Anda di halaman 1dari 4

SKEMA KERTAS 2

PPT T4 2023

SOALAN 1 : MORFOLOGI
Panduan permarkahan

1. Berikan 1 markah bagi setiap perkataan yang betul daripada petikan berdasarkan soalan.
2. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul berdasarkan perkataan yang dipilih.
3. Perkataan yang digunakan sebagai peribahasa/ kata nama khas diberikan 0 markah.
4. Perkataan yang ditambah atau ditukar imbuhan akan diberikan 0 markah.
5. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih tolak 1/2 markah bagi setiap
ayat.
6. Jika 2 atau lebih perkataan digunakan dalam satu ayat berikan pertimbangan sebagai
satu ayat.
7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
8. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/tatabahasa/tanda baca daripada keseluruhan
jawapan.

Kata Ganda

i) kenderaan-kenderaan
ii) penunggang-penunggang
iii) berhati-hati

SOALAN 2 : SINTAKSIS
1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
3. Ayat seruan

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
BIL KESALAHAN BAHASA
1 di kalangan dalam kalangan
2 jika sekiranya jika /sekiranya
3 terhadap tentang
4 tokoh lama-tokoh lama tokoh-tokoh lama
5 yang bahawa
6 mengenai dengan mengenai
7 menyediakan disediakan
8 demi untuk demi / untuk
9 di dalam di
10 berhias hiasan
11 menendang akan menendang
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Setelah beberapa lama berlayar Kertala Sari sampai di Melaka. Dia singgah di luar
kota iaitu di perkampungan orang-orang Jawa. Maka Kertala Sari menyamar menjadi orang
Jawa. Kertala Sari bebas berjalan keluar masuk, berjalan-jalan di seluruh kampung orang-
orang kaya dan saudagar.
(6 MARKAH)
SOALAN 5 : PERIBAHASA
i. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ii. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
iii. Air dicincang tidak akan putus

SOALAN 6: PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

(i) Maksud – berhubungan baik /rapat/ erat dengan kawan


(ii) Persamaan dan perbezaan cara komunikasi:
a. Persamaan- menggunakan Bahasa kurang sopan dan tidak beradab akibat
trend komunikasi remaja masa kini.
b. Perbezaan- masalah dan perbalahan dapat diatasi dengan komunikasi
berkesan.
c. Perbezaan- Bahasa kurang sopan dianggap sekadar gurauan dan mesra
rakan.

(iii) Faedah-faedah:
a. Mengeratkan silaturahim/ mewujudkan perpaduan
b. Mengelakkan perbalahan dan salah anggap
c. Melatih kemahiran mendengar
d. Mewujudkan suasana perbincangan yang sihat

(iv) Langkah :
a. Menasihati secara berhemah
b. Menukar topik perbualan yang berunsur negatif
c. Mengelakkan topik perbincangan yang berunsur negatif
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

(i) Manusia Bersatu kerana bermuafakat/bekerjasama 2 markah

(ii) Kepentingan 3 markah


P1- dapat membawa kebahagian
P2- negara damai
P3- rakyat hidup sejahtera
P4- perpaduan dapat dikukuhkan
P5- dapat tolong-menolong antara satu sama lain

Isi cukup- 3 isi

(iii) Peranan saya 4 markah


P1- sentiasa hormat-menghormat antara satu sama lain
P2- membantu orang lain Ketika mereka susuah
P3- menyertai aktiviti yang dianjurkan

Isi cukup- 3 isi

(iv) Perkara yang dilakukan 4 markah


P1- menghubungi ibu bapa
P2- menghubuni pihak berkuasa
P3- merakam aktiviti dan menyebarkan dalam kumpulan penduduk.
Isi cukup- 3 isi

SOALAN 8 : PEMAHAMAN NOVEL


i) – negara kita pernah dijajah oleh Portugis sehingga menyebabkan rakyat hidup berpindah
randah
- Orang Melayu pula membantu Belanda menghalau kuasa Portugis dari Melaka sehingga
kuasa Belanda menjajah Melaka
- kini pihak British menjajah Tanah Melayu

ii) Cadangan jawapan:


- Peristiwa Pak Saidi menghantar anaknya, Adnan melanjutkan pelajaran ke sekolah
Inggeris kerana mahu anaknya menjadi insan yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Alasannya peristiwa ini menggambarkan kesungguhan dan cita-cita Pak Saidi yang mahu
melihat anaknya Berjaya menjadi manusia yang berguna dan menjadi pemimpin negara
pada masa akan datang. Pengajarannya, kita mestilah melaksanakan tanggungjawab
sebagai ibu bapa dengan sepenuh hati demi kebaikan dan masa depan anak-anak.
- Peristiwa Adnan dan Mamat mengikuti latihan fizikal dan mental sebagai persediaan
menjadi seorang tentera. Alasannya, peristiwa ini memperlihatkan kesungguhan Adnan dan
Mamat menjalani latihan supaya dapat dipilih menjadi tentera dan dapat berjuang untuk
mempertahankan negara daripada pihak musuh. Pengajarannya, kita hendaklah bersikap
positif terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita agar dapat mencapai kecemerlangan.

SOALAN 9 RUMUSAN

Pendahuluan:
Rumusan membincangkan kepentingan pengekalan warisan seni budaya dan usaha-usaha
untuk mengekalkannya. [2 markah]
Fokus 1: Bahan 1- Kepentingan pengekalan warisan seni budaya
- melambangkan identiti bangsa sesebuah negara.
- mencerminkan corak kehidupan setiap bangsa yang berbeza antara satu sama lain.
- dapat menarik minat bangsa lain untuk menghayati dan mendalaminya.
- untuk memupuk perpaduan antara kaum.
- hubungan erat terjalin antara setiap bangsa
- menjadi pemangkin kemajuan industri pelancongan

Fokus 2: Bahan 1 – Usaha-usaha mengekalkannya


- Institusi pendidikan yang menjadi saluran utama untuk melahirkan generasi muda
yang celik dan meminati warisan seni budaya .
- Media massa juga perlu memperkenalkan warisan seni budaya setiap bangsa dari
semasa ke semasa
Fokus 2: Bahan 2 – Usaha-usaha mengekalkannya
- mengadakan kempen warisan seni budaya
- menganjurkan ceramah warisan seni budaya
- wawancara mengekalkan seni budaya
- Tempat dan bangunan sejarah perlu dikekalkan dan dipulihkan
- Aktiviti kokurikulum di sekolah dengan mengikuti pertandingan seni budaya
- Rakan Seni Budaya

Penutup:
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha mengekalkan keutuhan warisan seni
budaya dalam masyarakat agar menjamin generasi yang celik warisan tradisi.
[2 markah]

Anda mungkin juga menyukai