Anda di halaman 1dari 25

Kepentingan Usaha mengekalkan budaya warisan bangsa

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.
Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya
tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini
termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan
budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional
pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarnawarni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari
kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak
orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari
kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran
menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh
dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya
dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan
amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai
saling mengunjungi.Kita saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan
mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita
akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat
iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita
tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang
silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan


warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta
pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih
memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan
lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan
tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah
dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat
sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui
Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional
sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian
tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada
mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus
berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya
dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka
tak cinta.
Posted 19th April 2012 by Zega Augustin

Batik merupakan satu kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejarah


mengatakan sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah
pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah
diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Perusahaan batik telah
mula di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa tik yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Selain itu, batik juga dikenali
sebagai ambatik yang bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.
Industri batik di Malaysia dirintis oleh Su Ishak di Kelantan pada tahun 1911.
Di alam Melayu pula, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah
diperkenal sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang
perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Seni batik merupakan satu daripada akar budaya yang menjadi identiti
bangsa Malaysia. Walaubagaimanapun, industri batik ini mula merudum

tetapi dimartabatkan semula pada tahun 2003 atas usaha Datin Seri Endon
Mahmood. Sememangnya, bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa. Justeru, langkah proaktif dan berterusan
perlu
diambil
demi
memartabatkannya
kembali.
Dalam usaha memartabatkan industri seni batik di Malaysia, pihak kerajaan
telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan industri ini.
Ungkapan peribahasa tak kenal maka tak cinta menggambarkan betapa
pentingnya aktiviti promosi yang agresif untuk memperkenalkan seni batik
kepada masyarakat di Malaysia yang semakin meminggirkan tradisi dan
budaya. Hal ini demikian kerana masyarakat di negara kita kurang
didedahkan dengan amalan tradisi mahupun kraf tangan yang menjadi
warisan nenek moyang kita terdahulu. Kerajaan telah menguatkuasakan
agenda baru dalam kalangan penjawat awam iaitu mereka diwajibkan
memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis dan di majlis-majlis rasmi.
Secara tidak langsung, masyarakat kita akan membuka mata dan
memikirkan signifikannya pewajiban pemakaian batik dalam kalangan
penjawat awam dan motif sebenar kerajaan menguatkuasakan peraturan ini.
Usaha kerajaan ini juga mendapat sambutan dan sokongan daripada
Perbadanan Kemajuan Kraftangan dan Perbadanan Kemajuan Luar Malaysia
demi merealisasikan hasrat yang sama iaitu mengembalikan keagungan seni
batik. Institut Kraf Negara(IKN) merupakan salah satu agensi bagi
membantu mencapai matlamat ini. IKN merupakan pusat kecemerlangan
pendidikan kraf yang dapat melahirkan tenaga mahir berteknologi terkini,
usahawan kraf dan menjadi pusat rujukan, penyelidikan serta pemuliharaan
warisan negara. Dalam hal ini, IKN dapat membantu melatih pengusaha
batik yang baru dan ingin menambah ilmu dalam industri ini. Selain itu,
kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Intensif Galakan Dagangan yang
bertujuan untuk membantu usahawan kraf menerokai pasaran baru di Timur
Tengah seperti di United Arab Emirates(UAE). Dalam erti kata lain, dengan
adanya agenda kerja yang tersusun dan sempurna, misi memartabatkan
seni
batik
ini
pasti
dapat
dicapai.
Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung,
dimanakan dapat sagunya yang membawa maksud, tanpa usaha kita tidak
akan dapat hasilnya. Dalam memartabatkan industri seni batik, usaha
penyelidikan dan pembangunan (R&D) haruslah giat dilaksanakan. Agensiagensi kerajaan seperti institut pengajian tinggi awam(IPTA) dan institut
pengajian tinggi swasta(IPTS) mestilah bijak mengambil langkah yang
progresif demi membantu menaiktarafkan batik Malaysia. Misalnya, IPTA dan

IPTS boleh memperkenalkan atau menawarkan matapelajaran seni


kebudayaan batik kepada para pelajar di institut-institut tersebut. Universiti
Teknologi Mara(UiTM) merupakan contoh universiti yang mempunyai fakulti
seni tekstil ; di sini pelajar dilatih untuk menghasilkan batik. Di samping itu,
IPTA dan IPTS juga boleh menganjurkan forum ceramah apresiasi batik dan
pameran batik bertujuan untuk melahirkan pengusaha batik yang berkualiti
dan mencambahkan kreativiti mereka dalam menghasilkan batik. Sekali lagi
Institut Kraf Negara(IKN) memainkan peranan yang penting dalam melatih
tenaga mahir dalam industri pembuatan batik dan mengenal pasti corak
batik terkini yang menembusi pasaran baharu. Jelaslah di sini bahawa usaha
yang mapan dan agresif banyak membantu usaha memartabatkan dan
mengglobalkan
seni
batik.
Selain itu, program promosi dan pemasaran yang agresif juga boleh
melicinkan lagi usaha kerajaan dalam mengembalikan kegemilangan seni
batik di Malaysia. Perbadanan Kraf Tangan Malaysia telah mengambil
langkah yang responsif dan drastik dengan mengadakan promosi yang
berterusan di dalam dan di luar negara. Seni batik mula menapak di pasaran
antarabangsa apabila batik menerjah ke seantero dunia apabila kerajaan
berjaya mendapatkan tempat pameran baru yang sangat berpengaruh dan
popular iaitu di Harrods,London. Pepatah hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih menggambarkan betapa keras usaha kerajaan dalam
memurnikan usaha memartabatkan seni batik yang sangat bernilai
ini.Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara turut
memainkan peranan dengan mengadakan promosi dan jualan di pusat belibelah, hotel, lapangan terbang, dan lain-lain tempat. Di samping itu, usaha
Datin Seri Endon Mahmood juga mendapat sokongan daripada pihak
kerajaan demi memurnikan hasrat melonjakkan industri batik di negara kita.
Hasilnya, pada tahun 2003, hasil jualan batik ialah RM33 juta dan meningkat
kepada RM39.7 juta pada tahun 2004. Sememangnya, usaha yang padu
daripada pelbagai pihak dapat memendekkan masa untuk mencapai misi
memartabatkan
industri
batik
negara
kita.
Di samping usaha-usaha yang giat dilaksanakan, pengusaha batik turut
memainkan peranan yang sangat penting. Pengusaha perlulah berani
menanam modal demi menjalankan perniagaan mereka dan rajin menimba
ilmu baharu seperti kata pepatah Melayu,berkayuh sambil bertimba. Selain
itu, pengusaha juga boleh mengadakan kesepakatan dan kerjasama dalam
kalangan pengusaha batik dan agensi kerajaan dengan mewujudkan institusi
latihan batik. Usaha ini sememangnya dapat memenuhi dasar kerajaan dan
aspirasi rakyat apabila terhasilnya batik yang berkualiti dengan wujudnya

kerjasama

yang

dijalinkan.

Kesimpulannya, mutiara berharga seperti seni batik yang menjadi identiti


bangsa dan warisan tradisi ini wajar dipertimbangkan supaya tak lekang dek
panas, tak lapuk dek hujan. Pada masa hadapan, generasi muda akan
datang menghayati dan berbangga akan budaya tempatan yang dikekalkan
untuk sekian lamanya. Sudah sampai masanya industri batik tempatan yang
diusahakan secara turun temurun ini beralih kepada industri berdaya saing
dan menampilkan kewibawaan bangsa. Semoga warisan tradisi khazanah
bangsa terpelihara agar keindahan yang terpancar melaluinya tidak terus
dilupakan oleh generasi yang akan datang dan dihormati di peringkat
antarabangsa.

Title: Batik (asal usul, jenis-jenis, etc) [Print this page]


Author: Syd Time: 29-8-2007 11:13 AM
Title: Batik (asal usul, jenis-jenis, etc)
BATIK BUATAN MALAYSIA
Selasa, 8 Mac, 2005

Kuala Lumpur, 8 Mac 2005 - Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari
Parsi. Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi
pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi lagi.
Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapat
pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik
menjelajah ke benua lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari
kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain
adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarahwan Winstedt dan
Skeat.
Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India.Teori ini diperkuatkan dengan
perkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis).
Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga
berdasarkan kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup
dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira
kepelbagaian warna pelangi.
Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan
Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik
yang dimaksudkan di sini sama ada berupa
titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas
permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada

zaman dan ruang.


Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik
Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan
dan keunikan yang tersendiri. Melihatkan kepada
ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen
tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. Batik
melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera,
campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain
chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik
menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.
2. JENIS-JENIS BATIK
Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya
berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak
lekang dek peredaran fesyen antarabangsa
tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan.
Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik
Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.
2.1 BATIK BLOK
Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada
seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses
penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus
berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan
batik di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan
ianya melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.
Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam
perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan
menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada
tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat
batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli
mula digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.
Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk
menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.
Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan
kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang
ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak
dan stilisasi dalam bentuk
geometrik atau organik.
Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik
ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka,
bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi,

bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti
jaring ikan dan ayam.
2.2 BATIK TULIS
Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan
memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan
dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah.
Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan
kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah
juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain
termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuhtumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya
juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.
Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas
tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran
kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah
digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting
ke atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang
dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan
direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.
Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting bola
dan canting pelbagai mata.
Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan nama
singkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer
Aided Tjanting System. Ia satu sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara
automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan
dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.
Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti
bunga, daun dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam
komputer untuk tujuan membangunkan satu khazanah corak-corak.

Author: Syd Time: 29-8-2007 11:13 AM


Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan
potong dan tampal sesuatu corak yang sedang dibuat.
2.3 BATIK SKRIN
Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin
disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok
yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang
dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan


diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan
memotong dan menampalkan filem di atas plastik.
Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera
saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan
photo emulsion di atasnya.
Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di
atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk
mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja
skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya
sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula. Percetakan kain
boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna
yang dikehendaki.
Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang
dirancang oleh Kraftangan Malaysia, khasnya di Kraftangan Malaysia
Cawangan di Kelantan dengan memperkenalkan System Atex
Design iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak batik secara
pengendalian komputer yang dijangka akan mempercepat proses
pengeluaran dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.
Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara
manual. Cara ini dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat.
Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.
2.4 BATIK PEWARNAAN ASLI
Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuhtumbuhan tempatan merupakan satu alternatif dan berkonsep
mesra alam.Pengembalian semula kaedah ini wujud atas kesedaran
masyarakat tempatan tentang budaya sihat dan mesra alam.
Batik Pewarnaan Asli turut mengaplikasikan pelbagai teknik untuk
menghasilkan kreativiti batik yang berlainan ragam iaitu kombinasi
teknik ikat iaitu gabungan tie and dye dengan blok dan batik lukis &
tie and dye dengan skrin.

3. PENJAGAAN BATIK
Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian
pertama batik,adalah digalakkan supaya digunakan cara cucian
kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi sepasang baju.
Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan
pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah
berasingan dengan cucian yang lain dan hendaklah dijemur di
tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga
ketahanan batik.
Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan
pelembut pada batik adalah baik untuk diamalkan.
4. SERAMAI 320 USAHAWAN BATIK BERDAFTAR DENGAN
KRAFTANGAN MALAYSIA
Di Malaysia terdapat seramai 320 usahawan batik yang berdaftar
dengan Kraftangan Malaysia yang bergiat aktif dalam pengeluaran
batik. Secara keseluruhannya, Negeri Kelantan dan Terengganu
adalah antara negeri yang mempunyai jumlah pengusaha tertinggi
dalam pengeluaran batik. Namun begitu,perusahaan batik turut juga
berkembang di setiap negeri di Semenanjung juga di Sabah.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Author: choclatemousse Time: 29-8-2007 11:30 AM
baru beli batik sutera mgg lepas. setelah bertahun2 ku berhajat
akhirnya dpt jua...batik sutera utk kain, atas batik chiffon...pergghhh
cantik lukisan dia, tokey tu ckp guna berus utk lukis
Author: Syd Time: 29-8-2007 11:40 AM
Batik Merbok unik menawan
Oleh Hidayah Mohammad
SEJAK kebelakangan ini, rekaan batik sudah dipelbagaikan sekali gus
memudahkan semua golongan mahupun peringkat umur
menggayakannya ketika menghadiri majlis rasmi mahupun majlis
santai.

Malah, motif yang digunakan kini lebih menarik dan diberi nafas
baru seiring dengan perkembangan dunia fesyen selain mengambil
kira cita rasa pembeli yang lebih menggemari rekaan kontemporari.
Corak yang unik dan tersendiri menjadi identiti pengeluar untuk
memasarkannya.
Meskipun kini semakin ramai pengusaha batik tumbuh bagaikan
cendawan, keindahan lukisan batik dari Kelantan dan Terengganu
lebih terkenal berbanding batik negeri lain.
Bagi mengangkat martabat batik ke peringkat lebih tinggi,
Kementerian Penerangan dengan kerjasama Universiti Teknologi
Mara (UiTM) memperkenalkan Batik Merbok dari Kedah bertujuan
menyemarakkan lagi industri batik tanah air.
Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, berkata
corak batik Merbok lebih unik dan tidak terdapat pada mana-mana
corak batik yang sedia ada selain bersesuaian dengan cita rasa
masa kini.
Corak pada kain batik Merbok berasaskan kepada lima motif
menarik iaitu burung Merbok, padi, bakau, sanskrit dan juga ukiran
ataupun kerawang. Corak yang dihasilkan itu sesuai untuk semua
golongan dan peringkat umur.
Katanya, sejarah penghasilan batik Merbok bermula daripada kajian
yang dijalankan oleh pensyarah dan pelajar Jabatan Seni Reka
Perindustrian UiTM Kedah yang terletak di Merbok.
iTM Kedah akan menubuhkan pusat penyelidikan dan
pembangunan dikenali sebagai Batik Merbok Design Centre (BDMC)
bagi menghasilkan produk yang bermutu dan menepati cita rasa
semasa.
DCM menjadi landasan kepada masyarakat di kawasan Merbok
yang majoriti daripada mereka berpendapatn rendah kerana di situ
kurang peluang pekerjaan. Dengan penubuhan pusat berkenaan
diharap memberi kesempatan kepada mereka menceburkan diri
dalam pengeluaran batik Merbok,

Author: Syd Time: 29-8-2007 11:41 AM


Title: Reply #3 choclatemousse's post
share lah pic

Author: Syd Time: 29-8-2007 11:45 AM


Title: hehe ni bahasa indon ye...
JENIS-JENIS BATIK DI PEKALONGAN
( DIOLAH DARI BERBAGAI SUMBER )
A. Batik Pecinan / Cina
Bangsa Cina sudah lama dikenal sebagai Bangsa perantau. Mereka
juga dikenal teguh dalam melestarikan adat budaya leluhurnya.
Biasanya di negeri perantauan mereka memadukan budaya mereka
dengan budaya lokal sebagai bentuk akulturasi budaya. Begitu juga
yang terjadi di Indonesia khususnya pada Batik. Keturunan dari para
perantau Cina di Indonesia biasanya memproduksi Batik untuk
komunitas sendiri atau juga diperdagangkan. Batik produksi mereka
yang disebut BATIK PECINAN memiliki ciri khas warnanya cukup
variatif dan cerah, dalam selembar kain banyak menampilkan
bermacam warna. Motif yang digunakan banyak memasukkan unsur
budaya Cina seperti motif burung Hong atau merak, dan Naga.
Biasanya pola batik Pecinan lebih rumit dan halus. Pada jaman
dahulu Batik Pecinan yang berbentuk sarung dipadukan dengan
Kebaya Encim sebagai busana khas para wanita keturunan Cina di
Indonesia. Di Pekalongan yang terkenal memproduksi Batik Pecinan
salah satunya ialah Tan Tjie Hou.

B. Batik Belanda
Pada zaman penjajahan Belanda tentunya banyak warga Belanda
yang tinggal dan menetap di Indonesia. Mereka ternyata tertarik
juga dengan budaya lokal. Sama seperti warga keturunan Cina,
warga keturunan Belanda banyak juga yang membuat dan

memproduksi batik. Batik yang dihasilkan warga keturunan Belanda


ini mempunyai ciri khas tersendiri. Motif yang digunakan
kebanyakan bunga-bunga yang banyak terdapat di Eropa seperti
Tulip dan motif tokoh-tokoh cerita dongeng terkenal di sana. Batik
model ini sangat disukai di Eropa. Tokoh yang terkenal membuat
BATIK BELANDA di Pekalongan yaitu Van Zuylen dan J.Jans. Karyakarya mereka mendominasi pada abad 20 silam.

C. Batik Rifa yah


Batik jenis ini mendapat pengaruh Islam yang kuat. Dalam budaya
Islam motif
Author: Syd Time: 29-8-2007 11:54 AM
Queen opens batik centre named after Endon
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
launched the country one-stop centre for batik craft
Author: Syd Time: 4-9-2007 10:49 AM
Promosi batik merdeka
KEMENTERIAN Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui
agensinya, Kraftangan Malaysia menganjurkan Promosi Kraf
Malaysia bersama Kerajaan Sarawak sempena Sambutan
Kemerdekaan ke-50. Promosi itu akan diadakan di Kuching
Waterfront mulai 7 September hingga 11 September ini.
Jika selama ini aktiviti sebegitu lebih tertumpu di Kuala Lumpur,
khususnya Kompleks Kraf, kini Kraftangan Malaysia mengorak
langkah dengan mengadakan promosi kraf di seluruh negara.
Promosi Kraf Malaysia itu berkonsepkan keunikan dan kekayaan
hasil seni kraf Malaysia yang berkualiti bagi memenuhi permintaan
pelanggan melalui penganjuran aktiviti jualan kraf, pendidikan kraf
(demonstrasi dan interaktif) dan persembahan kesenian bertemakan
Kraf - Semarak Merdeka.

Objektif promosi itu pula untuk menggalak dan memberi peluang


kepada usahawan kraf Malaysia dalam mempromosi dan
memasarkan produk kraf keluaran mereka di tempat tumpuan
pengunjung di samping memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan
ke-50.
Seramai 70 usahawan di Sarawak akan terbabit dalam promosi itu.
Aktiviti bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut
hubungi talian 082-444205.
Author: ninoZ Time: 5-9-2007 04:05 AM
Title: pemakaian batik..
jgn terkejut kalau ade yg tak tau cara yg betul utk memakai batik
sarong kecuali yg dah siap berjahit jadik kain/baju..
wut a loss!
Author: redsinner Time: 5-9-2007 01:39 PM
saya penah tolong my teacher mase seklah2 dulu buat batik
canting.
kena tunggu damar tu cair...wait for the right thickness and lukis
motif atas kain.
then dah lukis dgn damar, letak kaler....
bile dah kering kena rendam dlm kaler stopper n sodium silikat.
keringkan dan ready to go!
best gak...skrg rindu nak buat batik....
warisan kebangsaan yg tak patut kita lupakan
Author: Syd Time: 27-9-2007 10:47 AM
Special batik gown for Deb
KUALA LUMPUR: Miss Malaysia/World 2007 Deborah Priya Henry will
be sashaying down the catwalk at the grand finals in Sanya, China,
in a Melvin Lam creation made from batik sarongs.
The stunning gown was specially created by local designer Lam and
will compete against 100 others from around the world for the est
Designer Award,
Author: Syd Time: 6-10-2007 11:50 AM
Batik perlu suntikan saintis

05-10-2007 11:13:31 AM
KUALA LUMPUR: Jika melihat batik, ada dua perkara yang mungkin
timbul. Pertama, ada yang melihat batik sebagai produk murahan
dan basahan.
Manakala golongan kedua pula menganggap produk hasil tangan
tradisi masyarakat Melayu itu sebagai produk yang terlalu mahal
hingga tidak mampu dimiliki oleh semua.
Tanggapan sedemikian menyebabkan industri batik Malaysia
tersepit di antara mahu mengekalkan ciri-ciri tradisinya atau
menjadikannya lebih moden dan komersil.
Hakikatnya batik bukan sekadar fesyen dan diperaga sebagai
pakaian. Batik adalah manifestasi gaya hidup yang sepatutnya kita
banggakan.
Menurut pensyarah Tekstil di UiTM Shah Alam, Profesor Madya Mohd
Najib Mohd Noor, batik sebenarnya adalah satu budaya tradisi yang
menjadi gaya hidup masyarakat Malaysia.
"Jangan meletakkan had ke atas keupayaan batik. Batik hari ini
sebenarnya telah banyak berbeza daripada dahulu," ujarnya.
Memang ada kebenarannya. Lihat sahaja batik sarung yang
pelbagai guna. Selain dipakai sebagai basahan, juga diguna untuk
berkemban. Batik sarung turut dijadikan buaian mendodoi anak kecil
malah batik jugalah yang dicari bagi menutupi jenazah.
Walaupun batik dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh golongan Baba
dan Nyonya, di dalam masyarakat Melayu, ia melambangkan gaya
hidup masyarakatnya.
Justeru, langkah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia (KEKKWA) bersama agensinya Kraftangan Malaysia
mengadakan Forum Apresiasi Batik yang dipengerusikan oleh
pensyarah UiTM Shah Alam, Profesor Madya Dr. Dzil Haimi Md. Zain
bersempena Promosi Batik Merdeka di Kompleks Kraf, Jalan Conlay
baru-baru ini amatlah dialualukan dalam usaha mengetengahkan
pelbagai produk batik.

Apa yang membanggakan, batik yang dipromosi bukan sahaja untuk


kegunaan berfesyen malah turut mengetengahkan batik sebagai
satu produk gaya hidup.
Antaranya ialah menjadikan batik sebagai set lengkap bilik tidur
dewasa dan kanak-kanak, barang permainan, pelengkap hiasan di
ruang tamu dan meja makan sehinggalah ke bilik air.
Suntikan baru
Idea lama yang diberi inovasi lebih moden dan mengikut trend
bukan sahaja memberi nafas baru kepada industri ini, bahkan
membuktikan batik Malaysia mampu pergi lebih jauh.
Seperti kata Najib, ramai di kalangan pengusaha batik tidak
berusaha memperkenalkan idea baru. Rekaan yang statik dan tidak
diperbaharui menyebabkan penggemar batik meminggirkannya
buat seketika.
"Apatah lagi jika hanya dijadikan kain pasang. Dengan harapan
pembeli sendiri akan membawanya ke tukang jahit. Inilah di antara
penyebab mengapa industri batik hanya mampu pergi separuh jalan
sahaja.
"Saya berpendapat, jika kita mahu membangunkan industri ini
sebagai satu produk komersil, batik tidak boleh menjadi produk
separuh siap sahaja. Batik perlu menjadi produk terus guna atau
pakaian yang siap dipakai mengikut cita rasa dan trend semasa,"
komen Najib.
Batik beridentitikan Malaysia
Bagaimanapun, jika batik mahu diketengahkan sebagai produk gaya
hidup, batik Malaysia perlu ada identitinya.
Selain Malaysia, negaranegara seperti Indonesia, China, Jepun dan
Thailand turut memiliki seni batik. Tetapi agak menghairankan
apabila hanya batik Indonesia sahaja yang disebut-sebut.
Walaupun batik Malaysia turut menembusi pasaran negara-negara

Eropah, tetapi batik Indonesia lebih dikenali.


Bagi Najib, batik Indonesia dikenali kerana usaha berterusan
mengekalkan tradisi mereka daripada segi corak dan warnanya.
Sedangkan di Malaysia, tidak ramai pembuat batik menghasilkan
corak yang beridentitikan budaya Malaysia walaupun diakui negara
ini kaya dengan pelbagai budaya yang boleh dijadikan motif batik
seperti seni bina dan juga kraf negara.
Bagaimanapun, menurut pensyarah di Institut Seni Malaysia (MIA),
Samsudin Abu Bakar, apabila menyebut batik sebagai gaya hidup,
pembuat batik bukannya tidak mampu menghasilkan batik sebagai
produk hiasan, tetapi mereka tidak mempunyai kepakaran untuk
menjalankan penyelidikan.
"Misalnya, kita perlukan fabrik yang berbeza untuk perabot. Selain
itu, fabrik yang digunakan untuk batik seperti yang terdapat di
pasaran hari ini mungkin tidak sesuai untuk pasaran di negaranegara beriklim empat musim," jelas beliau yang juga seorang
usahawan batik.
"Batik Malaysia bukannya tidak beridentiti, tetapi tidak ada
dokumentasi mengenai corak dan juga warna yang pernah
dihasilkan. Saya beri satu contoh, katakanlah ada sebuah syarikat
dari luar negara membeli produk batik daripada sebuah syarikat,
tiga tahun kemudian, syarikat berkenaan datang kembali.
"Sayangnya, kerana tidak ada rekod mengenai produk yang sama
sebelumnya, syarikat berkenaan tidak dapat memenuhi kehendak
pelanggan," jelas Samsudin.
Warna terang dengan motif berani
Bagi pengasas Ilham Cipta, Masrina Abdullah pula, batik Malaysia
memang mempunyai identiti. Jika dilihat pada warna yang terang
dan berwarna-warni serta motif yang berani, identiti batik Malaysia
memang telah lama tercipta. Bahkan telah lama dicuba oleh
generasi terdahulu lagi.
"Inilah yang perlu digerakkan. Kita tidak boleh meninggalkan

seratus peratus apa yang telah kita ada. Kerana batik adalah satu
tradisi. Justeru saya berpendapat sekiranya kita ingin melakukan
inovasi, kita tidak boleh mengatakan inilah batik. Itu mengubah
identiti batik.
"Mungkin boleh ditukar kepada nama-nama lain seperti "Inspirasi
Batik", Rekaan dari Batik, Batik Kontemporari atau sebagainya.
"Jika kita modenkan tetapi terus mendakwa itulah batik, kita akan
menipu dunia dan mengubah sesuatu yang asli," sambung Masrina
yang pernah bekerjasama dengan pereka fesyen Itali, Roberta di
Camerino dengan pendekatan, Batik Malaysia, Inspirasi Itali.
Daripada kraf ke seni halus
Persoalan tentang harga batik yang mahal terutamanya di dalam
industri fesyen, Masrina menyatakan ia bergantung kepada
pendekatan yang digunakan oleh pengusaha dalam
mempersembahkan hasil batik.
Jika rekaan coraknya disasarkan kepada pasaran yang eksklusif,
tentulah lebih mahal ditambah pula batik tersebut telah menjadi
satu seni halus.
"Masih ramai pengusaha yang mengeluarkan batik untuk pasaran
biasa. Tetapi harus diingat, batik lukis (canting) adalah satu seni.
Seni yang dihasilkan oleh pelukis itulah yang harus dihargai,"
tambah Masrina.
Manakala seorang lagi pengusaha batik terkenal, Ab.Kareem
Khadaied, dari Khadani Sdn Bhd berpendapat kaedah tradisional
kraf batik yang sedia ada sudah cukup baik untuk dieksport
memandangkan beliau sendiri telah 20 tahun terlibat untuk pasaran
di Eropah atau syarikat-syarikat besar di luar negara.
"Jika ada pendapat yang menyatakan kaedah penghasilan batik
Malaysia tidak cukup baik untuk dieksport secara besar-besaran, itu
adalah pemikiran yang salah. Apa yang kurang ialah penyelidikan
secara saintifik serta tenaga kerja mahir.
Beliau memberikan contoh mengenai masalah pengusaha

mendapatkan maklumat mengenai kesan atau tindakan ke atas


warna apabila bercampur dengan air yang mempunyai nilai pH yang
tinggi.
Menurutnya, walaupun batik lukisan tangan telah wujud di Malaysia
hampir 20 tahun, hingga kini belum ada kajian mengenai kesan air
yang berpH tinggi ke atas warna secara menyeluruh.
"Industri batik sepatutnya bekerjasama dengan saintis untuk
meningkatkan lagi inovasi teknologinya. Selain penyelidikan dalam
teknologi bahan, pengusaha juga perlu mendokumentasikan hasil
mereka untuk kesinambungan industri batik di Malaysia." BERNAMA
Author: paler kembang Time: 17-10-2007 06:43 PM
ssssyyyyyyyyyy!, nanti indonesial marah bicara fasal batik!
Author: donk3 Time: 30-10-2007 06:05 PM
hahahahahahaha.....
ada2 saja batik malaysia ...... hahahahahahahahahaha
mana otak ko nie ........
Author: Syd Time: 9-6-2008 09:03 AM
Identiti batik Malaysia
Bagaimana batik di negara ini berkembang seterusnya membentuk
identitinya sendiri?

BATIK tulis Rashidah Abdullah.


Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik
Malaysia telah berkembang pesat dan mempunyai identiti yang
tersendiri.
Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah
ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang cantik dan
halus buatannya.
Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba
meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan
pembuatannya tidak dapat ditandingi.
Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik'
datang daripada perkataan Jawa, Indonesia.
'The term batik is of Javanese origin from the word 'ambatik,
meaning 'a cloth having dots ordotted cloth. 'Tik' may have come
from the word 'titik meaning 'dots' while the word 'ba' means 'doing
work actively' (Wan Hashim,1996)
Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba'
bermaksud membuat kerja dengan aktif, mungkin dari sudut yang
lain saya berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau

'menghambakan diri' dan 'tik' bermaksud titik.


Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri
untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin
dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang
diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di
mana lilin diisikan.

BATIK sarung 1990-an menggunakan teknik blok.


Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu
diperlengkapkan sebagai pemegangnya.
Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan
sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.
Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di
Kelantan pada zaman dahulu, pada awal 1930-an bapanya mula
menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang
diukir dan dicapkan ke atas kain.
Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah
berwarna hitam. Getah buah ini disapukan ke permukaan blok kayu
tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja.
Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung
sembahyang yang dijual di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran
kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga
cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik,
bentuk empat persegi dan bulat.

Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya
bukanlah batik tetapi kain yang menggunakan kaedah cop bunga
atau motif batik ke atas kain putih.
Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji
Ali dari Terengganu dalam tahun 1920-an.
Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok
daripada tembaga untuk mencorakkan kain batik, maka pengusaha
batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu
kepada blok besi yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan
zink yang dipanggil sarang bunga.

BATIK sarung 2000 teknik batik blok A.


Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik
menggunakan blok tin dengan panggilan teknik batik blok, batik
terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru
corak batik Jawa. Sehingga suatu ketika dahulu batik sarung
dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan
kain batik Pekalongan Kelantan.
Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan
ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya batik blok dijadikan batik
ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.
Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan
dan baju kanak-kanak. Selain itu kain batik blok juga dibuatkan
sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu.
Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah
menginovasikan tekniknya dengan menggunakan skrin stensil
berbentuk kain sarung.

Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan


kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang dilukis bercampur
dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah
diilhamkan oleh pereka.
Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan
dilukis mengikut bentuk yang telah direkakan di atas skrin. Kawasan
yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer.
SUNGGUHPUN zaman telah berubah, namun batik masih kekal
sebagai salah satu identiti negara kita.
Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan
digunakan. Batik yang telah dicetak ini, ada yang dicampurkan
dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan
corak batik serta retak lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos
serta mempercepatkan pembuatan batik.
Pada tahun 1979, sebagai penuntut Universiti Institut Teknologi Mara
(UiTM) (dulu ITM), saya pernah membuat latihan di kilang Batik
Samasa. Di sana saya berlajar cara membuat batik stensil
menggunakan skrin dan melukis corak batik dengan lacquer
berwarna hijau.
Saya pernah diminta menunjuk cara menggunakan canting di kilang
tersebut dengan membuat sehelai kain batik tulis sepanjang empat
meter kepada Norma, adik pengurus Batik Samasa.
Tiga tahun kemudian, saya terkejut melihat bertapa pantasnya
pengusaha Batik Samasa dapat mempelopori teknik janting hingga
menjadi pengusahan batik canting peringkat industri kecil.
Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada
masa itu batik canting digunakan oleh artis batik dan pembatik
secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di
UiTM pada tahun 1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil.
Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil,
Fakulti Seni Lukis dan Seni

ALAT canting digunakan untuk menitik lilin ke atas kain putih.


Reka (UiTM), telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada
yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik dan di
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu
membatik, ramai pembatik berkecimpung dalam perusahaan batik
tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik
Malaysia telah dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada
pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun 1990an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka
Tekstil, UiTM, telah mengajar batik corak seperti tenun ikat dan
dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan
batik eksklusif.
Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung
kepada beberapa kombinasi teknik dan penggunaan canting yang
berlainan saiz.
BATIK ela rekaan penulis pada tahun 1980-an.
Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya
seperti batik blok dan batik canting. Di samping itu, batik blok boleh

dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh


dicampurkan teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan
canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis. Sungguhpun
begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara
mencanting kerana cara ini lebih senang dan kos tidak tinggi
berbanding teknik skrin dan batik blok.
Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak
1946. Beliau adalah salah seorang daripada pengusaha batik yang
terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan
batik dengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling.
Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive Batik di Kelantan,
banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978.
Beliau sendiri merekan motif dan corak serta menyediakan warna
yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti Wan Nong,
Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan
baru batik yang unik dan kontemporari.
Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak
menghasilkan batik tulis dan batik blok. Mereka berani
menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan
batik.
REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke
peringkat antarabangsa.
Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut
trend warna terkini dan corak mengikut pereka, yang menjurus
kepada bentuk kontemporari.
Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik
serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis kain seperti sutera
jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada
Allahyarham Datin Seri Endon, telah memberi satu platfom bagi
pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan
ke luar negara.
Author: HangPC2
Aku Cadangkan

Time: 12-10-2009 06:49 PM

Tukar Nama Kain Batik ke Kain Serasah

Batik was mentioned in the 17th century Malaysian literature,


Sulalatus Salatin. The legend goes when Laksamana Hang Nadim
was ordered by Sultan Mahmud to sail to India to get 140 pieces
ofSerasah Cloth (Batik) with 40 types of flowers depicted on each.
Unable to find any that fulfilled the requirements, he made up his
own. On his return unfortunately, his ship sank and he only
managed to bring four pieces, earning displeasure from the Sultan.

Anda mungkin juga menyukai