Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2024 / 2025

Tarikh : 27 Mac 2023


Masa : 1.50-3.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Ibnu Khaldun
Pengerusi : Puan Noratikah binti Abidin
Kehadiran :

1. Puan Noor Adzlyin binti Abu Bakar( Penolong Kanan Pentadbiran)


2. Puan Noratikah binti Abidin (KP )
3. Puan Umi Salmah binti Abu Bakar (SU)
4. Puan Mazlina binti Yahya
5. Puan Haliza binti Hussian
6. Puan Shalmiza binti Shaari
7. En. Khairul Anuar bin Abu Kasim
8. En. Muhammad Mazran bin Zawawi
9. En. Muhamad Shaifulahnaim bin Abd Razak
10. En. Farid bin Hasan
11. En. Razman bin Osman
12. Puan Maizatu Aklima binti Harun
13. En. Muhammad Suhukor bin Idris
14. Puan Kamariah binti Abu Mansur
15. Puan Zaiton binti Othman
16. Puan Arizawati binti Shamsuddin
17. En.Fakrul Husaini bin Abdul Malik ( Guru Pelatih)
18. En. Khairil Hilmi bin Mohd Khairi ( Guru Pelatih)
19. En. Muhammad Fauzan Amir bin Kamarudin ( Guru Pelatih)

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pelantikan AJK Panitia
4. Belanjawan
5. Analisis PBD / UASA
6. Perancangan Strategik
7. Program Kecemerlangan Panitia
8. Penetapan Dasar Panitia
10. Hal-hal lain
11. Penutup
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Pn.
Noor Adzlyin binti Abu Bakar ( PK Pentadbiran ) dan guru-guru dalam
mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali pertama bagi sesi persekolahan 2023 /
2024.
.
1.2 KP menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan usaha yang padu
daripada guru-guru Bahasa Melayu untuk sesi 2023. KP mengharapakan guru-
guru terus berusaha meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu kerana mata
pelajaran ini merupakan tunjang utama mata pelajaran yang lain.

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan tahniah atas kerjasama dan
komitmen guru menyampaikan ilmu kepada murid-murid dalam pelbagai cara.

2.2 PK memberi input berkaitan kunjungan JPN Pahang berkaitan MOBIM. PK


juga mengingatkan guru-guru supaya menyediakan RPT mengikut kesesuaian
dan takwim persekolahan.

2.2 PK mePemantapan ini dapat diterapkan menerusi pengajaran dan


pembelajaran, perancangan aktiviti dan program yang berkaitan serta lain-lain
lagi. Pemantapan pengajaran Bahasa Melayu dapat menerapkan budaya
menggunakan bahasa yang betul dan tepat serta membantu murid-murid
menguasai kemahiran 3M secara menyeluruh.

2.3 PK juga memohon agar guru-guru memantapkan penguasaan kemahiran


Bahasa Melayu murid-murid tahap satu agar mereka dapat memahami dan
menaakul maklumat dan kemahiran dari peringkat awal dan berterusan ke
peringkat tertinggi.

Tindakan : Makluman

3. PELANTIKAN AJK PANITIA


3.1 Pelantikan Penyelaras Tahun

TAHUN NAMA GURU


Tahun 1 Puan Kamariah binti Abu Mansur
Tahun 2 Puan Zaiton binti Othman
Tahun 3 Encik Muhammad Suhukor b Idris
Tahun 4 Encik Muhamad Shaifulahnaim
Tahun 5 Encik Razman bin Osman
Tahun 6 Puan Umi Salmah binti Abu Bakar

Tindakan : Makluman

4. BELANJAWAN

4.1 Sila rujuk perincian belanjawan dalam lampiran belanjawan.


4.2 KP juga telah meminta guru-guru memesan barangan dan peralatan yang
diperlukan untuk pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Serahkan senarai pesanan tersebut kepada KP secepat mungkin.

Tindakan : Makluman

5. ANALISIS PBD / UASA- 2022/2023

5.1 Sila rujuk lampiran

5.2 Guru-guru diminta mengenal pasti pencapaian murid-murid masing-masing


terutamanya untuk PBD dan UASA. Seterusnya, guru-guru perlu menilai
kekuatan, kelemahan dan perbandingan antara pencapaian TP murid dalam PBD
dan UASA. Guru mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan yang
timbul.
Tindakan : Makluman

6. PERANCANGAN STRATEGIK

6.1 Perancangan strategik yang akan dirancang hendaklah memberi fokus mengikut
jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

6.2 Program jangka pendek akan memberi fokus dan tumpuan bagi murid-murid
aliran
perdana dan tahap TP yang sederhana. Aktiviti yang dirancang akan membantu
murid-murid ini memperoleh sekurang-kurangnya TP 4.
Tindakan : Makluman

7. PROGRAM PANITIA

7.1 Program Bulan Bahasa akan terus dilaksanakan dengan bergabung dengan Pusat
Sumber Sekolah ( PSS).

7.2 Program Kaya Kosa Kata akan dijalankan di dalam kelas pada waktu awal
pembelajaran. Fokus program akan dijalankan dalam penggal pertama antara
bulan
Mac hingga Jun. Guru akan meminta murid-murid menyalin sekurang-kurangnya
lima kosa kata setiap hari. Murid boleh menggunakan buku tulis yang sama.
Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kalangan murid tahap satu dan dua.

7.3 Program Cakna Bahasa pula disasarkan dalam penggal kedua iaitu antara bulan
Julai hingga September. Murid-murid diminta membina ayat yang lengkap
dengan
struktur ayat yang betul. Sasarannya adalah untuk murid-murid tahap satu dan
dua
mengikut kesesuaian sekurang-kurangnya satu ayat.
7.4 Program Tinta Emas pula akan dijalankan dalam penggal ketiga antara bulan
Oktober hingga Januari. Aktiviti menyalin karangan yang lengkap. Guru boleh
memberikan pelbagai bahan rangsangan yang sesuai dengan tahap kefahaman
murid-murid.

Tindakan : Makluman
.

8. DASAR PANITIA
8.1 Penetapan Buku Latihan

Bil Tahap Jumlah Buku


1 1 1 buku garis 3 & 1 buku
panjang
2 2 2 buah buku panjang

8.2 Semakan buku latihan boleh dilihat dalam Buku Pengurusan. Ketua Panitia
meminta guru-guru mengambil berat dan membimbing murid menulis hari dan
tarikh dalam buku latihan.

8.3 Pencerapan PdPC akan diberitahu kemudian.

Tindakan : Makluman

9. HAL-HAL LAIN
9.1 Aktiviti ko-akademik akan dijalankan pada tahun ini. Sila rujuk takwim.
9.2 Program Transisi Tahun 1 akan dilaksanakan selama empat minggu.
9.3 PBD akan dijalankan dua kali setahun dan UASA dijalankan untuk Tahun 4,5
dan 6 mengikut arahan.
9.4 Semua guru hendaklah menghantar satu salinan jadual waktu dan borang
peribadi untuk fail panitia.
9.5 Guru penyelaras tahun diminta menyelaraskan RPT BM mengikut kesesuaian
murid-murid di sekolah ini.

Tindakan : Makluman

10. PENUTUP
Ketua Panitia mengharapkan kerjasama semua ahli panitia untuk bersama-sama
menaikkan peratus pencapaian murid-murid SK Haji Mahmud dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Beliau turut mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran
guru-guru dalam mesyuarat kali pertama ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 09.30 pagi.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,


.............................. .................................
(PN.UMI SAMAH BINTI ABU BAKAR) (PN.NORATIKAH ABIDIN)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Melayu,
SK Haji Mahmud. SK Haji Mahmud.

Anda mungkin juga menyukai