Anda di halaman 1dari 1

Karangan Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

Anda telah dibawa oleh ayah dan ibu anda ke satu tempat perkelahan yang menarik.
Ceritakan pengalaman anda itu.

Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan
ditiup angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu
memberitahu bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson,
saya berasa begitu bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat
tersebut malah saya tidak sabar sebenarnya.

Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah
sama ada perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas
berlalu. Sekelip mata saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang
ramai juga sudah berkerumun di tempat-tempat strategik untuk menikmati suasana yang
nyaman itu. Hati semua nampak girang belaka.

Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas
kami duduk berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya
memastikan tidak ada pasir pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu
meletakkan beberapa bekas makanan dan minuman manakala ayah segera membuka
makanan itu. Kami segera menikmati hidangan yang sudah dimasak oleh ibu itu.

Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya
memberitahu bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-
kawan yang lain. Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk
berinteraksi dengan saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin
hampir. Saya mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju.

Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu
dan ayah duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan
penuh gembira. Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama
keluarga mereka. Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring
dan ada yang kejar mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar
suara-suara gelak ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata
hati kecil saya.

Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke
kota raya. Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu,
saya memberitahu bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan
angin laut yang begitu saya suka selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila
mendengar kata-kata saya itu. Saya pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih
kepada ayah dan ibu di dalam hati saya kerana membawa saya ke pantai.

Anda mungkin juga menyukai