Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru-guru penolong kanan, barisan hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-


guru dan rakan-rakan. Pada pagi yang ceria ini, izinkan saya menyampaikan syarahan bertajuk "Aktiviti Gotong-Royong Banyak Faedahnya".

Hadirin yang dihormati,

Masyarakat kita pada zaman dahulu banyak melakukan amalan bergotong-royong ini. Semua kegiatan yang melibatkan kepentingan ramai
akan dilakukan secara secara gotong-royong. Hal ini demikian kerana amalan ini banyak faedahnya.

Melalui aktiviti gotong-royong ini, sesuatu kerja dapat disiapkan dengan cepat apabila banyak tenaga dan buah fikiran untuk
menyelesaikannya. Hal ini seperti mana dijelaskan oleh peribahasa "bukit sama didaki, lurah sama dituruni".

Warga dewan yang dikasihi,

Aktiviti gotong-royong juga boleh mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Kita tahu, pada hari ini masyarakat kita
amat sibuk dengan pelbagai urusan harian. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan orang tidak berkesempatan untuk saling mengenali antara satu
sama lain. Jika diadakan aktiviti gotong-royong, masyarakat setempat berpeluang mengenali dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Selain itu, gotong-royong juga dapat menjimatkan wang. Amalan bergotong-royong ini adalah aktiviti sukarela yang tidak diberi sebarang
upah berupa wang ringgit. Oleh itu, kos untuk menyelesaikan sesuatu kerja adalah lebih murah. Sebagai contoh amalan bergotong-royong
semasa kenduri-kendara. Tuan rumah hanya mengeluarkan wang belanja untuk membeli alatan dan bahan mentah sahaja. Kerja-kerja memasak
dan mendirikan khemah dilakukan secara bergotong-royong oleh jiran-jiran sekampung. keadaan ini sudah tentulah menjimatkan wang.

Hadirin yang dikasihi,

Amalan gotong-royong ini adalah amalan warisan nenek-moyang kita. Hal ini diungkapkan oleh nenek-moyang kita melalui peribahasa yang
terkenal iaitu "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai