Anda di halaman 1dari 5

Sejak dunia kini dilanda wabak covid 19 banyak perkara sudah berubah , seperti macam

mana masusia kini mengurus dan menjalani kehidupan seharian , ada perkara yang dulunya
dianggap janggal dan asing, namun kini perkara tersebut sudah dianggap biasa , sebagai contoh
masyarakat dunia kini perlu untuk menjalani beberapa perubahan yang dinamakan sebagai
norma baru seperti penjarakan fisikal, pemakain pelitup muka dan penjarakan fizikal semasa
berada di tempat yang sesak. Bagi yag bekerja dipejabat pula banyak sistem yang sedikit
sebanyak telah ditukar untuk menyesuaikan diri dengan norma baru seperti berkerja dari rumah
(BDR). Dunia pendidikan juga tidak lari dari menerima tempias wabak ini , ianya jelas dengan
penutupan sekolah di negara kita dalam langkah untuk mengekang penularan wabak ini , hal ini
telah membawa kepada dimensi baru dalam pendidikan negara . Semestinya proses pengajaran
dan pembelajaran tidak lagi sama seperti dahulu yang mana dilakukan di dalam bilik darjah .
Kini dengan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah ( PDPR ) , platform pendidkan sudah
berubah kepada bentuh maya dan tidak lagi di bilik darjah . Perubahan yang mendadak ini jelas
menjadi cbaran baru kepada guru. Di dalam tulisan ini saya cuba untuk mengutarakan beberapa
isu dan cabaran guru masa kini dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Isu yang pertama yang saya rasakan amat releven untuk diketengahkan di sini adalah
cabaran guru dalam menguasai platform pendidikan maya . Cabaran ini bukan suatu isu yang
besar bagi golongan pendidik muda yang mana sudah didedahkan dengan penggunaan platform
ini sewaktu belajar lagi , bagi golongan pendidik muda platform seperti google classroom ,
google meet , zoom meeting adalah suatu yang tidak asing bagi mereka , mereka justeru amat
seronok dan teruja untuk menggunakan plarform ini dan mereka lebih up to date sesuai dengan
apa yang dibincangkan Norehan Binti Mohd Nasir, Mahaliza Binti Mansor 2021. Perkara ini
seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dalam anjakan
pertamanya iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa serta anjakan keenam dalam memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Selaras dengan usaha itu, KPM telah
memperkenalkan satu pelantar pendidikan yang dinamakan sebagai Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang bertujuan untuk membantu dan memudahkan para
guru menyampai pengajaran dengan menyediakan pautan link kepada Google Classroom,
Microsoft Teams, Buku Teks Digital, EduwebTV, CikgooTube, aplikasi pembelajaran dan pautan
aplikasi gamifikasi yang dapat membantu PdPc. Namun bagi sebahagian besar guru yang sudah
berusia , mereka sudah tentu terbiasa dengan kaedah pengajaran yang old school . Perubahan
mendadak kepada wadah baru menyebabkan mereka mengalami culture shock pada awalnya dan
seakan bertatih untuk menyesuaikan diri .  Guru perlu lebih mendalami ilmu teknologi yang
baharu dengan menggunakan cara lebih efektif untuk berkomunikasi dengan pelajar.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berpendapat
warga pendidik, khususnya guru, perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
mengenai penguasaan dalam teknologi digital yang baharu dan menguasai ilmu berkaitan e-
pembelajaran supaya lebih senang untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Kesiapsiagaan ini akan dapat dilihat perubahannya dari aspek pengajaran, pentaksiran
dan penyampaian ilmu yang mencabar tugas keguruan.

Perkara yang paling penting ialah kita perlu memastikan pelajar tidak hilang semangat
untuk menimba ilmu dan guru juga tidak hilang semangat untuk menyampaikan ilmu.

Antara isu lain yang menjadi cabaran guru adalah dari sudut kemampuan menyediakan
dan memanipulasikan peranti seperti telefon pintar , tablet , komputer riba dan komputer.
Cabaran ini sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut , sudut guru dan pelajar . Saya berpandangan
rata-rata guru sudah pasti mampu untuk membelanjakan wang mereka untuk membeli peranti
untuk tujuan PdPR mereka , namun ada sebahagian mereka saya percaya berdasarkan
pemerhatian saya agak kekok untuk menggunakan peranti-peranti berkenaan untuk tujuan
pendidikan , hal ini kerana sebahagian mereka hanya menggunakan untuk tujuan komunikasi
seharian , hal ini kerena mereka juga perlu membiasakan diri untuk menggunakan gajet
sokongan seperti webcam, microfon , stand , drawing pad dan sebagainya untuk memastikan
proses PdPR menjadi menarik dan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.
Namun demikian, guru masih lagi berhadapan masalah dalam memastikan proses PdPR
dua hala antara guru dan murid berjaya dijalankan, hal ini kerana murid – murid yang sedang
berada dirumah juga tidak terlepas dari menghadapi masalah yang sama , ada ramai dalam
kalangan pelajar , terutama yang masih bersekolah rendah masih tidak terlalu didedahkan atau
terbiasa menggunakan alatan teknologi yang terkini seperti komputer riba dan telefon pintar.
Mereka juga masih terkial – kial dalam menggunakan platform pendidikan alam maya.Perkara
yang lebih menyedihkan lagi untuk didengari semasa membincangkan cabaran guru dalam
menggunakan teknologi di dalam PdPR dimana ada juga dalam kalangan mereka yang kurang
berkemampuan terpaksa untuk berkongsi peranti dengan adik-beradik yang lain kerana
kesempitan kewangan keluarga. Hal ini jelas telah memberi kesan kepada kehadiran dalam kelas
PpDR yang mana dijalankan secara atas talian menggunakan platform google meet, webex
mahupun google classroom. Rata–rata mereka yang terpaksa berkongsi pasti tidak mampu untuk
mengikuti kelas sebegini secara konsisten, kegagalan ini bakal membawa kepada banyak
masalah yang lain juga antaranya mereka gagal untuk menghadam silibus dengan baik dan
menguasai mata pelajaran sebagai mana sepatutnya . Polemik ini sememangnya amat memberi
impak kepada guru dalam memastikan anak didik yang tercicir ini setidak- tidaknya mampu juga
untuk terus mengikuti pelajaran walaupun tidak secara langsung. Guru akan bersengkang mata
untuk menyediakan nota tambahan, merekod audio atau video untuk tontonan anak pelajar
sewaktu mereka dapat menggunakan peranti tersebut. Sedikit sebanyak guru terpaksa
mengorbankan waktu lapang dan masa bersama keluarga.

Menyambung perbincangan isu ini, saya merasakan perkara yang turut menjadi cabaran
guru dalam menggunakan teknologi dalam PdPR adalah isu capaian internet. Tidak dinafikan,
Malaysia antara negara yang terkehadapan dalam capaian internet, sebagai mana maklum,
Malaysia sudah ke arah mengguna pakai jaringan 5G, namun begitu ada lagi seglintir penduduk
di negara kita masih berhadapan masalah dan kesukaran dalam mendapatkan akses internet,
mereka ini semestinya adalah golongan yang tinggal di kawasan luar bandar dan kawasan
pedalaman. Masalah internet sememangnya telah menjejaskan telah menjejaskan kelangsungan
PdPR kepada guru mahupun pelajar sendiri.Rata – rata mereka meluahkan rasa keawa dan ada
juga yang tertekan untuk menghadapi masalah ini. Perkara ini akan lebin parah apabila hari
hujan, PdPR seakan menjadi sesuatu yang mustahil untuk diadakan seara atas talian.

Perbincangan ini semakin rancak apabila isu ketagihan gajet dibinangkan. Kemodenan
dunia IT sekarang turut memberi kesan kepada permainan video,ia sememang menjadi semakin
menarik.Golongan kanak – kanak, remaja mahupun dewasa sekalipun ramai yang tergila –
gilakannya. Tidak dinafikan isu ketagih bermain permainan di talifon pintar sudah menjadi isu
yang lama, sejak kemunulan talifon pintar itu lagi, namun isu ini menjadi sebuah perbinangan
yang hangat sewaktu pandemik ini melanda ini kerana. Hal ini kerana keasan ketagihan ini telah
menyebabkan pelajar tidak mengikuti kelas PdPR yang dijalankan oleh guru mereka kerana
mereka sudah berada di alam mereka tersendiri. Perkara ini akan menjadi semakin parah apabila
mereka yang terlalu obsess dan tidal dikawal akan berjaga malam semata mata untuk melayan
ketagihan mereka, pade keesokkan harinya mereka akan tertidur dan akan terlepas kelas bersama
guru. Apa yang lebih menyedihkan perkara ini akan berlanjukan kerana ramai dalam kalangan
ibu bapa sebenarnya berkerja dan mereka akan keluar rumah dari awal pagi. Walaupun mereka
seadaya upaya sudah mengejutkan anak – anak mereka sebelum keluar kerja, usaha tersebut
sebenarnya menajadi sia- sia apabila anak mereka akan kembali tidur sebaik ibu bapa mereka
meningalkan rumah. Dari pihak guru pula, banyak ini inisiatif yang digunakan untuk mengesan
pelajar yang tidak hadir kelas mereka, antaranya adalah mereka cuba untuk menghubungi
mereka, dan usaha ini membawa kehampaan apabila panggilan tidak terjawab kerena mereka
lena dibuai mimpi setelah semalaman bersengkang mata ‘ berjuang’ dan ‘ bertempur ‘ di medan
perang.Usaha guru dalam menyediakan bahan mengajar akhirnya sia – sia sahaja.

Saya ingin mengemukakan beberapa buah fikiran yang saya rasa wajar untuk dicermati
sebagai usaha yang digembelengkan untuk mengatasi masalah ini . sebagai satu langkah proaktif
dan efektif disamping untuk menjaga kualiti kerja kelas pertama , pihak kementerian pendidikan
boleh menyusun seminar, webinar dan bengkel yang berterusan kepada para pendidik yang
memerluka bimbingan dalam menguasai kemahiran IT yang terkini , tidak dinafikan sewaktu
wabak ini melanda, banyak webinar yang dijalankan untuk memberi sinar ilmu dan pendedahan
kepada yang kurang berkemahiran, namun begitu webinar ini saya rasa kurang efektif dan
mungkin ramai yang tersisir . melalui sekolah, gueu besar sememangnya boleh untuk
menyenaraikan guru yang sewajarnya untuk mengikuti kursus dan bengkel yang mana
berteraskan modul yang berkesan untuk melatih guru untuk lebih mengusai platform terkini
pendidikan seara maya . Dengan langkah ini , saya rasa mereka sendiri akan lebih yakin dan
berkobar kobar untuk turut serta memanipulasikan teknologi dalam pendidikan . bagi isu
kekangan kewangan keluarga yang menyukarkan anak pelajar untuk mempunyai gajet sendiri ,
saya ingin mengenengah satu saranan , dimana pihak sekolah sendiri boleh menyemak data dan
latarbelakang pelajar untuk mengenal pasti pelajar sasaran yang perlu dibantu, pihak sekolah
seterusnya boleh berusaha sama dengan Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ) untuk mensari dana
dalam medapatkan bantuan untuk perlajar sasaran.

Antara usaha lain yang boleh diketengankan dalam mendepani abaran sewaktu pandemik
ini adalah dengan mewujudkan saluran TV pendidikan yang percuma untuk pelajar, ianya dapat
membantu golongan yang tiadak dapat belajar oleh kerana kekangan internet umtuk terus belajar.
Walaupun tertapat kekuarangan, namun ianya satu sumbangan yang besar kepada mereka yang
tidak berkemampuan. Usaha ini haruslah diterajui Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi agar silibus yang diajar selari dengan arus pendidikan semasa
selain liputan saluran tv berkenan dapat diikut dengan baik di seluruh negara..Di samping ibu
bapa perlulah sentiasa mengikuti perkembangan pendidkan anak - anak dan membuat
pemantauan yang berkala. Mereka juga boleh dan sewajarnya mengambil tindakan atas salah
laku anak di rumah agar anak mereka sedar akan tindak mereka yang jika dibiarkan akan
merosakkan masa hadapan mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai