Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/ 2019

Tarikh : 12 Februari 2019


Hari : Selasa
Masa : 3:00 petang
Tempat : Bilik Pusat Sumber S.K. Temong

Kehadiran :
1. En. Jimmizam anak Pojim – PK Pentadbiran
2. En. Idin anak Mu-u – Ketua Panitia
3. Cik Muzawina Aziah binti Haji Jawawi – Setiausaha
4. En. Mohd. Reduan bin Patah

1.0 KATA- KATA ALUAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua Panitia merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris pada mesyuarat kali pertama ini.

2.0 UCAPAN ALUAN PK PENTADBIRAN


2.1 PK Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Bahasa
Inggeris kerana dapat hadir dalam mesyuarat panitia kali ini.
2.2 Pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR 2018 meningkat berbanding
tahun sebelumnya. Namun usaha perlu diteruskan untuk peningkatan pencapaian
pada tahun ini.
2.3 Program yang telah dijalankan pada tahun lepas akan diteruskan pada tahun ini
dan program yang disediakan diharap dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris
untuk meningkatkan pencapaian murid.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Dicadang : En. Idin anak Mu- u
3.2 Disokong : En. Reduan bin Patah

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Kursus dalaman berkaitan dengan penyebarluas subjek Bahasa Inggeris Tahun 3
CEFR telah diberikan oleh Ketua Panitia pada semua guru Bahasa Inggeris.
4.2 BBM Bahasa Inggeris dalam bentuk gambar (flash card) masih tidak mencukupi
terutama untuk murid-murid Tahap 1.
4.3 English Corner akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Cadangan supaya lebih
banyak bahagian- bahagian pada dinding bangunan sekolah dimanfaatkan untuk
ditampalkan dengan bahan bacaan Bahasa Inggeris untuk menggalakkan budaya
membaca di kalangan murid- murid.
4.4 Rujuk PT untuk status duit PCG panitia. Duit PCG Panitia akan dibelanjakan
sepenuhnya untuk membeli barang- barang yang berkaitan dengan

5.0 POST-MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018


5.1 Tahun 4 - % lulus – PEM – 75.12% - PEN – 78.91%
5.2 Tahun 5 - % lulus – PEM – 70.51% - PEN – 74.55%
5.3 Tahun 6 - % lulus – PEM – 33.33% - PEN – 38.89%
5.4 Pencapaian UPSR 2018 – % lulus – PEM – % - PEN – %
5.5 Kelemahan –

- Murid masih lemah pada bahagian Kertas 2 Penulisan.


- Murid kekurangan pembendaharaan kata menyebabkan kesukaran untuk
membina struktur ayat yang baik dan bermakna.
Kekuatan –
- PdP PAK21.
- Program kelas tambahan dari guru subjek yang berterusan.
Cara mengatasi –
- Pengajaran berfokus.
- Peningkatan kualiti penguasaan pembendahraaan kata.
- Pendedahan aktiviti format peperiksaan.

6.0 PERANCANGAN TAHUNAN ( TAKWIM )


6.1 KP meminta guru-guru mencadangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
tahun.
6.2 English Day akan dijalankan pada setiap hari Rabu. Guru-guru BI perlu bertugas
mengikut giliran dan menyediakan aktiviti murid setiap minggu.
6.3 Pencerapan buku tulis murid dan pemantauan PdP guru-guru BI akan
dilaksanakan oleh Pentadbir.

7.0 RANCANGANPENGAJARAN HARIAN


7.1 Cara penulisan RPH berlandaskan kepada format terkini PdPc Abad Ke 21.
Edaran mengenai cara menulis RPH akan dibuat oleh KP kepada semua guru BI.
7.2 Aktiviti murid perlu dirancang mengikut prestasi murid.
7.3 Content Standard hanya ditulis kemahiran tetapi Learning Standard perlu ditulis
secara terperinci. Success Criteria perlu ditulis di dalam RPH kelas Tahun 1
hingga Tahun 3 serta perlu dinyatakan samada secara lisan atau bertulis di papan
putih kepada murid – murid sebelum memulakan sesuatu PdPc di dalam kelas.
7.4 BBM perlu lengkap mengikut topik yang terdapat di dalam buku teks.
7.5 Murid tahun 1 hingga Tahun 3 akan ditaksir secara berterusan berdasarkan kepada
PBD manakala murid tahun 4,5 dan 6 akan dinilai berdasarkan kepada pencapaian
ujian. Ujian yang dilaksanakan adalah mengikut format sebenar UPSR dan
diadakan sebanyak 4 kali setahun.

8.0 DSKP & RPT


8.1 Salinan DSKP & RPT perlu dikemaskini di dalam fail panitia.
8.2 Setiap guru perlu ada DSKP & RPT yang terkini bagi setiap kelas diajar.

9.0 TARGET SETIAP KELAS DIAJAR


9.1 Target setiap murid mengikut tahap kompetensi masing-masing.
9.2 Guru perlu merekodkan TOV dan menetapkan ETR setiap murid. Ubah ETR
selepas setiap peperiksaan. Kekalkan ETR jika tidak mencapai target.
9.3 Headcount perlu ada untuk Tahun 4,5& 6.
9.4 Guru perlu mematuhi penetapan Gred lulus mata pelajaran :
A - 80 – 100
B - 60 – 79
C - 50 – 59
D - 40 – 49
E - 0 – 39

10.0 PBD & PBS


10.1 Pelaporan offline PBD & PBS perlu diisi oleh guru dan perlu dihantar kepada
pentadbir dua kali setiap tahun untuk semakan.

11.0 PLC
11.1 Perlu dijalankan dan kemaskini pelaporan berserta gambar.
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :
Gambar :

11.2 Perbincangan boleh dijalankan dalam kumpulan kecil atau komuniti BI.

12.0 HIP:
12.1 Panitia perlu sediakan perancangan dan jadual aktiviti untuk program HIP.
12.2 Sudut HIP di dalam setiap kelas perlu sentiasa dikemaskini dengan bahan-
bahan yang terkini dan bersesuaian.
12.3 Guru digalakkan untuk memaksimumkan penggunaan pentas kecil di dalam
kelas untuk menggalakkan murid bercakap di hadapan audiens di dalam
Bahasa Inggeris.
12.4 Berusaha membudayakan amalan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris
samada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

13.0 BUKU LATIHAN MURID


13.1 Guru perlu menetapkan jumlah buku latihan murid yang perlu digunakan
mengikut tahap dan kesesuaian.
13.2 Buku latihan murid perlu disemak.
13.3 Latih murid menggunakan tulisan berangkai (cursive writing) seperti yang
terdapat dalam kemahiran diajar untuk memperbaiki mutu tulisan murid.
13.4 Pencerapan PdPc oleh Pentadbir dilaksanakan 3 kali setahun. Semakan buku
tulis murid juga akan dijalankan oleh Pentadbir.
13.5 Galakan penambahan perbendaharaan kata (vocabulary) setiap hari, minima 3
perkataan sehari.

14.0 PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA


14.1 Panitia perlu mencadangkan aktiviti yang bersesuaian untuk meningkatkan
kecemerlangan murid, contohnya, Program Peningkatan Vocab.
14.2 Perbincangan akan dibuat untuk menentukan program- program sampingan
dan sokongan yang bersesuaian.

15.0 HAL-HAL LAIN


15.1 KP mencadangkan untuk mengadakan PLC mengenai cara penulisan RPH
PdPc Abad Ke 21, dalam waktu terdekat.
15.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:00 ptg.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


…………………………………… ……………………………
( MOHD. REDUAN BIN PATAH ) (CLEVELAND ANAK RADEN)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Guru Besar,
S.K. Temong, Serian. S.K. Temong, Serian.

Anda mungkin juga menyukai