Anda di halaman 1dari 25

SOALAN 2

SYARAHAN CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA


                Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang meneliti setiap detik waktu, guru-guru dan sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para hadirin, berdirinya saya Arfa Qasrina
di atas pentas ini adalah bagi menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘Ciri-ciri
Keluarga Bahagia'. Sebelum saya mengorak langkah eloklah saya menerangkan dahulu
definisi keluarga bahagia. Keluarga bahagia ditakrifkan sebagai kelompok manusia yang
mempunyai talian kekeluargaan yang dapat menjalani kehidupan dengan penuh
kegembiraan.

Hadirin sekalian,
                Antara ciri keluarga bahagia ialah setiap ahli dalam kalangan sesebuah keluarga
dapat memainkan peranan masing-masing dengan baik. Contohnya ibu bapa seharusnya
melakukan tanggungjawab mereka dengan memenenuhi hak seorang anak seperti
memberikan pendidikan agama yang sempurna bagi menjamin masa hadapan yang cerah
manakala anak-anak berperanan membalas dan menghargai setiap pengorbanan yang telah
dicurahkan kepada mereka dengan belajar bersungguh-sungguh supaya ibu bapa tidak
menganggap usaha dan pengorbanan mereka selama ini bagai mencurah air ke dalam
keladi. Oleh itu, peranan setiap ahli keluarga penting bagi menjamin keluarga bahagia.

                Selain itu, ciri-ciri keluarga bahagia adalah saling mengasihani dan menyayangi


satu sama lain. Setiap ahli keluarga sepatutnya saling mengambil berat. Oleh hal yang
demikian, setiap isi rumah perlulah mengadakan perbincangan pada waktu tertentu bagi
mengetahui perkembangan semasa anak-anak atau bagi menyelesaikan konflik yang timbul
dalam kalangan mereka. Selain itu, perbincangan akan mewujudkan komunikasi antara
mereka, tidaklah mereka seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata
tak nampak akibat tingkah laku mereka yang lebih mementingkan gadjet daripada masa
bersama keluarga.

Sidang hadirin sekalian,


           Ciri keluarga bahagia yang seterusnya adalah keluarga yang senantiasa melakukan
aktiviti bersama seperti berjoging pada hujung minggu, berkumpul pada waktu makan
malam dan membersihkan halaman rumah. Hal ini bagi memupuk nilai kerjasama dalam
kalangan ahli keluarga dan mengeratkan lagi silaturahim yang sudah lama terjalin, di
samping menyihatkan tubuh badan dan menjadikan kediaman mereka sebagai sebuah
teratak yang selamat dan indah untuk didiami bersama.

         Akhir sekali, keluarga bahagia wujud kerana sikap warga rumah yang mengamalkan
ajaran agama kerana bagi mereka Tuhanlah yang memberikan nikmat keluarga bahagia
kepada mereka. Oleh hal yang demikian, mereka akan menzahirkan ucapan syukur itu
dengan menunaikan solat secara berjemaah dan dan sama-sama memanjatkan doa agar
nikmat keluarga bahagia ini akan terus dirasai sehingga ke penghujung hayat mereka.

    Konklusinya, terdapat pelbagai aspek yang menjurus pada kebahagiaan sesebuah


keluarga seperti peranan setiap ahli keluarga dan nilai kasih sayang yang tersemat sesama
mereka. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, keluarga bahagia juga memainkan peranan
penting untuk kemajuan sesebuah keluarga. Hal ini kerana, daripada kalangan sesebuah
keluarga itu akan wujudlah generasi yang akan memimipin negara pada masa akan datang.
Sekiranya mereka dididik dengan sempurna maka baiklah negara pada masa depan dan
jika sebaliknya, hancurlah segara impian negara masa kini. Sebelum saya melabuhkan tirai
syarahan saya pada hari ini, ingin saya menyeru kepada warga dewan agar binalah
keluarga bahagia kerana keluarga bahagia merupakan tunggak kemajuan negara.

SOALAN 3
Obesiti adalah kegemukan yang bermaksud apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass
Index (BMI) tinggi dari umur dan jantina sepatutnya.

Mengikut kajian, Malaysia adalah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi
dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7
peratus.

Bahaya obesiti dalam kalangan kanak kanak.


Obesiti juga akan menyebabkan kanak kanak mengalami masalah penyakit serius
seperti, tekanan darah tinggi, kencing manis serta penyakit hati berlemak.

Selain itu, kanak kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah gangguan tidur atau
‘obstructive sleep apnea’.

Salur udara akan menjadi sempit disebabkan pengumpulan lemak dan menyebabkan
gangguan pernafasan kepada kalangan kanak-kanak.

Faktor utama yang menyebabkan obesiti dalam kalangan kanak kanak adalah :
1. Makanan Berkalori Tinggi.
makan makanan berkalori tinggi
Pemakanan yang berkalori tinggi seperti makanan segera dan makanan manis seperti
gula gula, ayam goreng, minuman berkabohidrat. Kebiasaannya orang Malaysia sangat
menyukai pisang goreng. Makanan tersebut menyebabkan pengumpulan lemak pada
salur darah dan akan meningkatkan paras gula dalam darah.

2. Kurang Aktiviti Fizikal.


kurang aktiviti fizikal
Kanak kanak yang kurang beraktiviti berisiko untuk obes. Hal ini kerana, kurangnya
pembakaran kalori. Kebanyakannya, mereka lebih suka bermain permainan computer
serta menonton televisyen. Iklan makanan yang disiarkan juga cenderung membuatkan
kanak kanak terliur dan ingin mencuba makanan tersebut.

3. Faktor Keluarga.
faktor keluarga
Jika kanak kanak berasal daripada keluarga yang terlebih berat badan, kemungkinan
besar anak anak akan mendapat masalah yang sama.Hal ini kerana, kanak kanak
tersebut sudah terbiasa dengan makanan yang berkalori tinggi.

4. Faktor Genetik
Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika kanak-kanak akan mengalami
berat badan berlebihan atau obesiti.

Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes, terdapat 70% peluang
untuk anak-anak mereka juga menjadi obesiti.
Jika hanya ibu adalah obes, kebarangkaliannya adalah 50%. Jika kedua-dua ibu bapa
mempunyai berat badan yang normal, masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk
kanak-kanak untuk menjadi obesiti.

Sebelum kita menyalahkan genetik kita, adalah penting untuk mengambil perhatian
bahawa ia bukan disebabkan oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan
pemakanan yang dipelajari oleh kaum keluarga.

Kesimpulan
Dalam mengekang atau menyelesaikan masalah ini, pelbagai pihak perlu bekerjasama
dengan masyarakat untuk memudahkan para keluarga untuk mengamalkan gaya hidup
sihat.

Walau bagaimanapun, perubahan boleh dilakukan dan bermula dari rumah kerana ibu
bapa / penjaga memainkan peranan penting untuk mengekang dan perlu menunjukkan
contoh yang baik dalam masalah obesiti ini.

Sekiranya anda merasakan bahawa anak anda mungkin mengalami berat badan
berlebihan atau obesiti, sila dapatkan nasihat pakar daripada pengamal kesihatan
berdekatan anda

TAJUK: MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN

KANAK-KANAK DI MALAYSIA.
1.1 Definisi

1.1.1 Obesiti

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), “obesiti berlaku

akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh badan sehingga

menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur,

jantina dan ketinggian”. (hlm. ). Kadar pengumpulan lemak ini diukur mengikut tahap

umur dan BMI seseorang itu.

Menurut Blair (2000), “obesiti adalah keadaan di mana tenaga-tenaga di dalam

badan yang di simpan, dibiarkan berkumpul dalam tisu-tisu lemak di dalam badan

sehingga melebihi tahap kesihatan”(hlm. 84). Pengumpulan lemak yang berlebihan ini

akan mengakibatkan risiko kesihatan untuk mendapat penyakit berbahaya selain obesiti.

Selain itu, definisi obesiti menurut Myers (2004) ialah:

“Lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku
apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat”. (hlm. 1).

Berdasarkan ketiga-tiga pandangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa obesiti ini

berlaku akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan dan boleh mendapatkan

penyakit yang berbahaya.

1.1.2 Kanak-Kanak

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak (2001), “seseorang di bawah umur lapan

belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah

mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam

seksyen 82 Kanun Keseksaan”. (hlm. ). Kanak-kanak adalah individu yang berumur

bawah lapan belas tahun, yang mana bila melakukan jenayah tidak dikenakan tindakan

Undang-undang. Bagi mereka yang sudah mencapai umur lapan belas tahun dan ke atas,
mereka dipertanggungjawabkan atas keasalahan jenayah yang dilakukan. Sekiranya

kanak-kanak itu berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum

dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96 (2) Akta 611, boleh

mengenakan terhadapnya suatu tempoh penjara.

Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mencorakkan masa depan sesebuah

negara. Pada era globalisasi ini, kanak-kanak merupakan aset negara yang terpenting

kerana mereka ini yang akan meneruskan segala pembangunan dan rancangan yang telah

diatur oleh kerajaan (Norhuda & Dzurizah, 2015).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan kanak-kanak merupakan

kata terbitan dari istilah yang membawa maksud budak lelaki atau perempuan yang

masih kecil yang kebiasaannya berumur lebih dari tujuh atau lapan tahun (hlm. 668).

Manakala istilah Budak menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 211), membawa

maksud, “anak atau kanak-kanak: hamba sahaya, pembantu rumah”. Justeru dapat

disimpulkan dari pengertian Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bahawa kanak-kanak

ataupun budak merupakan individu kecil yang berusia lebih dari 7 atau 8 tahun dan

masih tidak mencapai akil baligh.

2.1 FAKTOR

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2004), “faktor memberi maksud unsur atau

sebab yang menyumbangkan kepada sesuatu hasil” (hlm 1). Faktor yang di maksudkan

dalam kajian ini adalah sebab kepada berlakunya obesiti.

Dewasa kini, penyakit obesiti semakin berleluasa di negara kita khususnya dalam

kalangan kanak-kanak. Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan

cara hidup yang tidak sihat berpunca daripada pembangunan yang pesat. Terdapat

pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kejadian obesiti termasuk ketidakseimbangan


pengambilan dan penggunaan tenaga, amalan makanan tidak sihat di hadapan televisyen,

cara hidup tidak aktif, persekitaran makanan. Antaranya menurut Poh (2008), “masalah

obesiti ini berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan

peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia” (hlm. 15). Hal ini demikian

kerana perubahan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran masa

penggunaan tenaga manusia.

Faktor seterusnya, yang boleh mengakibatkan penyakit obesiti adalah

pengambilan makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang di hadapan televisyen.

Pengambilan makanan yang tidak sihat ini akan menyumbang kepada obesiti. Menurut

Mayo (2006), “makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan diketahui umum

mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit dan pengambilan

berlebihan terutama ketika menonton televisyen akan menyumbang kepada obesiti” (hlm

32). Di era ini, kebanyakan kanak-kanak telah menukar tabiat makan mereka daripada

makanan berkhasiat kepada makanan segera, makanan snek yang diproses dan minuman

yang tinggi dengan kandungan gula. Pengambilan makanan ini sering diambil ketika

berada di hadapan televisyen. Contoh makanan tersebut adalah seperti makanan segera

dan juga minuman ringan ataupun bergas.

Selain itu di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak

berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8% bagi umur

10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah

obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Menurut Chee

(2008), ialah:

“Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk


menjadi obes apabila dewasa dan keadaan ini akan menjurus kepada kewujudan
masalah kronik yang lain pada masa hadapan”. (hlm.1).
Penyakit obesiti merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai

penyakit, contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem

pernafasan, kegagalan sistem perkumuhan, kanser dan sebagainya.

Corak pemakanan adalah penting bagi manusia pada hari ini kerana cara

pemakanan sangat mempengaruhi berlakunya obesiti. Menurut Ismail (2002), amalan

pemakanan tidak sihat juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya

penyakit obes. Di Malaysia, peningkatan taraf hidup dan kemodenan turut mengubah

cara hidup individu termasuk pilihan makanan dan tabiat makan. Kewujudan pasar raya

dan premis makanan yang semakin bertambah telah membolehkan pilihan makanan yang

banyak untuk individu. Sekarang ini telah menjadi trend kebanyakkan restoran makanan

memanjangkan waktu perniagaan hingga lewat malam atau 24 jam (hlm. ). Ini telah

menggalakkan individu mengambil makanan pada waktu lewat malam. Makanan segera

dan minuman ringan yang tinggi nilai kalori sama ada daripada lemak atau gula juga

lebih mudah diperolehi penyakit tersebut. Tabiat pengambilan snek yang tidak sihat dan

saiz sajian makanan yang terlalu besar juga semakin menjadi amalan di kalangan rakyat

Malaysia. Individu yang kerap melangkau waktu makan terutamanya sarapan pagi juga

cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang lain. Semua amalan

ini merupakan amalan pemakanan tidak sihat yang menyebabkan pengambilan kalori

makanan yang berlebihan daripada keperluan harian tubuh dan dengan itu akan

meyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti.

Budaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku yang menyumbang kepada

masalah obesiti. Sesetengah komuniti menerima berlebihan berat badan sebagai sesuatu

yang biasa dn ianya menggalakkan lagi tingkah laku pengambilan makanan berlebihan.

Tingkah laku ini dikukuhkan dengan sokongan keluarga, ibubapa, persekitaran

sosioekonomi dan lain-lain. Pengaruh sosial boleh menjadi faktor yang kuat dalam
mempengaruhi tingkah laku pengambilan makanan dan pengurusan berat badan. Adalah

menjadi suatu kebiasaan untuk orang ramai mengambil makanan bersama keluarga

sebagai salah satu aktiviti mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Mengambil makanan di

luar menjadi gaya hidup masa kini dan penyediaan makanan di luar mempunyai potensi

untuk diambil secara berlebihan dan mempunyai kandungan lemak dan tenaga yang

tinggi. Media massa melalui pengiklanan telah memainkan peranan yang besar dalam

menggalakkan pengambilan makanan di luar (Kelishadi, 2007).

Tingkah lahu tidak berkaitan pemakanan adalah tingkah laku kehidupan

sendentari duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbanding berjalan kaki

menyumbang kepada penggunaan tenaga yang menimum dan menyumbang kepada

masalah obesiti. Mohana Priya (2012) menyebut bahawa teknologi masa kini

menyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan

menimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk

menyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan

persekitaran ataupun kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan dan seterusnya

menggalakkan kehidupan sedentari. Manakala menurut Mohana Priya (2012), tingkah

laku berkaitan pemakanan merupakan juga antara faktor utama yang menyebabkan

obesiti berlakunya. Hal ini berlaku demikian disebabkan pengambilan makanan yang

berlebihan. Peningkatan tindak balas rangsangan berkaitan dengan pemakanan diterima

hidangan yang besar dan pemakanan secara pantas menyebabkan lebih banyak makanan

dapat diambil sebelum merasa kenyang juga menyebabkan kepada berlakunya obesiti

dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

SOALAN 4
Langkah-langkah untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan kanak-kanak
Soalan 3
Nilai-nilai murni boleh menjadi asas kepada pembentukan sahsiah seseorang individu. 
Bincangkan langkah-langkah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya
hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain
lagi.  Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan
zaman.  Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsa istiqamah yang
boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan?
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap
ibu bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit.  Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak
anak-anak merah tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. 
Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan
warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.  Misalnya, ibu bapa harus
menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak dengan membawa mereka
untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-
masing.  Selain itu, mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan
menyayangi haiwan.  Mereka mestilah  memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tidak
bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri.  Malah, mereka harus
mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan tingkah laku semasa
berada di rumah orang.  Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak
boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks
ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap
sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak
rintik.  Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal,
jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-
nilai murni  yang disanjungi, bak rangkap sajak berikut,

Hikayat Melayu disanjungi warisan,


Menjadi wahana penglipur nestapa,
Anak bersopan tonggak wawasan,
Berkat usaha ibu dan bapa.

Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam
sukma kanak-kanak tidak harus kita kesampingkan.  Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan
misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi,
berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan menghargai alam sektiar,
hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan undang-undang wajar diterapkan dalam
subjek Pendidikan Moral,  Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama
Islam.  Kendatipun, untuk mencapai misi yang komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni
haruslah diamalkan secara berkesan.  Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah boleh
menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan memberi anugerah Pelajar Sopan kepada
pelajar yang bersikap sopan santun, menghormati guru-guru dan berhemah tinggi sepanjang
berada di sekolah supaya boleh menjadi suri teladan kepada pelajar lain.  Tambahan pula, para
pendidik  harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) dengan mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang adab sopan ketika
berada di dalam kelas, adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan.  Hal ini kerana
misi pendidikan negara kita bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
kurikulum dan kokurikulum, malah juga untuk melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai-
nilai murni, bermoral dan bertatasusila, sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni
Kesopanan dan Kesusilaan.  Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan
merupakan senjata yang dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-
kanak. 
Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius masalah yang berkaitan
sahsiah kanak-kanak bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung
jangan berserak.  Pihak kerajaan sepatutnya bersendel bahu dengan pihak media massa dan
badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan Karyawan Malaysia dan lain-lain lagi
untuk menggerakkan kempen Budi Bahasa Budaya kita secara menyeluruh di tanah air kita
kerana bersatu teguh bercerai roboh. Barangkali, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan tidak
berkesan kerana tidak disokong oleh banyak pihak, termasuklah syarikat-syarikat swasta yang
bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buktinya, kempen
Kami Prihatin gagal mengurangkan “kemelut sosial” yang semakin berleluasa
dalam masyarakat kita, iaitu isu pembuangan bayi.  Berikutan itu, kempen Budi Bahasa Budaya
kita hanya akan berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri dalam pelaksanaannya. Dalam
pada itu, kempen ini perlu disempurnakan di peringkat awal persekolahan, iaitu tadika untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.  Ceramah, pertandingan menulis esei,
melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh dilaksanakan
sempena kempen ini.  Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan murid-murid dalam
kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah, bulat air kerana pembuluh,
bulat kata kerana muafakat.  Selain itu, kempen tersebut haruslah disokong oleh artis-artis
tempatan dan luar negara yang menjadi idola masyarakat, seiring dengan trend pemuda-pemudi
kini yang suka mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek.  Jelaslah menunjukkan
bahawa kempen-kempen yang mendapat sokongan semua pihak mampu mencapai matlamat
melahirkan kanak-kanak yang bersahsiah mulia.
Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik
amat dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak.  Berdasarkan
penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan
internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-
kanak pada era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat.  Mereka akan  tergila-
gila kepada media baru.  Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah mengambil
kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling penting, siaran kartun
yang semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-
kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam komuter yang kerap disiarkan di
TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat barang amat berkesan
kepada penonton.  Malahan, drama-drama seperti “Precious Babies”, “Three Pads”, “One Mom”,
“Hwang Jin Yi”, “Next Stop, Happiness” dan lain-lain lagi mengandungi  babak-babak yang
menonjolkan kepentingan nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh
kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media
massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari
kanak-kanak. 
Akhirulkalam, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak
langkah yang afdal bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak agar memacu
pembangunan negara untuk memakbulkan hasrat mencapai Wawasan 2020.  Kita sedia maklum
bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam  diri individu akan menyumbang kepada pelbagai
gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat.  Selaras dengan peribahasa Melayu
yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat
dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak, bak
rangkap sajak yang dipetik daripada sajak Seuntai Kata Untuk Dirasa karya A. Samad Said,

Sekarang singkirkan semua bicara,


Sekarang kumpulkan tenaga raksasa,
Tiba saat berbunga merah,
Serentak kita bersama.  

KARANGAN : CARA MEMUPUK NILAI MURNI

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin


pudar.Hal ini terjadi demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin
terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri anak-anak mereka.Jika nilai-
nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat
yang saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk
sejak dibangku sekolah lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk nilai-nilai murni ini
daripada terus hilang ditelan zaman?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni


adalah melalui bantuan pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan
kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun
di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah
sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’kerana akan menyebabkan kerugian
kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka
masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi
ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara
berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni
yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi


keruntuhan nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan
menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral
dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa itu erti
kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa
mengajar mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan
perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa
mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang
menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa
hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita
sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan
menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik
dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat
diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu
bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang
jika diasah tajam juga’.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan


moral ini amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat
pembelajaran kedua selepas di rumah.Dalam mengatasi masalah ini,pihak
sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah
mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk
membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti
ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya
semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan
masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata pelajaran
baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah
tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita
semakin kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi
tunggak negara pada masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah juga
memainkan peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilai-nilai moral
dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras


masalah ini ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak
ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati
kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi
kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa
sekarang.Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai
murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan
impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan
program ini dan sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara.Seperti yang
sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam
kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen
haruslah sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai
murni melalui iklan-iklan di televisyen.JIka pihak media massa tidak
bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk
mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat di
luar sana.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan
pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata pepatah’yang
berpayung yang ditembak’

Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam


mengadakan program kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti
gotong-royong membersihkan kampung,menolong keluarga miskin dan
sebagainya.Program seperti ini dapat mengajar penduduk kampung
tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji
bagi mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang harmonis.Program
seperti ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk meluangkan
masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini yang hanya mengejar
kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti ‘katak dibawah tempurung’
yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu,program seperti ini banyak
memberi manfaat kepada masyarakat dan seharusnya dilakukan di setiap
kampung di negara ini.

Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi


masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan
semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk
nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatah’Bersatu kita
teguh,bercerai kita roboh’.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di
dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai
murni kerana ‘hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga’.

KARANGAN : LANGKAP PENERAPAN NILAI MURNI

(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki  dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman
al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada
cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”.  Kata-kata
tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur
kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,
peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan
teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam
sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-
batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme,
vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal
ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam
kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah
dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan
boleh diperoleh. 

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-


langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam
setiap sanubari remaja kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana
perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama.
Salah satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam
hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak
pendidikan. (M)Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah
masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan
yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu
sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran
kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran
yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-
nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun.
Walaupun negara mereka semakin maju namun, masyarakatnya masih mengekalkan
nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa
mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan
bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta
akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana
rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah
bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan nilai murni, maka tidak boleh tidak,
perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan
aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa
aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk nilai-
nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri
para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia
diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan nilai murni ini
kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi
dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan
yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja
Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya.
Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan
sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh
persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar
sekolah pula akan menanamkan nilai bertanggungjawab para pelajar terhadap alam
sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’ (K) Melalui
program-program yang dijalankan ini, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap
positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’ daripada
’meruntuhkan’ atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab
terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui
pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi
telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang
tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi
ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih
menghormati golongan yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni sememangnya
dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan
kerdil yang mengamalkan nilai-nilai murni. (M) ‘Bagaimana acuan, begitulah
kuihnya,’ begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan
ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita
nafikan ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak sejak
dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya
nilai murni. (B)Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya  agar apabila anak-anak memasuki alam
persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan
dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh,
anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua.
Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta
harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan
bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh
anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di
samping dapat mewujudkan ‘baiti jannati’. Malah yang lebih penting, anak-anak akan
lebih beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan maruah keluarga tersebut.
Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke
muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh
terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan nilai dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni
adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-
kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini
dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah
dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Pada 11 Februari
2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak
diwujudkan kalau masyarakat kita mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan
oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena
dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap nilai
murni kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil
kajian kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar
raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh
itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang
bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilai-nilai murni
ke dalam jiwa remaja serta meletakkan nilai murni sebagai satu asas dan tunjang dalam
kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari
insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat
Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah
bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam
kehidupan seharian kita.

Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja
dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Masyarakat sekeliling mampu mempengaruhi tingkah laku para remaja yang dianggap
separa matang dan belum keras ubun-ubunnya. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong,
kenduri-kendara dan rukun tetangga dapat dijayakan dengan penglibatan dan kerjasama
daripada masyarakat setempat. Biar kita ambil contoh aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini
diadakan dengan tujuan untuk membersihkan kawasan kediaman bersama-sama tanpa
mengira status, agama dan bangsa. Sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing tidak wujud ketika menjalankan aktiviti ini malah sikap bekerjasama
bagai aur dengan tebing terpapar semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya, pelbagai nilai
murni dapat diterapkan seperti nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong dan
sebagainya. Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa
dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan
pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan kawasan kediaman juga
akan terjamin dan sekali gus dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti demam
denggi. Izharlah bahawa aktiviti kemasyarakatan yang diadakan mampu memupuk nilai-
nilai murni dalam diri remaja kita.

(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat


pelbagai langkah yang dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan nilai murni
dalam sanubari remaja kita. Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai
taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang
merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’,
demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan amalan
nilai murni dalam kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan
berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis
ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu,
masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap
individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja  untuk memupuk
amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan
takkan berbunyi.  Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah
diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran
rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan
damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai
budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar
menjelang tahun 2020/2050, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap
kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan (berjaya
ditransformasikan) lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus
bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus
disegani kerana ketinggian nilai murni rakyatnya.

SOALAN 5
PENGGUNAAN TELEFON PINTAR: SUATU KEMUDAHAN ATAU KEMUDARATAN

Pengenalan:
Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan
ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan
penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti
Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem
pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi.

Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga korporat dan ahli
perniagaan yang berjaya,tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki oleh pelajar-pelajar
universiti di Malaysia. Melalui telefon pintar, pelajar boleh menghubungi ibu bapa, rakan-rakan
dan pensyarah di samping mendengar suara, melihat wajah dan akses kepada pelbagai
maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan.

Kebaikan Penggunaan Telefon Pintar:

Pada hari ini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja sama ada dari
golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet telefon pintar ini telah
banyak mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka.

Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. Misalnya,
telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain
untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli
keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, telefon pintar merupakan salah satu aset
yang penting kepada pemandu kenderaan sekiranya berlaku sebarang masalah atau
kecemasan. Jika berlaku sebarang kerosakan kenderaan, pemandu boleh menghubungi bengkel
membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membaiki kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebgai alat untuk melayari internet. Pada masa kini,
penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan
telefon pintar ini, para pelajar boleh melayari internet dengan menggunakan gajet ini di mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa malah dapat memperolehi sesuatu maklumat yang
diperlukan dengan cepat.

 Penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana-mana


sahaja mereka berada. Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta
bantuan ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar
mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.
Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan menggunakan
teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon bimbit tersebut dan menyimpan
data-data dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu projek.
Merapatkan silaturahim dengan rakan yang berada jauh di rantauan adalah kebaikan yang
ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kita membuat panggilan video dengan rakan di luar
negeri. Teknologi sebegini membenarkan kita berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini
boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap diri kita.

1) Aplikasi yang menarik

Smartphone mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam menjalankan aktiviti
harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi yang membantu kita menguruskan
waktu dengan baik, mengira kalori makanan dan banyak lagi.

 2) Menghubungkan yang jauh


Dengan adanya smartphone, kita dapat berhubung dengan shabat handai, adik-beradik dengan
lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di mana kita berada. Dengan syarat,
kenalah ada internet ye. 

3) Info yang cepat


Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju sahaja.
Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di sesuatu tempat, kita boleh
google atau tanya sahaja di group whatsapp atau telegram. Pasti ada yang menjawab. Memang
pantas!

4) Mudah ke mana-mana
GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS coordinate dan kita dapat terus ke
tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan guna GPS pun sesat ye. GPS
—>Guna Pun Sesat. Hehe.

5) Alat hiburan
Bagi mereka yang sukakan muzik, mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan
menggunakan smartphone. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghiburkan hati dengan
bermaian games yang terdapat dalam smartphone. Cumanya, kita jangan terlalu lalai dengan
games dan lagu sampai melewat-lewatkan solat plak ye.   Berpada-padalah.

Telefon pintar sangat membantu kehidupan seharian kita. Sebagai manusia, kita perlu bijak
menggunakannya. Jangan disalah guna pula. Buruk padahnya.

Keburukan Penggunaan Telefon Pintar:

Telefon pintar bukan sahaja memberi kebaikan kepada penggunanya, malah keburukan apabila
berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar
ini menyebabkan kadar statistik jenayah di bawah umur meningkat kerana apabila keinginan
para remaja yang ingin memiliki telefon pintar ini tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, sudah tentu
mereka akan menggunakan cara yang lain untuk mendapatkannya. Hal ini sering berlaku
kepada para pelajar yang mempunyai latar belakang ahli keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, telefon pintar bukan sahaja akan mengganggu pelajaran malah akan memberi
peluang kepada untuk mengakses laman pornografi di sekolah dan menyebabkan berlakunya
aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan pelajar serta membawa kesan atau implikasi yang
negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula penggunaan telefon pintar dalam
kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai
kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan dengan lebih
bermanfaat.

Dalam pada itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh
mendatangkan impak yang negatif sekiranya para pelajar terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat
apabila ramai pelajar sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran
mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih
untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti facebook, twitter, instagram dan keek
daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Dapatan Kajian:

Sembilan soalan telah ditanya kepada responden meliputi penggunaan telefon pintar mereka.
Hasil dapatan dijelaskan dalam pernyataan-pernyataan berikut.

Hasil dapatan daripada soalan “Setiap pelajar di POLI mempunyai telefon pintar mereka sendiri”
menunjukkan 60 peratus menyatakan sangat bersetuju setiap pelajar di POLI mempunyai telefon
pintar mereka sendiri.

Hasil dapatan daripada soalan “Saya mengetahui cara yang betul dalam menggunakan telefon
pintar” menunjukkan semua responden bersetuju bahawa mereka mengetahui cara yang betul
dalam menggunakan telefon pintar.

Hasil dapatan daripada soalan “Telefon pintar adalah satu keperluan asas bagi seseorang
pelajar POLI” menunjukkan 80 peratus responden bersetuju bahawa telefon pintar sudah
menjadi satu keperluan kepada pelajar berbanding hanya sepuluh peratus yang tidak bersetuju.
Tiga per empat daripada responden bersetuju bahawa telefon pintar telah membantu pengajian
akademik mereka.

Hasil dapatan daripada soalan “Saya sentiasa menggunakan telefon pintar saya dalam
pengajian akademik saya” juga mencatatkan hanya sepuluh peratus daripada responden sangat
tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Bagi soalan “Telefon pintar banyak membantu saya dalam menyelesaikan kerja kursus”, rata-
rata (90 peratus) daripada responden menzahirkan persetujuan mereka.

Bagi soalan “Telefon pintar saya sentiasa ada di tangan saya walau di mana sahaja saya
berada”, dapatan menunjukkan responden sentiasa membawa telefon pintar mereka. Sebanyak
60 peratus sangat bersetuju diikuti 30 peratus sekadar bersetuju manakala hanya sepuluh
peratus yang tidak pasti.

Dari segi “Adakah anda bersetuju telefon pintar ini banyak mendatangkan keburukan”, dapatan
menunjukkan hampir separuh (40 peratus) yang tidak bersetuju. Selebihnya iaitu 60 peratus
menyatakan telefon pintar ada membawa keburukan.

Bagi kenyataan “Setujukah anda sekiranya telefon pintar ini merupakan faktor kepada
perubahan sosial seseorang pelajar IPTA itu?” dapatan menunjukkan dua per tiga (70 peratus)
responden mengakui terdapat perubahan sosial pelajar selepas menggunakan telefon pintar.
Bagaimanapun sepuluh peratus lagi tidak bersetuju dan selebihnya tidak pasti.

Dapatan daripada soalan “Adakah anda bersetuju pelajar IPTA tidak mampu hidup tanpa telefon
pintar ini?” menunjukkan separuh (50 peratus) responden tidak pasti bagaimana keadaannya jika
hidup tanpa telefon pintar di kampus. Bagaimanapun 30 peratus bersetuju dengan kenyataan
tersebut.

Kesimpulan:

Kajian ini menunjukkan bahawa telefon pintar memberikan pengaruh yang besar kepada setiap
pelajar yang menggunakannya, sama ada dalam aspek yang positif mahupun negatif. Dalam
kalangan pelajar, penggunaan telefon pintar yang ada capaian internet dapat membantu proses
pengajian mereka khususnya ketika mencari bahan rujukan.

Penggunaan telefon pintar wajar dilihat dari perspektif positif supaya pelajar mendapat lebih
banyak manfaat untuk kejayaan dalam akademik. Pelajar juga patut sentiasa diingatkan supaya
menggunakan sambungan tanpa wayar di kampus sebagai instrumen menjulang kejayaan
akademik bukannya mensia-siakannya.

KEBAIKAN TELEFON PINTAR

Sejak negara menikmati arus kemodenan ini , hampir


semua rakyat di dunia terutamanya para remaja yang semakin
leka dengan penggunaan telefon pintar .Pada zaman ini,remaja
yang memiliki sebuah telefon pintar merupakan satu kemestian
bagi para remaja untuk hidup. Selain itu,para remaja pada masa
ini seperti katak hendak menjadi lembu kerana mereka sanggup
melakukan apa-apa sahaja yang melebihi kesanggupan mereka
sendiri untuk mendapatkan sebuah telefon pintar.Di samping
itu,terdapat pelbagai jenis jenama telefon pintar yang wujud di
dalam dunia ini seperti telefon pintar berjenama
Nokia,Samsung,I-phone dan lain-lain.Seterusnya,telefon pintar
telah menjadi umpama nyawa di dalam diri masyarakat pada
masa ini kerana terdapat pelbagai jenis kebaikan yang
terkandung di dalam telefon pintar ini.Selain itu,Mahatma
Ghandi ada berkata harga seseorang itu terletak pada ilmunya .
Tegasnya, pelbagai kemaslatan telefon pintar akan didiskusikan
untuk kita jadikan pedoman dan iktibar dalam mendepani hidup
yang semakin mencabar.

Kebaikan telefon pintar yang pertama ialah telefon pintar


dapat menghubungkan orang yang jauh di mata tetapi dekat di
hati dengan mudah. Terdapat banyak murid bersekolah di
tempat yang berjauhan dengan tempat tinggal mereka
sehinggakan terpaksa menduduki asrama demi merealisasikan
impian keluarga dan melunaskan tanggungjawab mereka. Oleh
sebab itu, telefon pintar merupakan medium untuk para remaja
melepaskan rindu terhadap kedua-dua ibu bapa mereka
terutamanya pelajar yang merupakan anak manja di dalam
keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mendengar
suara ibu bapa yang telah lama tidak bersua muka akan
memberikan ketenangan kepada para pelajar. Selain itu, murid
juga boleh menghubungi ibu bapa mereka ketika hari hampir
dengan peperiksaan untuk mendengar kata-kata motivasi
daripada kedua-dua orang tua bagi memperoleh kejayaan dan
keberkatan semasa menjawab kertas peperiksaan . Hal ini akan
mengeratkan hubungan ahli keluarga seperti isi dengan kuku
yang saling menahan rindu sesama sendiri di berlainan tempat.
Di samping itu, penggunaan telefon pintar juga amat penting
bagi urusan pembelajaran. Tugasan yang diberi oleh guru
amatlah wajib dan penting untuk disiapkan bagi pelajar yang
ingin berjaya. Namun, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak
dapat menghadiri kelas semasa pembelajaran kerana mereka
perlu menyertai aktiviti di luar sekolah yang dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan bagi mengharumkan nama sekolah.
Dengan yang demikian, mereka akan menggunakan telefon
pintar untuk bertanyakan tugasan yang diberi oleh guru semasa
ketiadaannya di dalam kelas. Selain itu,mereka juga boleh
menggunakan aplikasi seperti Whatsapp di dalam telefon pintar
untuk bertanyakan soal pembelajaran yang dijalankan kepada
guru mereka untuk memperoleh maklumat yang sudah
ketinggalan .Para remaja yang ingin berjaya akan sentiasa
kembali untuk mencari pelajaran yang sudah ketinggalannya
kerana dia mengetahui bahawa ilmu yang diketahuinya
sekarang masih tidak mencukupi seperti kata-kata Socrates
yang mengatakan bahawa bertambah banyak aku tahu,
bertambah sedarlah diri aku betapa tololnya diri ini. Maka, kita
seharusnya rajin menuntut ilmu sekalipun ke negara China.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit amatlah penting


kepada pemandu-pemandu di jalan raya . Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat banyak kemalangan jalan raya yang
berlaku baru-baru ini kerana kecuaian pemandu sendiri yang
suka memandu menggunakan telefon pintar atau dalam
keadaan yang mabuk. Oleh sebab itu , penggunaan telefon
bimbit amatlah penting jika kita terlihat berlaku kemalangan di
jalan raya, kita boleh menghubungi ambulans dan polis bagi
menguruskan kemalangan yang berlaku . Hal ini dikatakan
demikian kerana tidak semua kemalangan jalan raya yang
berlaku pada tempat terbuka. Apabila kemalangan berlaku di
tempat yang sunyi dan tidak mempunyai kenderaan lain yang
lalu-lalang di kawasan itu, kitalah yang bertanggungjawab
membantu mangsa kemalangan itu kerana sikap berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan bersama-sama.
Selaras dengan itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar
apabila berlaku kerosakan kereta di mana-mana jua. Kita boleh
menghubungi ahli keluarga terdekat atau bengkel membaiki
kereta untuk membantu kita. Jika tiada telefon pintar, mungkin
kita akan menjadi seperti cacing kepanasan . Sejajar dengan itu,
kita juga boleh membantu orang yang mungkin pengsan atau
sakit secara tiba-tiba di pinggir jalan dengan menghubungi ahli
keluarga pesakit untuk datang mengambil dan membawanya ke
rumah ke hospital. Perkara ini bukan sahaja memberikan
kepuasan terhadap diri kita kerana telah membantu orang lain
tetapi juga memberi pahala yang berganda kepada kita.
Seterusnya , kita juga dapat menghubungi keluarga kita jika kita
terpaksa pulang lewat akibat kesesakan lalu lintas bagi
mengelakkan mereka berasa khuatir dan terlebih risau.

Kebaikan telefon pintar yang seterusnya ialah kita dapat


pergi ke sesuatu tempat dengan mudah dengan adanya aplikasi
yang dinamakan GPS. Dengan menggunakan aplikasi ini kita
tidak perlu khuatir akan kesesatan yang bakal kita hadapi
kerana GPS akan sentiasa membawa kita ke jalan yang kita
ingin tujui.Selain itu, telefon pintar juga amat penting untuk kita
menghubungi rakan kita ketika sesat di hutan atau di aman jua
supaya kita menjumpai rakan kita yang sesat.Di samping itu,
telefon pintar amat berguna jika berlaku sebarang kecemasan di
rumah atau di luar .Sebagai contoh , ketika kita sedang berada
di dalam rumah sahabat kita terlalu suka sehingga sahabat kita
mengalami kecederaan pada kepalanya akibat terjatuh dari sofa
ketika bergurau sambil melompat bersama kita. Maka , kita
boleh terus menghubungi ambulans untuk membantu rakan kita
yang merupakan sahabat kita. Datuk Dr Fadhilah Kamsah,
pakar motivasi negara ada berkata bahawa persahabatan
merupakan cinta tanpa sayap. Dengan itu , kehilangan sahabat
ialah perkara yang amat sedih bagi kita , lagi-lagi jika mereka
pergi kerana bergurau bersama kita. Sejajar dengan itu, kita
juga boleh menggunakan telefon pintar untuk menangkap
gambar dan video bersama dengan rakan kita yang belajar di
luar negara untuk dijadikan sebagai kenangan terindah .Setiap
kali kita merindui mereka, kita boleh melihat gambar-gambar
dan video bersama dengan telefon pintar. Seterusnya,kita juga
boleh berhubung dengan mereka melalui aplikasi yang dipanggil
Skype untuk menatap wajah sahabat yang kita rindui setelah
sekian lamanya tidak berjumpa. Dalam pada itu, terdapat juga
hiburan di dalam telefon pintar yang membolehkan kita
menyertai pertandingan dan permainan di dalam telefon pintar
untuk memenangi hadiah. Selaras dengan itu, kita juga dapat
mendermakan wang melalui perkhidmatan SMS kepada
golongan anak-anak yatim piatu dan sebagainya .

Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai diari kita atau


tempat kita menyimpan rahsia. Kita mungkin mempunyai
seorang sahabat yang mempercayai kita sepenuhnya. Oleh itu,
sahabat kita suka menceritakan masalah-masalah kepada kita
tetapi diceritakan secara peribadi dan bukan di depan khalayak
umum maka telefon bimbit lah yang sesuai dijadikan tempat
sahabat kita meluahkan perasaannya kerana ada beras taruh
dalam padi. Rahsia orang lain yang kita ketahui haruslah
disimpan secara baik-baik. Oleh sebab itu ,untuk memastikan
rahsia orang lain yang terdapat dalam telefon pintar kita tidak
diketahui, kita boleh meletakkan kata laluan agar telefon kita
tidak dapat dibuka dan dibaca orang lain. Seterusnya, telefon
pintar juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti jika kita diancam
atau diperas ugut oleh rakan kita yang merupakan seorang
pembuli di sekolah. Kita boleh menyimpan tangkapan skrin
untuk diberikan kepada guru disiplin sebagai bukti kerana
pembuli tersebut hanya bersikap baik di sekolah namun suka
memeras ugut pelajar lain melalui telefon pintar. Selaras dengan
itu, kita juga dapat merakam video pembuli yang membuli
pelajar lain dengan menggunakan telefon pintar dari jauh untuk
ditunjukkan kepada pengetua sekolah atau polis. Jelaslah
bahawa telefon pintar banyak memberikan bantuan kepada diri
kita dan orang lain. Selain itu, telefon pintar boleh dijadikan
sebagai buku kita ketika kita berada di dalam asrama. Kita boleh
melayari Internet untuk mencari maklumat yang mungkin kita
terlepas dengar semasa di kelas. Selanjutnya, kita boleh
memasang jam penggera supaya kita mampu bangun pagi pada
masa yang tepat kerana masa itu emas.
Tuntasnya, masyarakat pada masa ini amat mementingkan
telefon pintar kerana kebaikannya amat banyak dan dapat
membantu kita dalam kehidupan seharian. Namun begitu ,
janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila kita
mempunyai telefon pintar yang baharu. Hal ini dikatakan
demikian kerana telefon pintar yang lama telah banyak berbakti
kepada kita selama ini. Oleh itu, kita boleh menggunakan
kedua-duanya pada suatu jangka masa tertentu. Kita juga harus
mengelakkan membeli telefon pintar di pasar malam kerana
terdapat banyak peniaga yang menjual kembali makanan dan
barangan rosak di pasar malam. Sesungguhnya , kita
sewajarnya membeli telefon pintar di pusat beli-belah walaupun
mahal asalkan berpuas hati akan kegunaannya bagai kata
peribahasa alah membeli menang memakai.

Karangan ditulis oleh Rusalyaa Nasuha


Tingkatan 4 Cemerlang SMKUJ 2016

Anda mungkin juga menyukai