Anda di halaman 1dari 35

E30409130077

TUGASAN

JANUARI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS ECE 321

NAMA KURSUS BAHASA DAN LITERASI AWAL


KANAK-KANAK

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

MUKADIMAH
__________________________________________________________________ 1
E30409130077

Segala puji-pujian dan syukur kehadrat Allah SWT atas anugerahNya beserta selawat
dan salam ke atas Baginda Muhammad SAW dan ahli keluarganya sehinggalah kepada
doa untuk Ayahnda dan Bonda kita bersama. Tidak lupa juga kepada diri, isteri dan
anak-anak tersayang semoga mendapat rahmat dan hidayatNya.
Sekalung budi dan penghargaan kepada pihak AeU dalam menyediakan tugasan
untuk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dengan penuh berhemah serta beretika.
Tugasan ECE 321 Bahasa dan Literasi Awal Kanak-Kanak merupakan pembelajaran
yang merujuk kepada murid-murid dalam memahami kepentingan bahasa dalam
segenap segi sebagai panduan bagi kemenjadian individu dalam konteks pembelajaran
yang lebih baik dan pemerolehan yang lebih bermakna.
Banyak yang telah diperhatikan serta dapatan pengetahuan yang diperoleh dan
dapat dipergunakan dalam mendidik generasi yang serba mencabar menerusi arus
kemodenan tanpa batasan teknologi mahupun seterusnya. Ianya juga perlu diperhalusi
dengan lebih mendalam dengan aqli yang lebih jitu serta membuahkan kemenjadian
insan yang lebih sempurna dengan pemahaman serta mengimpak kepada suatu yang
lebih positif nilainya.
Dengan ini, sekalung budi dan penghargaan kepada Pensyarah yang
membimbing selama 4 kali tutorial, di atas segala tunjuk ajar dan pengalaman-
pengalaman beliau yang amat berguna serta bermanfaat.

Segala yang baik adalah dari Allah SWT.

__________________________________________________________________ 2
E30409130077

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

BAHAGIAN A : Artikel 5

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Pencapaian Literasi Kanak-Kanak


Prasekolah Semasa Berada di Rumah oleh Zainiah M. Isa dan Nur Asiah A.
Hamid. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1. Pengenalan 6
2. Tujuan Dan Rasional Kajian 6
3. Rumuskan Kajian-Kajian Berkaitan 7-9
4. Dapatan Kajian 9-11
5. Implikasi Dapatan Kajian Bagi Guru Prasekolah 11-12
6. Penutup 12

BAHAGIAN B: ESEI

Kaedah Mengajar Menulis di Prasekolah Saya 13

1 Pengenalan 14
2 Kaedah Mengajar Menulis Yang Lazim Diamalkan Di Prasekolah Saya 14-16
3 Rasional Pemilihan Kaedah-Kaedah Tersebut 16-17
4 Adakah Kaedah Yang Digunakan Dapat Menarik Minat Kanak-Kanak? 17-19
5 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Menulis 20
6 Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Tentang Kaedah Mengajar Menulis 21
7 Asas Dan Latar Belakang Kanak-Kanak Menimbulkan Masalah 21-22
8 Peruntukkan Masa Untuk Mengajar Kemahiran Menulis 22-23
9 Masalah-Masalah Mengajar Kemahiran Menulis 23-24
10 Lain-Lain Perkara Tentang Kaedah Menulis Yang Dilaksanakan 24-25
11 Penutup 25

__________________________________________________________________ 3
E30409130077

BAHAGIAN C : LAPORAN 26

Seorang kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran membaca dipilih. Laksanakan


strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan (developmentally appropriate
practice DAP) kanak-kanak berkenaan selama TIGA (3) minggu

1. Pengenalan 27
2. Maklumat Murid Sasaran 27
3. Strategi Pengajaran Yang Dirancang 28
4. Catatan Pemerhatian 28-30
5. Analisis Dapatan Sikap Dan Tingkah Laku 30
6. Minggu Pertama Pemerhatian Sikap Dan Tingkah Laku 31
7. Minggu Kedua Pemerhatian Sikap Dan Tingkah Laku 31-32
8. Minggu Ketiga Pemerhatian Sikap Dan Tingkah Laku 32
9. Analisis Pencapaian 33
10. Ulasan Dan Refleksi 33-34
11. Penutup 34

RUJUKAN 35

__________________________________________________________________ 4
E30409130077

BAHAGIAN A : Artikel

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Pencapaian Literasi


Kanak-Kanak Prasekolah Semasa Berada di Rumah oleh
Zainiah M. Isa dan Nur Asiah A. Hamid. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

__________________________________________________________________ 5
E30409130077

1. PENGENALAN

Secara sepintas lalu dengan merujuk kepada Artikel yang bertajuk Peranan Ibu Bapa
dalam Memastikan Pencapaian Literasi Kanak-Kanak Prasekolah Semasa Berada di
Rumah oleh Zainiah M. Isa dan Nur Asiah A. Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Ianya jelas melibatkan dua orang pengkaji serta mengandungi 10 muka surat
dengan 17 rujukannya. Selain itu, kajian tersebut juga menjurus kepada sampel kajian
iaitu 80 orang kanak-kanak prasekolah dan ibubapanya dari dua buah tadika di sekitar
Ipoh, perak. Segala data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan SPSS iaitu
Statistical Package for Sosial Science. Pengkaji juga membuat rujukan terperinci
terhadap 7 buah kajian sebelumnya seperti Kajian Ruslinda(2005), Cheah Sew
Ching(1998), Rush(1999), Purcell-Gates (1994), Raban dan Nolan(2006),
England(2005) dan Zainiah (2005) dalam menyokong serta memantapkan kukuhnya
kajian yang terhasil.

2. TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Tujuan Kajian tersebut adalah sebagai penentu hubungan antara aktiviti literasi yang
dilakukan oleh ibu bapa di rumah dengan tahap pencapaian literasi anaknya yang mana
menjurus kepada tumpuan aktiviti semasa di rumah seperti membaca bersama,
menyediakan bahan bacaan dan tempat membaca. Rasional kajian tersebut pula adalah
mensasarkan kepada kebimbangan masyarakat Malaysia dengan dapatan sehingga 60
peratus pelajar tahap satu, dua dan tiga di sekolah seluruh negara yang mana masih
belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Keduanya
adalah dari sudut kepentingannya dalam penentuan tahap pencapaian murid pada bidang
akademik sama ada peringkat sekol ah rendah dan juga menengah. Ketiganya perubahan
had minimum yang mengubah definisi terkini dalam kemahiran membaca setakat
mengenal huruf sudah tidak relevan yang harus didasarkan kepada keupayaan seseorang
itu membaca dan memahami tulisan dalam urusan hariannya sendiri. Kelimanya adalah
dari statistik yang menunjukkan empat puluh peratus murid-murid tahun satu
bermasalah dalam membaca dan menulis bahasa Melayu yang mana akan
berkemungkinan mengalami masalah yang sama di sepanjang zaman persekolahan yang
__________________________________________________________________ 6
E30409130077

dilalui. Keenamnya adalah keutamaan ibu bapa mendahului proses pembacaan kepada
anak-anak di rumah bagi memantapkan pencapaian literasi sebagaimana yang
dinyatakan dalam objektif kajian pengkajian.

3. RUMUSAN KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

Kajian-kajian berkaitan yang terdapat dalam pengkajian tersebut terdapat pada muka
surat 4 hingga 6 yang mengandungi rujukan terperinci terhadap 7 buah kajian
sebelumnya seperti Kajian Ruslinda(2005), Cheah Sew Ching(1998), Rush(1999),
Purcell-Gates (1994), Raban dan Nolan(2006), England(2005) dan Zainiah (2005).
Keseluruhan kajian ini difokuskan kepada literasi yang menjurus kepada ibu bapa,
kanak-kanak dan dapatan kajian yang diperbandingkan diantara ke tujuh-tujuh kajian
yang dilihat sama ada menyokong mahupun sebaliknya.
Rumusan terhadap tumpuan tujuh pengkajian ini meliputi kepada tujuan kajian
yang ingin dilihat oleh pengkaji tersebut seperti Ruslinda(2005) yang mengkaji
mengenai penglibatan ibu bapa bagi empat aspek iaitu interaksi, meluangkan masa
membaca dan bercerita, memberikan bimbingan dan sokongan material kepada anak-
anak mereka di rumah. Bagi Rush (1999) pula, ialah kajian terhadap penyediaan
persekitaran dan membaca bersama kanak-kanak dan Cheah Sew Ching (1998) pula
adalah kajian yang melibatkan literasi kanak-kanak di Ipoh Perak. Purcell-Gates (1994)
menjalankan kajian bagi melihat penggunaan literasi dalam kehidupan kanak-kanak di
rumah dan Kajian Raban dan Nolan (2006) adalah kajian pendedahan dan latihan awal
membaca di rumah yang mana dapat memberi banyak kelebihan kepada kanak-kanak
dalam menguasai kemahiran asas membaca. Bagi Kajian oleh England (2005) ianya
pengkajian pengaruh persekitaran literasi di rumah iaitu membaca bersama kanak-
kanak, melakukan aktiviti literasi, menyediakan bahan literasi di rumah, dan juga
penglibatan ibu bapa dengan aktiviti literasi di sekolah. Akhir sekali, Zainiah (2005)
yang mengkaji perkaitan antara latar belakang ibu bapa, bahan bacaan di rumah dan di
sekolah, peranan ibu bapa dan guru dalam membacakan buku kepada kanak-kanak
dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah. Kesemua tumpuan kajian-kajian ini
meliputi segala rujukan pengkajian yang telah dibuktikan dengan dapatan, analisis serta
perbandingan terdahulu yang mana dapat menyokong, memperkukuh serta
membuktikan kunci kepada keutaamaan yang jelas terhadap dapatan kajian terkini yang
__________________________________________________________________ 7
E30409130077

dilakukan untuk penghasilan maklumat terkini yang lebih relevan, diterima serta sesuai
dengan kemenjadian murid mengikut aliran perubahan zaman.
Dapatan kajian-kajian berkaitan juga adalah membentuk ikatan yang kukuh
dengan pola responden kajian yang mana keesahan yang telah dibuktikan. Contohnya,
Ruslida (2005) yang menggunakan responden seramai 125 orang dari kalangan kanak-
kanak prasekolah daripada lima buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan
seramai 125 orang ibu bapa, di daerah Petaling Jaya, Selangor. Zainiah (2005), seramai
112 orang kanak-kanak prasekolah, berusia antara enam tahun yang sedang belajar di
lima buah sekolah yang terpilih. England (2005) pula menggunakan seramai 68 orang
kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa mereka terlibat dalam projek yang dinamakan
sebagai Learning ABC Project. Bagi Cheah Sew Ching (1998), menggunakan sampel
iaitu 20 orang kanak-kanak yang berumur 5 tahun beserta ibu bapa mereka.
Hasil kajian yang didapati oleh kajian-kajian lalu membantu pengkajian berikutnya
dengan bukti intelek dapatan. Kerana ada kajian yang menyokong antara satu dengan
yang lain dan ada juga yang sebaliknya. Dapatan ruslida(2005) menyatakan terdapat
hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kemahiran
asas membaca kanak-kanak prasekolah dan Cheah Sew Ching (1998) pula dapatannya
menunjukkan kanak-kanak memperolehi pengetahuan tentang abjad apabila ibu bapa
melibatkan diri dalam aktiviti membaca di rumah. Rumusnya kajian ini menyamai
dalam bukti terhadap dapatan pencapaian literasi kanak-kanak yang positif yang mana
ianya adalah hasil penglibatan ibu bapa. Dapatan Rush (1999) pula menunjukkan
hubungan yang positif penyediaan tempat membaca terhadap peningkatan literasi bagi
kanak-kanak dengan bukti membaca adalah aktiviti kepada kanak-kanak dapat
membantu pencapaian literasi kanak-kanak. Bagi Purcell-Gates (1994), Dapatan
menunjukkan kanak-kanak yang ibu bapanya membaca buku dengan anak mereka akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut memulakan instruksi formal di sekolah dengan
lebih baik. Kajian Raban dan Nolan (2006) menunjukkan dapatan kajian sebanyak
68.8% ibu bapa telah membacakan buku kepada kanak-kanak setiap hari dan kanak-
kanak yang banyak dibacakan buku oleh ibu bapa mereka mempunyai asas membaca
yang lebih baik.
Bagi kajian England (2005) Hasil kajian ini mendapati program literasi keluarga
bukanlah merupakan penyumbang utama pencapaian literasi kanak-kanak. Ini kerana
kajian ini menunjukkan walaupun keluarga yang menerima bantuan bahan bacaan, tiada
__________________________________________________________________ 8
E30409130077

hubungan yang positif di antara bahan bacaan dengan pencapaian literasi. Hasil dapatan
yang sama juga terhadap aktiviti membaca secara kuat dengan pencapaian literasi
kanak-kanak. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Zainiah (2005) Dapatan kajian ini
mendapati tiada perhubungan antara tahap pembacaan dengan jumlah sudut bacaan di
sekolah, masa membaca bersama di rumah dan kemudahan untuk meminjam buku di
bilik darjah. Hasil dapatan kajian Zainiah (2005) mengenai masa membaca bersama dan
juga tentang penyediaan bahan adalah sama dengan hasil dapatan kajian England (2005)
yang juga mendapati kesan yang tidak memberangsangkan bagi pemboleh ubah
tersebut. Oleh itu jelaslah bahawa penglibatan ibu bapa adalah penyumbang utama
terhadap asas pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah.

4. DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian yang terhasil berdasarkan Statistical Package for Sosial Science (SPSS)
yang mana secara sistematik analisis dilakukan dengan tepat merangkumi peratusan dan
hubung kaitnya terhadap tahap bacaan, bacaan bersama, kemudahan bahan bacaan serta
penyediaan tempat membaca.
Seramai 80 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun telah
digunakan dalam penentuan tahap literasi dengan merujuk kepada jadual 1 permulaan
yang telah dilampirkan di bawah. Ia menyatakan data analisis yang terhasil iaitu
seramai 27 orang berada di tahap pemunculan pembaca, keduanya seramai 30 orang
kanak-kanak berada pada tahap pembaca awal dan yang akhir sekali adalah seramai 23
orang berada di tahap pembaca lancar. Dan secara peratusannya ialah 33.8%, 37.4%
dan 23.8%.
Jadual 1
Tahap Literasi Kanak-kanak Tahap Peratusan
Pemunculan pembaca 33.8
Pembaca Awal 37.5
Pembaca Lancar 23.8
Jumlah 100

Melalui dapatan dari Analisis Korelasi menemukan jawapan terhadap persoalan


yang dikaji yang mana telah dibuktikan melalui pernyataan jadual 1, jadual 2 dan jadual
3. Bagi dapatan jadual 1 iaitu bagi Analisis Korelasi Masa Membaca Buku dan Tahap
Literasi. Pencapaian tahap literasi kanak-kanak dengan kekerapan meluangkan masa
__________________________________________________________________ 9
E30409130077

membaca bersama di rumah tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan


memutuskan rumus bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara membaca
bersama di rumah dengan tahap literasi kanak-kanak prasekolah.
Bagi dapatan Jadual 2 untuk Analisis Korelasi menyediakan Bahan Bacaan dan
Tahap Literasi. Tahap Literasi Bilangan buku serta hasil analisa korelasi telah mendapati
tiada juga hubungan yang signifikan antara bilangan bahan bacaan yang ada di rumah
dengan pencapaian tahap literasi kanak-kanak dengan dapatan bukti perhubungan yang
lemah. Maka, rumusnya pengkaji memutuskan bahawa tiada perhubungan antara
bilangan bahan bacaan di rumah dengan tahap literasi kanak-kanak prasekolah.
Bagi dapatan jadual 3 untuk Korelasi Penyediaan Tempat dan Tahap Literasi
menunjukkan keputusan analisis korelasi Spearman Rho bahawa tiada hubungan yang
signifikan antara penyediaan tempat dengan pencapaian tahap literasi kanak-kanak
dengan merumuskan keputusan akhir bahawa tiada perhubungan antara penyediaan
tempat dengan tahap literasi kanak-kanak prasekolah
Dapatan pada Tahap Literasi Kanak-Kanak Prasekolah yang diperolehi daripada
kedua-dua buah sekolah ini menunjukkan kebanyakkan kanak-kanak prasekolah masih
lagi berada di tahap penampilan pembaca dan juga di tahap pemunculan pembaca iaitu
sebanyak 71.2 % , manakala pembaca mahir pula hanya 28.8%.
Dapatan Tahap Literasi dengan Aktiviti Membaca Di rumah melihatkan
pertentangan dapatan dengan kajian Ruslida (2005), Cheah Sew Ching(1995), Rush
(1999), Raban dan Nolan (2006) dan Purcell-Gates (1994) yang mana pengkaji-pengkaji
tersebut memutuskan membaca bersama dapat mempertingkatkan pencapaian literasi
kanak-kanak dengan lebih baik.
Hasil Kajian ditemui menjurus kepada kajian Zainiah (2005) dan England
(2005) yang menunjukkan keputusan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara
tahap literasi dengan masa membaca di rumah.
Dapatan Tahap Literasi dengan Menyediakan Bahan Bacaan juga menunjukkan
tiada hubungan yang signifikan yang mana ianya bertentangan dengan kajian kajian
Ruslida (2005), Rush (1994) dan Purcell-Gates(1994). Namun selari pula dengan
dapatan kajian oleh England (2005) dan Zainiah (2005) yang menunjukkan keluarga
yang memiliki bahan bacaan lebih banyak membacakan buku kepada kanak-kanak.
Dapatan Tahap Literasi dengan Menyediakan Tempat Pembacaan dan keputusan
analisis menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penyediaan tempat dengan
__________________________________________________________________ 10
E30409130077

pencapaian tahap literasi kanak-kanak. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian
Zainiah (2005) dan England (2005) yang menunjukkan penyediaan tempat untuk
membaca tiada memberikan kesan kepada tahap pembacaan.

5. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN BAGI GURU PRASEKOLAH

Implikasi dapatan kajian bagi guru pra sekolah dapatlah ditakrifkan sebagai kondisi
pengetahuan terhadap kajian bagi melihat struktur literasi terhadap ibu bapa, kanak-
kanak dan juga segala aktiviti terwujud untuk menyokong signifikan yang dipilih
sebagai kajian.
Dapatan yang terhasil menjurus kepada ibu bapa dan kanak-kanak serta
signifikan terhadap literasi aktiviti membaca, menyediakan bahan bacaan serta tempat
pembacaan. Rujukan bagi kajian-kajian lalu juga menunjukkan persamaan serta
penolakan terhadap penemuan yang didapati serta rumus akhir yang mengutarakan
pendapat sama ada selari dan juga selainnya.
Implikasi yang menyentuh kepada guru pra sekolah adalah dari konteks ibu bapa
serta peranannya yang perlu dilihat secara lebih mendalam lagi bagi keberhasilan yang
lebih bermakna serta literasi yang jelas kemenjadiannya. Di sini fungsi guru pra sekolah
haruslah lebih meneliti terhadap program yang melibatkan ibu bapa terhadap literasi
bagi kefahaman ibu bapa yang lebih mendalam serta berkesan. Sebagai contoh dengan
memetik kata-kata pengkaji iaitu agar ibu bapa diberi peluang mendapatkan ilmu dan
kemahiran daripada ahli-ahli professional dalam aspek mendidik kanak-kanak di
peringkat sekolah dapat membantu mereka mengembangkan dan meningkatkan lagi
potensi anak-anak mereka. Ini menjelaskan maksud cadangan pengkaji kepada guru pra
sekolah agar lebih memahami serta menyampaikan pemahaman tersebut kepada ibu
bapa secara lebih sistematik agar dapat meningkatkan literasi yang signifikan.
Guru pra sekolah juga harus meneliti pada isu komponen kesedaran dan motivasi
ibu bapa sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan di sekolah dalam usaha merapatkan
hubungan antara sekolah dan ibu bapa demi kepentingan kanak-kanak. Ini adalah kerana
skop penglibatan ibu bapa dengan program pendidikan anak-anak adalah sangat luas
dan patut digalakkan dan diketengahkan sebagaimana penjelasan pengkaji. Bermaksud
di sini ialah guru pra sekolah perlu lebih pro aktif dalam hubungan tiga hala iaitu
ibubapa, kanak-kanak dan pentadbir sekolah dalam menjayakan sesuatu program literasi
__________________________________________________________________ 11
E30409130077

yang dicadangkan dengan penghalusan struktur atau turutan yang wajib diikuti oleh
mereka. Struktur inilah yang akan menjayakan satu-satu program literasi secara hakiki.
Guru pra sekolah juga perlu lebih mendalami segala pengetahuan yang mana
hanya tidak berkisar terhadap apa yang berlaku di sekolah, di kelas dan berlegar
dikalangan kanak-kanak sasaran sahaja. Namun ianya perlu meluas kepada keseluruhan
kanak-kanak itu yang meliputi dan mencakupi kehidupannya. Ianya jelas penting bagi
melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek mereka.

6. PENUTUP

Rumusannya pada Artikel yang bertajuk Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan
Pencapaian Literasi Kanak-Kanak Prasekolah Semasa Berada di Rumah oleh Zainiah
M. Isa dan Nur Asiah A. Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris memberikan
banyak ilmu pengetahuan yang bermakna serta telus dalam memahami literasi,
kesignifikan serta dapatan-dapatan terhasil sama ada ianya memenuhi kehendak dan
keperluan pada kanak-kanak generasi terkini. Dapatan perbandingan dan persamaan
juga wujud dimana hasil pengkajian terdahulu digambarkan dalam konteks yang lebih
mendalam strukturnya iaitu penghalusan terhadap tindakan ibubapa yang lebih
konsisten dalam membentuk literasi yang sempurna untuk anak-anak mereka. Jelaslah
bahawa ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjayakan anak-anak
mereka bagi memastikan kesempurnaan melebihi dari sepatutnya serta turut sama
dengan warga guru bagi mencapai hasrat yang diigini.

__________________________________________________________________ 12
E30409130077

BAHAGIAN B: ESEI 4-5ms

Kaedah Mengajar Menulis di Prasekolah Saya

1. PENGENALAN

Pendidikan prasekolah di negara ini telah bermula sejak tahun 1950an lagi. Pada masa
itu prasekolah dipengaruhi oleh sistem pendidikan British, yang bersifat eksklusif dan
__________________________________________________________________ 13
E30409130077

perubahan telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan
peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi membiayai penubuhan
model institusi prasekolah yang mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Untuk
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal piagam pendidikan 1994
yang menyatakan 3 perkara, iaitu, memastikan semua kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun diberi peluang mengikuti pendidikan prasekolah; menyepadukan
pendidikan prasekolah yang dikendalikan agensi kerajaan yang lain dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia; dan menyelaraskan serta memastikan kurikulum
prasekolah dilaksanakan di semua tadika. Hal ini termaktub dalarn Akta 550, Undang-
undang Malaysia Akta Pendidikan (1996.

2 KAEDAH MENGAJAR MENULIS YANG LAZIM DIAMALKAN DI


PRASEKOLAH SAYA

Kaedah mengajar menulis yang lazim di amalkan di para sekolah saya secara
pemerhatian adalah sebagaimana yang dilakukan disekolah-sekolah lainnya.
Penggunaan sukatan dan panduan yang dibekalkan oleh pihak KPM dan PPK menjadi
rujukan dan gunapakai dalam menyediakan murid para sekolah menguasai satu persatu
kemahiran yang diterima dan dikuasai. Bagi murid yang melepasi tahap penguasaan
akan diberikan peneguhan dan aktiviti penggayaan dalam membina sikap serta
menghilangkan rasa bosan mereka. Selain itu mereka ini juga diberi peluang untuk
bermain bagi pernghargaan kepadanya serta menjadi motivasi kepada murid lain bagi
memperolehi penghargaan tersebut dengan melepasi tahap penguasaan yang ditetapkan
oleh guru para mereka. Murid yang masih belum melepasi tahap serta bermasalah akan
diusahakan oleh guru pra sekolah bagi memastikan murid-murid ini mencapai tahap
penguasaan yang dimaksudkan. Adakalanya tampak terjadinya kegagalan pada guru
para sekolah dimana terdapat beberapa murid tahun 1 masih lagi tidak dapat menulis
dengan sepatutnya. Ini amat membimbangkan guru tahun 1, kerana pada hakikat
bahawa menulis adalah sesuatu yang wajib dikuasai pada peringkat pra sekolah yang
mana setidak-tidaknya pada tahap yang mnimum. Pemerhatian juga menjurus kepada
beberapa hal lagi secara mendalam iaitu pada penggunaan bahan-bahan yang disediakan
oleh guru para sekolah. Murid dilatih menulis dengan menggunakan buku yang
disediakan yang mana buku tersebut diseragamkan serta digunapakai oleh sekolah-
__________________________________________________________________ 14
E30409130077

sekolah pra daerah batu pahat. Ini adalah keselarasan bagi tiap-tiap daerah yang ingin
memastikan kemenjadian murid yang lebih maksimum berbanding tahap terdahulu iaitu
wujudnya peningkatan dan keselarasan minima kepada murid dan juga teknik guru pra
yang mengajar. Iaitu guru pra konsisten serta mencakupi pengajaran yang minima
terhadap teknik pengajaran dan pembelajarannya. Hakikatnya guru pra sekolah,
mengakui bahawa terdapat kelemahan dari sudut penulisan murid namun ianya dapat
diatasi bagi tempoh waktu yang ditetapkan. Tempoh yang dimaksudkan adalah bagi
murid yang mengalami masalah istimewa dan tentunya memerlukan kaedah yang
istimewa. Perhatian yang lebih mendalam serta kaedah yang digunakan berbeza.
Secara penyoalan saya dengan guru pra sekolah pula adalah dengan ajuan
soalan saya berbunyi bagaimana kaedah mengajar menulis untuk pra sekolah?
Beliau menyatakan bahawa beliau gunakan kaedah yang biasa, iaitu bagi murid yang
tidak tahu memegang pensel akan diperkukuhkan dengan cara memegang pensel dengan
meletakkan gelang getah pada pensel dimana murid boleh grid memegang pensel.
Seterusnya, menggunakan latihan menyambungkan titik-titik dan tulis no 1 dan 0. Bila
murid dah pandai memegang pensel dengan betul dan tangan dah lembut untuk melukis
garisan lengkung dengan sendiri. Murid diteruskan dengan tulis huruf. Bagi tulis huruf
terdapat banyak teknik yang digunakan. Namun bagi murid yang amat sukar, memadai
bagi beliau ada rupa bentuk huruf. Bagi beliau bukan mudah untuk teknik yang betul.
Beliau juga menggunakan teknik try and error bermaksud sekiranya berkesan
pengajarannya, beliau akan teruskan. Sekiranya tidak, beliau akan fikirkan cara yang
lain. Pada beliau murid yang wujud adalah berbeza dari latar belakang dan tahap IQ.
Maka, pendekatan pun juga jelas berbeza.
Saya mendapati bahawa terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu:
(a) Peringkat pramenulis
(b) Peringkat mekanis
(c) Peringkat pelahiran

Pada peringkat Pra Menulis, murid diberikan persediaan secara mekanikal untuk
membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat
dan aktiviti-aktiviti pergerakan tangan dan mata dijanakan, supaya murid dapat
mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan
yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah: (i) Latihan membentuk
garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus. (ii) Latihan mewarna mengikut
__________________________________________________________________ 15
E30409130077

arah yang ditentukan. (iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan
sebaliknya. (iv) Latihan membentuk garisan lurus. (v) Latihan membentuk corak: lurus,
bulatan, persegi dan sebagainya. (vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus,
lengkong, bulat, dan sebagainya.
Pada peringkat tulisan mekanis murid dilatih membentuk lambang-lambang yang ada
kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, mereka akan dapat menuliskan huruf-
huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat dan secara umumnya, latihan-
latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah: (i) Latihan membentuk bulatan
dan garis lurus secara terkawal. (ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris. (iii)
Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.
Pada peringkat pelahiran ialah murid dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis.
Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini murid sepatutnya
telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan.
Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah: (i) Mengisi
silang kata. (ii) Mengisi tempat kosong dalam ayat. (iii) Melengkapkan ayat. (iv)
Melengkapkan petikan atau cerita. (v) Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-
gambar. (vi) Menulis jawapan kefahaman. (vii) Menulis rencana daripada bahan
rangsangan. (viii) Menulis karangan.

3.. RASIONAL PEMILIHAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT

Dari dapatan hasil pemerhatian dan inkuiri serta soal jawab dengan guru pra sekolah.
Saya mendapati kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru pra sekolah meliputi kepada
permulaan penulisan murid iaitu pra tulisan.
Pra Tulisan bermaksud kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan
mekanis. Aktiviti ini jelas mengandungi aktiviti fizikal psikomotor. Ia juga merupakan
suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan untuk menggunakan
alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.
Peringkat pratulisan ini mengandungi tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.
Dalam kemahiran ini juga, murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor
yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis.

__________________________________________________________________ 16
E30409130077

Rasionalnya adalah untuk murid, ; 1. Melatih pergerakan tangan dan jari, 2.


Melatih pergerakan mata, 3. Melatih koordinasi mata dan tangan, 4. Menulis huruf dan
perkataan, 5. Menjadikan pembelajaran murid lebih menarik dan berkesan, 6.
Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan, 7.
Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid, 8. Mengenal bentuk huruf
dan perkataan dan 9. Meniru bentuk huruf dalam perkataan. Rasional menepati objektif
iaitu saling perkaitan antara keduanya dalam menjadikan penguasaan sebagai induk
utama murid.
Selain itu, ia juga sebagai asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-
kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas dimana murid didedahkan dengan cara
penulisan yang betul. Murid berupaya menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh
difahami oleh pembaca dan mampu mengeja perkataan dengan pantas. Dan
pengetahuan dalam dalam perbendaharaan kata dapat diperluaskan dengan
perkembangan bahasa dan tulisan yang mana ianya dapat membolehkan kanak-kanak
melahirkan fikiran dan perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan.
Akhir sekali murid juga berupaya mencapai tulisan yang kemas, cantik dan
tersusun dengan teknik penulisan yang betul, memahami serta dapat membaca apa yang
ditulisnya.

4 ADAKAH KAEDAH YANG DIGUNAKAN DAPAT MENARIK MINAT


KANAK-KANAK?

Kaedah meningkatkan kemahiran menulis perlu menarik minat kanak-kanak khususnya


pada peringkat murid-murid pra sekolah. Bagi pra tulisan, pertamanya, adalah dengan
penggunaan pendekatan yang mudah menarik dan selaras dengan perkembangan emosi
dan mental murid. Keduanya, ialah melalui penggunaan bahan yang tepat dan sesuai
dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid untuk mengasah kemahiran
menulis. Ketiganya, ialah menggunakan bahan carta suku kata yang pelbagai dan
tersusun agar murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah.
Keempatnya, ialah pada pelaksanaan aktiviti pengayaan bagi memantapkan
perkembangan intelek murid. Terakhir sekali mendahulukan tulisan huruf kecil dahulu
sebelum huruf besar.

__________________________________________________________________ 17
E30409130077

Kaedah latihan seperti pergerakan jari, tangan dan mata merupakan perihal yang
penting kepada murid pra sekolah. Contohnya bagi latihan pergerakan jari adalah
dengan memainkan jari, menggerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di
atas kertas, menguntai manik, menyurih, melukis dan mengoyak. Manakala latihan bagi
tangan pula adalah seperti menggenggam dan membuka tangan yang mana ianya
hendaklah dilakukan beberapa kali, menggenggam dan menghancurkan atau
meronyokkan sehelai daun atau kertas, menggenggam dan merasa beg yang berisi
kekacang serta menggenggam dan merasa bola. Bagi latihan mata pula adalah dengan
menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda
yang ditunjuk atau dipegang oleh guru, menutup sebelah mata, melihat dan menyebut
benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru yang mana latihan yang sama pada mata
yang sebelah lagi, melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri
ke kanan dan dari kanan ke kiri. Selain itu, murid menyebutkan nama benda-benda kecil
yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan
seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
Latihan pergerakan jari, tangan dan mata merupakan fasa yang mesti dilalui oleh
murid-murid sebelum kemahiran menulis dilakukan yang mana latihan ini meliputi:
Aktiviti menggerakkan jari & tangan; pergerakan boleh dilakukan mengikut
irama lagu, tepukan tangan atau pergerakan anggota badan lain secara
humming.
Menggerakkan tangan, pergelangan tangan, dan jari telunjuk di atas kertas, di
atas meja, di udara, di belakang kawan, di atas tapak tangan kawan, di atas pasir,
dan seumpamanya.
Sebagai contohnya dipaparkan 4 aktiviti bagi murid untuk kaedah tersebut,
Aktiviti 1 : Pergerakan Jari Dan Tangan (Menulis Di Tapak Tangan)
Aktiviti 2 : Pergerakan Tangan (Menulis Di Belakang Badan Kawan)
Aktiviti 3 : Blink-Blink Huruf
Aktiviti 4 : Mencari Jalan Keluar (Abu Pulang Ke Rumah)
Bagi aktiviti yang pertama, Guru akan mengarahkan murid-murid mengangkat jari
telunjuk tangan kanan dan tapak tangan kiri masing-masing. Guru menunjukkan cara
menulis huruf menggunakan jari telunjuk tangan kanan di atas tapak tangan kiri. murid-
murid mengikut cara yang ditunjukkan oleh guru mereka.

__________________________________________________________________ 18
E30409130077

Bagi aktiviti yang kedua, Guru memanggil dua orang murid keluar ke depan
kelas. Guru menyuruh murid A membelakangi murid B. Murid B di arahkan menulis
bentuk-bentuk huruf menggunakan jari di belakang badan murid A. kemudian murid A
dikehendaki meneka huruf apakah yang ditulis tersebut. Guru membahagikan murid-
murid yang lain kepada pasangan masing-masing. Murid-murid lain dikehendaki
melakukan seperti mana yang telah ditunjukkan oleh rakan mereka di hadapan kelas
tadi.
Bagi aktiviti ke tiga, (Bahan-bahan yang diperlukan : kertas hitam, gam, kertas
warna warni yang telah digunting halus). Cara-caranya : 1. Sebelum memulakan kelas,
guru menyuruh murid-murid membawa gam ke kelas, 2. Guru memberikan sehelai
kertas berwarna hitam kepada murid-murid. 3. Guru menunjukkan cara menulis huruf di
papan putih, 4. Murid-murid dikehendaki menulis huruf yang ditunjukkan kepada
murid-murid sebentar tadi di atas kertas hitam dengan menggunakan gam. 5. Murid-
murid dikehendaki menampalkan kertas warni-warni yang telah digunting halus di atas
kertas warna hitam tadi.
Bagi aktiviti keempat pula, (Bahan-bahan yang diperlukan : Bord hitam, kotak,
tali, straw minuman, seletip, kapur.) Guru menyediakan bahan bantu mengajar, Murid
diberi penerangan mengenai cara permainan tersebut, Guru meminta seorang murid
tampil ke hadapan untuk mencari jalan keluar dengan bantuan rakan-rakan sekelas,
Murid dibekalkan dengan kapur untuk melukis jalan keluar tersebut.
Secara rumusnya terdapat banyak kaedah yang boleh menarik minat murid yang
mana ianya boleh dilakukan dalam aktiviti yang telah dijelaskan di atas. Dan tentunya
lagi lebih menarik perhatian sekiranya dalam aktiviti tersebut dapat dilakukan dengan
kebijaksanaan guru dapat mendapatkan perhatian seperti penyediaan bahan yang
berwarna warni, aktiviti yang diselang selikan dengan aktiviti bermain, berpusatkan
murid serta memberikan pendekatan penghargaan yang bernilai seperti pujian, hadiah
dan dipamerkan hasil kerja murid mereka.

5 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN MENULIS

__________________________________________________________________ 19
E30409130077

Bagi penggunaan teknologi dalam pengajaran menulis ianya menjurus kepada


kepentingan dan penggunaan teknologi sebagai asas kepada satu-satu situasi yang
dilihat bersesuaian ataupun sebaliknya. Apabila menyebutkan kemahiran menulis maka
ia meliputi kepada aktiviti yang melibatkan pensel, kertas dan manusia. Melibatkan
penggunaan teknologi adalah sebagai keperluan ataupun kehendak. Apabila meneliti
kepada inkuiri pemerhatian, dapatan menjelaskan bahawa penggunaan teknologi adalah
menjurus kepada kehendak bagi melahirkan generasi yang meresapi teknologi dalam
diri mereka lantaran dapatan masa hadapan yang sarat dengan teknologi yang senantiasa
berubah ke tahap yang paling tinggi dan Negara memerlukan generasi pelapis yang
lengkap dengan hal sedemikian. Bagi keperluan pula ianya menjurus dari segi objektif
yang harus di capai oleh guru semasa pengajaran dan pembelajarannya yang mana
adakah ianya bersesuaian menuruti waktu pembelajaran yang ditetapkan ataupun
sebaliknya. Selain itu rasional penggunaan teknologi pada kemahiran menulis pula
menjadi asbab keperluan ataupun kehendak membatasi pada penilaian guru sama ada
perlu ataupun tidak. Sekiranya perlu juga melaksanakan kepada kemahiran menulis
ianya mungkin sebagai set induksi dimana tayangan slide tertentu seperti paparan abjad-
abjad kecil dan besar, atau pada bahagian langkah-langkah dimana penggunaan perisian
yang memudahkan tunjukcara guru seperti arah penulisan huruf dan sebagainya. Pada
bahagian penutup pula ianya juga boleh di paparkan penggunaan internet seperti laman
www. Youtube.com, dimana guru boleh memaparkan video lagu abjab-abjad ABC dan
murid boleh bernyanyi bersama-sama.
Jelasnya pendekatan teknologi membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
dapatan maklumat, interaksi dengan teknologi serta sebagai pengalaman kepada murid.
Dengan itu pendedahan secara berkala mendekatkan murid kepada teknologi. Terdapat
banyak bahan yang boleh didapati dari teknologi seperti; 1) Bahan sumber daripada
internet, 2) Bahan sumber digital, 3) Bahan audio dan audio visual, 4) Bahan audio dan
audio visual dan filem.

6. TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU TENTANG KAEDAH


MENGAJAR MENULIS

__________________________________________________________________ 20
E30409130077

Tahap pengetahuan dan kemahiran guru tentang kaedah mengajar menulis haruslah
jelas. Pengetahuan yang guru terima haruslah lengkap bukan hanya secara umum tetapi
melibatkan individu-individu yang menulis. Tiap-tiap individu berbeza tahap IQ serta
mempunyai latar belakang berbeza malahan juga mempunyai masalah-masalah masing-
masing. Maka guru harus mempunyai ilmu untuk hal yang sedemikan bagi
mengelakkan murid tidak menguasai apatah lagi sistem naik kelas tetap jua berlaku
walaupun murid tidak menguasai kemahiran menulis. Ini jelas melibatkan guru tahun 1
yang menanggung masalah tersebut.
Kaedah mengajar menulis juga haruslah dikuasai guru sama ada melalui latihan
dari institut yang pernah dilalui ataupun kursus-kursus yang dihadiri bagi memantapkan
serta mencari dan berkongsi idea dalam menjayakan kemahiran menulis menuju kepada
peringkat maksimum yang lebih cemerlang.

7. KEMAHIRAN ASAS DAN LATAR BELAKANG KANAK-KANAK


MENIMBULKAN MASALAH

Asas dan latar belakang kanak-kanak menimbulkan masalah merujuk kepada individu
yang bergelar murid pra sekolah. Dapatan yang kelihatan adalah dari persekitaran dan
cara hidup serta keluarga murid itu sendiri. Ada diantara murid yang wujud adalah dari
keluarga yang miskin serta tumpuan kasih sayang yang tidak berkualiti. Selain itu ada
diantaranya juga yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran seperti hiper aktif,
ADHD dan sebagainya yang mana memerlukan pembelajaran yang berbeza dari murid
yang normal. Faktor baka atau keturunan juga kadang-kala mempengaruhi
permasalahan murid.
Selain itu merujuk kembali kepada asas yang mana murid tidak pernah
didedahkan dengan penulisan oleh ibubapa mereka menjadi penyebab perlahannya
pembelajaran berbanding murid yang lain. Ketinggalan ini menjadi penyebab murid
akan berasa rendah diri, hilang minat dan enggan untuk belajar walaupun menulis
adalah suatu perkara yang wajib.
Oleh yang demikian latar belakang dan asas bukanlah suatu perkara yang serius
kerana guru pra sekolah telah dilatih dan terlatih dalam menangani permasalahan
berikut apatah lagi dengan kesepatan ibubapa, guru dan pihak-pihak pakar akan dapat

__________________________________________________________________ 21
E30409130077

membantu dan menyelesaikan permasalah tersebut dengan lebih baik serta berkualiti
kemenjadian yang terbaik.

8 PERUNTUKKAN MASA UNTUK MENGAJAR KEMAHIRAN MENULIS


Melihat kepada peruntukan masa untuk mengajar kemahiran menulis maka kita perlu
merujuk kepada jadual peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di
Prasekolah yang mana bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia. Sila Rujuk jadual 1
dibawah;

Bil Bidang Pembelajaran Peruntukan masa


Seminggu (minit)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
5 Bahasa Malaysia
- Modul asas BM 90 45min x 2 hari
-*Modul bertema yang 340 70min x 5 hari
menyepadukan
elemen dalam keenam-enam tunjang
yg
dikendalikan dalam BM
6 Bahasa Inggeris
-Modul asas BI 90 45 min x 2 hari
-*modul teras bertema yg 90 45 min x 2 hari
menyepadukan elemen dalam
keenam-enam tunjang yang
dikendalikan dalam BI*

7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 40 min x 3 hari


Atau
60 min x 2 hari

8 Permainan Luar 80 40 min x 2 hari


9 Matematik 40 40 min x 1 hari
Jumlah minit seminggu 1200

*elemen yang dimaksudkan termasuk bahasa, sains, matematik, kemanusian, muzik,


seni visual, perkembangan sosio emosi, pendidikan moral.

Dari paparan jadual tersebut pengajaran kemahiran menulis boleh dilakukan pada waktu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral dan juga
matematik. Melihat kepada waktu yang peruntukkan terutamanya pada waktu Bahasa

__________________________________________________________________ 22
E30409130077

Melayu dan Bahasa Inggeris memenuhi waktu yang boleh digunakan rda ftqd untuk
pembelajaran menulis dengan secukupnya. Ianya adalah bergantung kepada persediaan
guru dalam memperuntukkan masa mengikut waktu pembelajaran yang bermanfaat.
Ianya juga bergantung kepada kemahiran yang perlu dicapai selain dari kemahiran
menulis sahaja. Ini membawa maksud kepada pengkhususan kepada guru
memanfaatkan waktu yang bermakna kepada aktiviti yang bakal dijalankan olehnya.
Tentunya bagi murid yang menguasai kemahiran menulis dapat dilihat pada hasilnya,
namun akan tetap wujud dimana terdapat murid yang menghadapi masalah menulis
terutamanya pada murid yang bermasalah. Kebiaksanaan guru amat perlu disini dalam
menambah waktu atau mempergunakan waktu pembelajaran berikutnya untuk
membantu murid berkenaan dengan menggabungjalinkan pengajaran dengan kemahiran
menulis yang mana guru dapat menumpukan perhatian terhadap pembaikian serta
kepada kemahiran penulisan yang Berjaya dan dikuasai sepenuhnya.

9 MASALAH-MASALAH MENGAJAR KEMAHIRAN MENULIS

Masalah-masalah mengajar kemahiran menulis adalah satu cabaran kepada guru dalam
merealisasikan segala objektif kepada capaian yang diigini serta kesahan yang tinggi
kualitinya. Merujuk kepada masalah dalam mengajar kemahiran menulis dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu murid, guru dan bahan pembelajaran.
Bagi murid, yang mana jelasnya mereka mempunyai perbezaan dan
perkembangan motor halus, pengalaman menulis serta permasalahan peribadi dan
sebagainya membuatkan kemahiran yang ingin dicapai dalam tempoh yang dicadangkan
menjadi semakin panjang. Murid ini akan melakukan kesilapan tertentu yang mana
kemungkinan penguasaan mnimum yang tidak mencukupi mengakibatkan penulisan
yang terhasil boleh dibaca namun dari segi kualitinya adalah kurang serta
menenggelamkan rasa puas hati murid kepada asalkan tulis. Kualiti pada tulisan akan
menjadi berkurangan dan ini menyebabkan tulisan cakar ayam wujud pada darjah-darjah
berikutnya mengundang rasa rendah diri dan malu murid.
Bagi guru pula dalam mengajar kemahiran menulis akan melihat kepada
kesukaran-kesukaran yang di alami oleh muridnya serta mencari jalan-jalan lain untuk
membantu perkembangan menulis murid hingga kepada tahap menguasai sehingga
kepada tahap membanggakan. Adalah menjadi kepuasan kepada guru jika hasil terbaik
__________________________________________________________________ 23
E30409130077

dapat diwujudkan dalam pembelajaran menulis kepada muridnya. Oleh yang demikian
wajar guru mencari pelbagai kaedah dan cara dalam menangani permasalahan yang
timbul hingga berjaya.
Pada aspek bahan pembelajaran. Apabila menyebut menulis iaitu ianya harus
melibatkan pensel, kertas dan manusia. Penggunaan pensel dan cara memegang pensel
harus tepat serta kaedah menulis yang strategik harus dilakukan. Masalah wujud disini
apabila kegagalan memgang pensl dengan cara yang tidak tepat, serta pensel yang
tidak sesuai apatah lagi dengan daya tekanan pensel terhadap kertas yang berbeza-beza.
Bahan pembelajaran seperti kertas yang bermasalah selalunya tidak disedari oleh guru
seperti salinan lembaran kerja yang hanya mempunyai dua warna sahaja seperti hitam
dan putih. Ini mengundang kepada hilang fokus dan semangat murid untuk membuat
hasilan yang terbaik. Wajarnya lembaran harus disediakan dalam warna-warni dan
murid menyambung dengan warna-warna yang lebih cantik lagi. Ini sejajar dengan isu
menarik minat murid yang mana lebih tertarik untuk mencantikkan daripada memulakan
sesuatu dari hanya sekadar warna hitam dan putih sahaja.
Selain itu terdapat banyak lagi permasalahan lain dalam menulis seperti murid
mencapmpurkan huruf besar dan kecil semasa menulis, jarak huruf yang tidak seragam,
meninggalkan huruf semasa menyalin ayat, jarak antara perkataan yang tidak sesuai dan
menonjolkan pembalikan huruf. Namun demikian dengan kemajuan teknologi serta
pembangunan kurikulum serta dapatan strategi yang terkini, maka guru pasti dapat
mengatasi segala masalah yang timbul.

10 LAIN-LAIN PERKARA TENTANG KAEDAH MENULIS YANG


DILAKSANAKAN

Lain-lain perkara tentang kaedah menulis yang dilaksanakan adalah merangkumi


kepada idea-idea guru dalam inovasi kepada objektif yang mahu dicapai dengan
jayanya. Sebagaimana yang dilihat dalam penyoalan guru pra sekolah yang telah saya
ajukan. Saya mendapati kaedah meletakkan getah pada pensel bagi murid dapat grid
pensel adalah kaedah inovasi yang baik. Ianya bertujuan murid dapat memegang pensel
dengan tepat dan mudah. Berkemungkinan ada murid yang jelasnya mudah berpeluh
pada tangannya yang mana terganggunya jari dalam memegang pensel membuahkan
penulisan yang kurang kualitinya. Dengan inovasi dan idea guru dalam mencari jalan
__________________________________________________________________ 24
E30409130077

serta kaedah terbaru menjadikan kaedah menulis akan menjadi semakin mudah dan
dapat dilaksanakan secara cepat, berhasil dan berkualiti.

11 PENUTUP

Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran menulis adalah perkara
yang penting dalam permulaan keilmuan yang mana ianya adalah asas kepada
pembelajaran berikutnya murid kepada darjah seterusnya. Kemahiran menulis adalah
sesuatu yang harus dikuasai secara total dengan kemenjadian yang jitu oleh murid.

__________________________________________________________________ 25
E30409130077

BAHAGIAN C : LAPORAN

Seorang kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran membaca


dipilih. Laksanakan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap
kebolehan (developmentally appropriate practice DAP) kanak-
kanak berkenaan selama TIGA (3) minggu

1. PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada komponen kemahiran yang ada
dalam literasi yang mana tahap penguasaan yang baik dari kanak-kanak dalam

__________________________________________________________________ 26
E30409130077

kemahiran membaca membolehkan keyakinan untuk berhadapan dengan pembelajaran


yang seterusnya berlaku. Bagi memastikan kanak-kanak mencapai tahap penguasaan
yang baik serta membantu kanak-kanak yang lemah terutamanya di dalam kemahiran
literasi khasnya bacaan maka strategi pengajaran yang sesuai perlulah dirancang dan
juga disediakan mengikut tahap yang dikenalpasti.

2. MAKLUMAT MURID SASARAN

Dalam laporan yang disediakan ini merupakan seorang kanak-kanak berumur tujuh
tahun telah dipilih sebagai responden. Maklumat dan butiran kanak-kanak tersebut
adalah seperti berikut:-

Maklumat Butiran
Nama Nur Batrisya Husna bt Azlan
Umur 6 Tahun
Kelas Prasekolah
Mata pelajaran terlibat Bahasa Malaysia
Kebolehan sedia ada Faham arahan mudah, boleh mendengar dan bertutur
dengan baik.
Kelemahan Bersikap pendiam, sukar berkomunikasi dengan rakan atau
guru serta agak kurang keyakinan diri.
Kekuatan Kenal huruf besar dan huruf kecil (A hingga Z) dan boleh
membunyikan huruf vokal
Kanak-kanak perempuan ini merupakan salah seorang murid pra sekolah yang menarik
perhatian saya dengan pemerhatian awal. Setelah mendapat kebenaran guru pra sekolah
berkenaan menjadikan perbincangan untuk menetapkan tarikh-tarikh merekod anekdot
dan juga PdP (pengajaran dan pembelajaran) berlaku dengan mudah.
3. STRATEGI PENGAJARAN YANG DIRANCANG

Tiap-tiap pengajaran akan bermula daripada strategi yang dirancang dengan terlebih
dahulu. Bagi hal sebegini saya merancang untuk bermula dengan pengenalan kepada
huruf abjad dan juga bunyi huruf vocal serta diikuti dengan bunyi suku kata terbuka
beserta suku kata tertutup. Setelah itu, membunyikan pula perkataan mudah KVKV dan
KVKKV atau KVKVK. Seterusnya membunyikan suku kata atau perkataan KVKK.

__________________________________________________________________ 27
E30409130077

Dan yang terakhir sekali ialah membaca perkataan sederhana panjang, ayat pendek dan
perenggan pendek.

Pada penglihatan kasar saya bahawa kanak-kanak yang dipilih ini iaitu responden atau
pun subjek mempunyai kekuatannya yang tersendiri di mana kanak-kanak ini sudah pun
mengenali huruf abjad A hingga Z dan boleh juga membunyikan huruf vokal. Ini
memberikan sedikit kelebihan untuk membolehkan pengajaran yang dirancang mudah
dilaksanakan serta menjurus kepada capaian objektif secara maksimum.

4 CATATAN PEMERHATIAN.

Transkripsi catatan pemerhatian secara anekdot. Catatan dilakukan mengikut tarikh


yang mana telah dibincangkan dengan guru pra sekolah dan dipersetujui iaitu pada
tarikh 17, 21, 28 dan 30 Jun 2015. Catatan telah dilakukan dan dapat digambarkan
melalui rekod dalam jadual dibawah,

Tarikh Item Pemerhatian Ulasan


(murid)
17 Jun 2015 Motivasi -gelisah, sedikit takut dan -bimbingan dalam
10.30 pagi Diri dan ragu-ragu, hubungan dua hala,
Minat -kurang memberi respon -membina keyakinan diri
balas terhadap penyoalan murid,
guru, -sokongan kendiri
-setelah PdP, murid mencuba dibangunkan dengan
menyebut atau membunyikan pendekatan psikologi;
perkataan dua suku kata 1. ramah
terbuka, 2. mesra
-teragak-agak untuk 3. prihatin yang tinggi
merespon apa jua yang 4. bersungguh menolong
dikehendaki guru. murid
5. pujian, galakan.
21 Jun 2015 Keyakina -mulai merespon terhadap -perubahan sikap dan watak
n guru, yang lebih baik,

__________________________________________________________________ 28
E30409130077

10.30 pagi Bekerjasa -komunikasi dua hala, -murid percaya guru,


ma -zahirkan bacaan KV+KVK, -tumpu pada PdP,
KVK+KV -boleh membaca perkataan
dengan dua suku kata.
-positif dan ceria dengan
galakan positif,
-murid harus difahamkan
tujuan guru.
28 Jun 2015 Membaca -membaca perkataan baru -peningkatan dalam
KVKK. kemahiran membaca-bacaan
10.30 pagi -teruja membaca perkataan lebih baik,
baru yang diberikan guru -minat tinggi dalam
seperti ladang, kambing, menambah bacaan kepada
lembing dan lain-lain lagi, perkataan lain dalam
-spontan respon terhadap kuantiti bertambah,
soalan, -yakin terhadap diri,
-murid tersenyum ceria -murid diberikan buku
bacaan untuk bacaan
dirumah
30 Jun 2015 Kepimpin -boleh membaca perkataan -pergaulan berubah iaitu
an/ rakan KV+KVK, membantu rakan lain,
10.30 pagi sebaya KVK+KV,KVK+KV,KVK+ sebelum ini agak pasif,
KVK, -positif terhadap ilmu,
-bantu rakan membaca -bersama-sama belajar
bersama- bunyi suku kata -ceria.
terbuka.
-ceria dan tersenyum selalu

5. ANALISIS DAPATAN SIKAP / TINGKAH LAKU

Analisis dapatan sikap dan juga tingkah laku adalah suatu perkara utama yang selalu
diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji. Di mana fungsi saya kini adalah sebagai pengkaji
yang mengkaji responden atau subjek terhadap segala bentuk perubahan yang berlaku
sepanjang tempoh pemerhatian dilakukan. Selama empat hari pemerhatian berlansung
__________________________________________________________________ 29
E30409130077

dengan telus tanpa masalah menjadikan banyak perubahan yang dapat diperhatikan.
Rekod telah dicatatkan dalam rekod anekdot.

Sepanjang pemerhatian tiga minggu dilakukan, saya mendapati berlakunya perubahan


sikap dan tingkah laku kanak-kanak tersebut dari satu bahagian kepada bahagian yang
lain. Ini bermaksud perubahan yang meliputi dari permasalahan hingga menemui
penyelesaian masalah. Pada awal pemerhatian, kanak-kanak tersebut dilihat pasif,
pendiam dan agak kurang memberi respon terhadap komunikasi dan soalan yang
diajukan kepadanya malahan kanak-kanak tersebut akan cuba mengelak dengan
pelbagai cara kebiasaan antaranya ialah dengan mendiamkan diri, buat-buat tak dengar
atau berkeadaan memerhatikan orang lain yang mungkin jawapan ats tindakan itu
hanyalah kanak-kanak itu sahaja yang mengetahuinya.

Sebagai seorang guru kita akan dapat membaca riak wajah seseorang itu untuk
mengetahui ekpressi yang dialami perasaannya seperti takut, malu, sedih, ragu-ragu dan
sebagainya. Dan dalam hal ini, ekpressi wajahnya jelas menunjukkan suatu perasaan
rendah diri apabila kanak-kanak ini sering melihat ke bawah apabila bertentangan mata
dengan gurunya atau juga saya. Dan pada pendapat guru pra sekolah menyatakan
kemungkinan yang besar adalah disebabkan kelemahan kanak-kanak itu dalam
menguasai pembelajaran berbanding rakan-rakannya yang lain yang lebih pantas.

6.. MINGGU PERTAMA PEMERHATIAN SIKAP / TINGKAH LAKU

Pada minggu pertama iaitu menurut catatan rekod anekdot 16 Jun 2015 bermula
pemerhatian yang mana dilaksanakan serentak beserta penggunaan strategi pengajaran
yang dirancangkan, pada mulanya permasalahan komunikasi dua hala agak sukar
beserta dengan beberapa elemen negetif pemerhatiannya terhadap saya menjadikan
pemahaman terhadap psikologi kanak-kanak adalah sangat penting. Pendekatan secara
lembut, ramah dan memahamkan kanak-kanak itu atas tujuan kita untuk membantu
menjadikannya mulai menerima serta akur terhadap aktiviti yang dijalankan dan lantas
kanak-kanak ini mulai mencuba untuk menguasai kemahiran membunyikan perkataan
__________________________________________________________________ 30
E30409130077

yang mengandungi dua suku kata terbuka (KV + KV) jelas tanpa bimbingan guru.
Pujian dan senyuman guru adalah sebangai ganjaran pada perubahan sikap kanak-kanak
tersebut yang mana ia telah mulai menunjukkan minatnya terhadap bacaan dalam
memantapkan penguasaannya sedaya upaya yang boleh.

Pemerhatian juga dilakukan pada kanak-kanak ini semasa hari yang lainnya dimana
saya bertemu secara tidak formal bagi membaiki hubungan dua hala yang mana saya
cuba berkomunikasi seperti bertanya tentang kesihatannya, sarapannya dan apa yang
dirasakan pada hari itu. Ini adalah strategi non formal bagi mendapatkan satu perkara
yang amat dikehendaki oleh seorang guru itu iaitu kepercayaan. Untuk hal yang ini saya
tidak merekodkan dalam rekod anekdot. Secara rasmi anekdot yang dinyatakan
hanyalah pada 16 Jun secara rasmi untuk tujuan rekod.

7..MINGGU KEDUA PEMERHATIAN SIKAP / TINGKAH LAKU

Pada kali kedua dalam minggu kedua pemerhatian, kanak-kanak yang diperhatikan
kelihatan lebih bersemangat untuk mengikuti aktiviti yang saya laksanakan. Kelihatan
ianya seakan-akan lebih bersedia untuk mengikuti sebarang jua yang bakal saya
laksanakan. Bertarikh 21 Jun 2015 sebagaimana yang dicatatkan dalam rekod anekdot
secara rasmi. Penglihatan kaca mata saya, kanak-kanak tersebut sudah mula
berkomunikasi dengan guru mahupun dengan rakan sekelasnya. Ini menjelaskan
perubahan sikap dan watak yang baik. Riak wajah kanak-kanak tersebut juga
menunjukkan perasaannya yang gembira dan bersedia untuk belajar. Aktiviti yang saya
jalankan sepanjang masa sesi PdP membawa kepada perubahan yang menggembirakan
saya. Kerana pendekatan awal saya yang lebih kepada komunikasi dan lembut serta
menjelaskan hingga kefahaman terukir dalam hati kanak-kanak meninggalkan kesan
yang amat mengujakan saya. Psikologi kanak-kanak adalah sasaran utama yang mana
konsep kejiwaan mereka lebih utama ditumpukan secara bersungguh-sungguh agar apa
yang kita ingini akan dipenuhi oleh mereka. Sekiranya kanak-kanak tidak menerima kita
maka halangan dinding dalam jiwa mereka akan terbina dan ini menyebabkan
penyerapan ilmu pengetahuan menjadi agak sukar. Kemungkinan ketegasan guru pra
sekolah ataupun sedikit sebanyak kesilapan mendisiplinkan kanak-kanak itu
menyebabkan terdapat gangguan yang mana lantas kanak-kanak itu menjadi sedikit
__________________________________________________________________ 31
E30409130077

kurang senang terhadap gurunya. Namun memahamkan kanak-kanak itu secara total
akan mengubah perspepsinya. Ini menjadikan segala-galanya semakin mudah.

8..MINGGU KETIGA PEMERHATIAN SIKAP / TINGKAH LAKU

Dalam minggu ketiga dilakukan sebanyak dua kali secara rekod iaitu pada 28 dan 30
Jun 2015. Pemerhatian kali ketiga dan keempat menunjukkan kanak-kanak tersebut
telah menunjukkan lebih banyak perubahan tingkah laku seperti mula bersikap terbuka
kepada rakan-rakannya, boleh menjawab soalan secara suka rela dan menunjukkan
keyakinan diri serta bersemangat ketika mengikuti aktiviti pembelajaran yang
dijalankan. Sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut membolehkan
kerjasama wujud sesama rakan sebaya hinggakan sikap kepimpinannya terserlah. Ini
berikutan kanak-kanak tersebut sudah berkeyakinan bersama-sama rakan-rakannya yang
belum menguasai kemahiran yang diajar pada hari tersebut dengan membantu mereka
kembali. Dalam minggu ketiga ini juga pemerhatian sikap kerjasama dan komunikasi
yang baik semakin berkembang. Kanak-kanak tersebut sudah boleh berkomunikasi dan
menjawab soalan secara spontan dengan yakin, positif serta menunjukkan minat
terhadap bahan bacaan yang diingininya.

9. ANALISIS PENCAPAIAN

Bagi analisis pencapaian untuk tempoh tiga minggu pemerhatian dijalankan


menunjukkan peningkatan yang baik terhadap pencapaian kemahiran membaca yang
mana memenuhi objektif pengkajian. Kanak-kanak tersebut telah menunjukkan prestasi
yang memberangsangkan terhadap pencapaian kemahiran bacaannya berbanding
sebelumnya. Dalam minggu pertama, pemerhatian kali pertama mendapati kanak-kanak
tersebut masih berada pada tahap pengenalan dan awal perubahan di mana kanak-kanak
tersebut diajar asas bunyi dan menyebut perkataan yang mengandungi dua suku kata
terbuka yang mudah. Pujian yang diberikan oleh guru menjadi perangsang yang
__________________________________________________________________ 32
E30409130077

membolehkan kanak-kanak tersebut mula menunjukkan minat untuk melibatkan diri


dalam aktiviti membaca suku kata. Di akhir minggu pertama kanak-kanak tersebut
sudah mula menunjukkan peningkatan pencapaiannya iaitu kanak-kanak tersebut boleh
mengingati dan boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Pada
minggu kedua ini, kanak-kanak tersebut sudah mencapai tahap membaca perkataan
mudah dan boleh merespon kepada soalan yang diberi. Tahap pencapaian bacaannya
yang semakin baik memberikan keyakinan diri kepada kanak-kanak tersebut sehingga
secara suka rela membantu rakannya yang masih belum boleh membaca suku kata KV
atau KVK. Pada minggu ketiga, kanak-kanak itu sudah mencapai tahap pembacaan yang
baik. Ia boleh membaca ayat-ayat pendek dan mudah serta mula menunjukkan minat
untuk membaca bahan-bahan yang lain terutamanya buku-buku yang menarik.

10. ULASAN DAN REFLEKSI

Mengulas apa yang telah berlaku sepanjang pemerhatian selama tiga minggu beserta
rekod anekdot dan juga secara folmal ataupun non formal. Refleksi yang terhasil adalah
kemenjadian kanak-kanak telah berlaku dan menunjukkan perubahan yang mana
terhasil mengikut objektif yang telah dirancangkan.

Dapatan secara penghalusan adalah secara memahami kanak-kanak dalam sudut yang
utama iaitu perhatian dan kasih saying melebihi mendisiplinkan dengan kaedah
ketegasan. Kelembutan sebagai seorang guru adalah amat menyenangkan kanak-kanak.
Sikap guru juga mencerminkan kanak-kanak itu mewujudkan jurang yang jauh atau
pun jurang yang kecil. Mengapa refleksi saya sedemikian. Ini adalah kerana saya
menyedari sesuatu yang tidak disedari oleh semua pengkaji-pengkaji. Seringkali kita
memerhatikan kanak-kanak dalam mengkaji mereka, tetapi dalam masa yang sama
kanak-kanak memerhatikan kita sepanjang waktu yang kita tidak sedari. Menyedari hal
ini saya mengawal diri saya dengan komunikasi yang menyenangkan, selalu gembira
dan menggembirakan serta mengamalkan konsep memujuk dari mengarah semasa
dalam PdP kelas berlangsung.

Akhir sekali, apa jua pendekatan yang digunapakai haruslah tidak menjejaskan kanak-
kanak yang dikaji kerana kanak-kanak perlukan kelembutan dan kasih saying untuk
__________________________________________________________________ 33
E30409130077

menjadikan ianya sebagai sesuatu yang bernilai tinggi. Kefahaman tentang kanak-kanak
adalah amat penting sekali untuk semua guru-guru sekolah rendah sebelum ditugaskan
ke sekolah yang ditempatkan.

11. PENUTUP

Tahap kebolehan (developmentally appropriate practice DAP) kanak-kanak adalah


penting dalam menentukan apa jua staegi pengajaran yang hendak dilaksanakan.
Penggabung jalinan antara guru dan kanak-kanak haruslah menepati ukiran kasih dan
sayang serta menumpukan kepada kepercayaan kanak-kanak terhadap guru disamping
memahamkan mereka terhadap indahnya ilmu pengeahuan. Sekiranya kanak-kanak itu
memahami serta mengiyakan akan membawa kepada pemeringkatan keilmuan yang
mudah serta bernilai tinggi faedahnya kepada negara, agama dan generasi pelapis masa
hadapan negara yang tercinta

RUJUKAN

1. AeU (2015). Modul ECE 321: Bahasa dan Literasi Awal Kanak-kanak: Kanak-
kanak Membaca.

2. Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan


Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

__________________________________________________________________ 34
E30409130077

3. Ahmad Marzuki Ismail. (2007). Komunikasi Asas Kemahiran Membaca dan


Menulis untuk Pelajar. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

4. Naimah yusoff, Nor Hashimah Hashim, Hasshim Othman (2011). Kemahiran


Bacaan Awal Bahasa Melayu 2011. Pulau Pinang : Siri Percetakan Ilmiah
Popular.

__________________________________________________________________ 35

Anda mungkin juga menyukai