Anda di halaman 1dari 5

1.

PUSAT TUISYEN DO RE ME
2. INSTITUT TAIPING
3. SMK MUDZAFFAR SHAH

NOTA DAN PENERANGAN TENTANG KESALAHAN EJAAN.

KESALAHAN EJAAN dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

1. Kesalahan Huruf.

Antara kesalahan huruf yang sering diuji dalam peperiksaan adalah :

a) Kesalahan HURUF VOKAL a,e,i,o,u.

Contoh Salah Betul


akedemik akademik
perabut perabot
agen ejen
mee mi
tiusyen tuisyen
kafetaria kafeteria

Soalan Contoh:

i) Sempena perayaan Hari Guru pada tahun ini, sebuah syarikat korperat telah memberikan hadiah
talipon bimbit kepada setiap gur u. (korporat, telefon)

ii) Pakar-pakar perubatan berjaya mendaignosis penyakit penduduk kampong itu. (mendiagnosis,
kampung)

iii) Khairul engkar nasihat ayahnya dengan memberikan lapuran palsu kepada pihak polis. (ingkar,
laporan)

iv) Ibu menggunakan pelbagai resepi untuk membuat mee Jawa. (resipi ,mi)

v) Musim tengkujoh sering menjejaskan pendapatan gulungan nelayan di Kelantan dan Terengganu.
(tengkujuh, golongan)

b) Kesalahan HURUF KONSONAN khususnya g,k,h,j,m,n,s,t,y.

Contoh Salah Betul


kontingen kontinjen
dasyhat dahsyat
lojik logik
naskah naskhah
losyen losen
billion bilion

1
Soalan Contoh:

i) Pesakit jantung itu telah dibawa ke hospital dengan ambulan. (ambulans)

ii) Kaedah yang efisyen telah digunakan untuk menghasilkan hujan buatan. (efisien)

iii) Bapa saya telah menerima komisyen sebanyak RM10,000 daripada orang kaya itu. (komisen)

iv) Pihak berkuasa telah merampas paspport pelancong asing itu. (pasport)

v) Budak berambut kerinting itu telah ditangkap oleh pihak polis. (keriting)

Perkataan Contoh:

i) nasi beriani () nasi beriyani (X)

ii) kain pelikat (X) kain pelekat ()

iii) warna cokelat (X) warna coklat ()

iv) burung garuda (X) burung geroda ()

v) sedang istirehat (X) sedang istirahat ()

vi) menggoreng kuey teow (X) menggoreng kuetiau ()

vii) menjadi lagenda (X) menjadi legenda ()

viii) ibu mertua (X) ibu mentua ()

ix) memilih profesyen (X) memilih profesion ()

x) barangan tulen () barangan tulin (X)

xi) bermain snoker (X) bermain snuker ()

c) Kesalahan HURUF BESAR dan HURUF KECIL.

Secara umumnya, huruf besar digunakan pada awal Kata Nama Khas seperti nama orang (ABU),

nama tempat (Kuala Lumpur ), nama jambatan (J ambatan Pulau Pinang),

nama jawatan (Ketua Pengar ah Kesihatan), nama tumbuhan (bunga r aya - Hibiscus),

nama haiwan (singa - Panthera Leo), nama bangunan (Menara Berkembar Petronas) dan

nama planet ser ta alam (Mar ikh, Gunung Kinabalu, Hutan Tr opika).

Sebaliknya, huruf kecil pula digunakan untuk Kata Nama Am yang bersifat umum seperti ayah,

murid, polis, kerajaan, ayam, bunga ros, kerani, kucing dan almari.

2
Soalan Contoh:
i) Dato Zainuddin telah dilantik sebagai ketua pengarah kesihatan oleh pihak kerajaan. (Ketua
Pengarah Kesihatan)
ii) Samad telah menemukan kad pengenalannya yang hilang itu pada bulan februari yang lalu.
(Februari)
iii) Pelbagai jenis barangan runcit dijual di kedai runcit Pak Ahmad. (Kedai Runcit)
iv) Keadaan Geografi di Malaysia amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti pertanian.
(geografi)
v) Datuk Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai ketua kontinjen negara ke sukan SEA 2015.
(sukan)
vi) Malini dijangka tiba di stesen komuter Seremban pada pukul 4.30 petang. (Stesen Komuter)
vii) Puan Rahimah mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah itu. (Bahasa)
viii) Negara itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. (bahasa)

2. Kesalahan Tanda Baca

Tanda baca yang sering diuji ialah tanda sempang (-).

Peraturan 1 Semua kata ganda perlu mempunyai tanda sempang.


Contoh a) gunung-ganang
b) gotong-royong
c) kuih-muih
d) huru-hara
Kata bilangan yang menggunakan angka atau nombor per lu mempunyai
Peraturan 2
tanda sempang.
Contoh a) ke-5
b) ke-10
c) ke-80
d) ke-100

Sebarang kata nama khas yang mengikuti imbuhan pinjaman seperti pro dan
Peraturan 3
anti per lu dijar akkan dengan tanda sempang.
Contoh a) pro-Amerika
b) anti-Jepun
c) anti-Jawa
d) pro-China

Sebarang kata nama khas yang mengikuti perkataan se perlu dijarakkan


Peraturan 4
dengan tanda sempang.
Contoh a) se-Malaysia
b) se-Nusantara
c) se-Asia Pasifik

Sebarang kata nama am yang mengikuti perkataan se perlu didekatkan dengan


Peraturan 5
huruf kecil.
Contoh a) secantik
b) sedunia
c) secocok
d) sesama

3
Soalan Contoh:
i) Pelajar itu mendapat kedudukan ke 3 dalam peperiksaan itu. (ke-3)
ii) Pertubuhan Kesihatan Sedunia dituduh terlalu proChina. (pro-China)
iii) Semua pemuda yang terlibat dalam gerakan anti Amerika itu telah ditangkap oleh pihak tentera.
(anti-Amerika)
iv) Keadaan di negara itu kucar kacir setelah tercetus rusuhan kaum. (kucar-kacir)
v) Persatuan Belia yang baharu ditubuhkan itu mengetengahkan moto berteraskan perpaduan
semalaysia. (se-Malaysia)
vi) Semua negara se-dunia ter libat dalam per janjian bahar u itu. (sedunia)

3. Kesalahan Kata Majmuk.

Kata majmuk dapat dibahagikan kepada kata majmuk berjarak dan kata majmuk bercantum.

a) Kata Majmuk Berjarak

Sekiranya perkataan di belakang iaitu perkataan kedua boleh berdiri sendiri kerana mempunyai maksud
maka perlu dijarakkan.

Contoh 1. ibu bapa (perkataan bapa boleh berdiri sendiri)


2. atur cara (perkataan cara boleh berdiri sendiri)
3. urus setia (perkataan setia boleh berdiri sendiri)
4. ulang tahun (perkataan tahun boleh berdiri sendiri)
5. semula jadi (perkataan jadi boleh berdiri sendiri)
6. jalan raya (perkataan raya boleh berdiri sendiri)
b) Kata Majmuk Bercantum

Terdapat 15 kata majmuk bercantum yang perlu ditulis rapat.

Contoh 1. antarabangsa 6. kerjasama 11. warganegara


2. beritahu 7. matahari 12. pesuruhjaya
3. bumiputera 8. sukarela 13. tanggungjawab
4. kakitangan 9. suruhanjaya 14. jawatankuasa
5. olahraga 10. tandatangan 15. setiausaha

Soalan Contoh:
i) Semua kaki tangan kerajaan diarahkan untuk bertugas semula. (kakitangan)
ii) Kerajaan Malaysia akan memberikan layanan yang saksama kepada semua warga negara asing.
(warganegara)
iii) Kemalangan jalanraya di negara kita semakin hari semakin meningkat. (jalan raya)
iv) Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan pada setiap bulan Ogos. (ulang tahun)
v) Aminah telah dipilih sebagai setia usaha persatuan itu. (setiausaha)
vi) Kerajaan Malaysia telah membentuk suruhan jaya khas untuk menyiasat nahas itu. (suruhanjaya)
vii) Puan Rohana telah diberi tugas untuk menyusun aturcara majlis itu. (atur cara)
viii) Kumar telah menjalankan tanggung jawab sebagai Ketua Pengawas dengan cemerlang.
(tanggungjawab)

4
4. Perkataan yang mengikuti Imbuhan Pinjaman.

Sebarang perkataan yang mengikuti imbuhan pinjaman juru, maha, tata per lu
Peraturan
dieja bercantum.
Contoh a) jururawat
b) jurujual
c) mahasiswa
d) mahakuasa
e) tatacara
f) tatabahasa

5. Kata Nama Am yang mengikuti Imbuhan Pinjaman.

Sebarang kata nama am yang mengikuti imbuhan pinjaman anti, pro, pasca, multi,
Peraturan
dwi, swa, eko dan pra per lu dieja ber cantum.
Contoh a) antikerajaan
b) proaktif
c) pascakemerdekaan
d) multimedia
e) dwibahasa
f) swafoto
g) ekopelancongan
h) ekosistem
i) prabayar

Soalan Contoh:

i) Daud bekerja sebagai juru foto sambilan. (jurufoto)

ii) Semua pelanggan diwajibkan mematuhi tata cara pemakaian yang sopan. (tatacara)

iii) Semua pelajar mesti bersikap pro-aktif dan ber disiplin. (proaktif)

iv) Guru itu mengajar subjek Fizik menggunakan dwi bahasa. (dwibahasa)

v) Persembahan multi media dalam majlis itu sangat menarik. (multimedia)

vi) Semua maha siswa universiti itu dikuarantin selama 14 hari. (mahasiswa)

vii) Malaysia mampu memajukan bidang eko pelancongan kerana kekayaan sumber alam semula
jadinya. (ekopelancongan )

viii) Celcom memperkenalkan satu sistem pra-bayar yang lebih mur ah kepada pelanggan-
pelanggannya. (prabayar)

Teruskan Usaha,
Jangan Mudah Putus Asa
5

Anda mungkin juga menyukai