Anda di halaman 1dari 4

SJK ( C ) LIANG HUA, KANOWIT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 2.0 (2 / 2018)

Tarikh : 11.04.2018
Masa : 2:00pm– 3:00pm
Tempat : Bilik Guru Besar
Kehadiran :
1. Wong Fung Chuo
2. Irene Chua Yien Lin
3. Tiong Ai Li
4. Kong Siew Hua
5. Lau Hie Shin
6. Wong Chung Keen
7. Tiang Ching Soon
8. Goldon Wong Kium Wee
Tidak Hadir: - Heng Wei Ya
- Kong Siaw Yieng

Urus Setia Mesyuarat :


1. Wong Chung Keen

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat meluangkan masa
menghadiri mesyuarat ini.
1.2 Menyarankan agar guru-guru Bahasa Melayu dapat bekerja lebih keras untuk mencapai sasaran yang
telah ditetapkan.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cadangan : Tiong Ai Li
Sokongan : Tiang Ching Soon

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada Perkara Berbangkit

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN


4.1 Pelaksanaan PdPc.
4.1.1 Guru perlu menggunakan KBAT, I-Think dan PAK 21 dalam PdPc.
4.1.2 Sekiranya guru keluar dari sekolah atas urusan sekolah atau sebagainya perlu sediakan latihan
untuk murid terlebih dahulu.
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

4.2 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Semester 1


4.2.1 Semua guru perlu membuat post mortem untuk PPS1.
4.2.2 Guru perlu menulis kelemahan dan kekuatan murid.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.3 Borang Perekodan PBS


4.3.1 PBS perlu diisi dari semasa ke semasa dan dimasukkan ke dalam sistem offline mengikut
ketetapan.
4.3.2 Guru perlu memberi Band 6 kepada murid sekiranya murid tersebut layak mendapatnya.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.4 Linus 2.0


4.4.1 Guru-guru LINUS dingatkan supaya mengemaskini boring penguasaan dalam buku rekod
mengamengajar.
4.4.2 Guru-guru LINUS diharap bersedia untuk menghadapi saringan menulis LINUS.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

4.5 Buku Aktiviti dan Bilangan Latihan


4.5.1 Buku aktiviti bagi Tahap 1,adalah seperti yang diberi oleh pihak kementerian manakala bagi
Tahap 2, buku yang dipilih adalah Sasbadi dan selaras dengan silibus KSSR.
4.5.2 Menggunakan buku kajang untuk menulis karangan.
4.5.3 Latihan-latihan yang diberi mesti berkualiti.
4.5.4 Bilangan latihan setiap kelas adalah disarankan seperti :
Tahap Ejaan Bina Ayat Tatabahasa Karangan
Tahun 1 - 3 10 5 1 1
Tahun 4 - 6 10 10 1 1
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia Bahasa Melayu berharap guru-guru yang memerlukan alat-alat bantu mengajar dan
buku-buku dapat memberitahu beliau, agar dapat dibeli dengan kadar yang segera,namun peruntukan
biasanya bermula bulan Mac.
5.2 Program MBM/MBI juga akan diteruskan sebagaimana yang diarahkan.
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00pm.
6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan mesyuarat
ini.
Tindakan : Pengerusi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________ _________________
( Heng Wei Ya ) ( Wong Fung Chuo )
Panitia Bahasa Melayu, Guru Besar,
SJKC Liang Hua SJKC Liang Hua
Kepada:
Semua staf
SJK ( C ) Liang Hua, Kanowit Tarikh :06.04.2018

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2018


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut:
1.1 Tarikh : 11.04.2018 (Rabu )
1.2 Masa : 1400-1500
1.3 Tempat : Bilik Guru Besar

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1) Perutusan pengerusi
2.2) Pengesahan minit mesyuarat
2.3) Perkara-perkara berbangkit
2.4) Pembentangan kertas kerja / isu / laporan
2.5) Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, semua guru adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.Kerjasama dan perhatian
daripada semua guru dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima Kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( WONG FUNG CHUO )


Guru Besar,
SJK ( C ) Liang Hua,
96700 Kanowit.

Anda mungkin juga menyukai