Anda di halaman 1dari 39

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

BUKU PANDUAN PENILAIAN

PERKARA ASAS FARDHU AIN

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

BUKU PANDUAN PENILAIAN

PERKARA ASAS FARDHU AIN

KOD 01 01 03 04 05 06 08 09 10 12 13 15

TAJUK Mengucap dua kalimah syahadah Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis Cara Berwuduk Cara Mandi Wajib Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamah Solat Fardhu Puasa Adab Terhadap Ibu Bapa Ihsan

KOD : 01
1

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

SOALAN L.1.1 JAWAPAN

Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna

SOALAN

Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah

L.1.2 JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

KOD : 02

RUKUN ISLAM

SOALAN

Sebutkan Rukun Islam satu persatu

L.2.1 JAWAPAN Rukun Islam lima perkara: a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah. b) Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam. c) Mengeluarkan Zakat. d) Berpuasa bulan Ramadan. e) Menunaikan Haji bagi yang berkuasa

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

KOD : 03

RUKUN IMAN

SOALAN

Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

L.3.1 JAWAPAN Rukun Iman enam perkara: (a) Beriman kepada Allah (b) Beriman kepada Malaikat. (c) Beriman kepada Kitab. (d) Beriman kepada Rasul. (e) Beriman kepada Hari Akhirat. (f) Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN

Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.

L.3.2 JAWAPAN Mengaku bahawa Allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

KOD : 04

BERISTINJAK

SOALAN

Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.

L.4.1 JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih. SOALAN Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.

L.4.2 JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih

KOD : 05
5

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

SOALAN

Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikan kain ini.

L.5.1 JAWAPAN Percikkan Air Mutlak di kawasan yang


terkena najis.

SOALAN

Kaki anda terkena najis Mutawassitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

L.5.2 JAWAPAN Bersihkan benda najis daripada tempat


yang terkena najis, kemudian basuh bahagian yang terkena najis itu dengan Air Mutlak sehingga hilang bau, warna, dan rasanya.

SOALAN

Dilantai ini terdapat najis Mughallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

L.5.3 JAWAPAN Bersihkan benda najis daripada tempat


yang terkena najis, kemudian basuh tujuh kali. Basuhan yang pertama dengan air tanah dan enam kali berikutnya dengan Air Mutlak

KOD : 06
6

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

CARA BERWUDUK
SOALAN L.6.1 JAWAPAN
Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

1. Membaca 2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan, tiga kali. 3. Berkumur, tiga kali. 4. Mernasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya, diulang tiga kali. 5. Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:

6. Membasuh muka, tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat, seperti:"Sahaja aku mengangkat Hadas Kecil kerana AllahTaala". Catatan Kawasan muka ialah: Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu, dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri. 7. Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga
7

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR


kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali. 8. Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali. 9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali. 10.Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali. 11.Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit, mengadap Qiblat.

KOD : 08 CARA MANDI WAJIB 8 HADAS BESAR) (MENGANGKAT

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOALAN

Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi

L.8.1 JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah : (a) Keluar mani (b) Haid (c) Janabah (d) Wiladah (e) Nifas (f) Mati selain mati syahid SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

L.8.2 JAWAPAN Cara mandi wajib ialah: 1. Bersihkan badan daripada segala kekotoran 2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan 3. Ambil wuduk 4. Sebut lafaz niat seperti:
9

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

atau

5. Jiruskan Air Mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: " Sahaja aku mengangkat Hadas Besar, fardu atasku kerana Allah Taala" atau "Sahaja aku mandi kerana Haid/Janabah/Nifas, fardu atasku kerana Allah Taala"

Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula
10

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

air ke anggota badan sebelah kiri tiga kali. 6. Ratakan air ke seluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah peha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangan tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

KOD : 09
11

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

AZAN, IQAMAH, JAWAPANNYA DAN DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAH Soalan kepada murid laki-laki Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna. Soalan kepada murid perempuan Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna. JAWAPAN 1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk. 2. Berdiri dan mengadap Qiblat. 3. Meletakkan jari telunjuk di telinga. 4. Mengalun lafaz Azan AZAN SOALAN

PERINGATAN :
12

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

1. Sunat Tarji , iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah :

2. Dalam azan Subuh hendaklah ditambah kalimah:

selepas mengalunkan kalimah :

SOALAN

Murid dikehendaki menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir. Jawapan kepada azan adalah sama seperti yang dialunkan oleh Muazzin.

Dijawab : Dijawab : Azan Subuh Dijawab :


13

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOALAN

Soalan kepada murid laki-laki Anda dikehendaki memperdengarkan iqamah dengan betul dan sempurna

JAWAPAN 1. Berdiri mengadap Qiblat. 2. Menyebut lafaz Iqamah : IQAMAH

14

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOALAN

Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna

JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan. Menjawab Iqamah sama seperti cara menjawab azan. Pada kalimah: Dijawab :

SOALAN

Anda dikehendaki membaca doa selepas azan dan Iqamah. DOA AZAN DAN IQAMAH

JAWAPAN

KOD : 10
15

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOLAT FARDHU
SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi') bacaan-bacaan berikut: (a) Lafaz Niat solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya'. (b) TakbiratulIhram (c) Doa Iftitah. (d) Surah al-Fatihah. (e) Dua surah (pilihan murid). (f) Bacaan Ruku' (g) Bacaan I'tidal. (h) Bacaan Sujud. (i) Bacaan Duduk Antara Dua Sujud. (j) Bacaan Tahiyat. (k) Salam. (l) Bacaan Qunut

JAWAPAN Bacaan-bacaan tersebut ialah: (a) Niat Solat 1. Solat Subuh

Ertinya: Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

16

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOALAN

2. Solat Zuhur

Ertinya: Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala. SOALAN 2. Solat Asar

Ertinya: Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala SOALAN 2. Solat Maghrib

Ertinya: Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala SOALAN 2. Solat Isya

Ertinya: Sahaja aku solat fardu Isya empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

17

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

(b) Takbiratul Ihram (c)Doa Iftitah

(d) (d)Surah Al-Fatihah

18

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

Contoh Dua Surah 1.Surah Al-Kafirun

2.Surah Al-Ikhlas

(f) Bacaan Ruku

(g) Bacaan Itidal

19

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

(h) Bacaan Sujud

(i) Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

(j) Bacaan Tahiyyat Awal:

20

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

Tahiyyat Akhir

(k)Salam

21

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

(l)Doa Qunut

22

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOALAN

Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna. (Soalan ini hanya layak dijawab / dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab Soalan 10.1 di atas)

A10.2 JAWAPAN Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di bawah. Contoh Solat Zuhur:' 1. Berwuduk. 2. Menutup aurat. 3. Mengadap Qiblat. 4. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Rakaat Yang Pertama 5. Menyebut Lafaz Niat:

6. Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan mengadap Qiblat, berserta dengan niat:- "Sahaja aku Solat Fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala".
23

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

7. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan. 8. Membaca doa Iftitah. 9. Membaca surah Fatihah. 10.Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. 11. Takbir Intiqal dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti No. 6 di alas dan Ruku' serta Tuma'ninah sambil membaca Bacaan Ruku' tiga kali. Ruku' ialah membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkok. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di alas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat sujud. 12. l'tidal serta Tuma'ninah dengan membaca Bacaan l'tidal. l'tidal ialah berdiri semula selepas ruku' sambil mengangkat keduadua tangan, dan kemudian meluruskannya ke bawah.
24

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

13. Takbir Intiqal dan Sujud serta Tuma'ninah dengan membaca Bacaan Sujud. Sujud ialah menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan supaya mengadap Qiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan. 14. Takbir Intiqal dan duduk antara dua sujud secara Iftirasy serta Tumaninah dengan membaca Bacaan Duduk Antara Dua Sujud. Iftirasy ialah duduk dengan meletakkan punggung di alas tapak kaki kiri dan mendirikan kaki kanan. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di alas lutut dengan jari dirapatkan, manakala hujung jari menyamai paras lutut. 15.Takbir Intiqal dan Sujud serta Tumaninah seperti No. 13 di atas. I6. Takbir Intiqal dan bangun dari Sujud dan duduk sebentar
25

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

sekadar Tuma'ninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan.

Rakaat Yang Kedua 17. Membaca Surah Fatihah. 18. Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. 19. Melakukan Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud dan Sujud Yang Kedua seperti rakaat pertama. 20. Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara Iftirasy scperti No. 14 di atas, kecuali jari tangan kanan di genggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika menyebut perkataan dalam

jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit. 21. Takbir lntiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan.
26

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

Rakaat Yang Ketiga 22. Membaca Surah Fatihah sahaja. 23. Melakukan Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud, Sujud Yang Kedua, dan bangun berdiri untuk rakaat yang keempat, tanpa mengangkat tangan. Rakaat Yang Keempat 24. Membaca Surah Fatihah 25. Melakukan Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk Antara Dua Sujud, Sujud Yang Kedua. 26.Takbir Intiqal dan duduk Tahiyat Akhir secara Tawarruk, dan membaca Bacaan Tahiyat Akhir. Duduk Tawarruk ialah meletakkan punggung ke lantai dan mendirikan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri di bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jarinya digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri dan jarinya diluruskan dan hujung jari menyamai lutut. 27.Mengucap Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap Salam Kedua
27

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

sambil memalingkan muka ke kiri. 28.Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa:

28

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

KOD : 12

PUASA

SOALAN

Sebutkan lafaz niat Puasa Ramadan dan nyatakan ertinya

JAWAPAN Lafaz niat Puasa Ramadan: Ertinya: Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala.

SOALAN

Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.

JAWAPAN Perkara-perkara yang membatalkan puasa: 1.Makan atau minum pada siang hari dengan segaja. 2.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
29

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

3.Muntah dengan sengaja. 4.Melakukan persetubuhan pada siang hari. 5.Mengeluarkan math dengan sengaja. 6.Keluar darah haid dan nifas. 7.Gila. 8.Mabuk atau pengsan sepanjang hari. 9.Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib 10.Murtad SOALAN Nyatakan Hikmat Puasa

JAWAPAN Antara hikmat puasa : 1. Mengukuhkan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. 2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa dan bersyukur. 3. Dapat menjauhkan diri dari segala dosa dan kejahatan. 4. Mendatangkan kesihatan dan kecerdasan.

30

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

KOD : 13

ADAB TERHADAP IBU BAPA


SOALAN Terangkan jasa dan pengorbanan ibubapa yang mesti dikenang oleh seorang anak?

JAWAPAN Jasa dan pengorbanan ibubapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah: a) b) c) d) e) f) g) SOALAN Mengandung Melahirkan Menyusukan Mengasuh Mendidik Memberi nafkah Mengasihi

Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa?

JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang.
31

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

SOALAN

Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa?

JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa: a)Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka. b)Mendoakan mereka. c)Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan. d)Menghormati sahabat-sahabat mereka. SOALAN Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa?

JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa ialah: a)Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. b)Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa. SOALAN Bagaimana cara berbakti kepada ibu bapa?
32

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

JAWAPAN Cara berbakti kepada ibu bapa ialah: a)Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah. b)Melayani mereka supaya tidak hiba dan kesunyian. c)Merawati mereka ketika sakit. d)Membantu mereka menyempurnakan ibadat seperti menolong mengambil wuduk. e)Menjaga mereka ketika tidak berupaya. SOALAN Sila bacakan doa terhadap ibu bapa.

JAWAPAN Mendoakan ibu bapa dengan kebaikan, keampunan dan rahmat Allah S.W.T., seperti:

SOALAN

Nyatakan akibat derhaka kepada ibu bapa.

JAWAPAN Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang membawa kepada balasan buruk daripada Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat
33

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

KOD : 15

IHSAN
SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan?

JAWAPAN Melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan perkataan lain bahawa: -Allah melihat apa yang anda lakukan -Allah mendengar apa yang anda perkatakan -Allah mengetahui apa yang anda fikirkan SOALAN Sebutkan sifat utama dalam ihsan.

JAWAPAN Sifat utama dalam ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah. SOALAN Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat ihsan?
34

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

JAWAPAN Kebaikan yang diperolehinya ialah: a) Allah sentiasa mengasihinya. . b) Allah melimpahkan rahmat kepadanya. c) Allah mengampuni dosanya. d) Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya. e) Allah memberi ganjaran Pahala f) Jaminan masuk ke syurga. SOALAN Apakah konsep ihsan?

JAWAPAN Melakukan setiap ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul, dengan cara yang terbaik, mengikut peraturan serta IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH S.W.T. Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang minis. Menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan harmoni

35

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

Nyatakan maksud ihsan: a) dalam ibadat b) dalam pekerjaan c) terhadap diri sendiri d) terhadap swains insan e) terhadap binatang f) terhadap alam sekitar JAWAPAN a) Ihsan dalam ibadat ialah: Bersungguh-sungguh dan khusyu' dalam mengerjakan ibadat seperti bangun di tengah malam untuk melakukan solar tahajjud. b) Ihsan dalam pekerjaan ialah: Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan berkualiti. c) Ihsan terhadap diri sendiri ialah: Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan kebahagiaan di duniacdan di akhirat dengan imam, ilmu, harts benda dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk kebinasaan
36

SOALAN

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

seperti minum arak, mengambil dadah, berjudi, zina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad. a)Ihsan dalam ibadat ialah: Bersungguh-sungguh dan khusyu' dalam mengerjakan ibadat seperti bangun di tengah malam untuk melakukan solar tahajjud. b)Ihsan dalam pekerjaan ialah: Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan berkualiti. c)Ihsan terhadap diri sendiri ialah: Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan kebahagiaan di dams dan di akhirat dengan imam, ilmu, harts bends dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah, berjudi, zina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad.

37

PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) UPSR

d)Ihsan terhadap sesama insan ialah: Melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti, memberikan pertolongan, bersikap adil, belas kasihan dan berperi kemanusiaan. e)Ihsan terhadap binatang ialah: Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas dalam nature dan habitatnya. Jika melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik seperti menggunakan pisau yang tajam. f)Ihsan terhadap alam sekitar ialah: Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih dari segala bentuk kekotoran, pencemaran dan kerosakan. Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah untuk dinikmati dan didiami.

38

Anda mungkin juga menyukai