Anda di halaman 1dari 3

Sejak diumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran diguna iaitu PdPR

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akibat penularan Covid-19 pada Mac tahun
lepas. Sekian lama ini, guru-guru terpaksa melaksanakan PdPR yang tidak pernah
dilakukan sebelum ini.
Ya, memang tidak dapat dinafikan PdPR terpaksa dijalankan akibat penularan
Covid-19 ini.
1. Sesi perbualan ini akan ditumpu kepada PdPR yang kian dilaksanakan pada
masa ini. Apakah kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru?
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu terma dan proses yang baharu
dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa yang dapat menggalakkan pemikiran
secara kreatif dan kritis. Sepertimana yang kita tahu, tidak semua warga pendidik di
Malaysia mahir dalam bidang teknologi kerana ada dalam kalangan mereka sudah
berusia dan tidak terdedah dengan teknologi digital masa kini. Ini adalah salah satu
cabaran pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi oleh guru-guru untuk
melaksanakannya kerana ia mengambil masa yang agak lama bagi guru yang
kurang mahir dengan aplikasi atas talian untuk menyediakan bahan mengajar yang
lengkap dan mampu menarik perhatian para murid.

2. Apakah pilihan-pilihan ataupun strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk


mengubah situasi ini?
Selepas perbincangan bersama dengan guru besar dan ketua panitia, terdapat tiga
strategi telah digunakan oleh sekolah kita. Strategi pertama yang digunakan adalah
penggunaan aplikasi WhatsApp dalam PdPR. Bagi strategi yang kedua, sekolah
juga menyarankan guru menggunakan aplikasi google meet, zoom ataupun
whatsapp video untuk mengatasi masalah ini dan strategi yang ketiga adalah
penggunaan google classroom dalam pelaksanaan PdPR ini.

3. Apakah kelebihan dan kekurangan strategi pertama iaitu menggunakan aplikasi


whatapps?
Penggunaan aplikasi whatapps memang ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi
kelebihannya, boleh dikatakan semua guru tidak menghadapi masalah dalam
penggunaan Whatsapp kerana memang sudah biasa guru menggunakan Whatsapp
untuk berkomunikasi dengan orang lain. WhatsApp juga boleh dijadikan sebagai
salah satu alat pembelajaran untuk menarik murid belajar dan menjadikan
pembelajaran menyeronokkan. Tetapi bagi kekurangannya, masalah yang selalu
dihadapi adalah guru tidak menyebarkan bahan pembelajaran dalam aplikasi ini
selepas PdPR dan menyebabkan murid tidak dapat mendapat bahan pembelajaran
yang lengkap dan keciciran murid membuat ulang kaji dan pengukuhan selepas
PdPR ini. Selain itu, saya mendapati ada di kalangan murid tiada dalam talian
semasa guru menggunakan aplikasi whatapps. Ini akan menyebabkan murid
ketinggalan dalam pembelajaran. Penglibatan guru dan murid serta kerjasama ibu
bapa amat penting dalam memastikan PdPR berjalan dengan lancar. Itu untuk
aplikasi Whatsapps.
Seterusnya untuk aplikasi google meet, ada di kalangan guru masih belum
memahirkan diri dalam penggunaan teknologi digital dan ada kalangan mereka yang
sudah berusia menyebabkan guru menghadapi tekanan dan stress semasa
menjalankan PdPR ini.

Tidak dinafikan ketika pembelajaran google meet, ada sesetengah murid yang tidak
memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran guru atas talian. Kecewa melihat sikap
murid yang tidak berdisiplin dalam menuntut ilmu. Guru juga menghadapi masalah
kerana kekangan jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah di mana murid
terpaksa menepati masa untuk menghadiri kelas mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi keluarga yang mempunyai banyak anak di samping menghadapi peranti yang
tidak mencukupi, anak-anak mereka perlu berkongsi peranti secara bergilir-gilir
untuk menyertai kelas atas talian. Guru terpaksa menggunakan masa yang lain
untuk membantu murid.

Bagi strategi yang ketiga, Kementerian Pendidikan Negara kita memang


menyarankan guru-guru menggunakan aplikasi ini. Dalam aplikasi ini, kelebihannya
adalah guru dapat mudah mengelolakan tugas yang diberikan. Semua arahan telah
diberikan dalam google classroom. Guru memuat naikkan latihan, maklumat ataupun
youtube untuk ditonton oleh murid selepas waktu PdPR di mana ibu bapa dapat
memantau anak-anak mereka membuat kerja sekolah. Bagi kekurangannya adalah
tampilan yang dimiliki oleh Google Classroom kurang menarik. Hanya menampilkan
beberapa pilihan gambar dan itu hanya berupa gambar cartoon. 

Saya rasa itu pandangan saya.

4. Kita dapati ketiga-tiga strategi ini memang ada kelebihan dan kekurangannya,
puan rasa manakah pilihan yang paling menarik bagi puan?
Bagi saya, saya akan menyarankan guru menggunakan google meet di mana lebih
banyak interaksi dua hala boleh dijalankan secara dalam talian di mana guru dapat
memperbaiki atau memberi galakan dan bimbingan secara individu kepada murid
dan murid juga akan berasa lebih yakin jika dapat mengadakan ataupun
menjalankan PdPR secara bersemuka dalam talian. Kaedah pembelajaran ini
sebenarnya memberi pencerahan dari aspek pembelajaran secara moden dan boleh
mengaplikasikan kemudahan teknologi pada masa kini. Ini antara salah satu
kelebihan PdPR yang mana membantu anak-anak membuat penerokaan
pembelajaran secara atas talian dan baru. Hal ini juga dapat membantu anak-anak
lebih celik akan teknologi.
5. Apakah sokongan yang puan perlu?
Saya ingin mengucapkan Syabas kepada guru yang telah Berjaya menggunakan
aplikasi google meet semasa PdPR. Namun, kotmimen guru yang professional juga
amat diperlukan. Seorang guru itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan
menukar cara pembelajaran mengikut kesesuaian murid, bagi memastikan kejayaan
proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ketika negara masih
berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19. Guru juga perlu menepati masa
dan memanfaatkan masa dengan sepenuhnya mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah untuk menjalankan PdPR. Saya berharap guru dapat
sentiasa memajukan diri supaya PdPR dapat dijalankan tanpa kekangan dan dapat
berjalan dengan lancar. Itu harapan daripada saya.

Anda mungkin juga menyukai