Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA SAINS SJKC MING CHING BIL 3/2021

Tarikh : 13.9.2021 (Isnin)


Masa : 1110-1130 a.m
Tempat : Lokasi tempat masing-masing (Google meet)
Kehadiran :

1. Pn.Ting Chiew Feng ( Guru Besar )


2. En.Philip Loi Chee Liong ( Penolong Kanan Pentadbiran )
3. En.Yii Hung Kiong ( Penolong Kanan Ko-kurikulum / Guru Sains )
4. Pn.Ting Mee Leng ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
5. Pn.Tang Kui Hung ( Ketua Panita Sains)
6. Pn. Ting Hen Ang (Guru Sains)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pada pagi ini.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1 Dicadangkan Oleh : En.Ting Hen Ang
2.2 Disokong oleh : En. Yii Hung Kiong

3. Perkara-Perkara Yang Berbangkit


3.1 Tiada perkara-perkara yang berbangkit

4. Perkara-Perkara Yang Dibincangkan

4.1 Analisis PBD Sains bulan OGOS.


4.1.1-Analisis PBD BM bulan Ogos seperti berikut:

4.1.2- Terdapat peningkatan TP bagi kelas tahun 6. Murid yang mencapai TP 5 sebanyak
6.25% (1 orang) manakala TP 4 ialah sebanyak 43.75%( 7 orang) dan TP 3 sebanyak 50% ( 8
orang ). Berusaha agar semua murid dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

Tindakan: semua guru Sains


4.2 Pelan Intervensi PBD Bulan Ogos Sains

4.2.1-Perhatian dan bimbingan berfokus kepada kelemahan PBD murid sepanjang tempoh
PdPr.
4.2.2-Perhatian perlu diberikan kepada Eason Wong (Tahun 1), Mandy Wong(Tahun 2) dan
Ryan Wong (Tahun 5).

Tindakan: semua guru Sains

4.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.3.1-Pelaporan secara Offline PBD ada 3 fasa.Pelaporan telah dibuat untuk semua kelas dari
tahun 1 hingga tahun 6 pada bulan April dan Ogos manakla Fasa 3 pada bulan
November.

4.3.2- Pentaksiran PBD Sains murid adalah sepanjang tahun proses pembelajaran.
Pencapaian
TP murid perlu diisi dalam borang transit sebelum dipindah masuk ke tapak PBD.

4.3.3 -Eviden PBD dalam talian perlu dikumpul dan disimpan untuk dokumentasi semua guru
sebagai bukti tahap penguasaan murid. Cara pelaksanaan PBD semasa PdPR boleh
dibuat melalui pemerhatian, lisan/rakaman bacaan dan penulisan.

4.3.4- Murid yang tidak/belum ditaksir dan belum mencapai TP minimum perlu disediakan
justifikasi oleh guru berkenaan untuk dibentang semasa dialog prestasi sekolah.

4.3.5- Ketua panitia perlu memastikan kesahihan data dan penjaminan kualiti PBD yang
melibatkan 4 aspek iaitu pementoran, pemantauan , penyelarasan dan
pengesanan.Amalan moderasi dalam kalangan panitia mata pelajaran untuk
memastikan pemberian TP adalah betul.

Tindakan:Semua Guru Sains

4.4 Amali Sains Tahun 1- Tahun 6


4.4.1- Amali Sains Tahap 1 adalah 4 kali setahun manakala Tahap 2 adalah 8 kali setahun.

4.4.2- Untuk tempoh PdPR, rakaman video perlu dimuatnaik ke google drive sekolah.

4.4.3- Semua guru Sains perlu menghantar laporan amali Sains untuk difailkan oleh ketua
panitia Sains sebagai persediaan dipantau oleh SISC+ Cikgu Mustapha.

Tindakan :Semua Guru Sains

4.5 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran harian

4.5.1.-.Rancangan pengajaran tahunan Sains perlu dirancang semula sekira terkesan akibat
kekangan masa. Buat justifikasi pada bahagian catatan RPT dan intervensi penjajaran
SP perlu dibuat selepas sekolah dibuka/ atau merancang pelaksanaan kurikulum yang
dijajarkan dan menyisipkan Standard kandungan/standard pembelajaran ke tahun
depan.

4.5.2- Rancangan pengajaran Harian Sains perlu ditulis dalam format lengkap berserta
dengan
sreen shot lembaran kerja dan whatsapp Sains ke google drive sekolah.

Tindakan:Semua guru Sains


4.6 Peta I Think
4.6.1-Guru-guru perlu memperkasakan peta i-think dalam proses PdPR Sains. Elemen i think
perlu dicatat dalam buku rekod hari serta laksanakan aktiviti PdPr menggunakan peta
pemikiran .
4.6.2-Daniel Wong Kung Zheng ( Tahun 6 ) telah menyertai pertandingan Peta i-Think
Science Concept (STEM) Sekolah Rendah Daerah Meradong 2021 yang dianjurkan
oleh SK Sungai Mador, Meradong. Daniel Wong telah mendapat tempat ketujuh di
kalangan 23 buah sekolah. Tahniah dan Syabas kepada Daniel Wong.
4.6.3 Galakkan murid Tahap 2 menyertai pertandingan secara online peringkat daerah dan
bahagian.

Tindakan: semua Guru Sains

4.7 Pelaksanaan PLC & TSS Sains


4.7.1 PLC Sains iaitu sesi perkongsian guru dan Lesson Study perlu dijalankan pada bulan
Mei
dan Jun. Memandangkan sekolah tidak dibuka maka sesi perkongsian guru akan
diadakan
pada 13 Oktober 2021 manakala lesson study akan diteruskan sekira sekolah dibuka
nanti.
Sekira sekolah masih belum dibuka maka sesi perkongsian guru kali ke 2 akan
diadakan.

4.7.2 Semua tool kit , laporan, gambar dan tindakan susulan PLC perlu dimuatnaik dan
disimpan dalam fail Sains.
Tindakan: semua guru Sains

4.8 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Panitia Sains

4.8.1 - Pertandingan Kuiz Sains Tahun 1- Tahun 6 akan dijalankan pada 12 November.
4.8.2- Selepas pertandingan semua laporan dan dokumentasi perlu disediakan untuk
diserahkan kepada PKKK dan ketua panitia Sains.
4.8.3- Murid yang berbakat dalam kuiz Sains akan diasah dan dilatih untuk menyertai
pertandingan peringkat daerah pada tahun depan. Galakkan murid menyertai
pertandingan secara online peringkat daerah dan bahagian.

Tindakan: Guru Sains

4.9 - Pesanan Stok Bahasa Sains 2021

4.9.1 – Pesanan Sains 2021 belum dibuat lagi akibat penutupan sekolah. Pesanan kali 1 akan
dibuat pada bulan oktober setelah PCG baru diturunkan.
4.9.2 - Membuat pesanan mengikut kesesuaian dan keperluan panitia Sains. Sumber
pendidikan harus dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Catatan stok keluar masuk perlu
dicatat dengan teliti dalam borang stok.

Tindakan: Ketua panitia Sains

4.10 Fail Panitia Sains

4.10.1- Fail panitia Sains perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Dokumen dan maklumat
data terkini perlu dimasukkan dalam fail panitia seperti jadual waktu individu, biodata
guru, minit mesyuarat dan lain-lain lagi.

Tindakan: semua guru Sains

5.0 Hal-Hal Lain


5.1.1-tiada hal-hal lain maka mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1130

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

……………………… …………………….. ………………………


(NGU YONG MING) (TANG KUI HUNG) (TING CHIEW FENG)
Setiausaha Pengerusi Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai