi tingkah laku masyarakat.

Hasil daripada kajian Fazlinda dan Mohammad Siraj (2018) mendapati kebanyakan
pelajar menyatakan terdapat banyak video yang tidak bermoral didedahkan di media sosial.
Perkara ini perlu diambil berat kerana video yang tidak bermoral ini dapat merosakkan akhlak
dan moral pelajar. Pelajar mudah terdedah kepada bahan pornografi kerana saringan yang
sangat lemah terhadap video-video tersebut.

Munirah Azman (2018) pula menyatakan bahawa masyarakat kini menjadikan media
sosial sebagai rujukan utama untuk mengetahui berita terkini (sama ada palsu atau benar)
serta membeli dan mempromosi perniagaan. Tidak kurang juga menggunakan medium itu
sebagai tempat meluahkan perasaan dan emosi berbanding bercerita kepada keluarga dan
insan rapat. Sejak akhir-akhir ini melarat pula kisah berhibur menggunakan aplikasi Bigo dan
Tik Tok yang memerlukan penggunaan pelbagai aksi seperti menari, melompat dan
sebagainya mengikut lagu yang disediakan. Secara umumnya, tiada masalah mengenai
cabaran mahupun aplikasi yang disebut diatas, apa yang dikesalkan ialah apabila muncul
pengguna dalam kalangan wanita terutamanya yang beragama Islam tanpa segan silu menari
dan berjoget dengan penuh erotik demi perkara yang disebut sebagai hiburan mengikut trend.

Aplikasi media sosial juga telah menjadi satu platfom kepada pengguna yang tidak
bermoral untuk menyebar maklumat negetif seperti kandungan seksual yang eksplisit
(Lofgren-Martenson & Mansson, 2010). Media cetak dan elektronik yang pesat berkembang
masa kini mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku dan keperibadian pelajar.
Ini kerana pelajar mudah terpengaruh serta mencuba perkara baru bertujuan untuk
membentuk identiti diri tersendiri. Hasil daripada ujian yang dijalankan, didapati tahap
pendedahan media massa mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan pegangan
akhlak pelajar. Semakin banyak masa yang diluangkan untuk media massa semakin rendah
tahap pegangan akhlak pelajar (Ab. Halim & Zarin, 2009). Hasil kajian mendapati majoriti
pelajar mengikuti siaran larut malam seperti “bola sepak” yang boleh mengganggu waktu
beribadat kepada Allah seperti qiamullail. Begitu juga, penayangan waktu siaran televisyen
selama 24 jam sehari boleh menyebabkan masyarakat leka daripada beribadah kepada Allah.
Hal ini disebabkan rancangan kartun yang disiarkan pada waktu maghrib, secara tidak
langsung akan mengganggu kanak-kanak daripada mempelajari al-Quran dan solat maghrib
pada waktu tersebut. Begitu juga cerita bersiri Melayu yang ditayangkan kepada penonton di
antara waktu Maghrib dan Isyak.
Kepentingan Kajian

Antara kepentingan kajian yang dijalankan adalah:


a) Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Agama Islam, Kementerian
Penerangan, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan serta Kementerian Belia dan Sukan
menetapkan spesifikasi rancangan yang di tayangkan dan pemantauan dilakukan supaya
bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat.
b) Kajian ini membolehkan pensyarah menekan konsep akidah dan tauhid di kalangan pelajar.
c) Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan terhadap anak-anak dalam
penggunaan ‘gadget’ agar memberi manfaat kepada mereka.
d) Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan
penggunaan media sosial.
ISU DAN PERMASALAHAN YANG INGIN DIBANGKITKAN

Salah satu isu dan permasalahan yang dapat kita lihat pada masa ini dari media sosial
adalah masyarakat khususnya remaja mudah terpengaruh oleh perilaku yang tidak patut
dilihat oleh remaja yang menular di media sosial seperti Instagram, Facebook, dan
WhatsApp. Mereka tidak mempertimbangkan kesan negatif ketika mencoba perilaku
tersebut. Remaja agresif yang sering menonton filem aksi dan filem ganas di dalam media
sosial akan lebih cenderung ke arah untuk mempunyai tingkah laku ganas seperti yang
dilihat di dalam media sosial berbanding dengan mereka yang tidak menontonnya. Aksi-
aksi ganas yang tidak bermoral yang ditonton oleh remaja di dalam media sosial akan
menjadikan jiwa mereka keras dan ganas. Hal ini akan menjadi lebih teruk sekiranya remaja
yang telah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas tersebut meniru aksi yang ditontonnya dan
menerapkannya di dalam tingkah laku harian. Hal sedemikian ini yang menyebabkan kes
jenayah dikalangan remaja meningkat di dalam negara seperti kes buli yang kerap berlaku di
sekolah. Perkara ini haruslah diambil serius oleh masyarakat terutamanya ibu bapa dalam
mendidik anak-anak supaya tidak terlalu terpengaruh dengan aksi-aksi yang ganas dari
sesebuah filem. Peranan remaja amatlah penting untuk sesebuah negara namun sekiranya
remaja didedahkan dengan perkara yang tidak elok maka ia dapat mencerminkan susasana
sesebuah negara tersebut.

Selain daripada itu, isu dan permasalahan yang dapat kita lihat adalah penyebaran
pornografi di media sosial. Pada era ini, media sosial adalah applikasi yang digunakan oleh
seluruh masyarakat sama ada remaja ataupun warga emas. Oleh itu, penyebaran pornografi di
media sosial sering terjadi di negara kita dengan meluas. Hal ini amatlah tidak wajar untuk
pengguna media sosial yang masih dikategorikan bawah umur kerana mereka mudah
terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Di samping itu, ia juga dapat mengubah sesorang
itu ke arah yang negatif akibat daripada kerap menonton atau terdedah dengan pornografi.
Hal ini perlu dititik beratkan kepada semua agar sentiasa menghindari daripada terjebak
dengan perkara yang tidak elok ini terutamanya golongan remaja. Media sosial sangat luas
penggunaannya dikalangan masyarakat di dalam kehidupan harian, oleh itu setiap masyarakat
haruslah mempunyai pendirian yang kuat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang
berkaitan dengan pornografi yang terus tersebar di media sosial. Isu ini harus diambil berat
kerana ia dapat membentuk akhlak dan tingkah laku yang tidak elok terhadap seseorang itu.

Seterusnya, isu yang boleh kita lihat juga adalah pembaziran masa. Hal ini sering
terjadi kerana media sosial adalah tempat dimana masyarakat kita sering menghabiskan masa
seharian dengan di media sosial. Hal ini juga amatlah terkesan kepada kanak-kanak atau
remaja yang masih bersekolah. Ini akan menyebabkan mereka tidak memberi fokus kepada
pembelajaran malah memberi lebih masa mereka kepada media sosial. Hal ini akan
menyebabkan prestasi dedeorang pelajar itu menjadi buruk kerana terlalu kerap
menggunakan media sosial sehingga pembelajaran mereka terpinggir. Media sosial juga
dapat memberi kesan kepada golongan dewasa yang juga dapat membuatkan mereka
membazir masa di media sosial. Hal ini kerana ramai diantara kita yang terlalu seronok
dengan perkara yang terkandung di media sosial sehingga lupa tentang perkara yang perlu
dilakukannya. Ia juga dapat memberi kesan terhadap kerja sesorang itu sekiranya terlalu
taksub dengan media sosial. Apabila sesorang itu memberi masa yang lebih kepada media
sosial, ia akan menyebabkan sesorang itu kekurangan waktu atau masa untuk melakukan
sesuatu kerja atau tugas yang mereka perlu laksanakan. Oleh itu, kita haruslah menguruskan
masa kita sebaiknya agar tidak terlalu banyak mebuang masa kepada perkara yang tidak
membawa manfaat kepada diri kita dan memberi satu tingkah laku yang negatif kepada kita.

Selain daripada itu, media sosial juga dapat memberi kesan terhadap kesihatan badan
kita. Hal ini kerana apabila kita terlalu kerap menhabiskan masa di media sosial ia akan
membuatkan kita kekurangan tidur dan rehat. Mereka yang terlalu lama di dalam media sosial
dapat memberi kesan terhadap kesihatan badan apabila terlalu menghadap media sosial
sehingga lewat malam. Sesorang itu akan merasa kelesuan badan dan tidak bertenaga dalam
melakukan aktiviti harian akibat daripada mengakses media sosial terlalu lama. Ia juga dapat
membuatkan seseorang itu kemurungan dan akan membuat kan mereka merasa stress
sepanjang masa. Hal ini amatlah berbahaya terhadap kita kerana ia dapat memberi impak
yang negatif kepada kelakuan harian kita. Sekiranya kita menggunakan media sosial dengan
lama dan kerap, ia boleh menyebabkan kepada ketagihan terhadap media sosial yang boleh
menjadikan kita tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap perkara lain.

Di samping itu, isu yang sering kita dapat dengar akibat daripada media sosial adalah
aktiviti siber buli yang kerap berlaku di negara kita. Siber buli sangat umum di zaman
modern ini. Hal ini dibuktikan dengan peringkat cyberbullying Malaysia, yang menempati
peringkat ke-6 di dunia dan ke-2 di Asia. Siber buli adalah tindakan yang memalukan atau
mengancam seseorang melalui media sosial. Siber buli ini terjadi di dunia maya dan tidak
seperti kes buli yang lain di luar. Selain itu, siber buli mudah dilakukan kerana mangsa siber
buli di media sosial amat mudah dijumpai. Ini kerana mangsa siber buli sering mendapat
kata-kata negatif seperti “body shamming” daripada pembuli untuk memberi perasaan yang
tidak senang kepada magsa. Bagi pembuli yang sering mengeuarkan kata-kata negatif
terhahap pengguna media sosial yang lain, mereka akan merasa puas dengan tindakan mereka
apabila mangsa kepada siber buli ini menunjuk satu situasi yang tidak senang dan tidak selesa
selepas mendapat perkataan yang negatif terhadap mangsa. Hal ini dapat memberi kesan yang
buruk terhadap mangsa siber buli seperti hilang keyakinan diri, menjadi anti-sosial dan boleh
mengakibatkan kemurungan yang melampau. Oleh itu, kita dapat tahu bahawa media sosial
adalah suatu platform yang boleh memberi kesan yang buruk terhadap masyarakat. Kita
haruslah sentiasa menjauhkan diri daripada terjebak dengan kes siber buli ini agar dapat
mengurangkan lagi kes ini daripada terjadi di negara kita.
PENDAPAT DAN CADANGAN

Terdapat beberapa pendapat dan cadangan yang boleh kita ikuti dalam penggunaan
media sosial di kalangan masyarakat antaranya ialah pengawasan yang berkala daripada ibu
bapa terhadap kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa haruslah sentiasa berwaspada dengan
penggunaan media sosial oleh kanak-kanak dan sentiasa memantau agar mereka tidak
terpengaruh ataupun terjebak dengan perkara-perkara yang tidak elok di dalam media sosial.
Ibu bapa perlu menunjukkan satu tauladan dan contoh terhadap anak-anak untuk meluaskan
horizon pemikiran mereka. Ibu bapa juga perlulah mengelakkan daripada anak-anak mereka
bermain dengan fantasi agar mereka mendapat kestabilan spiritual dan jasmani supaya
mereka lebih maju kehadapan.

Selain daripada itu, pengguna media sosial juga perlu cuba untuk tidak mengambil
komen negatif secara peribadi. Hal ini justeru dapat mengelakkan kita daripada menghadapi
kemurungan atau stress dengan komen negatif yang diterima oleh pengguna media sosial
yang lain. Media sosial adalah media yang mempunyai ramai pengguna, ini membuatkan kita
akan bertemu dengan pelbagai jenis pengguna media sosial sama ada yang berkelakuan baik
mahupun tidak baik. Komen yang negatif daripada sesorang itu belum tentu benar ataupun
tidak, kita seharusnya cuba untuk mengendalikan kes seperti ini dengan tenang agar tidak
memberi kesan yang buruk terhadap diri sendiri. Sebaiknya adalah kita cuba ambil komen
negatif itu sebagai pembakar semangat untuk kita perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Akhir sekali, pendapat yang boleh diberi dalam penggunaan media sosial adalah
dengan menguruskan masa untuk berehat daripada media sosial. Kita seharusnya tidak
melayari media sosial ini dengan terlalu lama kerana ia dapat memberi kesan yang tidak elok
terharap kita. Oleh itu, pengurusan masa dalam penggunaan media sosial amatlah penting
agar kita dapat rehat yang secukupnya dan dapat menjalani kehidupan yang sihat. Hal ini
dapat mengurangkan risiko daripada mengalami kemurungan dan rasa kesepian. Pelbagai
aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan untuk kita mengisi masa lapang daripada
hanya melayari media sosial. Penggunaan media sosial tidak salah untuk sesorang itu namun
ianya perlu ada had masa agar kesihatan kita terjaga.
KESIMPULAN
Media sosial amat berpengaruh dalam dunia hari ini untuk melestarikan kehidupan
masyarakat. Tujuan utama media sosial diperkenalkan adalah untuk menyebarkan maklumat
dan memudahkan berkomunikasi, akan tetapi media sosial kini mengalami transformasi
bukan sekadar sebagai penyebar maklumat malah aktiviti hiburan termasuk baik dan buruk
juga berlaku. Media sosial mempunyai potensi yang menyalurkan nilai-nilai positif kepada
semua golongan masyarakat. Ini kerana masyarakat kini menjadikan media sosial sebagai
wadah untuk mencari, memahami dan mencernakan maklumat dalam membantu aktiviti
harian mereka. Media sosial perlu memainkan peranan dalam menyebarkan dakwah,
penerapan nilai positif dan memberi maklumat yang benar. Inilah teras utama untuk
melahirkan pelajar yang berjaya serta diberkati Allah SWT. Media sosial seharusnya
digunakan untuk tujuan yang baik untuk memperolehi manfaat, bukan digunakan untuk
tujuan jahat, kerana ia akan memberi kemudaratan. Selain itu, kajian juga menunjukkan
kesan media sosial yang paling ketara adalah pembaziran masa. Hal ini terjadi kerana media
sosial merupakan medium yang sangat mudah untuk menghabiskan masa. Pelajar boleh
berada di mana sahaja asalkan mempunyai rangkaian internet untuk melayari media sosial.
RUJUKAN
Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah (2010). Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan
Akhlak Pelajar. http://www.academia.edu/download/55777874/JURNAL.pdf
Fazlinda Ab Halim & Mohammad Siraj Munir Muslaini (2018). Impak Media Sosial Terhadap Tingkah
Laku Sosial Pelajar Di Kolej Vokasional. Online Journal for Tvet Practitioners UTHM, 3(1).
Munirah Azman. (2018). Kesan negatif budaya ikut trend media sosial.
http;//www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/kesan-negative-budaya-ikut-trend-media-
sosial1.714782
Lofgren-Martenson, L., & Mansson, S. (2010). Lust, love, and life: A qualitative study of Swedish
adolescents’ perceptions and experiences with pornography. Journal of Sex Research, 47, 568– 579.
Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2009). Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media
Massa: Tinjauan ke atas Remaja Melayu Luar Bandar. Sari, 27, 199-212.

Anda mungkin juga menyukai