Anda di halaman 1dari 1

Nilai 2: Amanah

Maksud nilai amanah:


Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

KK 1 – sikap bertanggungjawab KK2 – kepercayaan dan keyakinan orang lain

1. Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
atau melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

2. Kepentingan sikap amanah di kalangan pegawai kerajaan:


-imej badan-badan kerajaan terpelihara dan tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan
-dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan

3. Kepentingan sikap amanah di kalangan ahli politik ialah:


-menjaga hak dan kebajikan rakyat
-menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan projek pembangunan Negara

4. Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana:


-dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri,
keluarga dan masyarakat
-pelajar akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolah untuk
melaksanakan sesuatu tugas

5. Kesan tidak bersikap amanah terhadap


a) keluarga-memalukan serta menjatuhkan maruah keluarga
b) rakan-tidak dipercayai oleh rakan dan mereka akan menjauhkan diri
c) jiran-tidak dipercayai oleh rakan dan hubungan akan renggang
d) masyarakat-anggota masyarakat akan mencemuh atau memandang serong kepada kita
e) Negara-mempunyai warganegara yang tidak amanah, imej negara akan terjejas, dan akan menjejaskan
industri pelancongan Negara

6. Cara menunjukkan sikap amanah terhadap:


a) keluarga-menjalankan tugas atau kewajipan yang diamanahkan oleh ibu bapa atau anggota keluarga
yang lain, tepat pada masanya
b) rakan-menyimpan rahsia rakan atau menjaga hubungan baik dengan rakan
c) jiran-menunaikan permintaannya supaya menjaga harta dan barang-barangnya ketika jiran tiada di
rumah
d) masyarakat-nenegur perbuatan-perbuatan tidak bermoral di kalangan anggota masyarakat setempat
e) negara-menjaga nama baik Negara walau berada di mana-mana jua

7. Antara cara yang dapat diambil untuk membantu BPR dalam usaha untuk membanteras rasuah di
negara ini ialah:
a) melaporkan kes-kes rasuah yang diketahui kepada pihak berkuasa
b) mengelakkan diri daripada perbuatan atau tingkah laku yang cenderung ke arah rasuah dengan
mengamalkan sikap ikhlas dan jujur dalam setiap kerja yang dilakukan

Anda mungkin juga menyukai