Anda di halaman 1dari 5

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) UJIAN KEMAJUAN 1 / 2013 BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Nombor Soalan RUMUSAN

Aspek Yang Diuji

Wajaran Markah

Markah

(Isu: Cara-cara ibu bapa berkomunikasi dengan 1 anak-anak remaja dan kepentingan komunikasi yang berkesan kepada anak-anak remaja). Pendahuluan Isi tersurat dan tersirat Kesimpulan Bahasa PEMAHAMAN (a) Petikan Umum (berdasarkan petikan soalan 1) (i) Maksud frasa 2 (ii) Pemahaman teks (iii) KBKK PENGETAHUAN TATABAHASA (a) Membina ayat daripada kata majmuk 3 (b) Mengenal subjek dan predikat dalam ayat (c) Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat (d) Mengenal pasti kesalahan istilah atau bahasa (e) Melengkapkan ayat dengan peribahasa 6 6 6 DAN KEFAHAMAN 6 6 30 3 4 9 2 2 16 2 10 30

SULIT Skema Jawapan Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan kaedah-kaedah/ langkah-langkah ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak remaja Isi Tersurat (kaedah/langkah ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak remaja) 1. Ibu bapa berperanan sebagai sahabat kepada anak-anak. 2. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan perilaku dan gerak geri harian anak remajanya. 3. Ibu bapa juga janganlah terlalu cerewet dalam mendidik anak-anak remaja. 4. Ibu bapa perlulah sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang kemodenan dunia dengan mendalami maklumat terkini yang bersesuaian. 5. Ibu bapa perlulah mengambil berat berkenaan pendapat yang disuarakan oleh anakanak remaja. 6. Ibu bapa perlu menghormati minat atau hobi anak-anak remaja. 7. Ibu bapa juga hendaklah memperuntukkan masa secukupnya untuk mrlayan anakanak remaja mereka. 8. Ibu bapa hendaklah memahami emosi anak-anak remaja yang kompleks. Isi Tersirat (kepentingan komunikasi terhadap anak-anak remaja) 1. Anak-anak akan lebih berkeyakinan / bersemangat / berani dalam menghadapi cabaran hidup. 2. Anak-anak akan lebih cemerlang dalam pelajaran / hidup / masa depan. 3. Anak-anak akan bersikap terbuka / tidak berfikiran negatif / berfikiran positif. 4. Anak-anak tidak mudah terpengaruh / terjebak / terjerumus / dengan perkara-perkara negatif. 5. Anak-anak akan lebih menyayangi / menghormati ibu bapa. 6. Anak-anak akan dapat membuat keputusan yang bijak / rasional. (Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) Kesimpulan 1. Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah berusaha mewujudkan hubungan yang baik dengan anak-anak demi kesejahteraan anak-anak mereka. 2. Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah memupuk / mengamalkan ciri-ciri keluarga bahagia agar dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang.

Soalan 2 : Petikan Umum Soalan 2 (a) (I) Maksud Membantutkan / mengganggu usaha membentuk perkembangan / pertumbuhan personaliti diri / sifat diri yang sempurna. (II) Kesan-kesan berasa tidak dipercayai. membentuk perasaan rendah diri. mengakibatkan anak-anak remaja mudah hilang pertimbangan apabila berada di luar pemerhatian ibu bapa mereka. Peranan Menjadi anak yang soleh dengan mematuhi / mentaati perintah ibu bapa supaya ibu bapa rasa dihormati. Membantu ibu baoa membuat kerja-kerja rumah agar meringankan beban ibu bapa. Mengekalkan hubungan baik dengan adik-beradik. Berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran untuk menggembirakan ibu bapa. Mentaati suruhan agama agar menjadi anak yang soleh / baik /berguna. Sentiasa bersama keluarga semasa waktu lapang suaya hubungan kekeluargaan semakin erat. Memastikan keadaan rumah sentiada bersih dan ceria untuk keselesaan ahli keluarga.

(III)

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perktaan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) pandang (lihat sambil memerhatikan) Usah pandang cahaya itu terlalu lama kerana boleh merosakkan mata. (ii) pandangan (hasil perbuatan memandang; apa yang tergambar di mata; yang menjadi perhatian) Pada pandangan saya, perkara itu dapat diselesaikan dengan mudah. (iii) terpandang (terlihat; tidak sengaja/ tiba-tiba terpandang; terkemuka/terbilang) Dia hendak menjodohkan anaknya dengan orang yang terpandang dalam masyarakat. (iv) pandang-memandang (saling memandang; saling menghormati) Masing-masing pandang-memandang sahaja apabila bertemu buat kali pertama dalam majlis itu. (v) pemandangan (keupayaan mata untuk memandang; keadaan alam yang indah dipandang) Pemandangan di sawah padi pada musim menuai cukup mempesonakan para pengunjung. (vi) memandangkan ( memikirkan) Pihak sekolah membatalkan rancangan untuk mengadakan pameran pada bulan ini memandangkan pelajar sedang menupukan perhatian terhadap peperiksaan akhir tahun. [6 markah]

(b) Tulis petikan perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Kak Limah bertanya kepada Pak Jabit adakah dia menyertai Gotong-royong 1 Malaysia. Pak Jabit berkata dia pergi bersama-sama dengan anaknya, Hussein. Kak Limah menjelaskan bahawa dia terlepas peluang itu kerana menjaga neneknya yang sedang uzur. Pak Jabit berkata, hal yang dilakukan oleh Kak Limah itu baik juga kerana dapat menunjukkan Kak Limah bertanggungjawab sebagai seorang cucu. Kak Limah mengakui kebenaran kata-kata Pak Jabit, tambahnya, dia terlepas peluang keemasan untuk menyertai aktiviti itu. Pak Jabit berkata lagi, perkara itu tidak perlu dirisaukan oleh Kak Limah kerana dia akan menerangkan kepada Kak Limah perjalanan aktiviti

yang diadakan itu. Kak Limah mengucapkan terima kasih kepada Pak Jabit atas kesudiannya itu dan menyatakan bahawa dia dapat juga mengikuti perkembangan aktiviti tersebut.

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Nombor (i) (ii) (iii) Kesalahan mencetak dijital Ekspidisi dijalan kurantin memberhentikan Pembetulan pencetak digital Ekspedisi dijalankan kuarantin menghentikan

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Nombor (i) (ii) (iii) Kesalahan Rokiah Restoran merayakan menangkap di intensif bidang-bidang Pembetulan Restoran Rokiah meraikan mencandat pada insentif bidang

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini. (i) di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. (ii) (iii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. jauh berjalan luas pemandangan.

Anda mungkin juga menyukai