Anda di halaman 1dari 1

GOTONG ROYNG

Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-
sama. Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka
lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain
permainan komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan
harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada
kita.

Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang. Melalui
aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa
menimbulkan rasa waswas dan curiga.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah kerja seharian.
Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi
senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan
Taman Bunga di kawasan sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti
pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang kaum dan agama.
Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara,
musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang
memerlukan kerjasama semua orang.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria.
Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata
slogan pihak berkuasa tempatan, yakni Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk


setempat yang rata-rata terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk hidup
aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

Hasil tulisan:
Tan Qian Rou, Tingkatan 3 Meekness, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai