Anda di halaman 1dari 6

JUL401 / 2

JUL401TG1

BAHASA MALAYSIA IV

BAHASA MALAYSIA IV

Academic Session 2023/2024

TUGASAN TG1

Name NURASYILAA BINTI YAHYA

Matric No. 22307508

IC No. 910926105758

Regional Centre

House :
Phone No.
H/P: 0105562691

910926105758
TUGASAN JUL 401

NAMA PENUH : NURASYILAA BINTI YAHYA


MATRIK : 22307508
NO. K/P : 910926105758

Kandungan Kerja Kursus

1. Bahagian A: Karangan
2. Bahagian B: Kefahaman Bacaan

1. Karangan (2)

2. Kefahaman Bacaan (Soalan 1)


Seni warisan negara yang kita ketahui mempunyai identiti tersendiri, Malaysia terdiri

daripada masyarakat yang berbilang kaum, misalnya masyarakat Melayu, India, Cina dan

lain-lain. Umum juga tahu yang kita sering diingatkan supaya terus memelihara serta

memartabatkan dan menjaga seni warisan negara kita agar tidak terus hanyut dibawa arus

kemodenan. Kebelakangan ini, masyarakat kita lebih gemar menikmati hiburan daripada

negara asing seperti Korea Selatan. Hal ini kerana kuasa pemasaran dan gelombang peminat

yang kuat mendorong masyarakat kita melihat atau menikmati hiburan daripada negara asing.

Pada zaman nenek moyang kita, cara hiburan lebih kepada persembahan tari-menari atau

wayang kulit terutamanya di kawasan Pantai timur khususnya. Generasi pada hari ini

semakin lalai dan menganggap seni warisan negara zaman dahulu tidak relevan dan

ketinggalan zaman. Oleh itu, kita seharusnya mengubah persepsi anak muda bagi

mengekalkan seni warisan negara kita agar tidak terus hanyut begitu sahaja.

Langkah pertama bagi menarik dan mengubah kembali seni warisan negara kita adalah

dengan menggunakan platform media untuk membuka kembali mata semua masyarakat kita

yang masih terus hanyut dibawa arus hiburan negara asing. Usaha ini juga, dilihat sukar

kerana kebebasan sosial media yang semakin berleluasa sehingga menjadi tontonan masing-

masing. Maka, pihak berkuasa perlulah mengambil kesempatan yang sama untuk

memperluaskan lagi filem, drama, sketsa malah iklan yang berhubung kait dengan seni

warisan negara kita di seluruh media massa. Oleh yang demikian, rancangan atau kandungan

yang menyemai unsur-unsur budaya seperti filem melayu perlu diterbitkan dengan lebih

banyak agar dapat memupuk minat masyarakat kita terhadap seni warisan negara. Bak kata

pepatah “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas”.


Langkah seterusnya dalam usaha untuk mengekalkan seni warisan negara adalah dengan

memberi ruang dan penekanan yang lebih mendalam kepada sektor Pendidikan di sekolah.

Seperti yang umum tahu, sekolah juga merupakan tempat yang sesuai untuk kita

memperkenalkan dan mempelajari tentang seni warisan negara yang kita miliki. Subjek mata

pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni haruslah diberi tumpuan yang meluas

mengenai pengajaran dan pemahaman berhubung kait dengan warisan kita. Selain itu, pihak

sekolah juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti budaya seperti persembahan seni,

pertandingan tradisi dan membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah yang

dijalankan secara berkala. Melalui Pendidikan di sekolah, pelajar akan lebih menghargai serta

memahami seni warisan kita.

Usaha lain bagi mengekalkan seni warisan negara adalah busana. Pakaian tradisional kita

melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan zaman nenek moyang.

Pemakaian busana klasik ini juga dapat menonjolkan identiti dan keunikan negara yang kaya

dengan warisan serta kepelbagaian kaum kepada pelancong luar negara. Hal ini kerana,

pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan

kecantikan diri seorang individu yang memakainya tetapi kemanisan orang yang menjaga

adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Dengan pendedahan yang

meluas ini juga dapat menarik minat model terkenal dunia yang ingin mengayakan busana

tradisional kita di persada fesyen dunia. Ini juga, merupakan satu kebanggaan kepada kita di

Malaysia.
Akhir sekali, kaedah yang sesuai untuk mengekalkan seni warisan negara adalah menjaga

dan memulihara semua benda-benda serta tempat-tempat bersejarah yang merupakan

sebahagian daripada warisan budaya kita. Benda dan tempat bersejarah seperti bangunan,

artifak dan warisan arkeologi perlu dijaga dan diberi perlindungan kerana setiap elemen itu

mempunyai nilai-nilai kesenian masyarakat dan identiti kita. Harimau mati meninggalkan

belang, manusia mati meninggalkan nama, umpamanya jika sejarah itu tiada bukti maka

hilang begitu sahaja. Justeru itu, sangatlah penting untuk kita pelihara monumen bersejarah

ini sebagai bukti kemahiran masyarakat kita dalam kesenian dan bidang arkitek dari dahulu

sehingga ke hari ini.

Sebagai kesimpulannya, langkah-langkah bagi mengekalkan seni warisan negara adalah

dengan memberi penekanan kepada dunia media massa, pendedahan mendalam kepada

sektor Pendidikan, memperkenalkan pakaian tradisional serta menjaga dan memulihara

benda-benda serta tempat-tempat bersejarah. Melalui usaha dan kolaborasi semua pihak,

usaha ini pasti dapat melestarikan semula apa yang semakin pupus dalam jati diri rakyat di

Malaysia. Elakkan daripada melakukan perkara separuh jalan yang di ibaratkan hangat-

hangat tahi ayam. Kelak yang merugikan adalah generasi akan datang yang tidak mengenal

asal usul mereka kerana dikaburi dengan elemen kebudayaan daripada negara asing. Marilah

sama-sama bersatu tenaga demi memastikan seni warisan negara kita tetap teguh berdiri di

belakang kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Bahasa Melayu diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama dalam urusan

perdagangan dan hubungan antarabangsa sejak sekian lama. Kelebihan dan keistimewaan

utamanya ialah kewibawaan dan kemampuan Bahasa Melayu mengatasi bahasa lain yang

wujud, Justeru itu tidak dinafikan lagi Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting

sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai