Anda di halaman 1dari 19

7.

1 TAZKIYATUN NAFS

OBJEKTIF

1. Melahirkan kesedaran dikalangan ahli terhadap kepentingan Tarbiyah Ruhhiyah dan istiqamah dengan
amalan2 taskiah Nas

KAEDAH
HURAIAN RUJUKAN
PELAKSANAAN

 Kepentingan tarbiah Ruhhiyah kepada  Perbincangan BUKU dan PENULIS


diri sendiri  Check-list 1. Tarbiyah Ruhiyah: Abdullah Nasih Ulwan
 Asas -asas kerohanian Islam amalan 2. Sistem – sistem Islam: Abu Urwah
 Teras Kerohanian Islam ruhhiyah 3. al-Muntalaq: Muhammad Ahmad ar-
 Unsur – unsur kekuatan rohani Rashid
 Penyakit – penyakit rohani dan proses KERTAS KERJA/ARTIKEL dan PENULIS
pengislahannya. 1. Tarbiyah Ruhiyah dan Kesannya
 Amalan2 lazim untuk para dhu’at
MUQADDIMAH

Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah


perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di
manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang
menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di
mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan commitment
terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang
yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian
sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu
membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
(Surah Al-Baqarah : ayat 44)

Oleh itu bagi pendokong-pendokong gerakan Islam, Tarbiyyah


Ruhiyyah merupakan satu perkara yang penting di dalam merealisasikan
kerja-kerja dakwah dan perjuanagnnya. Mereka yang selalu menekankan
tarbiyyah ruhiyyah yang diberikan oleh Allah akan kekuatan dan ruh
perjuangan untuk terus cekal dan istiqomah di dalam perjuangan ini. Di
dapati dalam Sirah bahawa rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya
membangunkan agama Islam dalam keadaan lemah dan sedikit pada
awalnya tetapi mereka mampu untuk menjadi kuasa yang digeruni oleh
musush-musuh Islam kerana tarbiyyah yang Rasululah saw terapkan, iaitu
Tarbiyyah aqidah dan Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadikan mnereka
golongan yang tidak pernah gentar dengan kekuatan musuh yang jauh
berkali-akli ganda. Inilah istimewanya Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadi
asset kepada jamaah untuk mendapat kekuatan baru mendepani musuh-
musuh Islam dari pelbagai peringkat.

Orang-orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam dai hari


Akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak dapat menyelamat dirinya
dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya.
Sebaliknya orang-orang yang beruntung mengikut neraca Islam ialah
orang-orang yang dapat menyelamatakan dirinya dari seksaan Allah di Hari
Akhirat kelak.
Bukankah kita telah mendengar Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beirman, mengapa kamu
mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar
kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak
akmu lakukan”
(Surah As-Soff : 2-3)

Justeru dibentangkan beberapa cirri-ciri keimanan yang dapat


dijadikan panduan supaya sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah swt di
dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang mendatang.

TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan tarbiyyah Rabbaniyyah kepada para


anbiya’ sebagai persiapan untuk memikul tugas menyampaikan da’wah
Islamiyyah dan konsep pentarbiyyahan ini mestilah menjadi panduan
kepada rijal hizbullah yang merupakan pewaris anbiya’. Di antara
halangan-halangan kepada pendokong gerakan Islam ialah lemahnya
aspek ‘tazkiyatunnafs’ di dalam diri mereka. Oleh kerana itu menjadi
kewajipan untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui
ibadat-ibadat hati. Agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek
lahiriyyah tetapi ianya juga mementingkan aspek ruhaniyyah, tanpa ada
kesinambungan di antara kedua-dua aspek ini agama Islam tidak akan
tertegak. Yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Ruhiyyah ialah penyucian
diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid
kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasul saw.

KEPENTINGAN TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah amat penting kepada penyokong gerakan Islam


kerana ianya menjadi benteng kepada cabaran-cabaran yang akan
ditempuhnya. Tanpanya boleh menjerumuskannya ke dalam golongan
orang-orang yang gugur di dalam jalan da’wah. Oleh itu daie mestilah
melengkapkan dirinya dengan proses pentarbiyyahan seperti berikut:

 Ilmu

Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu


mendekatkan diri kepada Allah, dalam erti kata Tarbiyyah Ruhiyyah,
kerana proses pengabdian kepada Allah memerlukan kepada tafsiran-
tafsiran ilmu yang benar. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh
syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri
dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah
dan terbimbing. Oleh itu para dair perlulah melengkapkan diri dengan
aspek keilmuan agar mereka sentiasa terdidik dan mampu membedakan
antara kehendak syiatan dan juga kehendak Allah swt. Ilmu mestilah
diambil mdan dipelajari dari guru yang mursyid, yang mampu menjjadikan
kata-katanya sebagai perbuatan dan amalan harian hidup mereka.

 Amal di medan (menyampaikan)

Ilmu yang dipeoleh perlu disebarluaskan dan disampaikan melalui medan


dakwah. Kadang-kadang ramai yang terpedaya dengan

CIRI-CIRI KEIMANAN

Di dalam surah At-Taubah Allah swt menerangkan tentang cirri tersebut di


dalam firmanNya:
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang
beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (melawat),
yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan
mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum-hukum
Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu”
(Surah At Taubah ayat 112).

1. At-Taibun (orang yang bertaubat).

Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri para daie ialah taubat. Para daie
dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat- apa sahaja
bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang dilakukan
oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka
sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolonga dalam ‘amal maksiat
(dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon
keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan
Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:
“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan
kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang
bertaqwa”
(Surah Ali Imran : ayat 133)

Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon


keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang
yang beriman. Firman Allah swt:
“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau
menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu
memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan
siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu
sedangkan mereka mengetahui”
(Surah Ali Imran: ayat 135)

Keperluan para daie mengawal dirinya darei melakukan maksiat


hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang
remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong para pejuang Islam
melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi saw
yang bermaksud:
“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri
seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”

untuk mewujudkan sifat Ta’ibun para daie hendaklah mempunyai


saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik,
dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. Dengan cara ini ia telah
menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan,
sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan
jiwa itu dan seseungguhnya rugilah orang-orng yang
mengotorinya”.
(Surah Al-Syams: ayat 7-10)

Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat


dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di
antara manusia denagn Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat,
manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-

i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.


ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.
iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.
iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau
memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada
manusia)
2. Al-Abidun

Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan para anggota jamaah
adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka
yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk,
begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu
mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana Firman
Allah swt:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk
mengabdikan diri kepadaKu”
( surah Az-Zariyat : ayat 56)

Apabila Allah telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah
dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala
perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti ini
memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan
seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai
dengan pengakuan:
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam”
(Surah Al An’am: ayat 162)

Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka


tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti
tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah
swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.
Ini juga beerti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia
samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang
lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada
hambaNya.

Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah


kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini
juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga,
berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredhaiNya.

3. Al-Hamidun

Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka


terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan
kesyukuran dan pujian terhadapnya sedangkan anggota tubuh badan pula
mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah.

Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari para penda’wah untuk
mengucapkan kesyukuran terhadap Allah. Bukankah mereka orang-orang
yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman. Firman Allah swt:
“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu laksana cahaya yang
denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara
hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kami benar-benar
memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.
(Surah Al-Syura: ayat 52)
Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat
dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang
dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan
menjadi bukti terhadap nikmat Allah yang amat banyak. Allah swt
berfirman:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan
tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan menciptakan padanya bulan
sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan
Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya
kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan
mengeluarkan kamu daripadanya pada hari qiamat dengan
sebenar-benarnya”.
(Surah Nuh : Ayat 15-18)

Memang segala nikmat ini dan lain-lain lagi yang memenuhi alam
semesta menjadi bukti atas kemurahan dan pemberian Allah serta kasih-
sayangnya terhadap hamba-hambaNya. Pernyataan terima kasih dan
syukur terhadap nikmat itu hanya dapat disempurnakan apabila seseorang
itu mempergunakan segala nikmat itu dalam amal-amal yang diredhai oleh
Allah yang memberi nikmat tersebut. Inilah perintah Allah swt di dalam
banyak ayat-ayat Qur’an, antaranya:
“Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula
kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu
mengingkari nikmatKu”
(Surah Al Baqarah: ayat 152)
Allah akan meredhai seseorang hambaNya yang memakan sesuatu
makanan kemudian ia bersyukur di atas nikmat makanan itu atau
hambaNya yang meminum sesuatu minuman kemudian ia bersyukur atas
nikmat minuman itu.

Para pendakwah seharusnya memuji dan mensyukuri Allah di dalam


masa senang dan susah, di dalam kesempitan dan kemewahan, sehingga
mereka termasuk di dalam golongan manusia yang dinyatakan oleh
Rasulullah saw sebagai:
“Amat menakjubkan keadaan hidup orang-orang mukmin
(dimana) seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya.
Sekiranya ia mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ia
mendapat kebajikan dengannya. Sekiranya ia ditimpa
kesusahan dari ujian dan bencana ia bersabar maka ia
mendapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada di dalam
kehidupan manusia lain kecuali bagi orang mukmin sahaja”

4. Al-Saihun

Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan


perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi.
Pengembaraan pra mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan
segala sesuatu yang disekelilingnya. Allah berfirman:
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran
Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang
mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau
menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah
kami dari api neraka”
(Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Alangkah perlunya para daie kepada pengembaraan meneroka dan


menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi
bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa
keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong
mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.

Alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-


pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan
kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana
kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan
musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam.
Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan
usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran
ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan
bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-
rasul)”
(Surah An Nahl: Ayat 36)

Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt,


meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-
tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah
dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai
kecenderungan, keinginan dan rupa paras. Keimanannya pasti akan lebih
kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga
keimanannya akan semakin mendalam.

5. Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)

Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang


mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki
hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu
memelihara solatnya sammada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring
mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan. Firman Allah swt:
“(mereka yang mendapat pancaran Nur Ilahi)- ialah “laki-laki
nyang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual
beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan solat dan (dari)
membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana
pada hari itu hati dan penglihatan menjadi gentar dan gemuruh”
(Surah An Nur : ayat 37)
Para pendakwah terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai
hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan
cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan
golongan Al Salaf Al Saleh dan berkembangnya da’wah yang dibawa oleh
mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah.
Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam melaksnakan amalan-
amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan. Allah swt
berfirman:
“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir
malam mereka memohon ampun (kepada Allah)”
(Surah Az Zariyat: ayat 17-18)

6. Al-Amiru bil Ma’ruf Wanahu Anil Mungkar

Amar Ma’ruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin.


Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim benarnya selama ia tidak
melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan
masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah para daie akan
dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan,
pembimbing dan juga sebagai pemimpin.

Amar ma’ruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang


diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani
dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan
mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang
beruntung”
(Surah Ali Imran : ayat 104)

Disamping itu di dalam hadith-hadith nabawi pula terdapat banyak


keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi
keterangan Al-Qur’an tentang kewajipan berdakwah amar ma’ruf nahi
mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran.
Umpamanya sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia
mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu
hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan
jika ia tidak mampu (juga) maka hendaklah (membenci dan
menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman
walaupun sebesar biji sawi”
(Riwayat Muslim)

Rasulullah saw begitu menekankan keperluan melaksanakan tugas ini


yang dianggap sebagai kunci kedamaian dan kebahagiaan masyarakat.
Rasulullah saw bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada dalam kekuasaanNya
hendaklah kamu meyuruh yang ma’ruf, melarang kemungkaran
(jika tiada) Allah akan menimpakan ke atas kamu siksanya
kemudian kamu berdoa kepadaNya tetapi doa kamu tidak akan
diperkenankan”

Hakikatnya banyak sekali dalil-dalil daripada Al-Qur’an dan As-


Sunnah yang menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan
amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan. Sebenarnya tujuan Allah
dan RasulNya menyuruh kepada perkara yang sedemikian tidak lain
supaya membina kesejahteraan umat manusia, supaya manusia hidup
dalam rukun damai dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Justeru para daie harus menyedari bahawa di antara syarat penting


menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar, ialah perlunya mereka
menjadi qudwah hasanah contoh tentang da’wah yang menjadi seruannya
kepada orang ramai. Menjadi qudwah kepada perkara yang disuruh orang
melakukannya dan di dalam perkara yang dilarang orang lain
meneruskannya. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya maka sia-
sialah amalnya dan hilanglah ganjaran untuknya.
7. Wal Hafizuna LiHududillah

Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-


perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-
perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna
tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan
menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah
menjadi satu perkara yang wajib.

Kehidupan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan


yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah. Landasan
pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya
dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab
individu orang yang mukmin baik laki-laki mahupun perempuan
sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka
dipanggil kepada Alah dan RasulNya agar Rasul menghukum
(mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar
dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung”.
(Surah AnNur ayat 51)
“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tida (pula) bagi
perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya telah
menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan
(yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa
mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia
telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata”
(Surah Al-Ahzab : ayat 36)

Landasan kedua- Para daie hendaklah segera bekerja bagi mencapai


matlamat menegakkan dan memelihara hukum-hukum Allah secara
keseluruhannya. Iaitu dengan menegakkan Daulah Islamiyyah yang
melaksanakan hukum-hukum Allah di dalam pemerintahan. Ini adalah
kewajipan dan tanggungjawab ‘amal jamaiy’ yang tidak akan gugur
wajibnya dari pundak orang-orang Islam sehinggalah ia terlaksana dan
matlamatnya tercapai ataupun para pendokongnya menjadi syuhada’. Allah
menegaskan:

“Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman


sehingga mereka menjadikan engkau (hai Muhammad) hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian
mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan
terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka
menerima dengan sepenuhnya”
(Surah An Nisa : ayat 65)
RUJUKAN

1. Bahtera Penyelamat Dalam kehidupan Pendakwah. Fathi Yakan. Dewan


Pustaka Fajar, Shah Alam:1985.

2. Kertas kerja Tafaqquh Fiddien : tarbiyyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah


dalam Gerakan Islam. Dibentangkan untuk seminar Tahun Akhir (SMART
1) Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz. AGI:SMART, 2003 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai