Anda di halaman 1dari 24

Media sosial

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling [1] umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang [2] membolehkan penciptaan dan pertukaran. Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Jaringan sosial terbesar antara lain Facebook, Myspace, Plurk, dan Twitter. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak [3] terhad. Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita. Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan tidak boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain. Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai menjadi manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, bekerjasama, dan bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, dengan menggunakan media sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentingan diri dan keperluan menciptakan nama peribadi. Jika dalam kehidupan seharian kita tidak boleh menyampaikan pendapat secara terbuka kerana satu dan lain hal, maka tidak kita menggunakan media sosial. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak mengulas apapun yang ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu perkara.

Media Sosial: Antara Fakta & Dakyah

KUALA LUMPUR Populariti media sosial sebagai penyebar maklumat pada kalangan belia khususnya bukan satu mitos, apatah lagi rata-rata anak muda dapat dilihat ralit dengan telefon pintar mereka tanpa mengira tempat. Tinjauan rambang mendapati kelompok berusia antara 18 dan 40 tahun ini yang meliputi 40 peratus penduduk negara, banyak bergantung kepada media sosial seperti Twitter, Facebook dan blog serta portal berita sebagai sumber maklumat. Namun, jangan terkejut jika dikatakan tidak semua menerima bulat-bulat berita yang disebar menerusi laman terbabit, sebaliknya ramai yang berusaha memastikan kesahihan maklumat termasuk merujuk kepada media arus perdana yang kini mudah diakses menerusi internet. Berkongsi pandangannya dengan Bernama, Ranes Subramaniam, 27, berkata walaupun maklumat diperolehi dengan cepat menerusi media sosial, seseorang itu harus menggunakan budi bicara dan pemikiran yang rasional dalam menilainya. Pengurus kewangan itu berkata memandangkan limpahan maklumat di internet mudah diakses, amat penting bagi pengguna memastikan maklumat berkenaan boleh dipercayai. Apabila saya membaca sesuatu maklumat yang disebarkan menerusi Twitter, perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari berita rasmi dan saya bandingkan kedua-duanya bagi memastikan perkhabaran itu tulen. Maklumat daripada media sosial tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana ada yang melibatkan emosi, fahaman politik malah perasaan benci kepada parti atau pemimpin politik, katanya. Ranes berkata walaupun sosial media alat yang berkesan sebagai bahan bacaan alternatif, laman terbabit juga boleh disalah guna sesetengah orang termasuk ahli politik untuk menyebarkan dakyah mereka. Laman terbabit sepatutnya digunakan untuk berhubung dengan orang ramai bagi membincangkan dasar negara, bersetuju atau tidak bersetuju mengenainya dan banyak lagi. Dengan cara ini, dapat membantu meningkatkan kesedaran umum, katanya. Bagi Norsyafiqah Abu Samah, 24, yang mengaku penagih media sosial, beliau berasa tidak selesa untuk hanya bergantung kepada maklumat daripada media sosial. Bakal doktor dari Universiti Kuala Lumpur itu yang juga seorang penulis blog, berkata media arus perdana masih relevan sebagai sumber sahih. Saya dan kawan-kawan di kampus tidaklah begitu naif untuk percaya bulat-bulat maklumat daripada internet, khususnya media sosial. Banyak lagi sumber lain yang boleh dipercayai untuk mendapat maklumat tepat dan media sosial hanya satu daripadanya, kata Norsyafiqah. Bersetuju dengan beliau ialah penuntut Universiti Selangor, Muhammad Zaidi Maarof, 25, yang berkata kelonggaran polisi kerajaan mengenai internet wajar dimanfaatkan pengguna untuk mengupas lebih mendalam sebarang isu yang disebarkan medium itu. Bagi pemerhati politik Khairuddin Mohd Zain, generasi muda kini lebih berhati-hati dalam menerima maklumat serta tahu berfikir secara rasional dan mendalam mengenai sesuatu isu sebelum membuat keputusan mengenainya. Khairuddin yang juga anggota jawatankuasa alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata belia hari ini bijak menapis maklumat yang diterima baik mengenai politik, ekonomi, pendidikan atau agama. Beliau juga menegaskan ahli politik dan pembuat dasar wajar menggunakan saluran ini untuk berhubung dengan orang ramai bagi mendapatkan maklum balas.

Ahli politik sama ada dari parti yang memerintah atau pembangkang, sepatutnya tahuPerdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membawa politik ke dimensi baru apabila beliau sendiri aktif menggunakan rangkaian sosial. Ini bermakna beliau berani meruntuhkan benteng antara pemimpin dan orang awam, dan bersedia menerima kritikan langsung jika rakyat berasakan polisinya tidak dilaksanakan dengan baik. Saya anggap ini sebagai bertanggungjawab dan telus, katanya. Justeru katanya, ahli politik termasuk Ahli Parlimen, pemimpin akar umbi atau badan bukan kerajaan juga harus memikul tanggungjawab mempromosikan cara lebih sihat menyebarkan malumat, memandangkan orang ramai memilih untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka. Bagi pemimpin Belia 4B, Badrul Hisham Badruddin, jika penyebaran maklumat menerusi media sosial tidak dilakukan secara berhati-hati, pada akhirnya golongan muda akan menjadi lebih keliru. Ada terlalu banyak sumberanda cuma perlu google untuk apa sahaja yang anda mahu tahu dan maklumat mengenainya muncul sekelip mata, tetapi bagaimana mahu pastikan itu fakta sebenar? Bagi saya, media arus perdana masih boleh dipercayai, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh terlibat dalam media sosial. Contohnya Bernama ada laman Facebook dan akaun Twitter sendiri. Paling penting di sini ialah melibatkan diri dan orang ramai akan menggunakan media sosial untuk mendapatkan berita daripada media arus perdana, katanya. Berdasarkan statistik 78 juta hit pada laman web Bernama.com bagi bulan Januari dan Februari lalu, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan semakin ramai kembali merujuk kepada media arus perdana sebagai sumber berita yang bertanggungjawab dan tidak berat sebelah. BERNAMA

Aktivisme dan media sosial


We dn e s da y, 1 2 D e ce mbe r 2 0 1 2 0 8 :5 5 a m

Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran) by SYAHREDZAN JOHAN Minggu lepas, saya menjadi ahli panel sebuah forum dianjurkan oleh gagasan anak muda yang dikenali sebagai Penabung. Forum tersebut adalah berkenaan media sosial, anak muda dan budaya melawan. Saya ingin kongsikan di sini sedikit sebanyak apa yang telah saya bentangkan pada forum tersebut. Sekian lama, penyebaran maklumat menjadi prerogatif kerajaan. Monopoli maklumat ini membolehkan kerajaan maklumat dimanipulasi oleh kerajaan. Perbincangan dan isu diolah dan diuli mengikut acuan yang disenangi oleh pihak kerajaan, yang sedikit sebanyak menjaminkan homogeni pendapat dan pemikiran rakyat. Contohnya, isu seperti anak muda dan black metal, rempit, budaya melepak dan komik Jepun pernah dahulu menjadi isu yang hangat diperbincangkan, tetapi ia diterajui oleh maklumat yang disalurkan oleh kerajaan. Internet telah menukar semua ini. Monopoli maklumat telah dipecahkan. Di Malaysia, detik gemilang internet sebagai sumber alternatif maklumat adalah ketika pilihan raya umum yang lepas, di mana blog telah sedikit-sebanyak menyebabkan tsunami politik di Semenanjung Malaysia. Tetapi blog adalah jurnal atau catatan. Ada struktur dan bentuknya dan penulis perlu ada ciri-ciri penulis. Blog mungkin mendemokrasikan maklumat, kerajaan bukanlah sumber maklumat yang tunggal lagi. Tetapi sama seperti demokrasi Yunani purba, demokrasi ini bukan untuk semua. Sehinggalah tiba media sosial seperti Twitter dan Facebook. Jika blog telah mendemokrasikan maklumat, media sosial pula telah merakyatkan maklumat. Dengan media sosial, sesiapa pun boleh menyampaikan maklumat. Ketika sebuah kompleks membeli-belah meletup, maklumat tentangnya mula tersebar melalui Twitter terlebih dahulu. Begitu juga ketika perhimpunan Bersih 2 dan 3, di mana cara yang terbaik untuk mendapat maklumat terkini adalah dengan memantau susur masa Twitter dan Facebook. Media sosial juga membolehkan sesiapa yang mempunyai pandangan untuk mengutarakannya. Tak perlu pandai menulis, kriteria yang dicari hanyalah kebolehan menulis dalam 140 aksara. Atau cukup supaya orang faham jika diutarakan dalam Facebook. Rakyat Malaysia semakin lama menjadi masyarakat yang begitu senang mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara. Melalui media sosial, rakyat kini ghairah memberi ide dua kupang mereka. Dengan adanya media sosial juga, tajuk, topik dan isu yang menjadi perbincangan nasional tidak lagi ditentukan oleh pihak kerajaan. Rakyat biasa boleh menetapkan apa yang ingin dibincangkan, dan kerajaan pula yang terpaksa mengikut rentak rakyat dalam beberapa perkara. Contoh terbaik adalah tentangan luar biasa terhadap logo Hari Kebangsaan pada tahun ini, sehinggakan pihak kerajaan terpaksa menarik balik logo tersebut. Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh pengguna media sosial, bukan ahli politik atau kerajaan.

Lahirlah apa yang dikenali sebagai clicktivism. Clicktivism ini kadangkala dikritik sebagai sejenis slactivism, atau aktivisme orang malas. Daripada aktivisme akar umbi dengan turun padang untuk bawa perubahan positif, clicktivist hanya menggunakan media sosial untuk aktivisme mereka. Contohnya dengan klik butang LIKE dalam muka surat Facebook tentang sesuatu kempen. Pada prinsipnya, clicktivism tidak salah. Media sosial banyak membantu dalam membawa aktivisme ke arus perdana. Mereka yang mungkin tidak ada masa, terlalu sibuk dan sebagainya masih boleh menyumbang kepada usaha membawa perubahan positif melalui aktivisme. Apa yang menjadi masalah adalah apabila kita rasa media sosial itu adalah matlamatnya. Bahawa hanya dengan bermedia-sosial, apa yang diperjuangkan akan berjaya. Inilah yang akan saya cuba kupaskan dalam bahagian 2 yang akan disiarkan dua minggu lagi.

Langkah-langkah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak


Soalan 3 Nilai-nilai murni boleh menjadi asas kepada pembentukan sahsiah seseorang individu. Bincangkan langkah-langkah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormatmenghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsaistiqamah yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan? Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak anak-anak merah tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi haiwan. Mereka mestilah memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tidak bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Malah, mereka harus mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah orang. Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi, bak rangkap sajak berikut, Hikayat Melayu disanjungi warisan, Menjadi wahana penglipur nestapa, Anak bersopan tonggak wawasan,

Berkat usaha ibu dan bapa. Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam sukma kanak-kanak tidak harus kita kesampingkan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi, berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan menghargai alam sektiar, hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan undang-undang wajar diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Kendatipun, untuk mencapai misi yang komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni haruslah diamalkan secara berkesan. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah boleh menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan memberi anugerah Pelajar Sopan kepada pelajar yang bersikap sopan santun, menghormati guru-guru dan berhemah tinggi sepanjang berada di sekolah supaya boleh menjadi suri teladan kepada pelajar lain. Tambahan pula, para pendidik harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang adab sopan ketika berada di dalam kelas, adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan. Hal ini kerana misi pendidikan negara kita bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, malah juga untuk melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, bermoral dan bertatasusila, sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni Kesopanan dan Kesusilaan. Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan merupakan senjata yang dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius masalah yang berkaitan sahsiah kanak-kanak bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Pihak kerajaan sepatutnya bersendel bahu dengan pihak media massa dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan Karyawan Malaysia dan lain-lain lagi untuk menggerakkan kempen Budi Bahasa Budaya kita secara menyeluruh di tanah air kita kerana bersatu teguh bercerai roboh. Barangkali, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan tidak berkesan kerana tidak disokong oleh banyak pihak, termasuklah syarikat-syarikat swasta yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buktinya, kempen Kami Prihatin gagal mengurangkan kemelut sosial yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita, iaitu isu pembuangan bayi. Berikutan itu, kempen Budi Bahasa Budaya kita hanya akan berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri dalam pelaksanaannya. Dalam pada itu, kempen ini perlu disempurnakan di peringkat awal persekolahan, iaitu tadika untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah, pertandingan menulis esei, melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh dilaksanakan sempena kempen ini. Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan murid-murid dalam kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah, bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat. Selain itu, kempen tersebut haruslah disokong oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang menjadi idola masyarakat, seiring dengan trend pemuda-pemudi kini yang suka mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek. Jelaslah menunjukkan bahawa kempen-kempen yang mendapat sokongan semua pihak mampu mencapai matlamat melahirkan kanak-kanak yang bersahsiah mulia. Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak. Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-kanak pada era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka akan tergila-gila kepada media baru. Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat

barang amat berkesan kepada penonton. Malahan, drama-drama seperti Precious Babies, Three Pads, One Mom, Hwang Jin Yi, Next Stop, Happiness dan lain-lain lagi mengandungi babak-babak yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kanak-kanak. Akhirulkalam, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak langkahyang afdal bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak agar memacu pembangunan negara untuk memakbulkan hasrat mencapai Wawasan 2020. Kita sedia maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam diri individu akan menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat. Selaras dengan peribahasa Melayu yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak, bak rangkap sajak yang dipetik daripada sajak Seuntai Kata Untuk Dirasa karya A. Samad Said, Sekarang singkirkan semua bicara, Sekarang kumpulkan tenaga raksasa, Tiba saat berbunga merah, Serentak kita bersama. BERNAMA : 1 MAC 2012 : ASEAN AKAN MANFAATKAN POPULARITI MEDIA SOSIAL : RAIS HIT : 485 KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 yang berakhir di sini Khamis mengambil ketetapan bahawa Asean perlu memanfaatkan populariti media sosial untuk memastikan ia sentiasa mengikuti perkembangan masa dan terus relevan sebagai penyebar maklumat. Bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan tiga hari itu di sebuah hotel di sini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata para menteri dari 10 negara anggota pertubuhan serantau itu mengiktiraf media sosial sebagai saluran berkesan dalam penyebaran maklumat dan sesuatu yang amat penting dalam menghubungkan sesama manusia serta dalam meningkatkan kesedaran tentang Asean dan integrasi. "Seluruh anggota perwakilan meluluskan pendirian mesyuarat bahawa pada masa akan datang, media sosial akan memainkan peranan lebih besar dalam menjadikan Asean lebih rapat antara satu dengan lain. Ini akan membolehkan kita menembusi kawasan yang lebih jauh dan meluas dalam Asean sendiri. "Ini bukanlah bermaksud untuk mengatakan bahawa media tradisional akan diketepikan, sebaliknya ia suatu percantuman antara media tradisional dan media baru," kata Rais yang menjadi pengerusi AMRI ke11. Beliau berkata media sosial, yang mucul sebagai medium komunikasi paling pesat berkembang di rantau Asean hari ini, perlu dimantapkan lagi hingga ke tahap ia mampu mendorong generasi muda memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan kesedaran tentang Asean dan memperkukuhkan pertubuhan serantau itu ke arah menjadikan hasrat mewujudkan Komuniti Asean, suatu kenyataan. Persidangan itu bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu Asean'. Komuniti Asean mempunyai tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean.

Rais berkata persidangan itu membincangkan tentang kemunculan media baru, terutama media sosial, sebagai alat penting untuk berkomunikasi dan berinteraksi di rantau Asean serta kepentingan media sosial, terutama dalam misi membina Komuniti Asean. Katanya AMRI menyeru agar negara anggota Asean berbincang secara aktif untuk mengenal pasti program dan kegiatan yang wajar dilaksanakan melalui penggunaan media sosial secara positif bagi menyemai nilai budaya, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan penduduk dan masyarakat Asean. "Ini amat penting, khususnya berhubung usaha AMRI untuk membantu membina Komuniti Asean. Dalam kita menuju 2015, apabila Asean akan menjadi sebuah Komuniti Ekonomi, segala usaha perlu dilakukan untuk menarik penyertaan kumpulan sasaran utama, khususnya pemuda-pemudi kita, untuk menerangkan apa ertinya semua ini kepada mereka, apabila perkara itu berlaku," katanya. Rais berkata satu lagi daripada lima hasil utama yang dicapai AMRI ialah berkaitan Kuiz Asean bersepadu, yang akan dibuat penambahbaikan untuk mencerminkan Asean yang wujud sekarang. Beliau berkata Kuiz Asean, yang diadakan dengan amat jayanya sejak 10 tahun lepas, akan mempunyai format yang sama, lebih tersusun dan seragam serta akan berasaskan Buku Sumber Kurikulum yang mengandungi lima tema untuk mencerminkan identiti Asean ketika ini. Satu lagi hasil yang dicapai ialah berkaitan penyatuan Portal Budaya dan Maklumat Asean (ACIP) dan Portal Media Asean (AMP). Rais berkata dua portal itu akan digabungkan melalui penggunaan media sosial dan media baru yang relevan untuk dijadikan sebuah "hentian pertama", bukan sebuah portal "sehenti". Katanya alat media sosial seperti Facebook dan Twitter akan digabungkan dalam portal itu. "Ini akan digembleng untuk meningkatkan penampilan Asean dalam kalangan penduduk rantau ini dan untuk membolehkan mereka memahami bahawa sebenarnya, kewujudan Asean juga bertujuan menyebarkan maklumat dan betapa luasnya peranan budaya sebagai faktor penyatu bagi penduduk Asean,' katanya. Satu lagi hasil AMRI Ke-11 yang dinyatakan oleh Rais ialah berkaitan kemajuan dalam bidang penyiaran digital, di mana negara anggota Asean digalakkan beralih kepada standard DVB-T2. Beliau berkata anggota Asean Digital Broadcasting (ADB) akan memberi perhatian terhadap keperluan latihan dengan kejasama Rakan Dialog. DVB-T2 merujuk kepada Second Generation Terrestrial, iaitu lanjutan daripada televisyen standard DVB-T. Persidangan itu juga menerima pakai Deraf Rangka Kerja Pelan Untuk Memperkukuhkan Kerjasama Asean Campur Tiga Melalui Maklumat dan Media (2012-2017). Melalui langkah ini, negara anggota Asean akan memainkan peranan utama dalam menyelaras 17 projek seperti pertukaran petugas media dan penyiaran, pertukaran berita, penyiaran digital dan penerbitan bersama serta perkongsian amalan terbaik.

Rais berkata kerjasama antara AMRI dan Rakan Dialog Asean -- China, Jepun dan Korea Selatan -- akan menyaksikan kemunculan lebih banyak usaha secara bersama dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan serta pertukaran berita dan budaya. "Kami mempunyai rancangan untuk memperkukuhkan lagi Kerjasama Asean Campur Tiga. Ini melibatkan perkongsian strategik, pembangunan maklumat dan media, kandungan penyiaran, rangkaian dan pertukaran wartawan. "Lebih jauh daripada itu, kami mempunyai bantuan latihan dan teknikal, daripada pelbagai negara dalam tiga perkumpulan ini," kata beliau. -- BERNAMA

Penggunaan peralatan elektronik di rumah , sekolah dan perpustakaan perlu ditambah dan dikemaskini dengan aplikasi terkini mengikut peredaran zaman.Peralatan dan sistem elektronik dan aplikasi internet yang memudahkan masyarakat mengakses maklumat dengan mudah, tepat, padat serta dalam masa singkat seperti komputer, Tablet pc juga telefon pintar yang memudahkan orang ramai mendapatkan capaian internet. Para penulis juga perlu menggerakkan penulisan yang bermutu dan berkualiti bukan sahaja untuk dimuatkan didalam naskah buku malah untuk disiarkan diblog-blog serta perkhidmatan sosial menggunakan perkhidmatan jaringan internet. Para ulama, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda sesuatu kaum agar ianya dapat menjadi rujukan serta mudah difahami dan dikuasai oleh masyarakat.

Penerbit-penerbit buku juga perlu meningkatkan promosi buku-buku ilmiah.Usaha ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah penerbit-penerbit buku juga bertanggungjawab mengetengahkan buku-buku mereka dengan potongan dan tawaran harga yang menarik. Penerbit buku juga perlu memastikan bahan-bahan atau buku-buku yang dijual mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.( Nurhelmi Ikhsan) Penerbit buku juga perlu menyiarkan iklan-iklan bahan bacaan ilmiah di rangkaian laman maya serta di media-media cetak serta media elektronik yang menjadi tumpuan orang ramai MEMBUDAYAKAN BAHASA KEBANGSAAN Khidmat Nasihat DBP (KND) merupakan laman web yang dikhususkan untuk perkara perkara berkaitan dengan bahasa, sastera serta penerbitan. Laman web yang diselia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan medan penting bagi penggiat bahasa membuat rujukan. Laman web yang mesra pengguna ini dilihat mampu untuk digunakan oleh segenap lapisan sama ada pelajar, pencinta bahasa, guru, golongan profesional

mahupun orang awam. Dalam usaha kerajaan untuk membudayakan bahasa Melayu, laman web KND dilihat mampu memainkan peranannya memperkasakan bahasa di dalam era digital ini. Kemudahan untuk pengguna Pengguna perlu mendaftarkan diri mereka sebelum menggunakan laman web Khidmat Nasihat DBP ini. Tiada bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran. Pengguna cuma perlu memasukkan alamat e-mel sebelum melayari perkhidmatan yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan oleh laman web ini merangkumi segala bentuk pertanyaan mengenai bahasa, penerbitan dan juga sastera. Semua permasalahan berkaitan dengan ejaan rumi, perkataan, istilah dan penyemakan bahasa dapat dilakukan di laman web ini. Turut disediakan ialah pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan juga sayembara yang bakal dilangsungkan. Bagi yang berminat mengenai bengkel penulisan dan penyuntingan, mereka boleh juga membuat pertanyaan di laman web ini. Uniknya laman web ini adalah di mana pengguna dapat mencari pantun-pantun Melayu yang kian dilupai. Dokumentasi sebegini amat penting di dalam menyelamatkan khazanah sastera Melayu daripada telan abad. Disertakan juga biodata penulis serta penyair untuk rujukan pengguna. Bagi mereka yang ingin membuat semakan melibatkan bahasa Melayu klasik, laman web ini merupakan medan yang sesuai untuk digunakan. Pangkalan data yang disediakan oleh pihak DBP amat membanggakan. Perubahan ejaan dari bahasa Melayu lama ke bahasa baku disampaikan dalam bentuk yang amat menarik dan mudah difahami. Sebagai sebuah institusi penerbitan, laman web Khidmat Nasihat DBP juga turut memuatkan khidmat nasihat mengenai penerbitan. Perkara-perkara seperti peluang untuk penerbitan, panduan menulis buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip serta proses keseluruhan penerbitan buku turut dimuatkan di dalam segmen Khidmat Nasihat Penerbitan. Tidak cukup dengan itu, laman web ini juga turut menyediakan ruangan di mana pengguna boleh membuat teguran dan pemantauan mengenai bahasa Melayu. Teguran dan pemantauan ini penting kerana kesilapan melibatkan bahasa Melayu dilihat masih berlaku. Cadangan-cadangan melibatkan penggunaan perkataan baru dalam bahasa Melayu juga amat dialu-alukan. Cadangan sebegini amat penting untuk memperluaskan kosa kata bahasa Melayu agar perkembangan bahasa tersebut seiring dengan kemajuan teknologi dan negara. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai suku kata, cara ejaan yang betul atau ingin mencari makna sesuatu perkataan itu, apa yang anda perlu lakukan hanyalah memasukkan kata tersebut di dalam ruangan kata kunci dan

kemudiannya memilih klasifikasi soalan untuk mendapatkan jawapan. Ia sangat mudah dan membantu terutama kepada pelajar yang inginkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Kedudukan kotak carian perkataan juga dilihat sebagai mesra pengguna. Ruangan Lembar Bahasa pula dibina seumpama enjin carian untuk mendapatkan bahasa yang betul. Sering kali kita melihat kesalahan penggunaan perkataan berlaku di dalam penulisan seharian. Justeru, dengan adanya medan Lembar Bahasa ini dapat memudahkan proses penulisan bahasa Melayu yang betul. Reka bentuk Laman web Khidmat Nasihat DBP mempunyai reka bentuk yang ringkas serta mudah bagi pengguna untuk melayarinya. Menu utama pencarian diletakkan di sebelah kiri laman untuk memudahkan pengguna memilih perkhidmatan yang mereka perlukan. Dari segi pemilihan warna latar pula amat bersesuaian. Warna lembut digunakan bagi memudahkan pengguna untuk melayari laman ini. Kewujudan laman web Khidmat Nasihat DBP ini merupakan langkah kerajaan di dalam memastikan masyarakat dapat mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang baku. Ini penting di dalam memastikan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dapat dibudayakan serta diperkasakan

Masyarakat IT, Masyarakat Berilmu erkembangan ilmu pada masa kini berlaku terlalu pantas dalam era Pkemajuan dunia yang serba canggih dan berteraskan teknologi maklumat yang terkini. Justeru, masyarakat perlu sentiasa peka kepada ilmu ICT ini agar tidak ketinggalan dalam arus perkembangan sejagat. Sehubungan itu, bagi memastikan semua lapisan masyarakat mampu mendapat akses kepada teknologi ICTini, pihak kerajaan menerusi Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) telah mewujudkan peluang dan mengambil pelbagai inisiatif bagi merealisasikan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Penubuhan Schoolnet merupakan salah satu langkah awal dalam pembentukan masyarakat berilmu dalam bidang ICT. Projek Rangkaian Schoolnet ini menghubungkan 10,000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara dengan kemudahan Internet berkapasiti jalur lebar @128kbps/1 Mbps. Ia menjadi tempat pembelajaran yang interaktif seterusnya dapat mempertingkatkan keberkesanan sistem pendidikan di sekolah. Sistem pendidikan yang berkesan juga turut melahirkan modal insan cemerlang. Selain itu, pihak KTAK telah melaksanakan projek USP bertujuan memperkasakan komuniti dengan pengetahuan ICT. Semua lapisan

komuniti luar bandar dan luar jangkau diberi latihan kemahiran ICT melalui program kesedaran, penggunaan dan penguasaan ICT. Pelbagai kandungan tempatan dan aplikasi juga disediakan bagi memberi pengetahuan dan manfaat kepada golongan komuniti. Penerapan awal ilmu pengetahuan ICT adalah amat penting di dalam melahirkan masyarakat berilmu. Justeru program Pusat Internet Desa (PID) telah diwujudkan oleh pihak Kerajaan bertujuan meningkatkan peratusan masyarakat yang celik IT. Program tersebut menyediakan kemudahan pendidikan asas menggunakan komputer secara percuma, akses kepada internet, dan pembinaan laman web. Kesemua infrastruktur yang disediakan dapat membantu memudahkan masyarakat luar jangkau menggunakan teknologi ICT pada masa kini. Sehubungan itu, program PID juga merupakan salah satu platform pengenalan kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar luar bandar untuk menimba ilmu hasil dari kemajuan teknologi ICT. Segala usaha dari pihak Kerajaan bagi membentuk masyarakat berilmu memerlukan usaha yang bersepadu dan komitmen jitu. Pihak kerajaan juga berharap supaya semua lapisan masyarakat dan penduduk setempat mengambil peluang daripada segala kemudahan ICTyang disediakan oleh pihak Kerajaan ini.
Sinar Media Solution (SMS) merupakan syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 11 Januari 2011 dengan nombor pendaftaran 002008340-M. SMS ditubuhkan khusus dalam bidang rekabentuk grafik dan web, percetakan, penerbitan, pengiklanan, pakaian, barangan cenderamata, bahan-bahan promosi, jualan barangan ICT serta turut menjalankan latihan & pendidikan berkomputer. SMS dibentuk untuk membantu syarikat kecil, sederhana dan besar dengan memenuhi keperluan rekabentuk dan pemasaran mereka. SMS turut menjalinkan usahasama dengan syarikat-syarikat utama di Malaysia dan juga luar negara bagi menyediakan perkhidmatan dan produk yang menyeluruh. Buat masa ini, SMS komited menjalankan perniagaan hampir sepenuhnya secara online. Ini kerana dunia internet kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai macam hal bermula daripada institusi perbankan, perhubungan, pekerjaan dan seterusnya jual beli. Dengan berbekalkan teknologi internet ini, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan tersusun serta mampu untuk mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan seperti sewa kedai, pengiklanan, upah pekerja dan sebagainya. Rangkaian produk dan perkhidmatan akan sentiasa diperluaskan bagi memenuhi permintaan kepada pasaran yang pelbagai terutama di Malaysia. Di bidang perniagaan, permintaan terhadap seni reka sangat tinggi dan penting dalam persaingan perniagaan era kini. Syarikat kecil, perseorangan atau perkongsian kini memerlukan khidmat ini untuk tujuan promosi

perniagaan dan juga untuk memperlihatkan imej jenama perniagaan mereka. SMS akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bertaraf profesional, hasil kerja berkualiti tinggi dan terbaik dengan kadar harga yang kompetitif. SMS memahami keperluan pelanggan dan yakin bahawa syarikat akan menjadi sebuah perniagaan yang mendapat tempat di hati pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan dalam perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.

Visi Mengungguli industri-industri yang diceburi, mewujudkan kumpulan masyarakat bumiputera yang benar-benar berdaya saing dan menjadi pengusaha bumiputera yang kreatif dalam bidang ICT untuk memajukan ekonomi dan taraf hidup masyarakat bertepatan dengan slogan kami, "Your 1-Stop Media Solutions".

Misi Melaksanakan aspek pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik berteraskan ICT terutama masyarakat di luar bandar. SMS akan terus menerokai, memantau dan memastikan pergerakan syarikat lebih terarah, bermatlamat dan berwawasan tinggi di samping menitikberatkan tatakerja, kualiti, kerjasama dan mengamalkan sistem pengurusan sistematik dan profesional serta mendapat pengiktirafan STANDARD ISO 9002 selaras dengan motto syarikat, we serve we solve.

Objektif Objektif utama syarikat adalah memimpin, mengawasi, membantu dan mencari peluangpeluang perniagaan baru dan pasaran baru berteraskan ICT untuk mengukuhkan lagi kemampuan syarikat dalam memajukan ekonomi serta mampu menaikkan taraf hidup masyarakat. Penubuhan syarikat ini dilihat bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan yang diharapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan JERIS kepada masyarakat. Objektif-objektif lain yang hendak dicapai adalah : > Membekalkan pembelajaran berkonsepkan Islam yang sebenar. > Melahirkan masyarakat yang berdikari, kreatif dan inovatif. > Melatih serta melahirkan masyarakat dari penduduk setempat dan menyumbang untuk menaikkan taraf ekonomi negara. > Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan peniaga dan pengusaha bumiputera untuk mencapai taraf global dalam bidang perniagaan.

> Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan pelajar, guru dan institusi pendidikan sebagai satu medium untuk berinteraksi serta menyampaikan maklumat. > Mewujudkan suasana harmoni di tempat kerja serta melahirkan rakan kerja dan rakan niaga yang mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan yang disediakan.

Kini, SMS telah mempunyai 3 rangkaian kedai online utama yang menawarkan perkhidmatan dan produk yang berbeza iaitu: 1. Sinar Media Solution (SMS) - http://www.sinarmedia.com.my (Perkhidmatan & produk utama SMS teruma dalam bidang media grafik - Your 1-Stop Media Solutions) 2. SMS Siber Store - http://www.sinarsiber.com (Menyediakan perkhidmatan & jualan produk yang pelbagai - Your 1-Stop Online Store) 3. SinarBiz Network - http://www.sinarbiz.com (Portal Iklan & Kedai Online)

Iklan Dalam Media Sosial: Kementerian Hanya Belanja RM250,000 Bukan RM1.8 Juta
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan hanya membelanjakan RM250,000 daripada keseluruhan peruntukan RM1.8 juta dalam kempen pelancongannya dalam media sosial bagi kempen pelancongan permulaan melalui medium itu, kata menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. "Kita memulakan kempen itu dengan RM250,000 dan akan ditingkatkan apabila kita bersiap sedia. Jadi ia lebih daripada hanya Facebook. "RM1.8 juta belum habis lagi. Saya telah mulakan untuk kempen pertama, saya ada enam kempen dan baru satu yang bermula, kita belum habis lagi" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis. Ng berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Angggota Parlimen Rasah daripada DAP Loke Siew Fook semalam kononnya kementerian itu membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook berkenaan. Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan Lok itu dengan menyatakan bahawa wang itu dibelanjakan oleh syarikat yang mendapat tender itu, Ideal Creations Sdn Bhd, untuk mewujudkan dan mengendalikan dan memantau kempen pelancongan dalam media sosial melalui iklan bagi acara-acara kementerian. Ng berkata, beliau akan memberi taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat kabinet esok bagi menjelaskan mengenai perbelanjaan RM1.8 juta untuk kempen media sosial itu. "Sudah tentu kabinet memberi perhatian atas perkara ini. Saya akan menjelaskannya kepada mereka dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), saya sentiasa bersedia," katanya. - BERNAMA

Kuasa Magis Media Sosial


Oleh SYAHRUL NIZAM JUNAINI Cetusan revolusi Internet yang bermula sekitar tahun 1990-an telah berjaya mengubah landskap sosioekonomi dunia. Letusannya yang hebat bak gunung berapi di Iceland telah merubah cara kita bekerja, berkomunikasi, bersosial, malah berhibur. Daripada remaja berkulit putih di restoran Starbucks di Broadway, New York hinggalah remaja kulit sawo matang di makmal komputer sekolah di tanah tinggi Bario, Sarawak kedua-dua kumpulan ini sama-sama merasai gegaran revolusi tersebut. Namun tanpa disedari, gempa susulan daripada gegaran itu sedang dan bakal kita rasai. Gempa itu membawa satu lagi fenomena hasil kerja tangan pemain industri media versi 2.0 atau media sosial. Kini media sosial menjadi buah mulut, bermula dengan tarikan blog dan kini disusuli oleh magnet Facebook. Malah dalam tempoh kurang tiga tahun kewujudannya, aktiviti bersosial secara maya berjaya menjadi aktiviti paling popular di Internet. Sebelum ini carta aktiviti Internet sekian lama telah diungguli aktiviti muat turun bahan pornografi. Jadi, apakah jampi yang ada pada media sosial yang menjadikannya senjata yang begitu ampuh? Buktinya, lihatlah betapa bijaksana Presiden Barack Obama menjinakkan media sosial lalu mengenderainya ke Rumah Putih. Daripada seorang senator yang kurang popular pada 2004, kini beliau muncul menjadi antara ikon kulit hitam paling menonjol dalam sejarah dunia. Sepanjang kempen Pilihan Raya Presiden 2008, pengundi muda yang menghabiskan masa berjam-jam melayari blog dipukau supaya singgah ke blog parti Demokratik. Mereka disuntik dengan mesej retorik yang menjadi nadi kepada karisma dan pengaruh beliau. Serentak dengan itu, entiti perniagaan mula berbondong-bondong terjun dalam lautan biru ciptaan Facebook. Dari segi sejarah, laman media sosial paling popular di dunia ini telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 2004. Beliau cuma merupakan seorang mahasiswa muda ketika itu. Beliau pada mulanya menetapkan Facebook hanya bagi kegunaan eksklusif rakan-rakannya di Harvard University. Namun kemudian Facebook diluaskan penggunaannya ke universiti lain seperti di Yale University dan Massachusetts Institute of Technology (MIT). Semenjak itu Facebook terus meletup lalu menaiki tangga populariti antara khidmat rangkaian sosial yang paling terkenal di Internet. Kesannya kini sudah melebihi 400 juta pengguna berdaftar Facebook di seluruh dunia, menandingi MySpace, Friendster dan LinkedIn. Malah jika Facebook disamakan sebagai sebuah negara, jumlah populasinya kini adalah yang ketiga paling banyak selepas China dan India. Sebagai perbandingan, laman sosial LinkedIn yang bersifat agak serius cuma mempunyai sekitar 8.5 juta pengguna. Di Malaysia pula, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh CheckFacebook.com, jumlah pengguna Facebook sudah mencecah satu juta orang. Selain itu, jumlah laman di Facebook sudah mencecah tiga juta. Dari pasar raya besar ( hypermarket) seperti TESCO, sehingga ke pasar peniaga ikan terubuk masin, semuanya berlumba-lumba menambah bilangan peminat setiap hari. Satu perkara yang pasti ialah media sosial menjadi jambatan yang menghubungkan pengeluar terus kepada prospek atau pelanggan. Hal ini sekali gus menafikan peranan iklan dalam media tradisional seperti televisyen yang mencecah puluhan ribu ringgit kos masa siarannya. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa Paul Dunay, Pengarah Urusan di syarikat Avaya, berpendapat bahawa Facebook telah mengubah keaslian proses pemasaran.

Di samping itu, berdasarkan penyelidikan terkini terhadap 1 700 orang responden oleh Dr. Utpal Dholakia dari Rice University, syarikat yang menggunakan Facebook didapati berjaya menaikkan jumlah jualan produk atau perkhidmatan. Bukan itu sahaja, kajian yang diterbitkan dalam Harvard Business Review ini menyatakan bahawa Facebook mampu mempromosikan jenama dan yang lebih penting ialah mengekalkan kesetiaan pengguna. Selain itu, perkembangan terkini terutama yang bersifat tempatan bagi sesuatu peristiwa boleh dibaca pada dinding umum (wall) di Facebook. Malah kadang-kadang hebahan ini mendahului ketangkasan wartawan akhbar bercetak. Natijahnya berita sampai kepada kita tanpa perlu diminta. Malah disediakan oleh kenalan kita sendiri (tanpa perlu diupah). Keadaan ini memadamkan sejarah yang dahulunya kita terpaksa beratur bagi membeli akhbar bercetak. Senario ini juga mencetuskan persoalan berkaitan kemandirian media cetak dan majalah yang mungkin bakal berkubur lusa jika tidak esok. Dari segi rangkuman pula, walaupun Facebook mengehadkan jumlah rakan cuma kepada 5 000 orang, apabila saling berangkai, jumlahnya jauh lebih tinggi. Hal ini adalah kerana setiap rakan mempunyai maksimum 5 000 orang rakan yang lain. Selain itu, kebergantungan kepada media tradisional seperti siaran televisyen percuma juga semakin terhakis. Kesannya pengendali stesen televisyen juga terpaksa tunduk, akur dengan kehebatan Facebook. Buktinya, kebanyakan rancangan televisyen terutama yang bersifat temu bual mengambil input daripada peminat lamannya melalui Facebook. Sebagai contoh, semasa majlis angkat sumpah Presiden Obama, laporan yang disiarkan langsung oleh Cable News Network (CNN) mendapat 8 500 komen dan bilangan kemas kini status bagi setiap minit di Facebook. Walaupun secara umum Facebook berjaya menjadi tempat lepak maya rasmi bagi golongan remaja dan belia, statistik pada Februari 2009 pula menunjukkan media ini juga digemari golongan berumur. Buktinya salah satu segmen pengguna yang paling pantas berkembang ialah wanita berumur 55 tahun ke atas. Selain itu, Facebook juga menawarkan platform pengiklanan percuma bagi mereka yang bijak menggunakannya. Fungsi fan page, group, event dan sebagainya sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Namun, bagi mereka yang ingin menyerahkan kerja periklanan produk mereka kepada Facebook, mereka dikenakan bayaran berdasarkan bilangan kali iklan mereka diklik atau dipaparkan. Justeru model niaga (business model) juga harus bergerak seiring kepantasan maklumat bergerak. Jika tidak, para pelanggan akan mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan maklumat yang diingini mereka, hanya melalui media sosial. Sejurus dengan itu, Facebook juga bijak memanipulasi kewujudannya di alam maya. Laporan terkini oleh Reuters mencatatkan bahawa keuntungan hasil aktiviti perniagaan oleh Facebook mencecah AS$700 juta (RM2260.65 juta) bagi tahun kewangan 2009. Selain itu, jelas sekali bahawa kita kini berada dalam era demokrasi dan sosial berbentuk digital. Sesiapa sahaja yang bijak mengurus kewujudannya dalam media sosial akan menjadi pemegang tampuk kuasa. Kesimpulannya, media sosial kini sudah berjaya merasuk kehidupan kita. Malah ada yang terleka sehingga keutamaan tugas dan kewajipan lain terjejas akibat terminum racun Facebook. Bagaimana pula kadar ketagihan anda terhadap Facebook? Jika anda tidak senang duduk sepanjang hari selagi tidak dapat mengemas kini status di dinding umum, itu tandanya anda mungkin sudah tersihir dengan kuasa magis Facebook.

Cara Baru Derma Organ Melalui Facebook Semakin Popular


May 28, 2012 by Leave a Comment

CHICAGO Pesakit yang memerlukan pemindahan organ kini didapati lebih gemar menggunakan laman sosial bagi merayu penderma yang bersesuaian dan usaha itu dilihat hampir mencapai matlamatnya. Pasukan penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Loyola, di sini mendapati, hampir 100 halaman Facebook dibangunkan bagi mencari penderma buah pinggang untuk pesakit berumur antara dua hingga 69 tahun. Ketua Penyelidik, Dr. Alexander Chang berkata, penggunaan media sosial menjadi jalan yang efektif bagi merayu pendermaan buah pinggang, namun kajian terperinci perlu dilakukan bagi menentukan bagaimana ia boleh dilakukan dengan lebih selamat. Menurutnya, satu daripada lapan halaman yang dibangunkan berjaya membantu pesakit menemui penderma yang bersesuaian, manakala hampir satu pertiga (30 peratus) berkata, penderma berpotensi turut menyatakan kesudian seandainya organ mereka bersesuaian. Tambah beliau lagi, sebanyak 37 peratus halaman dibangunkan oleh pesakit sendiri, 31 peratus oleh anak-anak mereka dan 32 peratus oleh ahli keluarga atau rakan-rakan. Sesetengah halaman hanya sekadar meminta penderma tanpa menyatakan maklumat lanjut, namun ada juga yang menyediakan maklumat terperinci mengenai pesakit termasuk sejarah perubatan, gambar keluarga dan kisah yang menyentuh emosi. Jeff Kurze dari Michigan, menderita kegagalan buah pinggang berikutan serangan strok pada 2010 dan doktor menyatakan proses menunggu memakan masa hingga lima tahun. Isterinya, Roxy kemudian menggunakan Facebook bagi merayu penderma yang bersesuaian dan rayuan itu menarik minat seorang penderma lelaki yang tidak dikenali. Setelah pemeriksaan dijalankan, organ tersebut didapati bersesuaian dengan Kurze dan dia selamat menjalani pembedahan. Penyelidik juga mendapati, tiga peratus daripada halaman tersebut menerima tawaran bagi penjualan organ yang biasanya datang daripada penduduk negara dunia ketiga dengan bayaran antara sehingga AS$40,000 (RM120,000). Bagaimanapun, penjualan organ salah di sisi undang-undang. AGENSI

Berdasarkan petikan ucapan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, jelaslah bahawa, sebagai jentera perubahan media sosial harus bertanggungjawab, menggunakan kelebihannya untuk kebaikan dan menjaga nilai positif dalam masyarakat Dalam kaitan yang sama dalam sektor pendidikan umpamanya media sosial yang dicipta begitu user friendly atau mesra pengguna dapat membantu dari sudut pembelajaran dan pengajaran agar ia lebih menarik dan memudahkan tugas pendidik. Apa yang jelasnya kemudahan yang ada pada media sosial banyak membantu pensyarah dan guru membentuk pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif di samping menarik minat pelajar untuk menimba lebih banyak ilmu dalam suasana yang ceria dan tidak membosankan. Sebagai contoh, kesuntukan masa di bilik kuliah tidak memberi ruang kepada pensyarah untuk berinteraksi dengan pelajar dengan lebih dekat maka dengan adanya media sosial pensyarah dan pendidik boleh memberikan tugasan dan memuatkan informasi berkaitan subjek yang mereka ajar serta mengeratkan silaturahim secara maya. Dalam kaitan yang sama ada pensyarah yang menggunakan ruangan media sosial untuk lebih mengenali dan mendekati pelajar dan ini secara tidak langsung turut mengeratkan hubungan pendidik dan pelajar yang begitu terhad masanya di bilik kuliah. Bagi membentuk nilai positif dalam masyarakat dan keluarga pula, media sosial boleh dijadikan jambatan kasih sayang antara ibu bapa dan anak kerana kesuntukan masa bersama. Pemantauan ibu bapa terhadap anak melalui media sosial amatlah penting kerana mereka boleh mengetahui apa yang dilakukan anak selain mengeratkan silaturahim secara maya. Anak yang tidak dapat bersemuka dengan ibu bapa kerana kesibukan mereka bekerja dapat meluahkan perasaan melalui media sosial. Ini menjadi wadah dan ruang yang baik bagi keluarga untuk bertukar fikiran mahupun menyuarakan pendapat serta berfikir mengenai masa depan keluarga. Bagi individu yang pemalu dan amat tidak selesa berinteraksi secara bersemuka, media sosial juga menjadi wadah menyelesaikan masalah mereka secara maya. Ada segelintir masyarakat yang merahsiakan identiti kerana mempunyai masalah kronik yang tidak mahu dikongsi dengan orang lain.

Melalui media sosial mereka yang pemalu ini dapat dibantu meringankan bebanan perasaan mereka secara lebih cepat dan mudah selain meningkatkan nilai diri. Natijahnya bagaimana menggunakan media sosial terletak di tangan sendiri. Baik buruknya terletak di hujung jari.

mSTAR
Khamis November 3, 2011

Media Sosial Jadi Sebaran Maklumat Utama Semasa Banjir Thai


SINGAPURA: Media sosial menjadi saluran komunikasi utama semasa banjir di Thailand. Kerajaan Thailand dengan pantas mewujudkan laman web rasmi(http://www.floodthailand.net) dan Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi menubuhkan @FloodThailand, sebagai akaun Twitter rasmi bagi menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat. Jake Wengroff, Pengarah Global Penyelidikan dan Strategi Media Sosial Frost & Sullivan berkata: "Sesetengah organisasi swasta juga telah membuat laman web, halaman Facebook, dan Twitter untuk menyebarkan maklumat. "Tetapi suatu yang patut dipuji ialah tindakan kerajaan Thai yang cepat menjadi peneraju dalam memastikan bahawa berita rasmi diberikan dengan betul. "Sesungguhnya, dalam masa krisis, terlalu banyak suara tidak disunting terutama orang-orang di saluran media sosial, boleh membuat dan menyebarkan maklumat bercanggah, mengelirukan dan mungkin tidak tepat yang boleh menimbulkan masalah. Kerajaan Thailand mahu memastikan ini tidak berlaku," katanya dalam nota pemerhatian mengenai situasi berkenaan. Bagaimanapun, Wengroff berkata saluran media sosial dan strategi yang ditubuhkan untuk banjir Thailand hampir semua dalam bahasa kebangsaan. "Ini sudah tentu menghalang majoriti di seluruh dunia, yang berminat dalam laporan rasmi, daripada mengetahui tentang bencana dan yang mungkin boleh menawarkan bantuan. "Lain-lain bencana alam juga bergantung sepenuhnya kepada media sosial untukkomunikasi krisis. Tetapi laporan berita rasmi diterjemah atau dalam bahasa Inggeris, membawa perhatian antarabangsa dan menyampaikan bantuan," kata Wengroff. Oleh kerana halangan bahasa, katanya, bantuan tidak boleh tiba dengan cepat, kerana orang yang tidak boleh bertutur bahasa Thai tidak dimaklumkan setiap minit dan berita bahasa Inggeris melalui rangkaian sosial tidak banyak. Malah, katanya, "banjir Thai" tidak disenaraikan antara berita utama di berita Google dan "thaiflood", "floodthailand" atau mana-mana kombinasi daripadanya, tidak menjadi trend topik dalam laman web Twitter. - BERNAMA

Najib lancar saluran siber '1MalaysiaTV'


Isnin, 19 Disember 2011 03:10 BlogMaster

PM Haji Najib Razak telah melancarkan saluran TV siber yang diberi nama 1Malaysia TV. Menurut beliau, pelancaran saluran TV berkenaan sebagai salah-satu cara bagi menyalurkan maklumat yang tepat dan tidak bergantung kepada sumber yang bercampur aduk dengan cerita dongeng atau rekaan termasuk berita palsu dan fitnah. Tidak pasti sama ada beliau merujuk kepada media-media arus perdana, khususnya TV3 dan akhbar Utusan Online, yang memang sinonim dengan penyiaran maklumat sedemikian. Jika itu tujuan penubuhan saluran 1Malaysia TV, kita turut mengalu-alukannya. Malah, usaha beliau wajar disokong oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan, mahupun pembangkang.

Memandangkan ini merupakan satu media yang menurut Perdana Menteri bakal menyalurkan maklumat-maklumat tepat, sebagai Rakyat Malaysia, kita amat berharap 1Malaysia TV turut menerima bahan-bahan siaran yang dibekalkan oleh Pakatan Rakyat mengikut konsep ' You shoot we broadcast' yang diperkenalkan oleh 1Malaysia TV. Cuma satu persoalan yang bermain di kepala kebanyakan Rakyat ialah kos penubuhan, kos penyiaran dan senggaraannya. Adakah ianya menelan belanja yang amat besar seperti mana yang berlaku kepada Projek Emel 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta Ringgit. Begitu juga kos jutaan ringgit yang ditanggung oleh sebuah agensi kerajaan untuk mengendalikan Facebook agensi berkenaan. Setakat ini, maklumat berkaitan pihak mana yang diberi tanggungjawab mengendalikan saluran TV 1Malaysia serta kos yang terlibat, tidak dimaklumkan. Selamat menonton. - m@rhaeninfo

Ahli

Politik

Dan

Pegawai

Kerajaan

Digalak

Guna

Laman

Sosial

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ahli politik dan pegawai kerajaan perlu mengadaptasi kemudahan media sosial untuk merapatkan diri dengan rakyat berikutan wujudnya permintaan yang tinggi untuk maklumat di dalam negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan satu kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa secara purata sembilan jam sehari untuk berinteraksi secara 'online' melalui Twitter, Friendster, Facebook serta Myspace dan mereka juga tersenarai sebagai pengguna yang meluangkan masa paling lama menggunakan media sosial.

"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran," katanya semasa berucap melancarkan 1Malaysia TV di sini, pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Perdana Menteri berkata kemudahan media sosial membolehkan penggunanya membuat penilaian di atas apa-apa isu dengan segera. Najib sendiri, yang agak rajin berinteraksi menerusi 'Twitter', mengakui beliau sentiasa mendapat respons langsung daripada rakyat Malaysia yang mengikuti laman sosial beliau.

Mengakui hakikat kemudahan media sosial mempunyai kebaikan dan kelemahan, Perdana Menteri berkata kebaikannya ialah pengguna dapat berinteraksi secara langsung dengan rakyat yang sebelum ini tidak pernah berlaku seperti pada zaman ayahandanya, Perdana Menteri kedua Tun Abduk Razak Hussein dan zaman itu rakyat agak sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Mereka

mendapat maklumat

daripada

beberapa

sumber rasmi sahaja tetapi hari ini pelbagai sumber menyalurkan maklumat dapat diakses malah kalau kita tidak memberi sesuatu maklumat mereka akan dapat maklumat itu daripada sumber-sumber lain.

Apabila wujudnya vakum seperti ini, mereka akan mendapatkan daripada sumber-sumber lain dan adakalanya sumber yang lain itu dicampur aduk dengan cerita dongeng atau rekaan termasuk berita palsu dan fitnah," katanya. Najib berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak cepat untuk memberi maklumat kepada rakyat dan jika boleh, melakunya pada masa sebenar.

Inilah realiti keadaan masyarakat hari ini dan untuk menawan hati generasi muda, kerajaan perlu menggunakan bahasa yang mereka pakai dan bahasa mereka adalah teknologi, katanya.

"Satu-satunya bahasa yang mereka fahami ialah teknologi," katanya. Beliau berkata perkembangan teknologi hari ini berkembang dengan pantas dan kelahiran media baru telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Katanya majalah TIME pernah menggelarkan Malaysia sebagai negara pengguna telekomunikasi telefon selular yang paling banyak penggunanya iaitu pada kadar 124.7 untuk 100 penduduk atau pun setiap seorang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit. Najib mengimbas zaman ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang, yang menyaksikannya menggunakan telefon bimbit model Motorola yang agak besar saiznya tetapi hari ini perkembangan teknologi telefon bimbit amat mengkagumkan.

"Bila saya buat ibadat haji, rakaman ucapan Aidiladha yang saya buat di padang Arafah dirakam daripada Iphone saya sendiri dan dihantar ke stesyen TV dan malam itu dipancarkan tanpa mengguna khidmat jurukamera RTM atau TV3," katanya. 1Malaysia TV adalah siaran televisyen secara talian yang dimajukan oleh 1MediaIPTV Sdn Bhd yang boleh ditonton melalui telefon pintar, komputer tablet dan juga komputer riba.

Saluran yang mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book of Records' sebagai media baru pertama berkonsepkan 1Malaysia itu menyediakan siaran daripada rangkaian RTM1, RTM2, TV3, TV Al Hijrah, My Youth TV, CCTV 1, EKorea TV, Erama Music, Erama Documentary TV dan KLPOP Online Radio Streaming.

Orang ramai boleh menonton siaran televisyen itu di laman www.1Malaysiaiptv.com atau www.erama.tv/mobiletv.

Untuk pengguna telefon pintar seperti Iphone, Blackberry dan Android, mereka boleh memuat turun aplikasi televisyen tersebut melalui stor aplikasi telefon masing-masing.

Media Arus Perdana Berdepan Isu Kredibiliti


Feb 28, 2013No Commentsby Mysuara

KUALA LUMPUR Media arus perdana kini berdepan dengan isu kredibiliti pemberitaan sehingga menyebabkan pembaca beralih arah kepada media sosial yang lebih terbuka dan luas liputannya. Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lebih rumit daripada zaman beliau ketika menguruskan konflik antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Stesen televisyen satelit berbayar Astro kini telah mengalahkan televisyen percuma milik kerajaan iaitu RTM dan rangkaian televisyen Media Prima termasuk TV3. Astro menawarkan lebih banyak berita termasuk saluran antarabangsa CNN, ABC, Megan Fox dan Al-Jazeera katanya pada Forum PRU-13: Peranan Lanskap Baru Media di Malaysia, Khamis. Namun menurutnya, waktu yang dihabiskan rakyat Malaysia untuk menonton televisyen terus meningkat sementara melayari internet kekal mendatar dan membaca akhbar pula menurun dengan mendadak. Zaman terbaik akhbar arus perdana terbaik pada tahun 2003. Selepas itu jualannya terus jatuh merudum hampir keseluruhan akhbar kecuali akhbar sensasi seperti Harian Metro dan Kosmo, jelas beliau. Kadir berkata, kadar penembusan internet yang tinggi terutama di kalangan generasi muda, menyebabkan media sosial menjadi saluran maklumat dan komunikasi berpengaruh. Menurut beliau, dengan pembangkang dilihat lebih mesra berkomunikasi dan berartikulasi dengan pelayar dalam talian, media sosial mencapai kadar perkembangan sebanyak 18 peratus pada 2011. Laman web Mahafiraun dan Mahazalim adalah asas kepada propaganda media baru ketika kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan media sosial secara meluas pada 2008 dalam kempen anti-Tun Abdullah Ahmad Badawi, jelasnya. Kadir menambah: Kesalahan kerajaan dahulu ialah bersikap skeptikal seperti kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang melabel blogger sebagai monyet, Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin

Maidin melabel blogger sebagai goblok dan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor melabel blogger sebagai penembak curi. Beliau yang memblog di The Scribe dengan hits sebanyak 5.27 juta pembaca memberitahu: Monopoli maklumat media arus perdana sudah lama berlalu. Mereka harus mengakuinya dan membuat penyesuaian. Memang hari ini media arus perdana telah memberikan ruang kepada pembangkang sehingga 4 muka surat tetapi ia dilapor sebagai rencana editorial bukan berita. Sepatutnya lapor dahulu sepenuhnya sebagai berita dan kemudian barulah mendapatkan komentar dan maklum balas, kata bekas Pengarang Kumpulan The New Straits Times selama 10 tahun sejak 1988 dan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press dari tahun 1998 hingga 20

Anda mungkin juga menyukai