Anda di halaman 1dari 2

//

??????????????????????????????????? / Faks : 09-3658790?

???????????????????????????????

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BILANGAN 1/2022


TARIKH : 6 April 2022
HARI : Rabu
MASA : 1.30 � 2.30 Petang
TEMPAT : Bilik Sains SK Ulu Dong
KEHADIRAN :
1. En Mohd Ibrahim Bin Alias (Ketua Panitia)
2. Pn Norhayati Binti Abd Halim(Setiausaha)

AGENDA
1. Ucapan Pengerusi
2. Peperiksaan dan PBD
3. RPT dan DSKP
4. Jadual waktu / Penggunaan Makmal sains
5. Perancangan Aktiviti 2021
6. Penyediaan Soalan Peperiksaan / TOV/ ETR
7. Hal-hal lain
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 En Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan.
berharap mendapat kerjasama yang baik dari semua ahli untuk melancarkan aktiviti
Panitia Sains.

2.0 Peperiksaan dan PBD

2.1 En Ibrahim juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua ahli
dalam menjayakan aktiviti panitia sepanjang tahun 2021. Walaupun kebanyakan
aktiviti tidak dapat dijalankan akibat pandemik Covid 19 namun En Ibrahim ingin
merakamkan penghargaan kepada semua guru sains yang telah bekerja keras demi
kejayaan matapelajaran Sains

3.0 RPT dan DSKP


3.1 En Ibrahim memaklumkan penjajaran DSKP Tahun 1 hingga 6 telah dikongsi di
dalam kumpulan Whatapps manakala RPT dan tapak PBD boleh dimuat turun dari laman
web BPK. DSKP Sains Tahun 1- 6 boleh dicetak dalam bentuk QR code manakala RPT
perlu dicetak untuk semakan Guru besar dan difailkan .

3.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mestilah merujuk DSKP dan selari
dengan kehendak kurikulum. Guru-guru juga disarankan membudayakan aktiviti
pembelajaran guru secara kolaboratif (PLC dan LDP) yang bertujuan meningkatkan
kemahiran profesional guru. Panitia Sains telah memilih Lesson Study, Pair
Teaching dan Learning Walk untuk aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21.
4.0 Jadual waktu dan penggunaan makmal sains
4.1 En Ibrahim meminta guru-guru menyerahkan jadual waktu persendirian dan kelas
sains yang diajar untuk memastikan bilangan guru Sains mencukupi. Jadual
penggunaan makmal juga akan disediakan setelah selesai urusan rombakan jadual
waktu.
5.0 Perancangan Aktiviti 2021
5.1 Minggu Panitia Sains akan diadakan pada bulan jun dan aktiviti yang
dijalankan boleh melibatkan aktiviti berkumpulan sekiranya dibenarkan.Aktiviti-
aktiviti lain akan dibincangkan dari semasa ke semasa.

6.0 PBD/TOV / ETR


6.1 Guru-guru tahap 1 dikehendaki menjalankan pentaksiran menggunakan instrumen
yang sama namun dijalankan secara berasingan mengikut guru kelas masing-masing.
Guru perlu menyerahkan laporan PBD yang lengkap sebelum 15/7/2022 menggunakan
format yang telah dijelaskan oleh penyelaras PBD. Murid hendaklah dinilai dari
segi pengetahuan (60%), kemahiran (20%) dan nilai (20%). Guru-guru juga diingatkan
sekiranya murid mendapat band 1 dan 2 guru perlu mengenal pasti masalah dan
menyediakan intervensi yang bersesuaian.
6.2 En Ibrahim mengingatkan peperiksaan pertengahan tahun bagi murid Tahap 2 perlu
diadakan. Soalan peperiksaan perlu dibuat . Jadual penggubal soalan bagi PPT
adalah seperti di bawah dan perlu diserahkan kepada ketua panatia

Tahun Guru Kertas Peperiksaan4 Mohd IbrahimSains tahun 45 Pn NorhayatiSains tahun 5


6 Pn NorhayatiSains tahun 6

6.3 Guru-guru Tahap 1 dan 2 diingatkan untuk melengkapkan TOV dan ETR bagi setiap
murid yang diajar.
7.0 Hal-Hal Lain.
7.1 Pengerusi meminta guru- guru menyelaraskan penggunaan buku iaitu: Tahap 1 �
Buku aktiviti dan 1 buku latihan
Tahap 2 � Buku kerja dan 1 buku latihan
Semakan buku oleh pentadbir bagi buku Sains ialah pada mei,ogos dan november maka
semua guru hendaklah memastikan latihan yang diberikan mencukupi dan disemak.
7.2 Guru-guru diingatkan untuk menjaga kebersihan Bilik Sains selepas
menggunakannya.

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.
Disamping itu, Ketua Panitia juga mengingatkan guru-guru untuk berbincang
sekiranya mempunyai apa jua masalah terutamanya yang melibatkan mata pelajaran
Sains. Akhir sekali, pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dalam
menjayakan program yang telah dirancang dengan jayanya dan berharap akan
meneruskan kecemerlangan Panitia Sains bagi tahun 2022/23.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
................................. .............. �� ���������...
PN NORHAYATI BINTI ABD HALIM MOHD IBRAHIM BIN ALIAS
SETIAUSAHA Panitia Sains SK Ulu Dong KETUA Panitia Sains SK Ulu Dong

Anda mungkin juga menyukai