Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan - Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah), Seksyen 24: Perkara 5 : Penilaian.

(1) Tiap - tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid - muridnya dalam domain kognitif, afektif, psikomotor. murid Sehubungan dengan akta tersebut, setiap prasekolah dan tadika hendaklah menjalankan penilaian secara berterusan kepada - murid prasekolah merangkumi domain kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian dan penaksiran ini juga penting bagi memastikan perkembangan murid - murid prasekolah sentiasa berkembang sesuai dengan tahap dan perkembangan usia mereka. Kepentingan prasekolah. Menurut Lihanna Borhan, penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal murid - murid prasekolah, penaksiran dan penilaian membantu guru bagi mendapatkan maklumat tentang seseorang murid,melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki oleh guru bagi memastikan murid - murid prasekolah dapat mencapai perkembangan yang menyeluruh sesuai dengan usia dan tahap mereka. Penaksiran dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran guru kerana guru boleh memperbaiki cara pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap murid - murid tidak kira tahap lemah, tahap sederhana mahupun cemerlang. Meisels, 1995 pula berkata, jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu aspek tertentu sahaja, contohnya domain kognitif sahaja yang dinilai melalui ujian dan peperiksaan bertulis, maka hanya domain itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran. Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian secara tidak mendalam. Apabila ini berlaku, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi tidak relevan kerana ia tidak memenuhi isi kandungan FPK yang merujuk kepada perkembangan keseluruhan individu. Oleh itu, penaksiran dan penilaian perlu diberikan perhatian yang serius dan dilaksanakan sejak dari awal alam persekolahan, terutamanya ke arah pembentukan insan yang seimbang dari semua aspek dapat dipenuhi. penaksiran dan penilaian perkembangan murid murid

Berdasarkan analisis dan pembacaan yang lain pula didapati bahawa penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid - murid prasekolah dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Dalam kata lain, penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid - murid prasekolah bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu juga, hasil penaksiran dan penilaian ini boleh membantu guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi membantu murid mencapai perkembangan yang positif sesuai dengan peringkat umur dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989) pula, penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu untuk mengatasi masalah pembelajaran murid. Tiga proses utama tersebut adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses ketiga adalah merekod maklumat. Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara penting yang pertama ialah mengenal pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. yang

Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai tujuan yang jelas mengenai item yang ingin dinilai, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid, pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan, membuat aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui interaksi lisan murid pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan, bersoal jawab, bacaan atau nyanyian. Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanakkanak.Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai alat untuk membantu guru menyediakan aktiviti bersesuaian mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Prinsip Penaksiran Dan Penilaian. James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Manakala, Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan). Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen peaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan sosioemosi kanakkanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahirankemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak. Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah sandiwara. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesahihannya.

Penilaian berterusan

Teknik Penaksiran Dan Penilaian. Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan sistematik. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan. Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja tiada eviden kukuh yang dapat dilampirkan. Rekod Skala kadar pula boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Rekod Skala Kadar. Kebaikan rekod ini adalah penggunaan instrumen adalah spesifik untuk semua tunjang. Manakala, Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Ianya hanya signifikan untuk membuat penilaian kepada beberapa perkara sahaja tidak meliputi semua tunjang.

Selain itu, Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit. Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertama sekali guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil urutan. Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga, penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai teknik pentaksiran dan penilaian, guru bolehlah memilih teknik yang benar - benar bersesuaian dengan tahap perkembangan murid - murid agar proses pentaksiran dan penilaian dapat dijalankan sehingga ke tahap yang optimum. yang perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut

Butiran Diri Murid Nama Jantina Tarikh Lahir Umur Tempat lahir Agama Kaum Warganegara Bilangan adik beradik Alamat : Ameera Kholeda Bt Pauzi : Perempuan : 11/09/2005 : 6 tahun : Hospital Besar Kemaman : Islam : Melayu : Malaysia : 5 orang : No 88 A, Kg Sg Bugis, Jln Simpang Ampat, 02700, Simpang Empat Perlis. Hobi Cita - cita Makanan Kegemaran Nama Bapa Nama Ibu : Melukis. : Doktor : Nasi Putih dan Ayam masak kicap : Pauzi B. Jib : Sadariah Bt Mansor

Latar Belakang Murid Saya telah memilih seorang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang bernama Ameera Kholeda Binti Pauzi. Berumur 6 tahun. Dilahirkan di Hospital Besar Kemaman. Ayahnya bernama Pauzi B. Jib. Berumur 45 tahun.Beliau bekerja sendiri. Ibunya pula bernama Sadariah Binti Mansor. Berumur 33 tahun dan seorang suri rumah. Saya akan menilai Ameera Kholeda melalui 3 item iaitu item kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat 10 jenis aspek yang akan saya nilai dalam setiap item tersebut. Item - item tersebut dapat dilihat dalam senarai semak berikut:

Anda mungkin juga menyukai