Anda di halaman 1dari 1

Nama: ...................................................................    Kelas: .................................................    Tarikh: ..............................

Praktis Ekstra Karangan Respons Terbuka


Domain Awam

Janganlah kita membiarkan adat dan budaya masyarakat majmuk Malaysia hanya dapat ditonton di
muzium, Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara warisan budaya Malaysia yang unik ini tidak seharusnya
dipandang enteng. Marilah kita memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, seperti peribahasa tidak
lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.
Sumber: Internet

Pesanan di atas meminta supaya rakyat Malaysia harus berusaha untuk memelihara warisan budaya masyarakat
majmuk Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki untuk menulis sebuah rencana bagi menjelaskan
kepentingan warisan budaya tersebut dikekalkan.
Tulis rencana anda selengkapnya.
Pendahuluan:
Malaysia sebuah negara yang unik – memiliki rakyat pelbagai kaum – mengamalkan budaya dan kepercayaan
yang pelbagai – diwarisi daripada generasi ke generasi – kini, budaya tersebut semakin terjejas oleh arus
kemodenan
Isi-Isi:
(a) keunikan budaya sesuatu kaum merupakan cerminan bangsa – kaya dengan warisan dan kesenian –
diwarisi turun-temurun – diamalkan dalam berbagai-bagai bentuk – pakaian, tarian, dan kepercayaan
(b) budaya lambang jati diri sesuatu bangsa – sejarah sesuatu bangsa yang panjang akan menghimpunkan
pelbagai budaya yang menarik – bangga akan budaya tersebut
(c) adat dan budaya berperanan untuk mendidik – mengutamakan kesopanan dan kesusilaan – mengajar
sesuatu kaum supaya berkelakuan baik, adab dalam berpakaian, dan menghindari kelakuan yang tidak
baik
(d) kepelbagaian budaya oleh pelbagai kaum dan etnik di negara ini ialah keunikan yang tiada di tempat
lain – rakyat pelbagai kaum hidup dalam suasana yang aman dan harmoni – bebas mengamalkan
budaya dan kepercayaan tersendiri tanpa sebarang sekatan
(e) menarik lebih ramai pelancong luar negara untuk melawat ke negara ini – menikmati keistimewaan
dan keunikan pelbagai budaya – menjana pendapatan dan banyak membuka peluang pekerjaan –
menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara
Penutup:
warisan budaya pelbagai bangsa perlu dikekalkan untuk generasi akan datang – hindari
pengaruh budaya luar yang boleh melunturkan jati diri budaya sendiri – peranan pelbagai
pihak agar budaya ini dikekalkan sepanjang zaman – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai