Anda di halaman 1dari 4

Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang

diamalkan oleh masyarakat kita disebabkan setiap orang sibuk dengan


urusan masing-masing.
Huraikan pelbagai kebaikan dengan makan bersama-sama keluarga.
Dalam kehidupan manusia yang berkeluarga, waktu makan merupakan
masa yang paling istimewa dapat dilakukan sekiranya ada perancangan yang
teliti. Hal ini telah diperjelaskan oleh William J. Siegel, iaitu manusia tidak
merancang untuk gagal, tetapi sebenarnya mereka gagal untuk merancang.
Oleh itu, ibu bapa perlulah membentuk budaya makan di rumah atau di luar
rumah. Galakan agar setiap ahli keluarga duduk bersama-sama di meja
makan perlulah diberikan keutamaan. Namun, budaya makan bersama-sama
keluarga yang menjadi teras ikatan kekeluargaan semakin dipinggirkan.
Anak-anak pada zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan. Punca
utama yang dikenal pasti fenomena ini berlaku kerana bersikap
mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dalam menggalakkan anak-anak makan bersama-sama.
Ghalibnya, kebaikan makan bersama dengan keluarga sememangnya tiada
penghujungnya untuk dibincangkan. Sesungguhnya, pelbagai kebaikan
makan bersama-sama keluarga perlu kita kupas untuk dijadikan panduan.
Pada pandangan saya, manfaat utama apabila sesebuah keluarga dapat
makan bersama-sama ialah budaya ini dapat meningkatkan disiplin dan
adab ketika makan dalam ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian
kerana adab ketika di meja makan kini semakin hilang. Anak-anak pula lebih
gemar menikmati makanan ketika menonton televisyen ataupun mendengar
muzik. Anak-anak pula akan tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan bagi
mengejar rancangan hiburan masing-masing yang tiada penghujungnya. Oleh
sebab itu, ibu bapa wajarlah menetapkan disiplin atau adab di meja makan.
Ibu bapa boleh mengajar anak-anak untuk menyediakan hidangan, membasuh
pinggan mangkuk dan mengemas apabila selesai makan. Sebagai kesannya,
didikan ini akan menyebabkan ibu bapa akan pulang ke rumah untuk makan
bersama-sama anak-anak. Selain itu, kelazatan dan kebersihan makanan serta
minuman tersebut akan terjamin. Tambahan pula, kesihatan dengan makan
bersama-sama keluarga dapat ditingkatkan. Pepatah Melayu ada menyatakan
bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya dalam soal pengambilan
makanan ini. Hakikatnya, makan bersama dengan keluarga mampu
membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota
masyarakat yang berhemah dalam soal pemakanan.
Selain peningkatan disiplin dan adab ketika makan, budaya makan
bersama-sama juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin
terhakis kini. Hal ini begitu kerana waktu makan ialah masa yang berkualiti,
tenang dan menyeronokkan. Dengan demikian, ibu bapa boleh berinteraksi
sambil bual-bual dengan anak- anak ketika makan. Selain itu, ibu bapa dan
anak-anak boleh berbincang tentang sesuatu perkara yang menggembirakan
atau menyedihkan yang telah berlaku dalam tempoh masa yang terdekat. Ibu
bapa juga bolehlah bertanya tentang masalah yang dihadapi sama ada
masalah peribadi ataupun masalah pembelajaran mereka. Untuk menjadi
lebih menyeronokkan ahli-ahli keluarga boleh memasak bersama-sama untuk
menyediakan makanan. Anak-anak boleh membantu mengupas bawang dan
memotong sayur. Sebagai impaknya, ibu bapa dapat mengesan pergerakan
harian anak-anak jika mereka sentiasa bersama. Kemungkinan anak-anak
untuk terbabit dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Seterusnya, rumah akan
dijadikan tempat yang menyeronokkan untuk tinggal dengan lebih lama.
Tradisi makan bersama- sama ini dapat mengekalkan institusi keluarga
daripada runtuh. Benarlah kata orang cerdik pandai bahawa Rumahku
Syurgaku dapat disemai dalam diri anak-anak. Sesungguhnya, makan
bersama-sama ini dapat melahirkan suasana yang aman dan damai serta
harmoni.
Budaya makan bersama-sama jika diamalkan secara rutin dalam aktiviti
harian keluarga akan dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam sesebuah
keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa mestilah meluarigkan
masa makan bersama dengan anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu
dalam meningkatkan komunikasi. Selain itu, meja makan ialah tempat yang
sempurna untuk membincangkan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan
setiap ahli keluarga. Oleh hal demikian, ibu bapa boleh berkongsi perbualan
dengan ahli keluarga yang lain. Ketika berbual-bual ini maka suasana ini
akan memberi kesempatan berkomunikasi kepada mereka. Hal ini juga
membolehkan anak-anak memerhatikan kelakuan orang lain, khususnya
perbuatan yang positif akan dijadikan contoh dan panduan untuk
mengharungi hidup yang semakin mencabar di luar sana. Sekiranya
komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berhemah dan cemerlang maka
sudah tentu tradisi makan bersama-sama ini dapat menjalin ikatan dan
perhubungan mesra antara satu dengan yang lain. Pepatah Melayu ada
menyebut bahawa hubungan bagai aur dengan tebing dapat diterapkan
dalam institusi keluarga yang seterusnya akan membentuk keharmonian
keluarga itu sendiri. Pendek kata, makan bersama dengan keluarga
merupakan satu wahana ataupun kaedah komunikasi yang lebih canggih
dalam pembentukan institusi keluarga yang mapan.
Kebaikan seterusnya amalan makan bersama-sama keluarga ialah aktiviti
ini dapat mendedahkan anak-anak tentang kepentingan pemakanan seimbang
yang menjadi tunjang kesihatan diri. Hal ini disebabkan anak-anak lebih
mengutamakan pemakanan ringan ataupun makanan segera sebagai menu
makanan utama mereka. Anak-anak juga perlu tahu bahawa pengambilan
buah-buahan, sayuran dan makanan yang ada nutrien adalah lebih tinggi
diambil dalam sajian makanan harian. Oleh sebab itu, anak-anak akan
memilih makanan yang lebih menyihatkan ketika mereka makan bersama.
Seterusnya, anak-anak akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu
dan pengambilan minuman manis. Tradisi makan bersama-sama ini akan
dapat menunjukkan cara pengambilan makanan yang sihat dijadikan
keutamaan. Sebagai kesannya, anak-anak dan ahli keluarga akan melebihkan
pengambilan makanan berserat dan menyihatkan. Secara tidak langsung,
pemakanan yang sihat dapat menurunkan kadar masalah obesiti dalam
kalangan anak-anak. Ibu bapa perlulah menunjukkan cara pemakanan yang
sihat kepada anak-anak kerana merekalah uswatun hasanah yang paling rapat
dengan anak-anak.  Tegasnya, ibu bapa sebagai pemimpin sesebuah keluarga
haruslah mampu memastikan anak-anak membuat pilihan yang baik tentang
pemakanan apabila makan bersama-sama.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebaikan dengan mengamalkan tabiat


makan bersama-sama keluarga adalah tidak ternilai harganya. Ibu bapa
terutamanya perlu menjadikan tradisi makan bersama-sama keluarga menjadi
agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Bill Gate ada berkata
bahawa sekiranya kita tidak mahu berubah, sedangkan orang lain sudah
berubah sebenarnya kita belum berubah. Oleh hal demikian, setiap ahli
keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama-sama dalam keluarga
mereka. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya Dalam erti kata yang lain, budaya makan
bersama-sama ini haruslah dijadikan amalan dan budaya yang berkekalan.
Seyogia, amalan makan bersama-sama ialah resipi kebahagiaan sesebuah
keluarga. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kemakmuran negara. Slogan "Rakyat Sihat Negara
Sejahtera, haruslah tersemat dalam diri semua insan yang cinta akan
kerukunan dan kebahagian rumah tangga.

Anda mungkin juga menyukai