Anda di halaman 1dari 5

SOALAN-SOALAN PERIBAHASA SPM DENGAN JAWAPAN (TAHUN

2004 HINGGA 2017 )

Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan
sikap berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama
jiran.

Rajesh : Betul tu Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur


sesama jiran malah kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada
jiran-jiran yang susah.

Mei Ling : Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada


melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat
daripada kesilapan yang kita lakukan.

Rajesh : Saya setuju dengan pendapat Mei Ling.

Jawapan soalan:-
(i) Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam
menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.
(ii) Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang
sebenarnya.
(iii) Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih
akan terasa mudah dan menjadi mahir.

Soalan SPM 2015


Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa
di bawah:-
(i) Seperti embun di hujung tanduk
(ii) Bagai pinang dibelah dua
(iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kendang kerbau
menguak.
Soalan SPM 2014

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.


(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana
sahaja.

SPM 2013

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama
akan pandai juga.

SPM 2012

Berikan maksud peribahasa di bawah.


(i) Membaca jambatan Ilmu.
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Jawapan:
(i) Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.
(ii) sedikit-demi sedikit lama-lama berhasil juga.
(iii) kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.

SPM 2011

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan


peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan


(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

SPM 2010
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan


yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru
hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping
bekerja sama bagai ___________(i)__________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk
menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang
diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru
dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan
prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan
mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.

SPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-
tua, iaitu ________(i)_______

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati
saya.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin.


Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan
memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa
_______(ii)_________

Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________
SPM 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Jawapan:
i. Mak Jah menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh
kerana dia tidak mempunyai anak sendiri.
ii. Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu
mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kerana benih yang baik jatuh ke
laut menjadi pulau.
iii. Penduduk kampung itu sentiasa menghadapi susah senang bersama
ibarat hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

SPM 2007

Berikan maksud peribahasa di bawah.


(i) Bahasa Jiwa Bangsa
(ii) Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Seperti air dalam kolam

Jawapan:
i. bahasa merupakan lambang keperibadian bangsa/bahasa identiti bangsa
ii. tidah pernah bercerai/suami isteri yang saling mencintai/tidak pernah
bercerai/saling memerlukan/serasi/intim/akrab
iii. orang yang bersikap tenang/keadaan/suasana/situasi yang tenang

SPM 2006

Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak


semasa berkomunikasi.
Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan
penggunaan bahasa yang betul.

Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang
betul pada setiap masa dan keadaan, kerana
___________(i)_________________

Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh


dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata
pepatah ________(ii)__________________

Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat


menyalurkan idea dan kritika dengan lebih berkesan kerana
____________(iii)________________
Soalan SPM 2005

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi
dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi
dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti
remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja berlebih-lebihan.

Soalan SPM 2004

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka


saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa
ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat.
Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya
mereka akan kehilangan segala-galanya.

Anda mungkin juga menyukai