Anda di halaman 1dari 7

Kebaikan dan Keburukan Media Baru

Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu kebaikan dan keburukan media baru. Jadi, apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan media baru? Media baru Ini merupakan sebuah istilah yang tidak difahami oleh masyarakat konvensional masa kini. Media baru ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan kemunculan teknologi baru era digitalisasi ini seperti komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi. Media baru secara ringkas adalah media yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan internet secara khususnya. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai media baru adalah digital dan memiliki karakteristik yang dapat dimanipulasikan, bersifat jaringan, padat dan interaktif. Antara contohnya media baru ialah internet, laman web, komputer multimedia, permaianan komputer, CD-ROM, DVD, penyiaran audio dan video secara langsung, chat room, emel, komuniti dalam talian, kamera digital dan

mobile computing. Pada zaman moden ini, ramai orang, terutamanya golongan pelajar suka menggunakan media baru untuk kegunaan tertentu. Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh dengan menggunakan media baru. Jika disalah gunakan, media baru juga boleh membawa kepada keburukan. Jadi, apakah kebaikan dan keburukan media baru kepada golongan pelajar pada masa kini? Antara kebaikan media baru ialah dapat memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Seseorang pelajar mampu untuk berhubung dengan rakan pelajarnya yang lain dengan mudah melalui media baru. Sebagai contoh, e-mel, chat room, Facebook, Twitter, Myspace, Nimbuzz, Fring, Skype, Gravity dan sebagainya merupakan antara perkhidmatan internet yang boleh diguna pakai dengan meluas. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui kajian Hampton, pada tahun 2000 terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Hal ini menunjukkan bahawa semakin kerap mereka berhubung dengan rakan melalui media baru, semakin banyak

ilmu pengetahuan yang dapat diketahui. Hal ini juga kerana apabila berlakunya interaksi antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain, tentunya bahawa menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa dan bertukaran maklumat dan pendapat. Selain itu, para pelajar dapat memperolehi maklumat terkini dengan mudah sahaja apabila mereka menggunakan media baru. Maklumat tersebut yang tersedia dalam laman web adalah dalam bentuk pangkalan data, dokumen, maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer. Kebanyakannya adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan cepat. World Wide Web, juga digelar sebagai Web atau WWW adalah aplikasi internet yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam internet meliputi pelbagai kategori dari seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemas kini supaya maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat. Maklumat ini berbeza dengan meklumat dari buku yang jarang dikemas kini. Maklumat-maklumat yang boleh diakses ini memudahkan pelajar mencari maklumat untuk tujuan pembelajaran. Di samping itu, dengan ciptaan media baru sebagai thumbdrive, cakera padat, CD-ROM dan DVD, kita dapat menyampaikan dan menyebarkan maklumat yang didapati kepada pelajar yang lain. Seterusnya, dengan adanya media baru, para pelajar mendapat akses kepada pembelajaran interaktif dalam talian ataupun e-Learning. E- Learning adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Pelajar mendapati bahawa pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau
2

laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan guruguru melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

Mutakhir ini, penggunaan Internet dalam kalangan pelajar telah berleluasa seperti virus-virus yang merebak dengan cepat. Namun, apakah itu Internet? Daripada sudut yang teknikal, Internet ialah sebuah rangkaian kepada rangkaian-rangkaian komputer yang disambungkan di antara satu sama lain dengan menggunakan protokol yang dipanggil TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Dari sudut penggunaan pula, Internet boleh dikatakan sebagai sebuah ruang maya yang menjadi tempat manusia berinteraksi, ia itu: berkomunikasi, berjumpa, menyibar dan menyimpan maklumat, berjual beli, dan lain-lain lagi.

Generalisasinya, dengan wujudnya internet, pelbagai aktiviti komunikasi telah dapat dijalankan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya, contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya yang membenarkan pelajar mencari buku dalam talian jika mereka mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Walaupun media baru banyak mendatangkan kebaikan kepada para pelajar, jika tidak digunakan dengan cara yang betul, banyak keburukan yang dibawa olehnya. Antara keburukannya adalah pendedahan komuniti pelajar kepada unsur-unsur negatif dari segi maklumat, bahan dan sebagainya. Sebagai contoh, maklumat yang banyak
3

terdapat di internet tidak ditapis dan ini akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Keistimewaan internet ialah tiada seorang pun yang memilikinya dan mengawalnya. Semua orang mempunyai hak untuk

menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet. Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahawa sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet dan secara tidak langsung dari media baru. Seperkara lagi ialah pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi. Penggunaan media baru walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan iaitu pelajar yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai; sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak. Hal ini akan melahirkan sebuah generasi yang kurang berkomunikasi dan kreatif dan ini boleh menyusahkan proses perpaduan antara rakyat.

Akhirnya, media baru akan menyebabkan obsesi dalam kalangan pelajar terhadap laman sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter dan bermacam lagi serta permainan komputer. Teknologi tersebut boleh menyebabkan para pelajar untuk kurang minat terhadap pelajaran mereka dan prestasi mereka di sekolah akan menurun. Senario ini juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan konsentrasi. Mereka akan terus mengabaikan pelajaran mereka untuk mengetahui gosip-gosip yang baru daripada rakan-rakan mereka. Terdapat juga sesetengah orang yang hanya
4

meluahkan perasaan mereka dengan seseorang di laman web sosial kerana takut berdepan dengan mereka. Hali ini boleh menyebabkan seseorang itu membina sifat malu apabila berdepan dengan orang di dunia realiti. Jika ditelusuri, kebanyakan aplikasi ini didapati melalui Internet. Jadi, sudah tentulah Internet juga membawa kepada keburukan juga. Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti-Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran Islam dan memburukkan-burukkan agama Islam serta memberi maklumat palsu untuk

kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman-laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah komputer. Pecah-masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank amat membimbangkan. Kesannya ialah dapat member kesan kepada golongan pelajar serta dapat mempegaruhi mereka untuk melalukan benda-benda terlarang ini. Pada masa kini terdapat banyak bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja dan belia. Hali ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang di akses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet Filtering Software perlulah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di akses oleh anakanak mereka.

Konklusinya, inilah antara kebaikan dan keburukan media baru kepada komuniti pelajar. Walaupun dengan adanya media baru pelajar dapat memperolehi banyak kebaikan, namun banyak keburukan juga boleh mendatang. Oleh itu, pelabagai pihak harus lah turun padang untuk mengatasi masalah ini dan bukan sahaja hanya berpeluk tubuh dan menunggu sesuatu krisis yang besar melanda untuk mula bertindak. Tindakan harus dilakukan untuk mengelak, bukan membaiki. Sebagai pelajar, anggaplah kemudahan media baru in sebagai batu loncata untuk menuju kejayaan yang lebih lagi dan jangan menyalah guanakannya.

(1499 patah perkataan)

Bibliografi
www.scribd.com www.psz.utm.my/nets.htm danauilmu.net my.opera.com/karanganbm/blog alyadina.blogspot.com/2010/08 Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005 Jeniri Amir. Teknik Menulis Ucapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009

Karangan dihasilkan oleh :

Abang Afiq Syahmi bin Abang Rosdi 5E 2011


7

Anda mungkin juga menyukai