Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA :
MENYERTAI KEJOHANAN RAGBI 10’S RAJA MELEWAR
DAN KEJOHANAN BOLA JARING
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

ANJURAN:
KELAB RAJA MELEWAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENGENALAN

Ragbi dan bola jaring merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah
satu aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang mahasiswa terutamanya
mahasiswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI). Justeru,
Kelab Ragbi dan pasukan bola jaring IPG Kampus Ipoh ingin menyertai
kejohanan yang dianjurkan oleh IPG Kampus Raja Melewar. Berbekalkan
pengalaman menyertai Kejohanan Ragbi 10’s dan Bola Jaring di IPG Raja
Melewar pada tahun 2011, 2012 dan Kejohanan Ragbi 10’s di IPG Dato’ Razali
Ismail pada tahun 2012 serta Kejohanan Ragbi 10’s di IPG Kampus Ilmu Khas
2013. Dengan menyertai kejohanan ini maka mahasiswa guru boleh
mengharumkan nama IPG Kampus Ipoh di peringkat IPG.

2.0 RASIONAL

Penyertaan kejohanan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan corak


permainan pasukan ragbi dan bola jaring. Aktiviti ini dapat memupuk minat pada
mahasiswa guru untuk bermain permainan ragbi seterusnya mewakili institut
pada masa akan datang dan mengharumkan nama IPG Kampus Ipoh dalam
bidang sukan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa guru dalam menunjukkan
bakat dalam permainan ragbi dan bola jaring dengan pengalaman yang
lebih luas.
3.2 Mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara institusi.
3.3 Memelihara dan memberi kesedaran kepada mahasiswa guru supaya
bersenam dan bersukan di padang untuk mendapat tubuh badan yang
sihat.
3.4 Menguji komitmen setiap mahasiswa guru dalam melaksanakan tugasan
berkumpulan dengan sempurna.

4.0 MATLAMAT
Memastikan setiap pemain mempunyai matlamat dalam kehidupan. Mengetahui
tahap prestasi pasukan ragbi dan bola jaring IPG Kampus Ipoh. Selain itu dapat
membaiki kelemahan yang terdapat dalam strategi permainan ragbi dan bola
jaring untuk maju kehadapan.

5.0 TARIKH / TEMPOH


Tempoh kejohanan ini akan berlangsung pada 11 Oktober 2014 hingga 12
Oktober 2014.

6.0 TEMPAT
Padang Ragbi dan Bola Jaring Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Ahli Kelab Ragbi dan pasukan bola jaring Insititut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

8.0 AHLI MENGIKUTI KEJOHANAN


Rujuk lampiran 1.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk lampiran 2.

10.0 SUMBER KEWANGAN


IPG dan Akaun Amanah Pelajar.

11.0 PENGANGKUTAN
Bas IPG Kampus Ipoh.
12.0 PENUTUP
Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan daripada pihak
tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(MOHAMAD ZULHELMI BIN MD ISA)
Setiausaha Kelab Ragbi ,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disemak oleh,

……………………………………………
(ENCIK KANAISAN A/L KANAPATHY)
Pensyarah Penasihat,
Kelab Ragbi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disokong oleh,

……………………………………………
(ENCIK ZULKIPLY BIN MOHD NOR)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Diluluskan oleh,

……………………………………......
(TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN RAGBI 10’S DAN BOLA JARING


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.

PERKARA HARGA /UNIT JUMLAH

Penginapan RM 10.00 x 40 orang x 2 Hari RM 800.00

Minuman / Makanan RM10.00 X 40 orang X 3 Hari RM1200.00

Pengangkutan (Bas IPG Kampus Ipoh)

Jumlah RM 2000.00

Anda mungkin juga menyukai