Anda di halaman 1dari 4

 

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI 1/2021

Tarikh  :  16 Januari 2021

Hari  : Sabtu

Masa  :  10.00 a.m.

Tempat : Bilik ICT

Kehadiran :

1. Pn.Sivagami (Guru Besar)


2. En.Ragunathan (GPK 1)
3. Pn.Malathi (Ketua Panitia)
4. Cik.Vinotini (Guru BI Tahun 4,5,6)

1 KATA- KATA ALUAN KETUA PANITIA


1. Ketua Panitia merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris pada mesyuarat kali pertama ini.

2 UCAPAN ALUAN PK PENTADBIRAN


1. PK Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Bahasa
Inggeris kerana dapat hadir dalam mesyuarat kali ini.
2. Pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2020 meningkat berbanding tahun
sebelumnya. Namun usaha perlu diteruskan untuk peningkatan pencapaian pada tahun
ini.
3. Program-program yang dirancang masih diteruskan pada tahun ini dan program yang
disediakan diharap dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris untuk meningkatkan
pencapaian murid.
3 PERKARA BERBANGKIT
1. BBM Bahasa Inggeris dalam bentuk gambar (flash card) masih tidak mencukupi
terutama untuk  murid-murd Tahap 1.
2. Masih terdapat 12 orang murid LINUS (LBI) secara keseluruhan.
3. PLC perlu dilaksanakan dan disediakan laporan.
4. English Corner masih belum dapat dilaksanakan pada tahun lepas. Cadangan supaya
dapat diwujudkan pada tahun ini di sudut yang strategic dan bajet yang sesuai.
5. Rujuk PT untuk status duit panitia.

4 POST-MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019


Kelemahan – 
 Pelajar tidak mencapai tahap kompetensi
 Perubahan format UPSR 2016
 Masih terdapat murid LINUS dalam Tahun 4

Kekuatan –

 Pendedahan perubahan format


 PdP PA 21

Cara mengatasi –

 Pengajaran berfokus
 Peningkatan kualiti penguasaan vocab
 Pendedahan aktiviti format peperiksaan

5 PERANCANGAN TAHUNAN ( TAKWIM )

1. KP meminta guru-guru mencadangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.


2. Cadangan bagi menjalankan PDPr. (merupakan situasi yang mencabar)
3. English Day akan dijalankan pada setiap hari Rabu.
4. Guru-guru BI perlu bertugas mengikut giliran dan menyediakan aktiviti murid setiap
minggu.
5. Pencerapan buku tulis murid dan pemantauan pdp guru-guru BI akan dilaksanakan
oleh Pentadbir.

6 RANCANGANPENGAJARAN HARIAN

1. Cara penulisan RPH berlandaskan format pdp Abad 21. Edaran mengenai cara
menulis RPH akan dibuat oleh KP kepada semua guru BI.
2. Aktiviti murid perlu dirancang mengikut prestasi murid.
3. Content Standard hanya ditulis kemahiran tetapi Learning Standard perlu ditulis
secara terperinci.
4. BBM perlu lengkap mengikut topic yang terdapat di dalam buku teks.
5. Uji  murid mengikut kemahiran yang diajar.

7 DSKP & RPT

1. Salinan DSKP & RPT perludi kemaskini dalam fail panitia.


2. Setiap guru perlu ada DSKP & RPT bagi setiap kelas diajar.

8 PLC

1. Perlu dijalankan dan kemaskini pelaporan berserta gambar.


2. Perbincangan boleh dijalankan dalam kumpulan kecil atau komuniti BI.

9 BUKU LATIHAN MURID

1. Guru perlu menetapkan jumlah buku latihan murid yang perlu digunakan mengikut
Tahap dan kesesuaian.
2. Buku latihan murid perlu disemak.
3. Pencerapan oleh Pentadbir. Semakan buku tulis murid juga akan  dijalankan. 2 kali
semakan oleh Pentadbir.
4. Galakan penambahan  perbendaharaan kata (vocabulary) setiap hari, minima 5
perkataan sehari.

10 PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA

1. Panitia perlu mencadangkan aktiviti yang bersesuaian untuk meningkatkan


kecemerlangan murid, contohnya, Program Peningkatan Vocab.
2. Perbincangan akan dibuat untuk menentukan 2 program sampingan dan 3 program
sokongan yang bersesuaian.

11 HAL-HAL LAIN

1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 ptg.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. …………………………….
(MALATHI CHANDRASEGERAN) (Pn. Sivagami A/P Gopal @ Sinnathamby)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
SJKT KEMAYAN SJKT KEMAYAN

Anda mungkin juga menyukai