Anda di halaman 1dari 23

DASAR

KETETAPAN
KURIKULUM
HEM
KOKURIKULUM
SJKT LADANG
DOVENBY
2023
KETETAPAN DASAR KURIKULUM
UNIT KURIKULUM
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana dan dasar
pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam
pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut
perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghaslkan impak yang maksima.
Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju
pendidikan yang lebih tinggi dan sempura disamping melahirkan murid yang berakhlak mulia
selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini digariskan atas tujuan berikut :

2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah

2.2 Memantapkan pengurusan Kurikulum di peringkat sekolah

2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri

3.0 DASAR

3.1 Menyediakan program pendidikan dalam kurikulum dan kokurikulum yang


merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangkan potensi murid
dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi.
3.2 Dasar Kurikulum Sekolah mestilah sentiasa selari dengan arus perdana dan
dasar Pendidikan kebangsaan.
3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang Pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna,
laluan perlu diberikan kepada program akademik sekiranya ianya bertembung
dengan program yang lain di satu masa yang sama.

4.0 MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4)


kali setahun mengikut piawaian JPN dan PPD bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu di dalam unit Kurikulum di
sekolah
4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan
dalam pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018.
4.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit
mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat.
Minit boleh disediakan dalam bentuk digital atau bercetak.
4.4 Surat Panggil mesyuarat mesti dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat
dilaksanakan.
4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu
dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing mengikut kesesuaian
Panitia. Isi boring maklumbalas mesyuarat setiap kali mesyuarat selesai dan
panjangkan maklumat maklumbalas kepada setiausaha Kurikulum.
4.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Pentadbir dan
semua Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan ini.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

5.1 Pengurusan Mata pelajaran mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Iktisas
Bil 4/1986
5.2 Pengurusan Mata pelajaran juga mestilah selaras dengan SPI KPM Bil 8 2016
berkaitan pelaksaan KSSR secara berperingkat bermula 2017.
5.3 Dalam pengurusan Matapelajaran, semua panitia mata pelajaran mesti dan
wajib untuk memastikan kejayaan setiap murid dalam setiap mata pelajaran.
Penentuan TOV dan ETR setiap mata pelajaran melalui pelaksanan PBD amat
dititikberatkan.
5.4 Semua guru mata pelajaran melalui Ketua Panitia mestilah mempunyai TOV
dan ETR setiap murid bagi mata pelajaran yang diajar.
5.5 Pencapaian murid mesti dianalisa mengikut mata pelajaran. KP dan ahli mesti
menyusun program peningkatan dan program intervensi yang tersasar bagi
memastikan setiap murid yang lemah tidak tercicir dan murid yang cemerlang
sentiasa diberi peluang untuk terus maju dan mempunyai daya saing yang
tinggi di peringkat yang paling tinggi.
5.6 Semua Panitia mestilah menyusun strategi pembelajaran dengan baik. Pilih
strategi pembelajaran yang boleh membantu mencungkil potensi murid dengan
menggunakan inovasi dan pendekatan yang menarik. Jadikan panduan PDPc
PAK 21 sebagai salah satu medium pengajaran yang menarik.
5.7 Ketua Panitia mesti memastikan mesyuarat panitia dijalankan sejurus selepas
mesyuarat induk dijalankan. Bincangkan isu yang dibincangkan di dalam
mesyuarat induk di dalam mesyuarat panitia. KP mesti pastikan kehadiran
mana-mana pentadbir di dalam mesyuarat tersebut sebagai pemudahcara
dalam menyelesaikan sesuatu isu.
5.8 Fail panitia perlu diselenggara. Berdasarkan keputusan mesyuarat, fail panitia
semua matapelajaran diuruskan dengan menggunakan medium Google Drive.
KP dan setiausaha bertanggungjawab penuh ke atas G tersebut dan panjangkan
maklumat kepada guru dengan menggunakan medium wassup dan juga
telegram. (Rujuk Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 2018).
6.0 SISTEM FAIL
6.1 Fail jawatankuasa kurikulum diurus dan diselenggara oleh Setiausaha
Kurikulum.

7.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SERTA


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
7.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP & DSKP Semakan
2017), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
oleh guru setiap kali merancang pengajaran masing-masing.
7.2 DSKP dan DSPK Semakan mestilah dimuat turun oleh semua guru. Unit
Kurikulum bertanggungjawab mengadakan semua DSKP dan DSKP Semakan
ini supaya semua guru boleh mengaksesnya dengan mudah.
7.3 Semua guru wajib menyimpan DSKP mata pelajaran masing-masing di dalam
Google Drive. Inisiatif guru mencetak DSKP dialu-alukan. Bawa sentiasa
DSKP guru semasa PDPC berlangsung sebagai rujukan selain RPT dan RPH.
7.4 RPT, RPT perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Kp dan ahli panitia
perlu membuat RPT panitia masing-masing sebagai panduan pengajaran
tahunan supaya lebih terancang. Jangan lupa juga untuk muat turun RPT
semua guru di dalam Google Drive masing-masing.
7.5 RPH, bagi sekolah kita bagi tahun ini, CIDS masih diguna pakai. CIDS
yangtelah diselaras akan digunakan. Terdapat dua orang guru yang tidak
menggunakan CIDS.
7.6 Pilih aktiviti pengajaran yang bersesuaian mengikut kebolehan murid di dalam
kelas. Kebijaksanaan guru mengurus murid di dalam kelas dapat memastikan
objektif tercapai.
7.7 CIDS mesti dihantar setiap minggu. Isi borang pengesahan penghantaran
setiap kali CIDS dihantar sebagai rujukan pentadbir untuk menganalisa rekod
penghantaran masing-masing.
7.8 Penulisan refleksi di dalam RPH sangat penting. Guru wajib memastikan
refleksi tulis dengan jelas bagi membuat penambahbaikan atau membuat
pengayaan kepada setiap murid.
7.9 Kandungan Pendidikan sivik disampaikan dengan baik secara besepadu di
dalam mata pelajaran BM, BI, Sejarah dan Pendidikan Islam. Rujuk Surat
Siaran KPM Bil 7 Tahun 2019.

8.0 JADUAL WAKTU

8.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran disusun mengikut peruntukan masa dan
takwim yang dipilih oleh sekolah.
8.2 Dasar pengagihan mata pelajaran kepada guru, mengikut keutamaan opsyen
dan kepakaran guru.
8.3 Jumlah waktu mengajar guru tidak melebihi 30 waktu seminggu.
8.4 Jadual waktu yang tidak diisi kerana guru Sakit, Cuti Rehat dan Bertugas
Rasmi Diluar sekolah atas arahan, akan digantikan dengan guru lain yang
bersesuaian masa dengan guru tersebut dengan mengira ianya tidak
membebankan.
8.5 Guru ganti berhak menggunakan tugasan sendiri untuk kelas ganti dan juga
boleh menggunakan tugasan yang ditinggalkan oleh guru sebenar.
8.6 Jadual Waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti akan diuruskan oleh Penolong
Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Jadual Waktu atau pembantu mengikut
prioriti.
8.7 Jadual Waktu penggunaan Makmal, PSS dan semua Bilik Khas akan disusun
oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kesuaian masa dan mata
pelajaran. Contoh masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perlaksaan
Nilam di PSS.
8.8 Pengurusan Masa yang baik adalah menjadi KPI unit Kurikulum. Memegang
dasar MMI akan membuatkan pengurusan masa secara optimum dan berkesan
serta memberi hasil yang cemerlang.
9.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

9.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan


berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) atau ICT.
9.2 Menekankan kemahiran ICT untuk setiap guru dan murid. Gur yang
berkemahiran ICT sekaligus melahirkan murid yang celik ICT untuk sama-
sama bersaing dalam kehidupan masakini. Maklumat dihujung jari perlu
diterapkan di dalam PDPC agar pembelajaran menjadi lebih bermakna.
9.3 Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu
MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa
Inggeris.
9.4 Menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan Teknik di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,
seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai PDPC adalah
sangat penting. Ini adalah kerana pembelajaran yang berkualiti pastinya dalam
melahirkan murid yang cemerlang.
9.5 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah sentiasa
dianalisa dan dibuat refleksi. Sentiasa membuat pengayaan bagi yang Berjaya
mencapai objektik dan pemulihan bagi yang belum menguasai PDPC.
9.6 Guru bebas menggunakan kaedah pembelajaran yang akan digunakan di dalam
kelas. Guru juga boleh menggabungkan lebih dari satu strategi dan kaedah
pengajaran dalam satu-satu masa.
9.7 Pastikan objektif PDPC guru ditulis dengan jelas, dirancang dengan baik dan
dilaksana dengan cemerlang dengan satu matlamat iaitu kejayaan dan
kemenjadian murid.
9.8 Pembelajaran di luar bilik darjah juga digalakkan. Sesekali murid perlu diberi
pendedahan luar bagi menambah ilmu pengetahuan.
9.9 Kolaborasi dengan kelas lain dan juga mata pelajaran lain juga digalakkan
bagi mengajar murid mengenai pengajaran di dalam kelas mempunyai satu
matlamat yang sama dan ia boleh digabung jalin bagi menambahkan daya
saing dan pengetahuan.
9.10 Unsur KBAT mesti diterapkan dalam setiap PDPC agar murid daya berfikir
yang tinggi dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan pelbagai
kaedah.

10.0 GURU GANTI

10.1 Mana-mana guru yang berkursus, Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit, Cuti Bersalin,
Cuti Tanpa Rekod perlu memaklumkan kepada pentadbir lebih awal bagi
urusan jadual ganti.
10.2 Guru yang berkursus khususnya, yang sudah mendapat makluman awal, perlu
menyediaan bahan dan tugasan untuk murid yang ditinggalkan mengikut
bilangan hari berkursus.
10.3 Guru yang ditugaskan mengganti, wajib untuk masuk ke dalam kelas tersebut
dan jalankan PDPC seperti biasa. Guru boleh menggunakan tugasan sendiri
sekiranya guru bercuti kecemasan tidak sempat meninggalkan tugasan.

11.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

11.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di sekolah berdasarkan


kehendak KPM (Rujuk buku panduan pengurusan dan pelaksanaan PBS).
11.2 Jawatankuasa perlu dilantik di dalam jawatankuasa ini. Jawatankuasa terlibat
merangkumi semua unit iaitu Kurikulum untuk PBD dan SEGAK, Ko
Kurikulum untuk PAJSK dan HEM untuk Psikometrik.
11.3 Pelaksanaan PBD adalah mengikut takwim pelaksanaan yang telah disusun
oleh jawatankuasa induk dan akan disebarluaskan melalui Whatsapp.
11.4 PBD boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa guru di dalam kelas
masing-masing. Rekod pelaksanaan PBD juga mengikut kesesuaian guru
dengan syarat rekod perlu ada bagi memudahkan guru membuat rujukan
semasa membuat pentaksiran 2 kali setahun. (Rujuk Takwim Pentaksiran)
11.5 Untuk semua guru, rujuk panduan pelaksanaan PBD jika masih kurang faham,
pastikan data yang diisi adalah data yang releven dan boleh dipercayai dengan
mempunyai bukti kesahihan data bagi memastikan hak murid untuk mendapat
pencapaian tertinggi adalah benar.
11.6 Penting untuk setiap guru membuat ketetapkan sasaran (ETR) atau headcount
setiap murid, setiap mata pelajaran bagi mencapai KPI Kurikulum seluruhnya.
Memahami headcount murid amat penting bagi menambahbaik PDPC guru
bagi mencapai objektif pembelajaran berasaskan DSKP dan DSKP Semakan.
11.7 Murid yang masih Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM), iaitu pencapai
TP1 dan TP2, bagi semua mata pelajaran perlu disenarai pendekkan dan cuba
untuk bantu sehingga mencapai tahap minimum. (sekurang-kurangnya TP3)
11.8 Bagi murid yang sudah mencapai TP5, guru-guru harus memimpin mereka
untuk mencapai TP6. Sediakan program atau projek khas bagi memberi
peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan mereka kepada
seluruh warga sekolah sebagai bukti mereka layak untuk mendapat TP6.
11.9 Panitia Mata pelajaran perlu memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian
bagi panitia masing-masing. Setiap panitia mempunyai cara pentaksiran
berbeza, oleh itu, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada panitia untuk
memilih cara pentaksiran mereka tersendiri.
11.10 Analisa Pentaksiran, perlu dibuat bagi setiap mata pelajaran dan
disebarluaskan kepada semua guru untuk dijadikan panduan. Analisa yang
sudah disiap akan dimuat turun di GC Kurikulum dan disimpan di dalam
Shared Drive Kurikulum untuk mudah dicapai.
11.11 Pentaksiran Bertulis juga boleh dijalankan mengikut kesuaian mata pelajaran
dan kelas masing-masing.
11.12 Untuk pelaksanaan SEGAK, PAJSK dan Psikometrik, rujuk kepada jadual
pelaksanaan yang akan di berikan oleh pihak KPM dan JPN.
11.13 Analisa bagi SEGAK, PAJSK dan Psikometrik juga perlu dibuat dan dikongsi
bersama semua guru untuk pengetahuan, dan penrekodan.
11.14 Bagi SEGAK, penyimpanan data SEGAK perlu dikongsi di dalam Shared
Drive Kurikulum yang telah ditetapkan.
12.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PDPC

12.1 Pemantauan dan pencerapan guru mengikut jadual yang telah


ditetapkan.
12.2 Pemantauan mengikut panduan Dokumen Standard 4, SKPMG2
dan Keberhasilan PBPPP.
12.3 Semua guru haruslah membaca dan memahami kehendak Borang
Pemantuan Kendiri Standard 4 dan memahami kehendak borang
Keberhasilan PBPPP bagi memudahkan guru membuat persediaan
pemantauan dan pencerapan.
12.4 Faham setiap item pemantauan untuk memaksimakan markah
pencapaian guru. Guru berhak untuk mempertikaikan markah yang diberi
jika markah tidak relevan dengan kerja buat guru. Perbincangan dengan
Pemantau adalah dibenarkan.
12.5 Semua guru mesti memahami tujuan pemantauan dan pencapaian
adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
guru bukannya bertujuan mencari kesalahan. Oleh yang demikian adalah
penting bagi semua guru untuk bersedia dikritik untuk kebaikan Bersama.
12.6 Selain pemantauan PDPC, pemantauan Buku Latihan dan Buku kerja
murid juga akan dibuat mengikut jadual yang telah disediakan. Guru yang
akan dipantau mesti menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku Latihan
murid cemerlang, 5 murid sederhana dan 5 murid lemah untuk dinilai oleh
pentadbir yang telah ditetapkan. Isi borang pemantauan dan Analisa
dapatan daripada pemantauan sebagai usaha penambahbaikan dan
motivasi.
12.7 Dalam pemantauan Buku Kerja,guru-guru diingatkan untuk meneliti
dan mematuhi Dasar Latihan Minimum agar penggunaan buku kerja
digunakan secara optimum.
13.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA

13.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong Kanan


Pentadbiran.
13.2 Penolong Kanan Pentadbiran akan menyelia semua perjalanan panitia
sepanjang tahun.
13.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak melalui GC Panitia masing-
masing.
13.4 Perkara penting seperti Pelan Perancangan Operasi (PPO), Pelan
Perancangan Strategik dan Taktikal perlu di buat dan dikemaskini dari masa ke semasa.
13.5 Penentuan KPI panitia juga akan dipantau dan dilihat agar sentiasa selari
dengan kehendak KPI Kurikulum.
13.6 Perbelanjaan Wang Peruntukan Kerajaan juga perlu dibelanja dengan
berhemah oleh setiap panitia.

14.0 PEMANTAUAN BILIK-BILIK KHAS

14.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan baik dan sempurna oleh guru yang
telah dipertanggungjawabkan.
14.2 Rekod penggunaan bilik khas dan Peraturan Penggunaan perlu diwujudkan
dan dikemaskini setiap masa.
14.3 Keselamatan bahan dan peralatan yang terdapat di bilik-bilik khas perlu
diutamakan. Buku Stok peralatan juga perlu ada dan kemaskini.
14.4 Kunci bilik khas perlu mempunyai pendua dan salinan disimpan di
pejabat supaya dicapai jika perlu.
15.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN

15.1 Pengurusan Pentaksiran yang baik akan memastikan keputusan yang


diterima murid akan relevan tanpa pertikaian.
15.2 Pemantauan pelaksanaan pentaksiran perlu dipantau supaya markah yang
diberi adalah markah yang sah mengikut kelayakan murid.
15.3 Perjalanan pengurusan pentaksiran seperti Ujian Psikometrik, perlu dipantau
agar perjalanannya lancar dan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa ujian
dijalankan.
15.4 Bagi Ujian SEGAK, guru harus memastikan panduan perlaksaan setiap item
penilaian dibuat dengan baik mengikut kehendak dan garis panduan yang betul.
Penolong kanan dan jawatankuasa dilantik, perlu membuat pemantauan semasa guru
menjalankan Ujian tersebut.

16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

16.1 Program peningkatan akademik amat penting bagi memastikan


kecemerlangan akademik sekolah sentiasa terjaga. Oleh itu Dasar Kurikulum akan
sentiasa menyokong semua aktiviti panitia yang membawa kepada kecemerlangan
murid.
16.2 Setiap program yang dirancang perlu melalui proses meneliti kepentingan.
Beri kepentingan peruntukan yang besar bagi program peningkatan bagi panitia yang
amat memerlukan berdasarkan Analisa pencapaian murid.
16.3 Untuk itu, jawatankuasa peningkatan akademik sekolah perlu berperanan
membuat Analisa ini bagi menyusun program peningkatan secara tersasar dan mencapai
objektif dengan tidak membazirkan masa, wang dan tenaga.
16.4 Jika perlu, kolaborasi program antara panitia, maka ianya amat digalakkan
bagi menambah tenaga kerja dan memberi impak yang lebih baik kepada murid.
16.5 Kertas Cadangan mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum ianya mendapat
kelulusan daripada pihak pentadbir.
16.6 Kerjasama dengan unit HEM dan kauseling amat penting setiap kali program
dijalankan, maka diingatkan semua panitia untuk melantik Kaunselor sebagai salah
seorang AJK tetap di dalam setiap program yang akan disusun.
16.7 Selepas program, pastikan penilaian program dibuat bagi penambahbaikan.
17.0 PERKEMBANGAN STAFF
17.1 Program Perkembangan Staff bagi meningkatkan professional guru wajib
dilaksanakan.
17.2 Setiap panitia wajib menjalankan sekurang-kurangnya 1 program
perkembangan staff setiap tahun samada secara bersendiri atau berkolaborasi dengan
panitia yang lain.
17.3 Isi SPLKPM setiap kali PLC dijalankan. PLC secara tidak formal juga boleh
dicatat sebagai perbincangan peningkatan professional guru.

18.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

18.1 Setiap tahun sejumlah peruntukan bagi unit kurikulum akan diserahkan kepada pihak
sekolah untuk diurus.
18.2 Dalam mesyuarat Unit Kurikulum kali pertama, perbentangan jumlah
peruntukan akan dibentangkan oleh PT Kewangan.
18.3 Semua panitia perlu mencatat peruntukan bagi panitia masing-
masing.
Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, panitia mesti merancangan
pengunaannya dengan baik.
18.4 Buat nota pinta jika perlu membeli keperluan panitia dan buat kertas kerja
bagi penggunaan Program Peningkatan Akademik Murid.

19.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

19.1 Sekolah amat mengalu-alukan penyertaan Pertandingan Luar Akademik di


kalangan murid.
19.2 Mohon semua panitia untuk terus meningkatkan penyertaan Pertandingan
Luar Akademik bagi memberi peluang kepada murid kita untuk sentiasa bersaing dan
menonjolkan diri mereka di luar sana.
19.3 Rekod penyertaan murid dan pencapaian murid bagi penambahbaikan dan
sebagai ganjaran untuk murid yang cemerlang.

20.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

20.1 Dasar kurikulum sekolah ditetapkan setiap tahun. Namun begitu ianya
boleh diubah dan ditentukan semula mengikut keperluan dan perubahan semasa.
20.2 Semoga apa yang telah ditetapkan akan dijadikan panduan bagi semua guru
bagi memastikan kita semua sederap langkah menuju satu hala tuju dan objektif.
UNIT HAL-EHWAL MURID
JADUAL PERGERAKAN MURID SEWAKTU SESI PERSEKOLAHAN

MULA PERSEKOLAHAN
WAKTU PERKARA
7.15 pagi - Murid ke dewan apabila sampai ke sekolah.
- Murid mesti membaca semasa berada di tapak     
  perhimpunan.
  Guru bertugas dan pengawas bertugas mesti berada di   
  situ untuk memantau murid-murid.

7.30 pagi Perhimpunan pagi bermula :


 bacaan doa
 pengumuman / nasihat

7.20 pagi  - Bergerak masuk ke kelas masing-masing bersama 


Guru Mata pelajaran waktu pertama.

- Pengajaran dan pembelajaran bermula.


 

WAKTU REHAT
WAKTU PERKARA
TAHAP - Apabila loceng pertama waktu rehat dibunyikan, murid-murid MESTI berada di
1 kantin, dewan atau kawasan yang dibenarkan. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN
9.30pg berada di dalam kelas. (Loceng akan dibunyikan oleh Pengawas Sekolah)
Hingga
10.00pg MURID-MURID AKAN MAKAN DI BILIK DARJAH DALAM SITUASI
PANDEMIK / ENDEMIK SEHINGGA ADA SEBARANG ARAHAN DARI
DAN PPD/JPN/KPM.

 TAHAP - Apabila loceng kedua dibunyikan murid-murid mesti beratur di hadapan kelas / tapak
2 perhimpunan mengikut kelas masing-masing .
10.00pg - Murid-murid masuk ke kelas masing-masing bersama guru matapelajaran waktu
Hingga pertama selepas rehat dengan mengikut laluan yang betul.
10.30pg -Loceng akan dibunyikan 3 minit sebelum tamat waktu rehat
* Pengawas mengambil tempat untuk mengawasi pergerakan murid.
(Loceng akan dibunyikan oleh Pengawas Sekolah)

AKHIR PERSEKOLAHAN

WAKTU PERKARA
12.30 tgh Waktu akhir persekolahan bagi Tahap 1 (Isnin hingga Jumaat )

1.00 petang Waktu akhir persekolahan bagi Tahap 2 ( Isnin , Selasa & Khamis)

12.30 tgh
Waktu akhir persekolahan bagi Tahap 2 ( Jumaat)
Etika waktu akhir persekolahan:
 murid membersihkan kelas, mengemas kerusi meja, tutup
lampu dan kipas dan tutup pintu kelas.
 Murid beratur di luar kelas bersama guru waktu akhir
 Murid-murid turun mengikut laluan yang betul.
 Guru bertugas akan mengawasi pergerakan keluar murid-
murid di Arena Karpaga Cholai.

1.30 - 3.30 Aktiviti Ko-kurikulum Tahap 2


(Loceng akan dibunyikan oleh Pengawas Sekolah)

URUSAN KELUAR MASUK KELAS SEMASA PEMBELAJARAN DAN


PEMUDAHCARAAN
WAKTU PERKARA

Tidak - Tidak digalakan murid keluar dari kelas KECUALI ada  


terhad   urusan penting.
- Murid MESTI menggunakan pas keluar yang disediakan dengan kebenaran guru
yang mengajar ketika itu.
- Penggunaan Pas Keluar Murid adalah tanggungjawab guru matapelajaran yang
berada dalam kelas tersebut. (Setiap kelas akan diedarkan 2 set pas keluar murid.
(lelaki dan perempuan)

WAKTU BALIK GURU


ISNIN, SELASA & KHAMIS – 2.00PM
RABU – 3.30PM
JUMAAT – 1.00 TENGAHARI

KETETAPAN DASAR KOKURIKULUM


UNIT KO-KURIKULUM

1. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan 12 minggu minimum.

2. Jumlah minggu kokurikulam adalah seperti yang berikut:


 Badan beruniform = 12 minggu
 Persatuan = 12 minggu
 1M1S = Sepanjang tahun (Setiap Rabu)
3. Aktivit 1M1S dilaksanakan sepanjang tahun.

4. Semua murid tahap 2 (Tahun 4,5, dan 6) sahaja terlibat dalam


kokurikulum pada setiap hari Rabu dari 1.30 hingga 3.30ptg.

5. Murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dalam 1 Murid 1 Sukan


pada setiap hari Rabu dari 7.30 hingga 8.30 pagi.

6. Semua guru adalah guru Kokurikulum.

7. Semua guru mesti melibatkan diri setiap hari Rabu dari pukul 1.30ptg-3.30ptg
dalam aktiviti kokurikulum.

8. Semua aktiviti akan dijalankan di tempat / bilik darjah yang telah ditetapkan
dan perlu di beritahu kepada murid-murid.

9. Semua guru penasihat digalakkan memakai uniform badan beruniform pada


minggu aktiviti badan beruniform dan persatuan.

10. Semua guru wajib berpakaian t-shirt dan seluar track sukan semasa pelaksanaan
1M1S.

11. Setiap guru akan bertanggungjawab dalam menguruskan dokumentasi bagi SATU
aktiviti kokurikulum dimana, guru tersebut perlu mengendalikan semua urusan
pengemaskinian fail, kehadiran murid, laporan mingguan, perancangan
takwim/aktiviti dan hal-hal lain yang berkaitan dengan bantuan guru-guru lain
dalam persatuan/ kelab/sukan yang sama.

12. Laporan perjumpaan perlu direkod dalam buku laporan setiap kali perjumpaan
dijalankan dan akan disemak oleh guru kanan kokurikulum.

13. Data PAJSK murid wajib dikemaskini dari semasa ke semasa dalam sistem
pengurusan PAJSK oleh guru kelas.

14. Guru penasihat diwajibkan menyediakan nota bagi setiap aktiviti kokurikulum.

15. Guru penasihat perlu merancang plan strategik untuk bidang tugas
masing-masing.
16. Penyelaras bersama SU program/pertandingan wajib membuat perancangan,
persedianan, pelaksanaan bagi setiap program yang dijalankan.

17. Penyelaras bersama SU program juga perlu menyediakan One-page report serta
Laporan lengkap dalam bentuk folio bagi program utama dijalankan dan hantar 3
hari selepas program atau pertandingan itu tamat.

18. Semua aktiviti dilaksanakan mengikut takwim tahunan Kokurikulum.

19. Kokurikulum wajib dihadiri semua murid tahap 2 dan akan dibuat penilaian dalam
sistem PAJSK.

20. Keselamatan murid diutamakan sepanjang perlaksanaan aktiviti kokurikulum.

21. Semua murid terlibat dalam kokurikulum dengan kebenaran ibubapa masing-
masing.

22. Pakaian baju-t badan beruniform diwajbkan bagi murid-murid sewaktu


penyertaan aktiviti kokurikulum.

23. Pakaian pendidikan jasmani diwajibkan sewaktu peryertaan 1M1S dengan kasut
sekolah sahaja.

24. Semua murid wajib mempunyai buku catatan kokurikulum.

25. Semua murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam


pertandingan di peringkat sekolah.

26. Semua aktiviti kokurikulam wajib dijalankan mengikut rancangan tahunan yang
dirancang.

27. Program PIKeBM wajib dijalankan selama 10 minit pada permulaan setiap
perjumpaan mingguan dan perlu dicatat dalam buku laporan aktiviti
kokurikulum.

28. Keselamatan murid-murid yang hadir aktiviti kokurikulam adalah dibawah


jagaan guru penasihat masing-masing.

29. Semasa latihan diadakan dengan kehadiran jurulatih dari luar di luar waktu
persekolahan, guru-guru akan turut hadir bagi menguruskan sesi tersebut
dengan mengambil giliran sesama guru-guru.

30. Guru penasihat adalah guru pengiring bagi murid yang mewakili
pertandingan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Pn K. Lavanya En. B. Ravi Pn. K. Kalaivani Pn. V. Rajambal


GK. Pentadbiran GK. HEM GK. KOKU Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai