Anda di halaman 1dari 1

KELUARGA

Amalan berkelah merujuk aktiviti bersantai di sesuatu kawasan bersama-sama ahli


keluarga. Biasanya, amalan murni ini dilakukan di kawasan tepi pantai, tepi sungai, dan
juga di kawasan air terjun itu. Jadi, amalan ini membawa pelbagai manfaat kepada
keluarga apabila dilakukan secara kerap.

Faedah melakukan amalan berkelah ini ialah aktiviti ini mampu merapatkan hubungan
sesama ahli keluarga. Hubungan ahli keluarga menjadi intim kerana setiap anggota
akan ditugaskan untuk melakukan sesuatu aktiviti ketika berkelah seperti menguruskan
bekalan makanan. Sudah pasti interaksi akan berlaku sesama ahli keluarga ketika
berusaha memastikan amalan ini berjaya.

Selain itu, minda setiap ahli keluarga akan menjadi tenang apabila menyertai aktiviti
berkelah itu. Ketenangan jiwa diperoleh kerana kawasan berkelah begitu sunyi, indah,
dan dipenuhi dengan keindahan alam sekitar itu. Akibatnya, jiwa setiap ahli keluarga
menjadi lebih tenang untuk mengharungi cabaran hidup itu.

Tambahan pula, setiap ahli keluarga dapat mengenali ahli keluarga yang lain menerusi
amalan ini. Banyak kejadian atau peristiwa akan berlaku ketika berkelah itu yang
memberikan pengalaman kepada setiap ahli keluarga. Sesungguhnya, ahli keluarga itu
akan lebih memahami dan tidak terjebak dalam pergaduhan keluarga pula.
Amalan berkelah juga menjamin masa hujung minggu keluarga itu dihabiskan secara
berfaedah. Berkelah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan positif
berbeza aktiviti lain yang boleh dilakukan itu. Maka, keluarga sebegini tidak akan
menghadapi pelbagai kemelut sosial yang melanda masyarakat itu.

Kesimpulannya, semua hujah tadi membuktikan amalan ini wajib dilakukan oleh setiap
keluarga di Malaysia. Anak harus memberikan sokongan kepada ibu bapa dalam
melaksanakan amalan murni ini. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh
membuktikan hubungan keluarga menjadi erat selepas amalan ini dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai