Anda di halaman 1dari 6

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian kerja kursus sejarah saya yang bertema Kegiatan


Ekonomi Tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia iaitu
kegiatan pesawah padi, saya telah merumuskan beberapa objektif kajian
saya yang telah saya kaji.

Antara objektif kajian berdasarkan kajian saya ialah untuk mengetahui


dengan lebih mendalam mengenai kegiatan ekonomi tradisional yang
dijalankan oleh masyarakat di Malaysia iaitu kegiatan penanaman padi.

Selain itu, untuk menghargai usaha-usaha gigih masyarakat Malaysia


dalam memajukan kegiatan ekonomi tradisional di negara kita. Di samping
itu, dapat mendidik semua rakyat Malaysia agar rajin dan sentiasa
berusaha untuk mencapai kemajuan yang lebih tingggi.

Akhir sekali, berdasarkan kajian ini, semangat kerjasama di setiap


kalangan warganegara Malaysia dapat dipupuk antara setiap kaum
seterusnya memajukan negara Malaysia.
SEJARAH PENANAMAN PADI DI KEDAH
PENGENALAN

Padi merupakan tanaman yang paling banyak di tanam di kedah.malah


Kedah sendiri begitu sinonim dengan hasilan padi.Gelaran “Jelapang Padi
Malaysia” atau “The Rice Bowl” sememangnya telah dikenali umum.Namun
begitu ramai yang tidak mengambil kisah tentang asal usul penanaman
tumbuhan ini.Apatah lagi apabila persoalan padi adalah sesuatu yang
terlalu biasa bagi masyarakat Malaysia yang menjadikan beras sebagai
hidangan harian

Ramai juga yang tidak mengambil kisah,tidak menyedari atau tidak tahu
sama sekali akan banyaknya elemen padi pada lambang-lambang penting
di Kedah.Lambang kerajaan Kedah juga dibingkaikan dengan butiran padi
mencukupi bilangan ro”kaat sembahyang dalam agama islam.Ianya
sebagai teras kekuatan insan yang kuat dengan kemasnya amalan
sembahyang.Setem kedah yang terawal juga bergambarkan pesawah
membaja tanah.Malah sekolah terulung di Kedah,Kolej Sultan Abdul Hamid
juga mempunyai lencana yang tergambar gemal padi melambangkan
kemakmuran negeri Kedah yang berteraskan penanaman padi.
KAEDAH KAJIAN

Penyelidik telah ,menggunakan beberapa kaedah untuk menghasilkan


sebuah penulisan yang baik.Penggunaan sumber pertama dan sumber
kedua amat penting bagi menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang
baik dan boleh diterima umum.Lantaran itu penyelidik melakukan
penyelidikan dokumen rasmi dan tak rasmi.Mentelaah buku-buku serta
menemuramah orang tertentu.

a. Kajian Sumber Pertama -Sumber pertama merupakan sumber asli


seperti dokumen rasmi,surat-surat persendirian,gambar atau catatan
pengalaman mereka yang terlibat.
b. Kajian Sumber Kedua – Selain sumber pertama, penyelidik berusaha
memperkuatkan penulisan sejarah ini dengan melakukan kajian ke
atas sumber-sumber kedua.Ini amat penting dilakukan bagi
memastikan wujudnya kesinambungan dan keseragaman antara
sumber pertama yang diperolehi tadi dengan sumber kedua, dalam
bentuk kajian sejarah yang pernah dilakukan oleh para pengkaji
sejarah sebelum ini. Lantaran itu penyelidik melakukan kajian
kepustakaan. Antaranya Perpustakaan Awam Langkawi, Universiti
Sains Malaysia (USM), Perbadanan Perpustakkan Awam Kedah dan
sebagainya,buku, artikel dan jurnal, yang memuatkan maklumat-
maklumat penting. Semua bahan ini dapat membantu bagi
melengkapkan lagi hasil kajian.
BIBLIOGRAFI

1.Haji Mat Nayan Hj. Saad, Adat persawahan di Negeri Kedah dalam intisari kebudayaan
Negeri Kedah: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 1986

2.Dr. Badriyah Hj Salleh, Sejarah Ekonomi Kedah Sehingga Kurun Ke 19: Arkib
Negara,Cawangan Kedah Perlis.

Anda mungkin juga menyukai