Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN TATABAHASA MENGIKUT TEMA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU

TINGKATAN 4 (KSSM)
SINTAKSIS

TEMA 1

TEMA 2: INSAN TERDIDIK, NEGARA SEHAJTERA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan perkataan yang bergaris sama ada kata nama
terbitan, kata kerja terbitan, atau kata adjektif terbitan.

Bilik darjah masa hadapan (i) dilengkapi dengan papan tulis interaktif, pembesar suara dan
komputer. Bilik darjah masa hadapan yang lebih canggih mempunyai (ii) kemudahan seperti meja digital,
guru robot, dan virtual reality goggles. Oleh hal yang demikian, murid tidak lagi duduk di satu tempat tetapi
boleh bergerak ke segenap bilik darjah mengikut keperluan (iii) pembelajaran. Murid bebas mencari
maklumat dengan segala teknologi pembelajaran (iv) terkini yang disediakan. Guru pula hanya (v) menjadi
fasilitator di dalam bilik darjah. Guru tidal lagi menjadi satu-satunya sumber murid untuk mendapatkan
maklumat yang (vi) seluas angkasa.
(6 markah)

I kata kerja terbitan


Ii kata nama terbitan
Iii kata nama terbitan
Ivkata adjektif terbitan
V kata kerja terbitan
Vi kata adjektif terbitan

TEMA 3:MEMETIK BINTANG

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan kata akronim yang bergaris sama ada gabungan
huruf awal atau gabungan suku kata

Pada 15 Oktober 2020. Yayasan Pembangunan Rkayat (i) (YPR) dengan kerjasama Kementerian
Sumber Manusia telah mengadakan karnival kerjaya. Pelbagai aktiviti menari ktelah diadakan termasuklah
(ii) senamrobik, program bual bicara bersama panel jemputan dan uji bakat dalam bidang penyiaran
bersama-sama (iii) RTM, Bernama dan Radio IKIM. Selain itu, karnival ini telah membuka ruang niaga
yang menempatkan 50 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital pelbagai (iv) jenama dan kaunter
kesihatan Hospital Kuala Lumpur (v) (HKL). Di samping itu, pwngunjung boleh menonjolkan bakat kreatif
dalam pertandingan komik adaptasi daripada (vi) cerpen terpilih
(6 markah)

I Gabungan huruf awal


Ii Gabungan suku kata
Iii Gabungan huruf awal
Iv Gabungan suku kata
v Gabungan huruf awal
vi Gabungan suku kata

TEMA 4: MENJULANG HARAPAN DIBUMI BERTUAH

Baca perbualan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan perkataan bergaris sama ada kata nama
tunggal, kata nama terbitan, kata nama ganda atau kata nama majmuk.

Cikgu Zaini : Baiklah, saya ada menerima (i) kertas kerja tentang cadangan kalian untuk menyertai
Projek Haiwan Ternakan di Dalam Taman.
Devi : Benar, cikgu. Kami bercadang untuk membela arnab kerana daging haiwan yang comel ini
sangat sedap dan rendah (ii) kolesterol.
Cikgu Zaini : mengapakah kamu tidak mahu menternak kambing?(iii) Pasaran kambing lebih luas
berbanding dengan arnab.
Kok Seng : Benar, cikgu tetapi kami menghadapi kekangan kos yang tinggi. Tambahan pula, (iv)
penternakan kambing memerlukan kawasan yang luas.

Devi : Jika permohonan kami diluluskan, kami bercadang mahu menggunakan kayu terpakai di
belakang bengkel. (v) Kayu-kayu itu masih boleh diguna pakai kerana kami mahu
menyokong kempen (vi) kitar semula.
(6 markah)
I Kata nama majmuk
Ii Kata nama tunggal
Iii Kata nama terbitan
Iv Kata nama terbitan
V Kata nama ganda
Vi Kata nama majmuk

TEMA 5: MEMACU PRODUKTIVITI

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan perkataan yang bergaris sama ada kata kerja
transitif aktif, kata kerja transitif pasif, kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak
transitif berpelengkap.

Anugerah alam yang (i) ada di kebanyakan persisir pantai barat Semenanjung Malaysia ialah hutan
paya bakau. Hutan ini (ii) berfungsi untuk mengawal hakisan pantai dan menjadi habitat hidupan akuatik
seperti ketam dan ikan belacak. Kayu bakau dari hutan ini pula digunakan untuk (iii) menghasilkan arang.
Proses untuk menghasilkan arang kayu bakau ini memerlukan kepakaran tenaga kerja yang unik dan (iv)
mencabar. Di samping itu menjadi bahan bakar arang juga (v) digunakan dalam industri pembuatan
kosmetik , ubat nyamuk, bahan pencuci dan baja. Sungguhpun begitu, hutan paya bakau perlu kita (vi)
selamatkan daripada diterokai secara tidak terkawal.
(6 markah)
I Kata kerja tak transitif berpelengkap
Ii Kata kerja tak transitif berpelengkap
Iii Kata kerja transitif aktif
Iv Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
V Kata kerja transitif pasif
Vi Kata kerja transitif pasif

TEMA 6: DUNIA PELANCONGAN


Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan perkataan yang bergaris sama ada kata kerja
transitif aktif, kata kerja transitif pasif, kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak
transitif berpelengkap.

i. Ada orang melancong untuk menenangkan fikiran.


ii. Lubok Simpon mempunyai tebing yang berpasir dan cetek.
iii. Gunung Mulu telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia.
iv. Melanconglah ke dalam hutan untuk berehat setelah penat bekerja.
v. Sampah sarap yang terdapat di dalam sungai itu telah kami kutip untuk dibunag.
vi. Antara ciri pelancong hijau ialah mereka berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam.
(6 markah)

I Kata kerja transiftif aktif


Ii Kata kerja tak transitif berpelengkap
Iii Kata kerja transitif pasif
Iv Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
V Kata kerja transitif pasif
Vi Kata kerja transitif aktif
TEMA 7: DEMI KEDAMAIAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nytakan perkataan yang bergaris sama ada kata adjektif
sifat, kata adjektif warna, kata adjektif waktu, kata adjektif perasaan atau kata adjektif pancaindera.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka peluang kepada penjenayah
siber yang amat (i) licik. Mereka menaburkan janji-janji manis dan ungkapan (ii) cinta yang akhirnya
menjadi kenangan (iii) pahit kepada mangsa yang sudah terperangkap. Gadis yang mudah diperdayakan
berrisiko (iv) tinggi untuk menjadi mangsa kes pesona cinta siber. Ada mangsa yang merasakan hidup
mereka telah menjadi (v) gelap kerana telah berhabisan ribuan ringgit. Pihak berkuasa perlulah bertindak
dengan (vi) cepat supaya tidak ramai mangsa yang menjadi korban.

I sifat
Ii perasaan
Iii pancaindera
Iv sifat
V warna
Vi waktu

TEMA 8: DALAM LIPATAN SEJARAH

Gabungkan ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang
sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Encik Lee bukan pengarah. Encik Lee pengurus jualan.


Encik Lee bukan pengarah tetapi pengurus jualan.
ii. Ibu membeli beg tangan. Beg tangan itu berjenama tempatan.
Ibu membeli beg tangan yang berjenama tempatan.
iii. Mereka memberikan salam. Mereka memasuki bilik kaunseling.
Mereka memberikan salam lalu memasuki bilik kaunseling.
iv. Usman Awang sasterwawan negara. A.Samad Said sasterawan negara.
Usman Awang dan A.Samad sasterawan negara.
v. Dia menerima pujian pengetua.Dia berjaya menjuarai pertandingan pidato.
Dia menerima pujian pengetua kerana Berjaya menjuarai pertandingan pidato.
vi. Seni bina masjid dipengaruhi unsur Arab. Seni bina tokong dipengaruhi unsur Cina.
Seni bina masjid dipengaruhi unsur Arab manakala seni bina tokong dipengaruhi unsur Cina.

TEMA 9: SAYANGI MALAYSIAKU

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

a) Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri Malaysia pertama yang juga dikenali sebagai Bapa
Kemerdekaan.
Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri Malaysia pertama.
Tunku Abdul Rahman juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.

b) Penghayatan karya sastera dapat membantu pembentukan sahsiah terpuji di samping meningkatkan
kemahiran berbahasa.
Penghayatan karya sastera dapat membantu pembentukan sahsiah terpuji.
Penghayatan karya sastera dapat meningkatkan kemahiran berbahasa.

c) Khidmat sukarelawan dalam misi kemanusiaan amatlah diperlukan untuk menyumbang bakti kepada
masyarakat.
Khidmat sukarelawan dalam misi kemanusiaan amatlah diperlukan.
Khidmat sukarelawan menyumbang bakti kepada masyarakat.

TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang
sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kita sering mendengar ungkapan seperti Bahasa Jiwa Bangsa. Kita sering mendengar ungkapan, seperti
bahasa ialah pakaian budaya. Kita sering mendengar ungkapan seperti kesopanan bahasa mengangkat
tamadun bangsa. Ungkapan tersebut memberikan gambaran sesuatu. Penggunaan bahasa yang baik
menjadi tuntutan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, penggunaan bahasa golongan remaja dalam
media sosial amat mengecewakan. Para remaja tidak menghormati bahasa kebangsaan.

Kita sering mendengar ungkapan seperti Bahasa Jiwa Bangsa. Kita sering mendengar ungkapan seperti
bahasa ialah pakaian budaya dan kesopanan bahasa mengangkat tamadun bangsa. Ungkapan tersebut
memberikan gambaran sesuatu bahawa Penggunaan bahasa yang baik menjadi tuntutan dalam
kehidupan seharian. Namun begitu, penggunaan bahasa golongan remaja dalam media sosial amat
mengecewakan kerana para remaja tidak menghormati bahasa kebangsaan.
TEMA 11: EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA

Kenal pasti dan tulis subjek dan prediket bagi setiap ayat seperti berikut.

i. Ketika kami pulang, ayah dan ibu di dapur.

Subjek:Ayah dan ibu di dapur


Prediket:ketika kami pulang

ii. Perniagaan yang diusahakannya berkembang maju.

Subjek:Perniagaan yang diusahakannya


Prediket: berkembang maju

iii. Koperasi sekolah itu pemenang anugerah peringkat negeri.

Subjek:Koperasi sekolah itu


Prediket:pemenang anugerah peringkat negeri

iv. Aiman kecewa sungguh kerana gagal memperoleh biasiswa.

Subjek:Aiman
Prediket:kecewa sungguh kerana gagal memperoleh biasiswa

v. Ibu bapa yang membuat simpanan pendidikan untuk anak-anak sangat bijak.

Subjek:Ibu bapa yang membuat simpanan pendidikan untuk anak-anak


Prediket:sangat bijak

vi. Lebah kelulut memerlukan bunga atau madu bunga sebagai sumber makanannya.
Subjek:Lebah kelulut
Prediket:memerlukan bunga atau madu bunga sebagai sumber makanannya
(6 markah)

TEMA 12: ASLI dan KONTEMPORARI

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja,
Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + frasa Sendi Nama.

i. Tetarium sangat cantik dan mudah disediakan. FN + FA

ii. Grafiti ialah lakaran yang dibuat pada dinding FN + FN

iii. Mereka ke pusat perubatan tradisional untuk mengurut badan FN+FS

iv. Murid yang berbakat itu mengalunkan muzik dengan mainan piano. FN + FK

v. Caklempong diperbuat daripada gangsa menggunakan teknik acuan. FN + FK

vi. Pencapaiannya amat memberangsangkan dalam pertandingan yang disertainya. FN + FA


(6 markah)
TEMA 13: SEGALANYA BERMULA di SINI

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

i. Bekalan air bersih dari tangki di telaga tujuh itu untuk digunakan oleh pelancong.
Untuk digunakan oleh pelancong bekalan air bersih dari tangki di telaga tujuh itu.
ii. Pelbagai usaha pemeliharaan spesies burung botak upeh telah dilakukan oleh Jabatan Perhilitan.
Telah dilakukan oleh Jabatan Perhilitan pelbagai usaha pemeliharaan spesies burung botak
upeh.
iii. Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
telah mengiktiraf konsep georimba.
Telah mengiktiraf konsep georimba pertubuhan pendidikan saintifik dan kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
(6 markah)

TEMA 14: SIHAT dan BERSIH PILIHANKU

Tukar ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Amat berbahaya penyakit kencing tikus jika tidak dirawat dengan segera.
Penyakit kencing tikus amat berbahaya jika tidak dirawat dengan segera.
ii. Sekiranya anak-anak melakukan perbuatan yang tidak bermoral tidak boleh berdiam diri ibu bapa.
Ibu bapa tidak boleh berdiam diri sekiranya anak-anak melakukan perbuatan yang tidak
bermoral.
iii. Semasa membeli makanan tambahan pembeli perlu berhati-hati kerana banyak makanan tambahan
tidak disahkan keselamatannya.
Pembeli perlu berhati-hati kerana banyak makanan tambahan tidak disahkan keselamatannya
semasa membeli makanan tambahan.
( 6 markah)

TEMA 15: ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat
seruan atau ayat perintah.

i. Sila kendalikan dron ini dengan cermat supaya tidak rosak. Ayat perintah
ii. Biodiesel boleh terhasil daripada minyak sayuran atau lemak haiwan. Ayat penyata
iii. Wah, nampaknya kita memulakan penerbangan hari ini dengan begitu baik! Ayat seruan
iv. Usaha mesti digembleng untuk mencari jalan penyelesaian masalah kesesakan. Ayat penyata
v. Pastikan model kenderaan masa hadapan yang kalian bina menggunakan tenaga solar. Ayat perintah
vi. Bantuan yang bagaiman diberikan bakteria, ulat dan serangga lain untuk menghasilkan baja kompos?
Ayat penyata
(6 markah)

TEMA: DIPIMPIN untuk MEMIMPIN

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya
yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang
diberi.

i. Farhan anak sulung ketua kampung yang peramah.


Siapakah anak sulung ketua kampung yang peramah?
ii. Rundingan kemerdekaan di London diadakan pada 1955.
Bilakah rundingan kemerdekaan di London diadakan?
iii. Teksi digunakan oleh pemuda itu untuk pulang ke rumahnya.
iv. Apakah kenderaan yang digunakan oleh pemuda itu untuk pulang ke rumahnya?
v. Penduduk boleh berjumpa dengan Tok Ketua Nasmi di rumah dan di surau.
Di manakah penduduk boleh berjumpa dengan Tok Ketua Nasmi?
vi. Fazrin bernasib baik kerana masih ada satu tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.
Mengapakah Fazrin bernasib baik?

vii. Belia boleh meningkatkan kebolehpasaran diri melalui pengetahuan yang tinggi.
Bagaimanakah belia boleh meningkatkan kebolehpasaran diri?
(6 markah)

“Tiada kejayaan semanis MADU tanpa usaha sepahit HEMPEDU”

Anda mungkin juga menyukai