Anda di halaman 1dari 1

Berkelah di Tepi Pantai

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Port Dickson yang
terletak di Negeri Sembilan. Kami bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki kereta bapa.
Setibanya di destinasi, bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta. Kami menolong mengangkat
barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang. Cuaca pada hari itu cerah
dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-
rendah dan meriah.
Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian renang. Kami membawa
pelampung besar yang baru dibeli. Saya dan kakak berenang dengan gembira. Abang pula belajar
menyelam. Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai. Oleh sebab adik tidak
pandai berenang, dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai.
Setelah penat berenang, kami menjamu selera di pantai. Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas
tikar mengkuang. Kami menikmati mi goreng, sate, kuih-muih, tembikai dan jus oren. Kami makan dengan
gelojohnya kerana terlalu lapar. Tambahan pula, masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.
Kemudian, kami bermain bola tampar di pantai. Kami juga mengutip kulit-kulit siput yang cantik.
Pemandangan di pantai indah nian. Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ibu dan
bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya. Kami mengemaskan barangan dan
membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.
Pada pukul 5.00 petang, kami sekeluarga pun pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana
dapat berkelah di Pantai Port Dickson. Saya berharap agar bapa membawa kami sekeluarga berkelah di
pantai lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai