Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KUIZ SAINS PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016

1. Nama Program : Pertandingan Kuiz Sains Peringkat Sekolah Tahun 2016


2. Tarikh : 23.10.2016 - 27.10.2016 (Minggu ke -38, penggal 2 )
3. Hari / Masa : Waktu PdP
4. Tempat : Kelas
5. Objektif : - Menarik minat murid-murid untuk mendekati
pembelajaran sains sejak bangku sekolah.
- Memupuk semangat ingin belajar dan terus menerokai
bidang sains menerusi kemahiran berfikir aras tinggi
( KBAT ).
- Memperkukuh penguasaan pdp di dalam kelas dengan menguji
ingatan murid-murid.
6. Sasaran : Semua murid SJK(C) Jemaluang
Tahan 1 hingga Tahun 6.

7. Butiran aktiviti :
Pertandingan Kuiz Sains Peringkat Sekolah Tahun 2016 telah berlangsung
mulai 23- 10 -2016 hingga 27-10-2016 (minggu ke-38 penggal 2 ). Pertandingan ini
dijalankan secara dalaman , melibatkan semua murid-murid. Penglibatan murid
adalaah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kuiz diadakan di dalam kelas dan
dikendalikan oleh guru-guru Sains semasa waktu pdp. Tujuan aktiviti ini diadakan
adalah untuk menarik minat murid-murid untuk mendekati pembelajaran sains sejak
bangku sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan memupuk semangat ingin belajar dan
terus menerokai bidang sains menerusi kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ).
Pertandingan diadakan di dalam kelas menggunakan set soalan kuiz yang
berlainan untuk setiap kelas. Tempoh masa menjawab adalah selama 15 minit untuk
tahap 1 dan 5 minit untuk tahap 2. Murid-murid hanya perlu menulis jawapan di
tempat yang disediakan.
Semua kelas telah berjaya menjalankan kuiz pada akhir minggu ke- 38.
*Senarai pemenang sila lihat Lampiran 1

8. Penilaian Program

8.1 Kekuatan
8.1.1 Pertandingan kuiz menjimatkan masa dan kos kerana pengendalian secara
dalaman.

8.2 Kelemahan
8.2.1 Tidak dapat mencungkil bakat terpendam.

8.3 Penambahbaikan
8.3.1 Pertandingan untuk tahap 2 perlu disisipkan dengan soalan amali .

Disediakan: Disahkan:

_______________
Puan Sia Su Ching En. Koo Chee Keong
Ketua Panitia Sains Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai