Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 4 Jauhari Bilangan murid : 28 orang


Tajuk : Unit 27 : Jaguh Melompat
Tarikh : 10 Ogos 2016 Masa : 8.40-9.10pagi
Standard kandungan :
1.10 Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul.
2.10 Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas lompatan.
5.2 Berkebolehan menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
Standard pembelajaran:
1.10.1 Berlari dan melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
2.10.2 Mengenal pasti cara mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.

Objektif pembelajaran : Pada sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran murid:


1. Psikomotor : melakukan larian dan lompatan menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki
dengan lakuan yang betul sekurang-kurangnya 3 kali daripada 5 kali percubaan.
2. Kognitif : menyatakan secara lisan cara mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lakuan yang betul.
3. Afektif : menunjukkan keyakinan diri ketika melakukan pergerakan lompatan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Berani tanggung risiko, mematuhi arahan

Bahan Bantu Belajar: Skitel, Wisel, Lagu, Gelung


Bahagian / Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan/Strategi PdP Catatan
Masa

Permulaan 1. Memeriksa 1. Guru memeriksa kehadiran murid. Alatan:


( minit) kehadiran, 2. Guru memeriksa kekemasan pakaian Wisel, skital,
pakaian dan murid.
kesihatan 3. Guru menanyakan kesihatan murid dan Strategi:
murid. menasihatkan murid menjalankan aktiviti Memusatkan
mengikut kemampuan. guru dan
4. Guru memastikan tahap kesihatan murid.
pelajar dan menasihati murid yang kurang
sihat supaya melakukan aktiviti mengikut Strategi :
kemampuan sendiri. -TKP (kinestik)

Nilai :
-mematuhi
2. Memanaskan - Meningkatkan suhu badan untuk arahan,
badan. aktiviti regangan
- Mewujudkan keseronokan
- Menyediakan otot untuk melakukan
aktiviti selanjutnya.

1. Murid memanaskan badan dengan


melakukan larian setempat.
2. Murid perlu bergerak mengikut tiupan
wisel guru.
3. Contoh :
Apabila guru meniup wisel sebanyak
sekali murid perlu berlari secara perlahan
dan apabila guru meniup wisel sebanyak
dua kali murid perlu berlari dengan pantas.
4. Tiup sekali – berlari perlahan
Tiup dua kali – berlari pantas
3. Senaman - Regangan otot:
regangan. Kepala, badan, kaki 1. Melakukan regangan otot di bahagian
kepala sebanyak kiraan 8 kali.
2. Melakukan regangan otot di bahagian
badan sebanyak kiraan 8 kali.
3. Melakukan regangan otot di bahagian kaki
sebanyak kiraan 8 kali.

4. Set Induksi. Gambar Lompatan 1. Guru menunjukkan gambar seorang yang


sedang melompat.
2. Guru menyoal:
“Apakah yang kamu lihat dalam gambar
ini?”
3. Ramalan jawapan murid:
-------------
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
kemahiran yang akan dipelajari pada hari
ini iaitu “Kemahiran Melompat”

Perkembangan 1. Penerangan Guru memberi penerangan tentang cara 1. Guru memberitahu murid bahawa mereka Alatan :
( minit) dan melakukan lompatan sebelah kaki. akan belajar “Kemahiran Melompat” Skitel, wisel,
demonstrasi gelung,
guru. 2. Guru memberi penerangan tentang cara
melompat sebelah kaki dan mendarat Strategi:
a) Kedudukan dengan kedua-dua belah kaki. Memusatkan
Langkah 1 badan semasa guru dan murid
melakukan
lompatan
sebelah kaki.
Fasa pergerakan
- Badan tegak.
- Sebelah kaki diangkat 90 darjah.
- Sebelah kaki lagi dibiarkan lurus
- Ketika melompat, kaki yang lurus
akan dibengkokkan sedikit untuk
membuat tolakan ke hadapan.

b) Kedudukan
badan semasa
membuat
lompatan
sebelum
mendarat.
Fasa pergerakan
- Kaki diangkat ke belakang
- Badan ditolak ke hadapan
- Tangan dihayun

c) Kedudukan
badan semasa
mendarat
dengan kedua
belah kaki.

Fasa pergerakan
- apabila badan mula jatuh, tangan
dan kaki dirapatkan
- tangan dan kaki digerakkan ke
hadapan
- bila tumit mula mencecah tanah,
tangan digerakkan ke belakang dan
kemudian ke hadapan.
- Kaki dibengkokkan sedikit untuk
menyerap daya.

Langkah 2 2. Latih tubi 1. Murid dalam kumpulan kecil. 1. Guru meminta murid-murid untuk
2. Murid pertama akan lompat dengan mengikuti fasa-fasa pergerakan yang telah
a) Melompat kaki kanan dan mendarat dengan ditunjukkan oleh guru sebentar tadi.
sebelah kaki kedua-dua belah kaki di A, lompat
dan mendarat dengan kaki kiri dan mendarat 2. Minta murid melakukannya dengan betul
dengan kedua dengan kedua-dua belah kaki di B, dan tepat.
belah kaki. dan lompat dengan kaki berselang-
seli ke tempat permulaan untuk
mencuit rakannya.
3. Murid bergilir-gilir melakukan aktiviti
tersebut.

1. Murid diminta untuk masuk ke dalam Alatan :


Kemuncak Permainan Kecil : kawasan yang telah ditandakan dengan Gelung, skitel,
( minit) “Bulatan Selamat” skital mengikut kumpulan kecil yang telah wisel, lagu
ditetapkan.
2. Murid akan melompat dengan
menggunakan sebelah kaki di dalam
kawasan mengikut irama lagu.
3. Apabila lagu berhenti dan wisel
dibunyikan, murid perlu mendarat dengan
kedua-dua belah kaki ke dalam mana-
mana gelung yang hampir dengan pantas.
4. Setiap gelung hanya boleh mempunyai
seorang murid sahaja di dalamnya.
5. Aktiviti ini diulang sehingga habis semua
kumpulan melakukannya.
6. Aktiviti ini akan dilakukan sehingga tinggal
seorang pemenang sahaja.

Penutup 1. Menyejukkan - Pergerakan ringan menggerakkan 1. Murid diminta berkumpul di hadapan guru. Strategi :
( minit) badan anggota badan mula dari bawah ke 2. Murid menjalankan aktiviti menyejukkan Memusatkan
atas. badan dengan melakukan pergerakan murid.
ringan dari kaki kemudian badan
kemudian kepala.

2. Tarik nafas. - Menarik nafas secara dalam dan 1. Tarik dan hembus nafas sebanyak 3 kali
menghembus keluar. dan akhirnya sebut “Hurray”.

3. Bersoal-jawab 1. Guru menyoal:


“Apakah fasa pergerakan yang perlu diberi
perhatian semasa melakukan lompatan?”
2. Ramalan jawapan murid:
- -Badan tegak.
-Sebelah kaki diangkat 90 darjah.
-Sebelah kaki lagi dibiarkan lurus
-Ketika melompat, kaki yang lurus akan
dibengkokkan sedikit untuk membuat
tolakan ke hadapan.

4. Rumusan 1. Guru membuat kesimpulan terhadap P&P


hari ini.

5. Penyimpanan 1. Guru memastikan murid menyimpan


peralatan peralatan mengikut peraturan yang
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai