Anda di halaman 1dari 9

Selawat Syifa’

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad
S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati,
menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi
kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan
kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga
dan sahabat baginda.
Bacaan Asas 10 Pertama

BACAAN ASAS 10 PERTAMA


No. Bacaan Audio (MP3)

1 Surah Al-Fatihah Surah Al-Fatihah

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3)
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari
pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah
kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah
Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka
yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

2 Ayatul Kursi
Ayatul Kursi

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Zulkifly
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak
mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan
di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-
Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di
belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara
keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-
Baqarah ayat 255)

Yaa-Baari’
3
Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Terjemahan: Bacaan bertajwid


Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit oleh Ustaz Zulkifly

4
Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood Bacaan bertajwid


Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof oleh Ustaz Zulkifly

5 Selawat Syifa’
Selawat Syifa’

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad
S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-
hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi
kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan
kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas
keluarga dan sahabat baginda.

6 Selawat Tafrijiyyah Selawat Tafrijiyyah

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna
ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya
terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan,
juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan
akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan
wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang
sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan
sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan
nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

7 Lauanzalna
Lauanzalna

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Zulkifly
Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada
sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah
disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan
itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah
Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada
Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci,
Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang
Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang
Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka
persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-
Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di
langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

8 Doa Menghindar Syaitan Doa Menghindar


Syaitan

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna
daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap
syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi
mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga
daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha
pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya
Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik
kejadian”.

9 Sejahtera ke atas nabi Sulaiman


Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
Terjemahan: oleh Ustaz Zulkifly
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat

10 Doa Sulaiman Doa Sulaiman

Bacaan Talaqi
dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid
oleh Ustaz Nasrin

Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi
Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan
barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan
dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan
Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari
timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan
yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan,
dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai
iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai
Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah
berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi
dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada
segala-galanya.

Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama


Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian
utama:

Kategor Kombinasi Bacaan Kegunaan


i

1 1. Surah-Al-Fatihah Untuk merawat pelbagai


2. Selawat Syifa’ Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah Untuk menurunkan


2. Selawat Syifa’ sesuatu, seperti untuk
3. Lauanzalna memudahkan kelahiran
bayi, memulihkan
masalah kesukaran
buang air kecil atau
besar, kesukaran
menelan atau tercekik
tulang dan
seumpamanya.

2 1. Surah-Al-Fatihah Untuk menangani iblis


2. Doa Menghindar Syaitan dan syaitan, terutamanya
3. Salam Selahtera Sulaiman makhluk yang sedang
4. Doa Sulaiman menyerap merasuk
dalam tubuh

3 1. Surah-Al-Fatihah Untuk menghadapi


2. Selawat Syifa’ masalah yang rumit atau
3. Selawat Tafrijiyyah merawat pesakit yang
tidak diketahui puncanya

4 1. Surah-Al-Fatihah Bagi pesakit yang


2. Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood memerlukan rawatan
Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof Segera, seperti pesakit
yang sedang mengerang
Berikan konsentrasi ketika kesakitan.
membaca huruf-huruf potong ini

5 1. Surah-Al-Fatihah Ayat al-Kursi dibaca


2. Ayatul Kursi untuk keselamatan diri,
selepas sembahyang
Untuk memastikan pesakit betul- lima waktu, sebelum
betul sembuh, di mana jin yang tidur atau ketika
merasuk telah keluar daripada diganggu oleh iblis dan
tubuh badan, suruh pesakit mem- syaitan di perjalanan.
baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, Ayat ini juga boleh
dan mengulangi ayat pada wakaf 8 dibaca untuk
& 9 sebanyak 3 atau 7 kali. keselamatan diri,
keluarga, rumah dan
harta benda.

RANGKAIAN ZIKIR
Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada
gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan
sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.

Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca
Surah Yaasin.

RANGKAIAN ZIKIR
Audio (MP3)
(Zikir beramai-
No BACAAN ramai dipimpin oleh
. Tuan Guru Dato' Dr.
Haron Din)

1 Lailahaillallah

2 Muhamadurasulullah

MuhamadunNabiyulla
3
h

MuhamadunHabibulla
4
h

5 Alaihisolatullah
6 AllahHaq

7 AllahHayu

8 YaaQayyum

9 Selawat

Anda mungkin juga menyukai