Anda di halaman 1dari 9

PUSAT SAINS KEMANUSIAAN

UHC2022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


SEMESTER I SESI 2020/2021

ULASAN ARTIKEL

TAJUK ARTIKEL: Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial


Masyarakat
ALAMAT CAPAIAN ARTIKEL: https://rb.gy/ckcopg
NAMA KUMPULAN: 02G Topik 7
NAMA PENSYARAH: Ahmad Bin Ibrahim

Bil NO PELAJAR NAMA AHLI KUMPULAN


1 PC19047 Wong Sze Yun
2 TJ19056 Nur Syareena Nabihah binti Jamaluddin
3 PA20061 Adlin Adriana binti Zulkipli
4 PC19028 Tay Ming Wei
5 SA20005 Deeviyatharshini a/p Armugam
6 PC20014 Sharmila a/p V.Kumar
7 PA20060 Nadia Salwani binti Nizam
8 PA20063 Nur Maisarah binti Azman
9 PA20052 Nurfatin Natasha binti Jamal
10 PA20045 Aimi Qausar binti Azhar
11 PB20104 Abbirahmie Sambulingam
12 PA20046 Nik Farah Amira binti Nik Kamaruzaman
13 MH20039 Liew Pei Kai

PENAFIAN: Kami mengakui bahawa segala hasil kerja yang dikemukakan adalah asli dan tiada
unsur-unsur ciplak. Namun, jika terdapat kecurangan akademik (copy & paste, menipu,
memalsukan maklumat dan lain-lain), kami layak menerima markah minimum bagi tugasan ini.
1

PENGENALAN (PA20014: Sharmila dan TJ19056: Syareena)

Dalam era globalisasi ini, perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang pesat
seperti media massa kini menyebabkan perubahan dalam pelbagai aspek termasuk
pengetahuan, sikap dan tingkah laku manusia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat, media massa bermaksud pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen,
radio, surat khabar yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat
yakni dalam masa yang singkat. Internet adalah salah satu contoh yang dekat dengan kita
dimana ia digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat seluruh dunia untuk mengakses dan
menyebarkan informasi tertentu kepada sesiapa sahaja. Sememangnya media massa mampu
memberi pengaruh yang besar. Seramai 81% rakyat Malaysia aktif menggunakan media massa,
seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Statistik ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 21% daripada tahun 2016. Pengunaan alat komunikasi ini juga mampu melahirkan
masyarakat yang kreatif dan intelek. Namun begitu, pengguna media massa perlu cakna
terhadap tatacara penggunaan yang betul agar memberi faedah kepada masyarakat.
Kehadiran teknologi ini sememangnya menghendaki masyarakat membuat penilaian dan
pemilihan yang bijak bagi mengelakkan daripada menonjolkan pengaruh buruk pada
masyarakat. Menurut Shabnoor Siddiqui (2016), beliau berkata bahawa media massa adalah
satu platfom dimana masyarakat dapat berdiskusi tentang sesuatu isu dan bertukar pendapat
dengan menukar idea, gambar, video dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa media
massa mempunyai impak positif dan negatif daripada pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu,
media massa bukan sahaja untuk kegunaan peribadi, malah turut memberi peluang kepada
pengguna menjalankan kegiatan ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan sesebuah
masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa media massa mampu mempengaruhi pengguna-
penggunanya dengan kemudahan istimewa yang tersedia kepada sosial masyarakat.

Kepenetingan Media Massa (PA20063: Maisarah dan PA20046: Nik Farah)

Media massa semakin berkembang pesat dan semakin mendapat perhatian setiap golongan
masyarakat maka, kewujudan media massa sekali gus memberi banyak kepentingan dan
manfaat kepada negara. Pertama, media massa menjadi wadah penyebaran maklumat dengan
pantas dan berkesan. Penyampaian maklumat juga boleh dilakukan secara siaran langsung
secara atas talian. Oleh yang demikian, masyarakat dapat menerima maklumat walau dimana
sahaja dengan lebih efisien. Seterusnya, media massa juga dapat membantu mengurangkan
peratus kes jenayah siber di Malaysia. Pihak berkuasa telah menubuhkan sebuah jawatankuasa
dan badan pelaksanaan seperti Cybersecurity Malaysia yang memiliki kepakaran dan menjadi
rujukan dalam keselamatan maklumat pengguna. Oleh yang demikian, media massa dapat
membantu mengurangkan peratus jenayah siber di Malaysia dengan lebih proaktif. Selain itu,
media massa membantu meningkatkan jumlah cendekiawan di negara ini. Golongan ini sudah
pastinya menggunakan media massa sebagai sumber rujukan mereka dalam pencarian
maklumat, penyelidikan jurnal dan juga sebagai sumber penyebaran info kepada orang ramai.
Akhir sekali, media massa juga dapat memupuk semangat gemar membaca dalam kalangan
masyarakat. Hal ini tercetus apabila media massa banyak menyediakan aplikasi yang
membolehkan semua lapisan mayarakat memuat naik bahan bacaan secara percuma dan atas
2

talian. Justifikasinya, aplikasi wattpad yang membolehkan kita membaca pelbagai karya dan
juga sebagai platform untuk kita memperlihat hasil tulisan sendiri. Natijahnya, tiada lagi alasan
untuk tidak membaca kerana membaca itu jambatan ilmu dan semua bahan bacaan sudah
tersedia dengan adanya media massa pada zaman serba canggih ini.

Peranan Media Massa Sebagai Pemberi Maklumat (PA20061: Adlin dan SA20005: Deeviya)

Media sosial adalah medium penyebaran maklumat baru yang mudah, cepat dan berefektik.
Media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram dan Twitter digunakan oleh semua lapisan
masyarakat Malaysia hari ini. Kebanyakan mereka mempunyai akaun media sosial. Ia
merupakan suatu alat yang kini membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk
meneroka maklumat dan pengetahuan berkaitan isu semasa, sukan, pendidikan, kesihatan,
hiburan dan sebagainya. Media sosial dapat menghubungkan manusia di seantero dunia tanpa
mengira perbezaan dan sempadan geografi. Sebagai contoh, pengintegrasian pengunaan
media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadikan lebih menarik dan
bermanfaat. Penggunaan media teknologi maklumat yang menggabungkan teknik suara,
bunyi, gambar, video serta teks telah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang
senang dan kondusif. Meskipun media massa memberi banyak manfaat kepada masyarakat
dengan memberi maklumat-maklumat yang penting dari dalam negara mahupun dari luar
negara. Oleh itu, media massa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
pendidikan untuk memberikan informasi-informasi terkini dapat membantu para pelajar kita
untuk menghasilkan idea-idea baru dan lebih kreatif. Seterusnya, masyarakat juga boleh
membaiki gaya hidup dengan lebih harmoni dan fleksibel. Walau bagaimanapun, masyarakat
hendaklah berhati-hati dan lebih peka dalam meneliti maklumat dari media massa kerana ada
setengah maklumat yang diperoleh dari media massa tidak sahih. Secara ringkasnya, media
massa memainkan peranan yang penting untuk memberikan maklumat dan berita terkini.

Peranan Media Massa Dalam Berdakwah (PA20045: Aimi)

Setiap manusia perlulah menggunakan media massa sebagai platform untuk mereka
menyebarkan dakwah dan untuk mengajak orang ramai beriman kepada Allah. Hal ini kerana
peredaran semasa dan perkembangan teknologi media tidak wujud semasa zaman awal Islam
menyebabkan kesukaran masyarakat pada zaman dahulu untuk menyebarkan dakwah apatah
lagi untuk memahami Islam. Kita hendaklah bersyukur dengan kemudahan teknologi yang
diberikan dan menggunakannya untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran agama Islam.
Media massa yang dapat kita gunakan pada hari ini ialah seperti Whatsapp, Facebook,
Instagram dan Youtube. Ajaran Islam telah menekankan bahawa setiap umat Islam yang hidup
di atas muka bumi ini berperanan sebagai pendakwah atau khalifah yang bertanggungjawab
untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Kesimpulannya, semua penggiat media
haruslah memainkan peranan mereka untuk menggunakan platform media massa untuk
mengajak dan menarik minat masyarakat untuk berdakwah dan sekaligus dapat mengajak
orang ramai beriman kepada Allah.
3

Peranan Media Massa Dalam Penerapan Nilai Murni (PB20104: Abbirahmie)

Nilai murni merupakan nilai positif yang diterima oleh individu dan masyarakat dalam
kehidupan seharian. Media sosial bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap pematuhan
nilai murni dalam kehidupan rakyat sesebuah negara. Media sosial juga menyebabkan
penggunanya untuk menerima nilai dan budaya lain. Media sosial menjadi satu medan yang
digunakan oleh ramai orang untuk menunjukkan perasaan mereka. Walaupun ada pengguna
yang menggunakan media sosial untuk menunjukkan perasaan berterima kasih, menghormati
orang lain, berkenalan dan sebagainya, ada juga sesetengah orang menggunakannya untuk
menonjolkan akhlak yang buruk. Pakar Psikologi Islam, Prof. Dr. Malik Badri berpendapat
masyarakat semakin kurang sensitiviti terhadap perbuatan keji dan menganggap perkara
tersebut adalah perkara yang remeh. Paparan yang terlalu banyak dalam media sosial
mempengaruhi pemikiran rakyat terutamanya remaja. Oleh yang demikian, mereka
melakukan gejala sosial seperti melahirkan bayi luar nikah, pembuangan bayi, merempit dan
sebagainya. Penyalahgunaan media sosial menyebabkan nilai murni dalam kalangan mereka
terjejas. Sebagai langkah untuk membendungi masalah ini kita perlu menyebarkan artikel dan
mesej positif yang lebih banyak dalam media sosial supaya dapat menangani masalah ini.

Peranan Media Massa Dalam Bercakap Benar (MH20039: Liew)

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, memang tidak dapat dinafikan
bahawa prinsip bercakap benar sering diabaikan oleh media massa untuk menjaga
kepentingan salah satu negara, satu pihak, satu syarikat, satu kedai, ataupun satu orang. Hal
ini telah menyebabkan berita-berita palsu tersebar kepada masyarakat dan membawa banyak
kesan negative seperti menyebabkan panik sosial dan juga membahayakan keselamatan
negara. Firman ALLAH: "Maka jauhilah kekotoran syirik penyembahan berhala, serta jauhilah
perkataan-perkataan dusta" (Surah Al-Hajj: 30). Firman ini amat jelas membuktikan kepada
kita bahawa kepalsuan tersebar perlulah dielakkan dan hanya kebenaran boleh disampaikan
kepada masyarakat. Hal ini juga selaras dengan pendapat Nabi Muhammad SAW yang
mengatakan bahawa ‘Berkata benarlah walaupun pahit’. (petikan dari Nik Rokiman Abdul
Samad, IKIM). Lantaran itu, media massa hendaklah berhenti menyebarkan dan berkongsi
berita palsu ataupun sesuatu maklumat yang tidak dipastikan.

Pengaruh Positif Media Massa Terhadap Masyarakat (PC19028: Tay)

Kesan positif media massa terhadap masyarakat ialah saluran untuk menyampaikan maklumat.
Dengan adanya media massa maklumat dapat disampaikan dengan cepat kepada orang yang
memerlukannya. Di Malaysia, media massa telah mendatangkan banyak kemudahan sebagai
saluran penyebaran maklumat. Sebagai contoh, media massa seperti televisyen, radio, akhbar
saluran internet dan lain-lain berperanan untuk melaporkan maklumat Malaysia seperti tanah
runtuh, banjir dan maklumat lain. Kesan positif media massa kepada masyarakat ialah mengisi
masa lapang. Hal ini berlaku demikian kerana, rancangan televisyen yang disiarkan dalam
televisyen boleh mengisi masa lapang masyarakat. Hal ini akan mengurangkan aktiviti negatif
seperti melepak dalam kalangan masyarakat. Dengan media massa seperti internet,
4

masyarakat dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka kerana terdapat banyak maklumat
yang berfaedah dalam internet yang mengajar pelbagai ilmu seperti video yang mengajar cara
membaca.

Pengaruh Negatif Media Massa Terhadap Masyarakat (PA20060: Nadia)

Dengan kewujudan teknologi yang semakin canggih kini, tidak mustahil pelbagai maklumat dan
carian masa nyata yang membawa informasi formal dan tidak formal, malah yang sahih atau
propaganda negatif mudah dicari. Artikel kajian menyatakan bahawa golongan yang paling
mudah terkesan dengan impak negatif ialah golongan remaja dan belia. Rancangan televisyen
yang berunsurkan hiburan lebih diminati oleh golongan belia berbanding program yang
bertemakan ilmiah. Keadaan ini menggalakkan media massa dan syarikat rakaman televisyen
menyiarkan lebih banyak program hiburan dan filem dari luar negara. Maka, remaja mudah
terpengaruh dengan budaya kurang sopan dan jati diri mereka pudar. Menurut pengkaji,
pelajar di institusi pengajian gemar melayari laman web selama beberapa jam secara purata
untuk mengurangkan tekanan belajar. Namun begitu, aktiviti ini telah menyebabkan para
pelajar kehilangan fokus mereka. Usaha pengawalan sumber maklumat tanpa sempadan di
laman web juga ditekankan oleh pengkaji. Kesannya, media massa mampu mengubah tingkah
laku dan kehidupan seharian secara negatif jika bahan-bahan media massa berkonsepkan
hiburan diakses tanpa kawalan. Semangat patriotisme dalam diri boleh terjejas dan masa
hadapan mereka tidak akan terjamin.

PENUTUP (PC19047: Wong)

Kesimpulannya, media massa amat berpengaruh dalam masyarakat termasuklah untuk


melestarikan kehidupan masyarakat dan dapat melahirkan masyarakat yang aman bahagia
serta hidup harmoni. Apabila media massa digunakan dengan baik, ia akan menjadikan agen
perubahan masyarakat yang penting secara menyalurkan nilai-nilai murni yang positif dan
murni. Sekiranya media massa telah disalahgunakan, ini akan menjatuhkan martabat atau
merosakkan masyarakat secara menyebarkan sumber yang kesan negatif kepada penonton.
Justeru, media massa perlulah berfungsi secara perantara menyebarkan maklumat dan
hiburan serta memupuk pengguna media massa tidak dapat disalahgunakan supaya dapat
membina sosial masyarakat yang lebih beretika dan tinggi peradaban.
Lampiran |

Rujukan (Gaya APA)

Abd Razzak', M. (2017, Oktober 17). Peranan Media Massa Dalam Pendidikan:Kajian Terhadap
Drama Mathari Terbit Lagi. Dimuat naik daripada http://conference.kuis.edu.my/isot/wp-
content/uploads/2018/07/Monica.pdf

Academy, C. (2020, Februari 13). Kebaikan Dan Keburukan Media Sosial. Diambil pada
November 19, 2020, daripada https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-
sosial/

Daud, W. M. N. W. (1996). Insan baik teras kewarganegaraan. Dlm. Jurnal Pemikir. Januari-
Mac.

Dr. Ismail, S. (2019, September 29). Nilai murni yang kian menghakis. Dimuat naik daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/49861/KOLUMNIS/Nilai-murni-yang-kian-
menghakis

Dr. Mukhriz Mat Rus. (2020, Februari 4). Kaedah baharu tangani kes jenayah. Dimuat naik
daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/652424/kaedah-baharu-
tangani-kes-jenayah

Jafri, F. (2020, Mei 27.). Perluaskan fungsi pemberi amaran media terhadap khalayak. Dimuat
naik daripada https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1844828

Jamilah, A, & Nur Nasliza Arina, M. N. (2015). Memperkasa amalan 'Budia Bahasa Budaya
kita' dalam kalangan gen Y melalui penggunaan media sosial. Pulau Pinang, Malaysia:
Sinaran Bros Sdn. Bhd.

K, F. (2020, November 16). 10 Aplikasi Android Ini Menyediakan Sumber Bacaan Terlengkap.
Dimuat naik daripada https://www.idntimes.com/life/education/frederick/10-aplikasi-
android-yang-menyediakan-sumber-bacaan-terlengkap-c1c2

Prof Madya Dr Che Hasniza Che Noh. (2020, Jun 6). TV, radio dan media sosial rasmi sumber
paling dipercayai sepanjang pkp. Dimuat naik daripada https://www.bernama.com/bm/
tintaminda/news.php?id=1851601

Rosebi Mohd S. (2019, Oktober 04). KOMENTAR: Langkah terbaik elakkan berita palsu –
kawal diri dalam menyebar dan menyatakan sesuatu - BERITA MediaCorp. Dimuat naik
daripada https://berita.mediacorp.sg/mobilem/commentary/komentar-langkah-terbaik-
elakkan-berita-palsu-kawal-diri-dalam/4344470.html

Shabnoor Siddiqui (2016). Social media its impact with positive and negative aspects,
International Jounal of Computer Applications Technology and research Volume 5-issue
2, 71-75.
Lampiran |

Yusof, M., & Tahir, Z. (2018). KEPENTINGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL


TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN IPTA (Importance of Information
Technology-Driven Social Media in Public Institutes of Higher Education). Dimuat naik
darpada http://ejournals.ukm.my/ebangi/article/view/22483
Lampiran |

Rekod Gerak Kerja Tugasan Berkumpulan

Bil No Pelajar Nama Ahli Kumpulan Peranan Tarikh Aktiviti/Sumbangan


1 PC19047 Wong Sze Yun Ketua 05/11/2020 Mengagihkan tugasan ulasan artikel kepada ahli
kumpulan kumpulan.
2 SA20014 Deeviyatharshini a/p 08/11/2020 Mengumpulkan artikel yang bersesuaian dengan
Armugam topik dan berkongsi artikel kepada ahli kumpulan.
PA20045 Aimi Qausar binti Azhar
PB20104 Abbirahmie Sambulingam
3 PC19047 Wong Sze Yun Ketua 13/11/2020 Mesyuarat dan perbincangan mengenai tugasan
kumpulan bersama-sama ahli kumpulan secara dalam talian
TJ19056 Nur Syareena Nabihah binti di google meet.
Jamaluddin Pautan perjumpaan dalam talian:
PA20061 Adlin Adriana binti Zulkipli https://meet.google.com./nyz-qgqx-fke
PC19028 Tay Ming Wei
SA20014 Deeviyatharshini a/p
Armugam
PC20014 Sharmila a/p V.Kumar
PA20060 Nadia Salwani binti Nizam
PA20063 Nur Maisarah binti Azman
PA20052 Nurfatin Natasha binti
Jamal
PA20045 Aimi Quasar binti Azhar
PB20104 Abbirahmie Sambulingam
PA20046 Nik Farah Amira binti Nik
Kamaruzaman
MH20039 Liew Pei Kai
4 PA20060 Nadia Salwani binti Nizam 16/11/2020 Menyiapkan fokus 7 dan menghantar ulasan
kepada ahli kumpulan untuk semakan.
Lampiran |

5 PB20104 Abbirahmie Sambulingam 18/11/2020 Menyiapkan fokus 4 dan menghantar ulasan


kepada ahli kumpulan untuk semakan.
6 PC20014 Sharmila a/p V.Kumar 18/11/2020 Menyiapkan pendahuluan dan menghantar ulasan
kepada ahli kumpulan untuk semakan.
TJ19056 Nur Syareena Nabihah binti
Jamaluddin
7 MH20039 Liew Pei Kai 19/11/2020 Menyiapkan fokus 5 dan menghantar ulasan
kepada ahli kumpulan untuk semakan.
8 PA20045 Nik Farah Amira binti Nik 22/11/2020 Menyiapkan fokus 1 dan menghantar ulasan
Kamaruzaman kepada ahli kumpulan untuk semakan.
PA20063 Nur Maisarah binti Azman
9 PC19047 Wong Sze Yun Ketua 23/11/2020 Menyiapkan penutup dan menghantar ulasan
kumpulan kepada ahli kumpulan untuk semakan.
10 PC19028 Tay Ming Wei 23/11/2020 Menyiapkan fokus 6 dan menghantar ulasan
kepada ahli kumpulan untuk semakan.
11 SA20014 Deeviyatharshini a/p 23/11/2020 Menyiapkan fokus 2 dan menghantar ulasan
Armugam kepada ahli kumpulan untuk semakan.
PA20061 Adlin Adriana binti Zulkipli
12 PA20045 Aimi Qausar binti Azhar 24/11/2020 Menyiapkan fokus 3 dan menghantar ulasan
kepada ahli kumpulan untuk semakan.
13 PA20060 Nadia Salwani binti Nizam Pembaca 24/11/2020 Menyemak ejaan dan tanda baca.
pruf
14 PC19047 Wong Sze Yun Ketua 24/11/2020 Semakan akhir sebelum memuat naik hasil kerja
Kumpulan ulasan artikel di KALAM.

Anda mungkin juga menyukai