Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR,


JALAN SIKAMAT, 70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

No. Rujukan :
Tarikh : 15 Ogos 2018
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat,
70400 Seremban.

Puan,
MEMOHON KEBENARAN PENGECUALIAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas, saya Nurul Husna binti Azmi pelajar Ambilan Jun
2016, dengan ini memohon pengecualian dari praktikum di SK Taman Rasah Jaya mulai tarikh
17 Ogos 2018 jam 7.00 pagi.

3. Untuk pengetahuan puan, hal ini adalah kerana saya terlibat dengan Sukarelawan
Jawatankuasa Pelajar Konvensyen Kali ke 9 Institut Pendidikan Guru KPM yang bertempat di
IPG Bahasa Melayu, Kuala Lumpur yang memerlukan komitmen saya bermula 17 Ogos 2018
hingga 20 Ogos 2018.

4. Kami berharap agar pihak puan dapat pertimbangkan permohonan ini. Kerjasama daripada
pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.

.Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,

…………………..............
(NURUL HUSNA BINTI AZMI)
Guru Pelatih
IPG Kampus Raja Melewar
PISMP Ambilan Jun 2016
Yang Di-Pertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2018/2019,
IPG Kampus Raja Melewar.

Anda mungkin juga menyukai