Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

PROGRAM INTERNSHIP SEMESTER 8

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN LIMA

1.0 TAJUK : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PANTUN DALAM PETA I THINK


BERWARNA

2.0 PENGENALAN

Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai
bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan
didik hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur dilihat dapat
mengupayakan dan membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah
daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan
secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa
dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile,
peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh
itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat
melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)


yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya.
Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan
minat murid-murid tahun Lima Cempaka di SK Bandar Baru Sri Damansara 2
untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran pantun yang dianggap sukar dan
membosankan.
3.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis .

2. Membentuk minat belajar Bahasa Malaysia menggunakan kaedah yang baru

3 .Meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam pembelajaran puisi.

4 .Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan


menggunakan kaedah pembelajaran di luar kebiasaan

4.0 RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh
secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar

5.0 SASARAN

Murid Tahun Lima Cempaka, di SK Bandar Baru Sri Damanasara 2, terutamanya yang
menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran memahami pantun.

6.0 TARIKH

10 Ogos 2015 – 04 September 2015

7.0 TEMPAT

Bilik darjah Lima Cempaka , SK Bandar Baru Sri Damansara 2

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Encik Harun bin A.Rahim - Guru besar

Penasihat : 1. Puan Noraimi binti Abdul Latif - Guru Penolong Kanan Kurikulum

2. Encik Jamali bin Said - Guru Penolong Kanan HEM

3. Puan Nurul Hidayah binti Ramli - Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru

Pembimbing : Encik Fauzul Anuar bin Jamari

Ahli

Jawatankuasa : Natrah binti Ali - Pelajar IPG Semester 8

Abu Handalah bin Hassan - Pelajar IPG Semester 8


9.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam pembelajaran pantun menggunakan kaedah peta I
think berwarna.

BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

1 13 Ogos 2015 Memilih jenis pantun 4 kerat bertemakan Guru Pelatih


budi bahasa untuk digunakan dalam
projek inovasi pdp.
Melengkapkan Rancangan Pengajaran
Harian untuk disemak oleh guru
pembimbing
2 18 Ogos 2015 Menjalankan sesi pdp dengan Guru Pelatih
perancangan RPH kali pertama.
3 20 Ogos 2015 Menambah baik RPH kali pertama Guru Pelatih dengan
setelah menilai tahap penguasaan murid bimbingan guru
penyelia.
4 25 Ogos 2015 Menjalankan pdp kali kedua Penyeliaan guru
pembimbing
5 27 Ogos 2015 Menjalankan sesi pdp kali ketiga dan Penyeliaan guru
rakaman video pembimbing

10.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL ITEM UNIT HARGA JUMLAH JUMLAH


UNIT UNIT

11.0 Peralatan

ITEM UNIT

12.0 PENUTUP

Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dilihat
bersifat sebagai satu pendekatan didik hibur dalam kaitannya dengan pedagogi KSSR.
Saranan murni ini juga perlu dijadikan sebagai usaha untuk memperkaya strategi dan
pendekatan PdP guru. Dalam hal yang bersifat modal insan, penguasaan pelbagai kaedah,
pendekatan dan teknik dalam PdP bukan sahaja dapat memperlihatkan bakat terpendam
seseorang guru malah lebih penting daripada itu ialah bagaimana seseorang guru mampu
menjadikan dirinya seorang “pelakon” yang seimbang dalam konteks jasmani, emosi rohani
dan intelek. Manakala murid yang berperanan sebagai pelajar pula akan dapat melihat
seterusnya mewarisi ciri kreativiti yang dimiliki oleh guru. Di samping seronok menikmati isi
pelajaran, guru dan murid sebenarnya telah berganding bahu mencipta suasana yang
harmoni di dalam bilik darjah khususnya dalam waktu PdP yang pendek tetapi amat berat
tanggungjawab pengisiannya..

Disediakan oleh,

………………………………………

NATRAH BINTI ALI

PELAJAR PPG – IPGKBM

KELAS 8 BM b

Disemak oleh,

……………………………………

ENCIK FAUZUL ANUAR BIN JAMARI

GURU PEMBIMBING

Disahkan oleh,

………………………………………

ENCIK HARUN BIN A.RAHIM

GURU BESAR

SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2

Anda mungkin juga menyukai