Anda di halaman 1dari 5

Kepentingan permaianan Tradisonal

Pada zaman pasca kemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat
berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan
disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh
yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan
tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan
tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng,
guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang
diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan
akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan
khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya
saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional
adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa
ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering
menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai
generasi muda, saya harus sedar bahawa saya

berperanan memartabatkan permainan

tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi
berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di
negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan
pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud
kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi
menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.
Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya
pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya

boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakanrakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada
pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa
dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi
muda masa ini.
Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar
sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional
menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada
pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan
permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional
yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan
akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan
bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman
bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional
dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan
pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula
jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan
tradisional.
Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat
cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional
merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar
dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri
sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah

kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan
memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada
awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga
yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula
menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan
tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan
terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara
Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional
agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia
umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan
meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan
diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama
sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan
menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan

Kebaikan Permainan Tradisional


Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan.
Permainan tradisional telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional
semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan
komputer.Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya,kita dapat mengisi masa lapang
dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional padawaktu
petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktupersekolahan dengan bermain permainan
ini.Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkanperhubungan antara satu sama lain. Kita
boleh bermainpermainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.Bermain permainan
tradisional juga menerapkan semangatberpasukan dalam kalangan para pemainnya.Bermain
permainan tradisional merupakan hiburan yangmenarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang
mahal ataukawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,permainan tradisional
memberikan kita keseronokan tanpa perluberbelanja besar. Akhir sekali, permainan tradisional

dapat memupuk nilaitradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklahmenghargai
warisan budaya ini kerana permainan tradisionaldapat membentuk generasi yang berpekerti
mulia.Kesimpulannya, permainan tradisional perlu diterapkandalam kalangan murid-murid.
Pihak sekolah perlu menjadikanpermainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan yangperlu
diajar di sekolah
Cara-Cara Untuk Mengembangkan Permainan Tradisional Di Negara Kita
Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga
mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut
dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait
rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam
kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita
ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum
nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan
tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, di mana batang terguling, di situ cendawan
tumbuh.
Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif
yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu
dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan
kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar
dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lainlain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang
ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai
aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang,
pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta.
Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap
permainan tradisional kita.
Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan
kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya

menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan


tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain
lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional
tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan
mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan
tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni
budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam
medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan
tekanan sebagai kegiatan riadah.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk
membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai
fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh
bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan
permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah
satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor.
Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari
seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan
permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, menyelam sambil
minum air.
Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek
hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan
hanyamelepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah
peribahasa,

Anda mungkin juga menyukai