Anda di halaman 1dari 1

Permainan Tradisional

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Antara jenis
permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau, gasing, congkak dan sebagainya.

Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada
masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan tradisional diadakan semasa sesuaatu majlis
keramaian atau semasa pesta kebudayaan. Hal ini dapat member hiburan kepada orang ramai di
samping memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.

Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.


Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan Tradisional bagi mendedahkan generasi
muda dengan pelbagai jenis permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari
peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.

Pihak media massa perlu memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan yang
berkisartentang permainan tradisonal. Langkah tersebut sudah pasti dapat menarik perhatian
golongan muda untuk mengenali permainan tradisional.

Konklusinya, permainan tradisional perlu dikekalkan supaya warisan nenek moyang ini tidak
luput ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai