Anda di halaman 1dari 41

SESI 1 : 1.

1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN, FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

1.1.1 PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK-KANAK

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak: KanakApa itu Awal Kanak-Kanak? Kanak Satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak.  Pada peringkat ini kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial.  Kanak-kanak mula memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka.  Pada masa ini juga mereka mula berdepan dengan cabaran dan pengalaman baru.

Apa itu Awal Kanak-Kanak? Kanak Di akhir jangka masa ini kanak-kanak dapat membentuk konsep diri mereka sebagai insan sosial.  Pemikiran dan penggunaan bahasa oleh kanak-kanak dapat merumus keupayaan dan harga diri mereka.  Kanak-kanak juga terlibat dalam pengajaran awal kanak-kanak dan mula mempunyai tanggung jawab tertentu.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PUSAT ASUHAN

PRASEKOLAH

Jenis Pendidikan Awal KanakKanakkanak di Malaysia

Perkembangan Pendidikan Prasekolah

PENDAHULUAN
Di ASEAN - pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940-an.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

Tahun 1940-an telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan pengaruh British. Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan prasekolah.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA


Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH LUAR NEGARA - HEADSTART


 Di Amerika Syarikat prasekolah pertama didirikan pada 1850 tetapi tumpuan diberi kepada kanak-kanak dari golongan berada.  Kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak.  Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

CIRICIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART


Penglibatan Ibu bapa - Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah. Kesihatan - Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

CIRICIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART


Pemakanan - Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri. Pendidikan - Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. Perkhidmatan Sosial - Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

CIRICIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART


Ketidakupayaan - Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas Kesihatan Mental - Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


Terdapat dua jenis program : Kanaki) Tadika Taman Didikan Kanak-kanak (4 - 6 tahun), didaftar dengan Kem. Pelajaran Malaysia ii) Tabika Taman Bimbingan Kanak-kanak Kanak(bawah 4 tahun), didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Penubuhan prasekolah di Malaysia mula sebagai pusat jagaan atau asuhan kanakkanak Khususnya di tempat perlombongan dan ladang (dianjurkan oleh mubalighmubaligh) Tumpuan pada kebajikan dan kesihatan kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


Peranan prasekolah berubah lebih menekankan pendidikan. Institusi prasekolah persendirian bercambah dengan pesat selari dgn. perkembangan bandar (Sufean Hussien,1993). Pendidikan prasekolah lebih untuk golongan berada. Pengajar tidak mendapat latihan profesional. Kurikulum bersifat tradisional (3M).

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


Wujudnya ketidakseimbangan dalam perkembangan pendidikan prasekolah di bandar dan luar bandar (Asiah, 2001) Laporan Keciciran Tahun 1973 menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kanakkanak prasekolah dengan kejayaan di peringkat sekolah rendah. Kajian ini menunjukkan 90% kanak-kanak yang menduduki kelas ekspres di sekolah rendah mendapat pendidikan prasekolah.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Tahun 1969 dianggap tahun bermulanya perkembangan pendidikan awal knk-knk di Malaysia (Asiah, 2001). Agensi Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia : Agensi kerajaan dan separa kerajaan, Organisasi sukarela dan Persendirian.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Agensi Kerajaan dan Separa Kerajaan :


FELDA FELCRA RISDA KEMAS Jabatan Rukun Tetangga Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Prasekolah KEMAS Lebih tertumpu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Sejak 1970-an di bawah tanggungan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar Penubuhan prasekolah mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat.

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Organisasi Sukarela


memainkan peranan penting Contoh- contoh organisasi : - Persatuan Polis - Persatuan Pergerakan Islam Malaysia (PERKIM) - Persatuan Gereja Malaysia - Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) - Persatuan Kebajikan Angkatan Tentera

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Prasekolah Persendirian/Swasta dimiliki seorang individu atau persatuan tertentu mungkin melibatkan rakan-rakan kongsi berpusat di premis persendirian perlu berdaftar dengan Kementerian Pelajaran

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Mula memberi sumbangan dan memainkan peranan yg. penting mulai 1972. Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum Kem. Pelajaran telah menghasilkan A guide for Preschool Education dan A Guide for Nurseries Pada masa itu Kem. Pelajaran hanya memberi bantuan dan tidak terlibat dengan operasi prasekolah

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Isu- isu Pendidikan Prasekolah


 Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang berbeza-beza khasnya dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid dan kemudahan kemudahan asas.  Objektif ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut.  Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga ditentukan oleh agensi masing-masing

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Isu- isu Pendidikan Prasekolah


 Segala perbelanjaan spt. gaji guru dibiayai oleh Kerajaan manakala wang untuk alatan P & P prasekolah diambil drp. yuran prasekolah yang berbeza dari sekolah ke sekolah  Lokasi prasekolah amat berbeza antara bandar dgn. luar bandar  Prasekolah bandar lebih memberi penekanan akademik manakala prasekolah di luar bandar lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti (Saad 1979, Asiah 2001)

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


Ekoran isu yang dinyatakan :
18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri - KPM melaksanakan program prasekolah 27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian - Projek Pendidikan Prasekolah di 1070 sekolah (1,131 kelas) dan tiada peluasan. (Prasekolah Annex)

Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. 6 Jun 2001 - Mesyuarat Jemaah Menteri - Peluasan program Prasekolah KPM

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


Bilangan Kelas Peluasan Prasekolah 2002-2007 : 2002TAHUN BIL. KELAS 2001 1131 (Sedia ada) 2002 100 2003 1500 2004 1500 2005 1500 2006 1500 2007 1600

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA Kriteria Pemilihan Sekolah :


Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar % murid Tahun Satu yang tidak ke prasekolah Tiada operator tadika lain Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 murid) Kemudahan ubah suai bilik darjah Permintaan masyarakat setempat

1.1.2 FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

Falsafah dan Matlamat Prasekolah


FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanakkanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. * Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:  1. Membina kecergasan badan.  2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.  3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


 4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.  5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.  6. Mempunyai kematangan emosi.  7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.  8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.  9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.  10.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


 11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.  12. Mengamalkan nilai murni.  13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.  14. Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


 15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.  16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.  17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.  18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.  19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING? (Laporan oleh Sir Christopher Ball, 1994)
 Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang.  Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang

berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, moral dan jasmani.
 Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh

dikenal pasti dan dipertingkatkan.


 Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada

mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau disiplin diri.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING?


 Kanakkanak belajar dengan berkesan melalui tindakan/melakukannya sendiri.  Kanak-kanak belajar dengan berkesaan apabila mereka terlibat secara aktif dan berminat.  Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri mempunyai asas headstart untuk belajar.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING?


 Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.  Apa yang kanak-kanak tahu adalah titik permulaan kepada pembelajarannya.  Bermain dan berbual adalah cara utama kanakkanak belajar tentang diri mereka, orang lain dan dunia luar.  Kanak-kanak yang digalakkan berfikir mempunyai kebolehan untuk bertindak sendiri.  Hubungan dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa penting untuk perkembangan diri.

Anda mungkin juga menyukai