Anda di halaman 1dari 8

PERIBAHASA

BAGAI AUR
DENGAN TEBING
Ahli Kumpulan : Shivaani, Ashleigh, Julian
PENDAHULUAN
Peribahasa bagai aur dengan tebing bermaksud kumpulan atau
masyarakat yang hidup saling bantu-membantu dan mempunyai
persaudaraan yang akrab. Pada era globalisasi ini, aktiviti
kemasyarakatan semakin meruncing di negara kita. Masyarakat
Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh
sebab mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil
menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer.
Sebenarnya, amalan bergotong-royong membawa banyak faedah
kepada kita. Persoalannya , apakah faedah-faedah bergotong-
royong terhadap masyarakat? Sebagai rakyat yang berminda kelas
pertama sudah tentu kita mempunyai jawapannya bak kata pepatah
tepuk dada tanyalah selera. 
ISI 1
Antara faedah aktiviti bergotong royong ialah dapat menjamin kesihatan
penduduk di kawasan kejiranan tersebut. Bagaimanakah hal ini terjadi ? Hal
ini dikatakan demikian kerana jika semua penduduk ada hati dan bersatu
tenaga untuk mengadakan aktiviti gotong-royong, segala kotoran atau tempat
pembiakan nyamuk aedes akan berkurang bak kata pepatah “ mencegah
lebih baik mengubati “ Dengan menjalankan aktiviti bergotong-royong, kita
dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran
dengan lebih mendalam. Perkara ini hanya boleh dilakukan jika jiran-jiran kita
bekerjasama untuk bergotong-royong. Sekiranya aktiviti gotong-royong tidak
dilakukan, kawasan kejiranan akan mempunyai risiko yang tinggi untuk
menjadi tempat yang penuh dengan sampah sarap dan kawasan pembiakan
haiwan perosak yang membawa segala jenis penyakit. Jangalah kita lupa
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
ISI 2
Selain itu, gotong royong merupakan salah satu cara untuk
memupuk perpaduan di antara ahli masyarakat. Perpaduan
merupakan hubungan yang sangat penting, terutamanya dalam
negara yang mempunyai rakyat yang majmuk seperti Malaysia.
Dengan ini, rakyat yang majmuk dengan pelbagai kaum dan
agama dapat hidup bersama-sama serta mengekalkan
keharmonian. Apabila aktiviti gotong-royong diadakan, terdapat
ruang untuk berkenalan dan bertegur sapa tanpa mengambil
kira akan perbezaan. Jika amalan ini diteruskan, urusan untuk
mencapai rumah persekitaran yang bersih bukan sahaja satu
pencapaian untuk menjadi bangga tetapi sesebuah keluarga
baru dapat dilahirkan bak kata pepatah, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
ISI 3
Di samping itu, gotong-royong dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam masyarakat. Hal ini dikatakan kerana Tun Dr
Mahathir, Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa
dengan melibatkan diri dalam gotong-royong, kita berupaya
menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Nilai yang boleh
diterapkan adalah seperti nilai bertanggungjawab, nilai berdikari,
nilai kerajinan dan lain-lain bak kata Mutiara Melayu, sambil
menyelam minum air. Nilai murni yang diterapkan akan
mentransformasikan masyarakat sebagai orang yang lebih
disiplin. Nilai-nilai yang diterapkan juga boleh menyatupadukan
rakyat Malaysia. Hal ini terbukti apabila rakyat berbilang kaum
dapat hidup secara harmoni bak kata pujangga Melayu, bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
ISI 4
Akhirnya, gotong royong dapat memudahkan tugasan
atau kerja. Hal ini demikian kerana dengan aktiviti
bergotong royong, penduduk taman atau masyarakat
setempat dapat memupuk nilai berkerjasama untuk
membersihkan dan menceriakan kawasan sekililing
mereka. Misalnya, mereka dapat berpecah kepada
beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan
tugasan masing-masing untuk menyiapkan kerja gotong-
royong. Sekiranya, kita bekerjasama, kita dapat
melaksanakan tugas lebih cepat dan efektif berbanding
dengan melakukanya sendiri. Kita haruslah membuangkan
sikap individualistik dan membantu satu sama lain secara
ikhlas.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, amalan bergotong-royong membawa
banyak faedah. Dengan mengamalkan semangat ini, bumi
akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah. Oleh itu,
semua pihak perlulah bersikap “bagai aur dengan tebing”
untuk menyatupadukan masyarakat global. Sesungguhnya,
amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang
penting bagi setiap orang untuk mewujudkan
kualiti kehidupan yang optimum. Maka, pihak berkuasa
perlu sedar untuk menggalakkan masyarakat untuk
bergotong-royong bagi mewujudkan bumi yang harmoni.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai